3. Tiga Tingkatan Rohani
Tingkatan Rohani umat Kristian dapat dibagi menjadi 3 bagian, Tingkat pertama dan kedua belum mencukupi syarat berohani, hanya setelah sampai pada tingkat ketiga baru dapat disebut berohani dan berkenan kepada Allah.
I. MEMBALAS KEBAIKAN DENGAN KEJAHATAN – TINGKAT PERTAMA
- Siapa membalas kebaikan dengan kejahatan, maka kejahatan tidak akan menghindar dari rumahnya (Ams 17 : 13).
1. Kerana Nabel membalas kebaikan dengan kejahatan terhadap Daud, maka dipukul Allah sehingga mati (1 Sam 25 : 21, 36-38).
2. Kerana Saul membalas kebaikan dengan kejahatan terhadap Daud, maka bapa dan anak, empat orang mengalami kebinasaan (1 Sam 24 : 16-18; 31 : 2-6).
II. GIGI GANTI GIGI – TINGKAT KEDUA
- Saling gigit dan saling menelan, maka dapat saling membinasakan (Gal 5 : 15).
1. Kerana suku Benyamin dan orang Israel tidak mahu saling mengalah, sehingga terjadi peperangan (Hak 20 : 12-17), akhirnya terbunuh 50,100 orang dari suku Benyamin (Hak 20 : 35, 44-46), dan orang Israel telah mati sebanyak 4,000 orang (Hak 20 : 21, 25, 31).
2. Kerana Abner dan Yoab ingin adu kekuatan, sehingga membinasakan sebanyak 360 orang pasukan Abner, dan Yoab kehilangan 19 orangnya dan juga Asael adiknya (2 Sam 2 : 14-17, 23, 30-31).
III. MEMBALAS KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN (Rm 12 : 21)
1. Yusuf melayani dengan kebaikan terhadap para abangnya yang mencelakai dia (Kej 50 : 15-21).
2. Tuhan melayani dengan kebaikan terhadap orang yang menyalibkan Dia, memohon pengampunan kepada Allah Bapa bagi mereka, serta meninggalkan teladan yang baik bagi kita (Luk 23 : 34).
- Kita sebagai anak-anak Bapa, hendaklah menghargai nasihat/petuah “membalas kejahatan dengan kebaikan” tersebut.
Saudara-saudara, engkau termasuk tingkat yang mana?
