Pra Kata: Setiap manusia mempunyai hidup, namun tidak tahu apakah hidup sebenarnya? Manusia tidak mengenali hidupnya sendiri, sama dengan tidak ada tujuan yang tepat dalam hidup yang tidak tahu mengasihi diri dan mengejarkan kebahagiaan kekal.
(1) Apakah itu hidup?
(I) Nafas hidup yang dihembuskan oleh Tuhan. (Kej 2: 7; Yeh 37: 5,10,14) Jika tubuh itu tidak bernyawa, ia adalah kebendaan tanpa nyawa sebab tubuh itu adalah debu tanah.
(II) Nyawa bukan kebendaan :
- Nyawa berbeza dengan tubuh. Tubuh milik kebendaan tetapi nyawa milik kerohanian.
(a) Tak kelihatan, tanpa badan, tawar dan tidak berwarna.
(b) Tak kelihatan, tidak dapat dijamah.
(III) Nyawa adalah roh yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia. (Luk 9: 56; Yes 38 : 17)
(2) Nilai hidup– Sungguhpun ia tak kelihatan, namun ia sangat dihargai.
(I) Melebihi mata wang.
(II) Melebihi keseluruhan dunia. “Apakah gunanya seorang memperoleh seluruh dunia tetapi kehilangan nyawanya?” (Mat 16: 26)
(III) Nilai nyawa tak terharga, “Apakah yang diberikannya sebagai ganti nyawanya?” (Mat 16 : 26)
(3) Kemulian hidup.
(I) Mulia manusia bukan badan, melainkan nyawa yang di dalamnya.
(II) Tubuh yang bernyawa dapat melihatkan nilai tubuhnya kerana ada rupa Tuhan di dalamnya. Ia lebih mulia daripada segala haiwan dan makluk hidup yang lain.
(III) Apabila tubuh kehilangan nyawa, rupa Tuhan sudah tiada, tubuh tidak ada nilainya lagi. Ia lebih tidak bernilai berbanding dengan haiwan atau makluk hidup yang lain.
(4) Ah! Hidup tidak panjang.
(I) Hidup sama seperti wap. (Yak 4: 14)
(II) Hidup sama seperti keluhan. (Maz 90 : 9-10)
(III) Hidup sama seperti pendatang dan perantau. (2 Ptr 2: 11)
- Tiada seorang pun berkuasa menahan angin dan tiada seorang pun berkuasa atas hari kematian. (Pkh 8: 8)
(5) Mengejarkan hidup kekal. (kehidupan abadi)
- Hidup sangat bernilai, kita harus mengejarkan hidup kekal.
- Maharaja Qin yang berusaha untuk mencari ubat yang dapat hidup selama-lamanya. Semangatnya memang dikagumi tetapi caranya tidak betul.
- Memang tidak ada ubat untuk hidup selama-lamanya tetapi untuk mencari kebenaran tentang hidup kekal itu memang benar.
(I) Mengejarkan kidup kekal.
(i) Percayalah Tuhan Yesus untuk beroleh hidup kekal. (Yoh 14:6 Yoh 3: 16-18)
(ii) Bertobat, dibaptis dan menerima Roh Kudus. (Kis 2: 38; Yoh 3: 5) (Meninggalkan dosa, dosa diampuni, dimeteraikan Roh)
(iii) Menjalinkan hubungan anak-bapa dengan Bapa sorga yang hidup. (Rujuk Rm 11: 24) untuk memperoleh hidup dan berjalan dalam firmanNya. “Tuhan adalah jalan, kebenaran dan hidup” —-iaitu hidup kekal.
(II) Hargailah nyawa. ( Topik mengenai penyempurnaan rohani)
(i) Menjalankan kehidupan yang baik.
(a) Kehidupan melanjutkan hidup, tanpa kehidupan, memang susah untuk hidup.
(b) Kehidupan harus diserasikan dalam keperluan hidup.
(c) Tubuh jasmani memerlukan keperluan asas dalam kehidupan jasmaniah, manakala jiwa rohani memerlukan keperluan asas dalam kehidupan rohaniah.
- Pakaian : Mengenakan Kristus : Perbuatan baik, supaya tubuh jangan telanjang. (Kej 3: 21; Gal 3: 27; Why 16 :15)
- Makanan : Firman yang keluar dari mulut Allah. (Mat 4: 4; Yer 15: 16; Yoh 6: 63)
- Tempat tinggal : Tinggal dalam bait Allah, giat berkebaktian, menjadi milik kepunyaan Gereja. Menuruti firman –Nya, diam bersama-sama dengan dia. (Yoh 14 : 23; 1Yoh 2 : 5-6)
- Jalan : Menjalankan firman kehidupan kekal. Jalan : berjalan dan melakukan pekerjaan Tuhan.
(ii) Mementingkan kesihatan – Keinginan hawa nafsu seperti bakteria : mencerobohi kesihatan, “sakit” (dosa).
(a) Harus menjaga kesihatan rohani dari segi telinga, mata dan mulut.
- Tidak mendengar secara sembarangan : injil palsu (Gal 1: 8-10), injil yang berbeda dengan Injil Kristus.
- Tidak melihat secara sembarangan : kenajisan, kejahatan dan keganasan.
- Tidak mengucap secara sembarangan : Tidak mengeluarkan kata-kata yang kotor. Siapa yang lebar bibir, akan ditimpa kebinasaan. (Ams 13: 3)
(b) Membasuh jubahnya (bersih) (Why 22: 14). Menanggalkan tabiat-tabiat buruk.
(c) Selalu bercermin : Selalu membaca Alkitab untuk merenungi dan menyelidikinya.
(iii) Mencegah daripada serangan musuh.
(a) Jangan beri kesempatan kepada Iblis. (Efs 4: 25-28)
(b) Berjaga-jaga dan berdoalah. (1Pet 5: 7-9; Mat 26: 41)
(c) Kenakanlah seluruh perlengkapan senjata Allah. (untuk perlindungan nyawa) (Efs 6: 11-18)
Kesimpulan : Hidup sangat mulia dan sangat berharga, harus percaya kepada Tuhan Yesus untuk beroleh hidup kekal. Tempat kediaman kita di bumi akan dibongkar, seperti kemah. Apabila meninggal dunia, akan masuk suatu tempat kediaman sorgawi yang kekal. (Tubuh roh) (2 Kor 5: 1-5)