Views: 1734
JENIS-JENIS MAZMUR UTAMA
Berikut adalah untuk dipelajari siswa-siswa dalam kelas:
1. Kidung-kidung dan mazmur puji-pujian (Ibr. tehilla). Ianya mengandungi pembentukkan tiga bahagian seperti berikut:
[1] Seruan Pengenalan Pemujian [Mzm 117; 134; 100; 33].
Tuhan dipuji atas kerja penciptaanNya serta perbuatanNya dalam sejarah.
Contohnya, Mazmur 33; 117; 145-150. Dalam seruan pemujian ini, bukan umat Israel sahaja yang terlibat, malahan bangsa-bangsa lain, kemungkinan — dan sesungguhnya seluruh dunia harus juga memuji (Mzm 33.8; 47.2; 66.1,8; 96.1; 98.4; 100.1; 145.21; 148.11), segala allah dan malaikat (Mzm 29.1; 97.7; 148.2) termasuk alam semulajadi (Mzm 19.2-5; 96.11-12; 98.7-8; 148 3-12). Mazmur 148 menyenaraikan keseluruhan katalog item-item (kebanyakkannya alam semulajadi) yang harus memuji Yahweh.
[2] Bahagian Utama Mazmur: motivasi pemujian (selalunya diperkenalkan dengan ki, ‘untuk’).
Pada asasnya adalah berkaitan dengan keagungan dan kebaikan Yahweh.
2.1 Penciptaan dunia: Mzm 29; 33.4-9; 65.7-14; 95.4-5; 104; 135.6-7; 136.5-9; 146.6; 147.4,8-9; 148.5-6.
2.2 Perbuatan-perbuatanNya yang penuh kemurahan sepanjang sejarah Israel: Mzm 68.8ff; 135.8-12; 136.10-24 dan 147.2
2. Ratapan Jemaah:
Di hadirat Allah, seluruh umat meratapi takdir negara sendiri dan memohon agar Dia melepaskan mereka daripada kemusnahan Bait Suci di Yerusalem (Mzm 74; 79) atau daripada malapetaka-malapetaka lain serta memohon penyelamatan Tuhan (Mzm 12;44;60;74;80;83;84;94.1-11; 126 dan 137; cf. Yer 14 dan Yl 1-2).
Terdapat hari-hari yang khas diperuntukkan untuk ratapan di Bait Suci (Yos 7.5-9; Hak 20.23,26; I Sam 7.6; II Taw 20.3ff; Yer 14; Yl 1-2; Zak 7.3,5; 8.19; Judith 4.9-15). Di antara perbuatan-perbuatan yang termausk dalam upacara tersebut adalah berpuasa, mengenakan kain kabung, meratap, mengoyakkan jubah dan menaburkan debu dan abu di atas kepala.
Terkandung di dalam mazmur doa permohonan dan permintaan kepada Tuhan untuk kelepasan, ialah rungutan berbentuk soalan. Cth. ‘Berapa lama lagi….?’ (cf. Mzm 74.10; 79.5; 80.5; 94.3) atau ‘Mengapa…?’ (cf. Mzm 44.25; 74.1,11) dan kekadangnya mengandungi kenyataan-kenyataan bahawa Allah telah membiarkan dan membuang mereka (Mzm 44.10-17; 60.3-5; 80.6-7). Selalunya permohonan untuk kelepasan adalah dalam bentuk imperatif. Cth. ‘Terjagalah…. Bangunlah!’ (Mzm 44.24), ‘Bangunlah’ (Mzm 74.22), ‘Tolonglah’ (Mzm 12.2), ‘Tolonglah kami’ (Mzm 79.9), ‘Pulihkan kami’ (Mzm 80.4,8,10; 85.5), ‘Pulihkan keadaan kami’ (Mzm 126.4), atau ‘Menjaga kami’ (Mzm 12.8). Kita juga mendapati bentuk memberi perintah atau mengarah.
3. Mazmur Diraja:
Di antaranya adalah berkaitan dengan penobatan raja (Mazmur 2; 110), perkahwinan (Mazmur 45), peperangan (Mazmur 18; 20; 144) dan kewajipan moralnya kepada Tuhan dan kepada rakyat sebagai seorang raja yang adil dan murah hati (Mzm 72.1-4, 12-14; 89. 20-29; 132:17-18).
3.1 Mazmur-Mazmur Penobatan (Mazmur 2 dan 110)
Kemungkian Mazmur 72 dan 101 turut terangkum dalam konteks ini.
Upacara penobatan terdiri daripada 2 peringkat, yakni pengurapan di tempat suci dan penabalan ke takhta di istana raja (2Raj 11.12 dan 11.19). Perhatikan bahawa 2 Raj 11.12 mencatatkan imam Yoyada ‘megenakan jejamang kepadanya dan memberikan hukum Allah kepadanya (edut)’. ‘Hukum’ adalah ketetapan (hoq) yang dicatatkan di Mzm 2.7. Kemudian catatan di Mzm 110.7 bahawa ‘dari sungai di tepi jalan ia minum. Oleh sebab itu ia mengangkat kepala’ ~ ini kemungkinan ditujukan kepada mata air Gihon di mana Salomo diurapi menjadi raja, dicatatkan di 1 Raj 1.33ff.,38f.
3.2 Mazmur Pernikahan Diraja (Mazmur 45): Penggantin lelaki digambarkan di ayat 3-10 manakala penggantin perempuan di ayat 11-16.
3.3 Mazmur-Mazmur Peperangan Diraja (Mzm 18, 20, 89, 144, dll).
Mazmur 20 dan 144 adalah doa memohon bantuan sebelum maju berperang. Penggunaan bahasa di Mzm 3; 9.6,9,16,18,20; 10.16; 56.8; 59.6,9 adalah terlalu samar dan umum serta tidak cukup kukuh untuk membuat kepastian bahawa ianya sesuatu yang lazim digunakan secara berulang-ulang dalam situasi-situasi peperangan dan kemungkinan bukan ditujukan kepada mana-mana satu peristiwa di dalam sejarah.
Ucapan syukur seorang raja atas kemenangannya dicatatkan di Mazmur 18 dan satu kelainannya turut muncul di 2 Sam 22.
4. Ratapan-Ratapan Individu
Hampir-hampir satu pertiga pengarangan mazmur terangkum dalam genre ini dan mazmur-mazmur yang disenaraikan berikut adalah berkait dengannya: Mazmur 3-7; 9/10; 13; 17; 22; 25-28; 31; 35; 38-39; 40.14-18=70; 42/43; 51/52; 54-57; 59; 61; 64; 69-71; 77; 86; 88; 94.16-23; 102; 109; 120; 130; 139-143. Ianya meratapi takdir yang menimpa pihak yang merintihkannya.
4.1 Mazmur-mazmur mereka yang sakit tenat.
Mazmur yang merungut tentang penyakit turut merungut akan musuh-musuh yang dihadapi (cf. Mazmur 6; 13; 38; 39); berkenaan perasaan bersalah dan ditinggalkan Tuhan (cf. ‘penghibur-penghibur’ Ayub yang menuduh bahawa penyakitnya adalah berpunca dari dosa Ayub (Ayb 19.13-22). Satu-satu perbezaannya ialah pujangga-pujangga kekadang mengakui dosa-dosa sendiri (cf. Mzm 38.3ff; 39.8,11), manakala Ayub mempertahankan kebenaran diri sendiri.
Mazmur 38 dan 88 adalah mazmur sewaktu sakit (cf. Juga Mzm 6,13 dan 51). Perbendaharaan kata yang menunjukkan kepada penyakit ialah perkataan-perkataan seperti ‘pukulan / seranganMu’ (Mzm 39.11), ‘penyakitku’ (Mzm 38.12) dan ‘kesakitanku’ (38.18; 39.3). Sesetengah mazmur tentang penyakit memetikkan perkataan Sheol (dunia alam ghaib) yang memancarkan konsep Ibrani tentang penyakit yang dianggap suatu gejala yang menerobosi kehidupan, sejenis maut.
4.2 Mazmur-mazmur mereka yang dituduh secara tidak adil: Mzm 3-5; 7; 11; 13; 17; 25-27; 31; 35; 38-39; 41-42/43; 52; 54-59; 69; 77; 86; 88; 94; 102; 109; 139-140; 142)
4.3 Kepastian Pengabulan
Dalam mazmur ratapan individu didapati perubahan mud pada penghujung suatu mazmur di mana ianya menyatakan dengan pasti dan yakin bahawa Tuhan Allah telah mendengar doanya (Mzm 6.9ff.; 7.11f.; 13.6f.; 28.6ff.; 31.20ff.; 52.25f.; 55.24; 56.10ff.; 57.8ff.; 61.6; 94.22f.; 130.7f dan 140.13f) [cf. Yer 20.11]
5. Mazmur Kesyukuran Individu
[Mzm 30; 32; 34; 41; 116 dan 138] Ia mengandungi struktur seperti berikut:
(i) pengenalan
(ii) naratif
(iii) kesimpulan
6. Mazmur Kesyukuran Jemaah
[66.8-12; 67; 124; 129]
7. Mazmur-Mazmur Hikmat
[Mzm 1; 34; 37; 49; 51; 73; 78; 90; 105; 106; 111; 112; 127; 128]
8. Mazmur Nyanyian Ziarah
[Mzm 84; 122] ~ Dinyanyikan oleh para penziarah dalam perjalanan ke Yerusalem. Kenyataan bahawa para penziarah berangkat ke Bait Suci di Bukit Sion sambil menyanyi dan diiringi muzik adalah dicatatkan dalam Yes 30.29 dan Mzm 42.5. Dua karangan mazmur yang jelas melihatkan keadaan perarakan penziarah ialah Mzm 84 dan 122, walaupun dari titik pandangan yang lain iannya juga diklasifikasikan sebagai Mazmur-Mazmur Sion (lihat di atas, Bab 3). Mazmur 122 membentuk satu siri mazmur-mazmur yang bertajukkan ‘Nyanyian Ziarah’.
Mzm 84 di bahagikan kepada 3 bahagian di mana kesemua bahagiannya terfokus kepada aktiviti para penziarah dalam perjalanan ke Bait Suci. Perayaan ini termasuk perayaan-perayaan roti tidak beragi, pentakosta dan pondok daun (Kel 23.14-17; Im 23.4ff; 15ff. 33ff).
Bahagian pertama (ayat 11-5) adalah berkaitan dengan para penziarah yang begitu kagum dan penuh puji-pujian akan Bait Suci – rumah Allah di Yerusalem, seperti zipp¶ r (generik burung-burung, cf. Kej 7.14; Ul 4.17; Yeh 17.23; Dan 4.23).
Seperti burung pipit dan burung layang-layang yang membuat sarang di rumah Allah, para penziarah menikmati kesejahteraan dan ketenangan di pelataran Bait Suci (cf. Mzm 65.5).
Bahagian kedua terangkum dalam ayat 6-9 yang mengisahkan keadaan para penziarah dalam perjalanan ke Sion.
Bahagian ketiga: satu rayuan kepada Raja dan hasrat untuk diam di dalam Bait Suci daripada di kemah-kemah orang fasik.
8.1 Liturgi Masuk
~ Mzm 15; 24
~ cth: Mzm 75; 85; 65
Mzm 15 merupakan satu-satunya mazmur yang keseluruhan fasalnya merangkumi liturgi masuk. Struktur yang sama boleh juga didapati di Mzm 24.3-6 dan ajukan nubuatan di Yes 33.14-16. Strukturnya terdiri daripada:
(a) Persoalan siapakah yang dibenarkan masuk ke dalam Bait Suci (Mzm 15.1; 24.3; cf. Yes 33.15)
(b) Jawapan membentukkan syarat kelayakkan etika (Mzm 15.2-5b; 24.4-5; cf. Yes 33.15
(c) Kata-kata pemberkatan atas mereka yang layak masuk ke Bait Suci (Mzm 15.5c; 24.6; cf. Yes 33.16)
8.2 Nyanyian Ziarah
Mazmur 129-134 merupakan sekumpulan mazmur yang kesemuanya mengandungi subskripsi Ibrani shir hamma{alot, kecuali mazmur 121 yang mengandungi shir lamma{alot. Selalunya diberikan tajuk ‘Nyanyian Pendakian’ (Songs of Ascents) yang dipetik dari maksud kata tunggal hamma{ala ‘pendakian’ di Ezra 7.9; kemudian mazmur-mazmur ini dikenali sebagai nyanyian ziarah (Mzm 122.1, 3-4a). Kata kerja ‘berziarah’dalam ayat 4 adalah dari kata nama yang sama iaitu ma{a lot. Mzm 132 turut melibatkan satu perarakan Tabut Perjanjian ke Yerusalem. Kemungkinan mazmur-mazmur tersebut terdiri dari satu koleksi mazmur-mazmur yang digunakan dalam penziarahan dan perarakan ke Yerusalem.
9. Mazmur-Mazmur Torah: Mzm 119; 19B dab 1
10.Mazmur-Mazmur Bersejarah: Mzm 105;106 78
11. Mazmur Menjelaskan Kemenangan Tuhan Atas Kekacauan ~ biasanya digelar Combat-moif (Mzm 74.12-15; 89.11-14; 93.1-4; __________; Yes 17.12-14; 51.9-10; Ayb 26.1,2; 38.8-11; Hab 3.8-15).
