Views: 112

PENGHARGAAN

 

Jawatankuasa Penerbitan ingin menyampaikan terima kasih dan penghargaannya kepada semua Penatua, Diakon, Pendeta, Saudara dan Saudari yang telah bekerja keras untuk beberapa bulan dan yang lain yang telah memberi bantuan dan sokongan secara langsung dan tidak langsung bagi membuat penerbitan Buku Cenderamata ini berjaya. Semoga Tuhan memberkati mereka.

Dalam kerja membuat buku ini, adalah diambil perhatian bahawa bukan semua butir sejarah termasuk nama-nama adalah 100% tepat. Ini disebabkan beberapa gereja tidak mempunyai sistem catitan yang baik dan beberapa perkara disampai oleh anggota-anggota melalui ingatan saja.

Jawatankuasa juga ingin memohon maaf atas nama ahli-ahli yang tidak dimasukkan  dalam buku ini tetapi telah memberi sumbangan dalam bentuk tenaga, bahan ataupun kewangan terhadap pembangunan dan kemajuan Gereja Yesus Benar disebabkan oleh perkara-perkara yang tersebut di atas. Semoga Tuhan mengingati tenaga mereka.

 

Jawatankuasa Penerbitan

31 Disember 1987

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *