Ayat Alkitab: 1 Raj 19:9-14
Perenggan ayat Alkitab ini mencatatkan nabi Elia turun dari Gunung Karmel dan mengalami jurang rohani yang dalam. Dia takut kepada ugutan orang jahat Izebel lalu melarikan diri demi keselamatan nyawanya, dia berputus asa dan memohon mati. Kemudian, setelah dua kali diberi makanan dan minuman oleh utusan Tuhan, dia menaiki Gunung Horeb, berjalan selama empat puluh hari dan malam sehingga sampai ke gunung Tuhan. Sebaik sahaja sampai ke puncak gunung, dia masuk ke dalam sebuah gua dan tinggal di dalam.
TUHAN memanggil dia keluar dan berdiri di atas gunung itu di hadapan Tuhan. Selepas mengalami angin besar dan kuat, yang membelah gunung-gunung dan memecahkan bukit-bukit batu, gempa bumi dan api, Tuhan menyatakan diri dengan “suara yang kecil”.
“Gunung Karmel” melambangkan pekerjaan di hadapan Tuhan, Tuhan melewati.
“Gunung Horeb” melambangkan penyempurnaan rohani di hadirat Tuhan, penyertaan Tuhan. Kerana selepas Elia menaiki Gunung Karmel, dia harus menaiki Gunung Horeb juga. Jika tidak, Tuhan telah meninggalkan tempat itu apabila kerja itu selesai dilakukan. Setelah turun dari Gunung Karmel, dia menjadi lemah… Tuhan nyatakan dengan suara yang kecil, apakah yang diwahyukan? Apakah yang dikatakan dengan suara yang kecil? Bukan saja Tuhan mengkehendaki Elia merenungkannya, tetapi juga kepada kita merenungkannya. Kerana apa yang tercatat dalam Alkitab, bukan untuk Elia sahaja, tetapi juga untuk kita (2 Tim 3:16, rujuk 1 Kor 10:11).
1. Apakah wahyu dari suara yang kecil?
(a) Menerima firman Tuhan dengan menggunakan roh dan hati yang takut.
(i) Menggunakan roh untuk mendengar dengan rasa hormat.
(ii) Merenungkan dengan teliti (Luk 1:29).
(iii) Mengingati sedalam-dalamnya: Itu merupakan suara dalam roh. Tuhan telah mengukir sepuluh firman di atas loh batu, lebih-lebih lagi ingin mengukir kata-kata kudus dan kehendakNya ke dalam roh kamu. Jika kita rela mengingati dengan hati dan roh, kita dapat mendengar suara kecil Tuhan yang selangkah lebih mendalam.
(b) Berusaha untuk menjadi rapat dengan Tuhan (Mzm 73:25, 42:1-2).
(i) Suara yang kecil melambangkan sangat rapat, tidak dapat mendengar jika tidak mendekat rapat.
(ii) Suara yang kecil menunjukkan kata-kata rahsia di dalam bilik rahsia, tidak dapat mendengar kata-kata rahsia jika tidak mempunyai pergaulan rohani dan hati yang memahaminya.
(iii) Bagaimana menjadi rapat:
* Elia bergiat dengan sungguh-sungguh demi Tuhan, berjalan selama empat puluh hari dan malam sampai ke gunung Tuhan yang kudus.
* Suka untuk berdoa, berkebaktian, mendengar firman, mendekati gereja — Gunung Tuhan.
* Merenungkan firman kebenaran Tuhan siang dan malam. (Mzm 1:2, 119:147-148)
* Merindukan Tuhan Penyelamat, menuruti kehendak Tuhan, dikenan Tuhan.
(c) Harus bekerja, dan juga menyempurnakan rohani (1 Kor 9:27, 1 Tim 4:16).
Gunung Karmel melambangkan pekerjaan, Gunung Horeb melambangkan penyempurnaan rohani. Gunung Karmel melambangkan Tuhan berserta dengan kerja anda, Gunung Horeb melambangkan Tuhan berserta dengan roh anda.
Elia turun dari gunung Karmel selepas menyelesaikan kerja, dia menjadi lemah setelah Roh Tuhan meninggalkannya. Dia perlu menaiki Gunung Horeb untuk penyempurnaan rohani. Jika tidak ada penyempurnaan rohani, walaupun mempunyai karunia untuk bekerja tetapi apabila kerja itu sudah selesai, bukan tubuh yang mengundur, tetapi roh yang mengundur.
* Mat 7:21-23: Zon kesilapan bagi keselamatan pekerja.
(i) Perlu bekerja dengan tenang (2 Tes 3:12).
Ruang hati harus tenang, jika tidak ada ketenangan, suara Tuhan yang kecil tidak dapat didengar.
1 Raj 19:11-12 “Angin besar dan kuat, yang membelah gunung-gunung dan memecahkan bukit-bukit batu, gempa dan api, tidak ada TUHAN dalam mereka” (Patut direnungkan). Inilah TUHAN melewati tempat itu. Rangkap ayat Alkitab ini adalah ringkasan bagi pengalaman Elia bekerja bersama-sama dengan Tuhan. Elia bekerja di atas Gunung Karmel dengan sangat giat. Tetapi disebabkan hati dalamannya tidak mempunyai ketenangan, pengistirehatan dan Tuhan tidak diam di dalam hatinya, hanya menyertai pekerjaannya. Pada masa itu, hatinya mempunyai kemarahan, pertuduhan (kerana dosa), mempunyai hati yang menginginkan kemuliaan yang palsu (selepas turun dari Gunung Karmel, dia terus pergi ke kota Yizreel) (1 Raj 18:46); mempunyai ketakutan (Izebel ingin membunuhnya, lalu dia takut dan melarikan diri), mempunyai sungutan dan tidak puas hati (Berputus asa dan memohon mati, 1 Raj 19:3-4) Tuhan mewahyukannya dengan suara yang kecil supaya dia menjadi tenang, sekarang dia telah melalui tiupan angin kuat, kegemparan gempa bumi, peleburan api daripada Tuhan, hatinya menjadi tenang seperti cermin (lautan kaca) di hadirat Tuhan. Rohnya telah mendengar kata-kata Tuhan yang rahsia dan yang memahami hatinya; Mendengar suara rahsia yang tidak dapat didengar oleh orang lain, seperti suara tersembunyi yang didengar Paulus di tingkat yang ketiga dari syurga. (2 Kor 12:2-4)
Ketenangan: bermaksud tidak mengira, tidak berselisihan, tidak iri hati, tidak marah, tidak memegahkan diri, tidak takut, tidak berputus asa.
(ii) Bekerja dengan rendah hati
* Tuhan yang begitu agung, berserta dengan manusia dengan rendah hati (Flp 2:6-8).
* Apabila Dia bersuara, langit dan bumi menjadi bergegar (Ayb 37:2-3).
* Menyata kepada Elia dengan suara yang kecil, supaya Elia mencontohi kerendahan hati Tuhan. Inilah latihan khas di atas Gunung Horeb yang Tuhan mahu Elia mempelajarinya. Elia yang tidak nampak dirinya sendiri, ialah seorang yang bagaimana?
* Menganggap dirinya benar: Dia yang sebenarnya sedang melarikan diri, masih menganggap dirinya sedang bergiat demi Tuhan; Tinggi diri: Tuhan sendiri yang meninggalkan tujuh ribu orang yang tidak menyembah berhala, tetapi Elia menganggap bahawa hanya tinggal “Aku seorang” (1 Raj 19:18, 10). Congkak: Iaitu hanya melihat kelebihan diri sendiri, tetapi tidak melihat kekurangan diri sendiri, hanya membandingkan kebaikan diri sendiri dengan kelemahan orang lain, lalu memandang ringan dan menolak orang lain. Sehingga menganggap dirinya dilayan buruk oleh Tuhan dengan tidak adil sebab melihat diri sendiri sebagai yang memuaskan.
Orang yang rendah hati dapat melihat kelebihan orang lain: Natanael: memandang ringan terhadap Tuhan Yesus oleh sebab Nazaret itu tempat kecil dan orang biasa akan berasa marah terhadapnya. Tetapi Tuhan pula berkata bahawa dia ialah seorang Israel yang sejati, sebab tidak ada kepalsuan di dalamnya (Yoh 1:45). Musa: Dengan rendah hati dan bersujud untuk menasihati kumpulan pemberontak Korah (Bil 16:1-5). Jadi semasa seorang yang rendah hati disalah fahamkan, dia tidak berselisih, tidak bersuara, hanya membiarkan Tuhan yang bersuara.
* Orang yang rendah hati bergaul dengan orang yang kekurangan dan miskin (Ams 16:19).
* Orang yang rendah hati baru dapat hidup bergaul dengan Tuhan (Mi 6:8).
* Rendah hati terhadap Tuhan, berasa diri sendiri tidak berpengetahuan, kecil, berdosa dan rendah diri (Flp 2:3)
(iii) Sikap yang lemah lembut, pertuturan yang harmonis.
* Suara yang kecil, adalah wahyu Tuhan: hati yang lemah-lembut, pertuturan yang membawa damai.
* Yang dapat menggentarkan hati manusia dan menggerakkan roh manusia ialah hati yang damai dan kata-kata yang lemah lembut.
* Perkataan yang pedas membangkitkan marah. (Ams 15:1)
* Lidah lemah lembut dapat menggerakkan hati manusia, mematahkan tulang (Ams 25:15).
* Semakin berlemah-lembut pertuturan, semakin sedap didengar, semakin mempunyai kekuatan.
* Segera sesudah Elia mendengar suara yang kecil, dia menyelubungi mukanya dengan jubahnya, lalu pergi ke luar dan berdiri di pintu gua itu. (1 Raj 19:13)
▲ Sesudah Elia menaiki Gunung Karmel, pekerjaannya mencapai kemuncak; sesudah Elia menaiki Gunung Horeb, penyempurnaan rohaninya mencapai kemuncak tertinggi; setelah melalui penapisan di Gunung Horeb, tubuh dan hati dibersihkan, akhirnya mendapat kenan Tuhan dan tubuhnya terangkat ke syurga dalam bentuk roh.
2. Apakah yang dikatakan oleh suara yang kecil?
…apakah kerjamu di sini (1 Raj 19:13b): Adakah Tuhan yang maha tahu masih perlu bertanya? Rupa-rupanya inilah persoalan yang Tuhan mengkehendaki manusia renungkan.
(a) Renungan Elia:
1. Itu merupakan tuduhan atau penyempurnaan rohani?
2. Itu merupakan bersara atau menerima perintah?
3. Itu merupakan melarikan diri atau meminta pertolongan?
(b) Ingin kita merenungkan
1. Apakah yang kamu lakukan di gereja (Gunung Horeb)?
2. Apakah yang kamu lakukan di rumah?
3. Apakah yang kamu lakukan di masyarakat?
▲ Ini merupakan persoalan yang patut direnungkan setiap hari.
Kesimpulan:
Suara kecil di atas Gunung Horeb, adalah wahyu Tuhan yang mengkehendaki kita menyempurnakan rohani. Kita suka menaiki Gununug Karmel untuk bekerja, lebih suka lagi menaiki Gunung Horeb untuk menyempurnakan rohani, untuk mengalami suara kecil Tuhan dan bergaul rapat dengan Tuhan selama-lamanya, serta dapat bersama-sama dengan Tuhan selama-lamanya.
Haleluya Inti Kebenaran ada bukunya,softcopy belum ada…..ringkasan inti kebenaran pun boleh….Take your time Jabatan Kesusasteraan….
Haleluya,
Terima kasih atas pandangan saudara/saudari. Semoga laman web ini memberi manfaat kepadamu.
Imanuel.
boleh upload?
boleh upload John Yang Inti Kebenaran
Salam Sejahtera,
Jabatan Kesusasteraan sedang melaksanakan kerja-kerja mengikut perancangan yang ditetapkan.
Sekian, harap maklum.
BOLEH UPLOAD INTI KEBENARAN JOHN YANG
🙂 nice