Views: 70

Mesej Daripada Penyunting

Bahagian Penyunting

Haleluyah! Bersyukur kepada Tuhan! Gereja Elopura ( dahulunya Gereja Sandakan ) dalam jangka masa tujuh puluh tahun ini telah mendapat perlindungan yang berterusan dari Tuhan dan berkembang dengan majunya di bawah anugerah Tuhan.

Selaras dengan perlangsungan kebaktian pentahbisan gereja dan penginjilan sempena ulang tahun ketujuh puluh di negeri Sabah, gereja ini telah menubuhkan sebuah jawatankuasa “ Kebaktian pentahbisan gereja dan penginjilan sempena ulang tahun ketujuh puluh”, melaluinya menerbitkan majalah peringatan sebagai kenang-kenangan. Isi kandungan majalah merangkumi pelbagai jenis foto yang bersejarah, proses pembinaan gereja, keadaan kepercayaan serta penginjilan pada ketika awal gereja ini, proses penubuhan persekutuan-persekutuan, liputan pelbagai aktiviti, dan beberapa saksian bagi mengimbas kembali anugerah Tuhan sepanjang tujuh puluh tahun ini. Pada masa yang sama juga memaparkan hasil usaha para seiman.

Majalah ini pasti akan menjadi salah satu sumber informasi terpenting mengenai sejarah gereja ini,ia juga dapat membolehkan seiman lebih memahami perkembangan serta perubahan dalam kerja-kerja suci gereja ini secara berperingkat. Bersyukur kepada Tuhan, majalah “Pentahbisan Gereja Elopura dan Penginjilan sempena ulang tahun ketujuh puluh” dapat diterbitkan dengan lancarnya. Ini kerana adanya pimpinan Tuhan yang menggerakkan setiap seiman dengan kasih agar mengambil bahagian dengan tidak teragak-agak dalam menyumbangkan informasi-informasi yang berkenaan. Di samping itu, adanya sekumpulan seiman yang mengasihi Tuhan rajin tanpa mengira penat lelah mengumpul, menyunting bahan-bahan terbitan.

Mengimbas kembali masa silam, menghargai masa kini, berpengharapan terhadap masa depan, pada ketika menerbitkan majalah peringatan ini adalah kena pada masanya membuat persediaan bagi Gereja Elopura untuk menghadapi tujuh puluh tahun kedua yang akan datang, agar lebih maju lebih-lebih lagi dapat memuliakan Tuhan serta memberikan manfaat kepada manusia.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *