Views: 142
Iman Kepercayaan Yang Tak Berubah
[Lai Yin Fu]
Prakata
- Pemercaya benar memiliki kepercayaan benar ~ percaya bahawa Yesus adalah Allah, Juruselamat, sambil mengharap-nantikan kebahagiaan kekal Kerajaan Sorga.
- Yesus Kristus tetap sama sampai selama-lamaya (Ibr 13:8), umat Kristian sepatutnya memiliki iman kepercayaan yang tetap.
- Iman yang benar kena melalui pengujian (I Ptr 1:7), iman kepercayaan yang benar haruslah dapat bertahan menghadapi pelbagai macam keadaan pengujian [boleh dibahagikan kepada dua kali khotbah]
I. Sewaktu Tidak Kelihatan Orang Lain ~ Apakah Melupakan Tuhan?
Δ Pada waktu dinasti Han, Yang Chen, seorang hakim yang bersih, tidak menerima suap, berkata kepada mereka yang menerima suap: “Kau tahu, aku tahu, langit tahu, bumi tahu, janganlah bertindak bodoh”.
1. Oleh kerana iri hati, Kain telah membunuh adiknya (Kej 4:8-10) ~ tiada pihak ketiga di ladang.
2. Akhan mengambilkan barang-barang yang dikhususkan untuk dihapuskan lalu membawa kecelakaan ~ kekalahan teruk di Kota Ai, kematian tiga puluh enam orang; ia bersama seisi rumahnya turut dibunuh (Yos 6:18-19, 24; 7:5, 19-26)
Δ Mata Tuhan ada di segala tempat, membalaskan setiap orang setimpal dengan perbuatannya. (Ams 15:3; Rm 2:6)
II. Sewaktu Godaan Datang ~ Apakah Takut Akan Allah?
Δ Keinginan memberangsangkan seseorang berbuat dosa (Yak 1:14-15)
- Yusuf tabah menghadapi godaan puannya yang datang setiap hari dan ia terpelihara kerana takut akan Allah (Kej 39:1-2, 7-12)
- Daud terkalahkan oleh godaan lalu melakukan perzinahan, kemudian melakukan pembunuhan (II Sam 11:2-5, 14-15)
Δ Tunduk pada Roh Kudus beroleh hidup kekal; justeru, jangan padamkan Roh (Gal 6:7-8; I Tes 5:19)
III. Sewaktu Mengalami Kesusahan ~ Apakah Memarahi Tuhan?
Δ Manusia dalam tubuh jasmani, memang tidak terelak dari masa-masa sukar dan sengsara.
- Seluruh tubuh Lazarus penuh borok-borok, mengemis seumur hidup, tak juga meninggalkan Allah, setelah mati dibawa ke pangkuan Abraham (Luk 16:2-22)
- Habakuk bersukacita kerana Tuhan walaupun menghadapi kelaparan (Hab 3:17-19)
Δ Biar apa jua keadaannya, bersukacitalah di dalam Tuhan dan tahu merasa cukup (Flp 4:10-13)
IV. Sewaktu Berjaya Dan Berhasil ~ Apakah Bersyukur Kepada Tuhan?
Δ Umat manusia selalunya apabila dalam keadaan berhasil akan merasa seronok sehingga melupakan diri dan bertindak bodoh
- Sewaktu hamba tua Abraham berjaya mencari jodoh bagi Ishak, ia bersyukur dan sujud menyembah Allah (Kej 24:26-27, 50-52)
- Tujuh puluh murid-murid sewaktu diutus bekerja, mereka gembira kerana Iblis takluk pada mereka; namun Tuhan Yesus mengingatkan: “Bersukacitalah kerana namamu ada terdaftar di Sorga” (Luk 10:17-20)
Δ Barangsiapa yang bermegah, hendaklah ia bermegah di dalam Tuhan (I Kor 1:31)
V. Sewaktu Ada Perubahan Pada Manusia Atau Pada Sesudah Perkara ~ Apakah Tetap Mempercayai Allah?
Δ Manusia amatlah lemah, di mana iman senang bergoyah, kepercayaan senang berubah semata-mata kerana sepatah kata, sesuatu perkara, seseorang lain ataupun sesuatu keadaan.
- Celakalah dunia dengan segala penyesatannya: memang penyesatan harus ada, tetapi celakalah orang yang mengadakannya (Mat 18:7)
- Para pendeta bukanlah Kristus, janganlah sekali-kali meninggalkan Tuhan disebabkan perselisihan antara satu dengan yang lain (I Kor 1:10-13).
Δ Yesus Kristus adalah satu-satunya dasar iman kepercayaan.
VI. Sewaktu Ditimpa Penganiayaan ~ Apakah Bersandar Pada Tuhan Dengan Tidak Takut?
Δ Iblis sama seperti singa yang mengaum-aum dan mencari orang yang dapat ditelannya.
- Tiga sahabat Daniel, walaupun menghadapi ancaman mati kerana melanggar perintah raja, namun masih mempertahankan ‘iman seandainya tidak’ ~ rela mati daripada mengalah (Dan 3:15-18).
- Petrus disebabkah lemah buat seketika dan takut mati, maka pada waktu Tuhan ditangkap, ia hanya ikut dari jauh-jauh dan menyangkal Tuhan sebanyak tiga kali (Luk 23:54-62).
Δ Sedarlah dan berjaga-jagalah! Serahkanlah segala kekuatiranmu kepada Tuhan dan lawanlah Iblis dengan iman yang teguh (I Ptr 5:7-9).
VII. Sewaktu Penderitaan Menimpa ~ Apakah Mencurigai Kasih Allah?
Δ Manusia menimbulkan kesusahan bagi dirinya, seperti bunga api berjolak tinggi (Ayb 5:7).
- Kehilangan harta, kematian orang: Ayub memahami bahawa Allah yang memberi, Allah yang mengambil (Ayb 1:20-22)
- Seluruh tubuh penuh borok-borok, isteri pula mencaci-maki: Ayub memahami firman tentang menerima apa yang baik dari Allah, juga menerima yang buruk (Ayb 2:6-10)
- Daniel, disebabkan mahu mendekat pada Tuhan, tidak takut mengengkari perintah raja. Sewaktu dilempar ke dalam gua singa, ia dilindungi Tuhan dan selamat (Dan 6:11, 20-24)
Δ Bersukacitalah dalam pengharapan, sabarlah dalam kesesakan (Rm 12:12)
VIII. Sewaktu Hidup Mewah Dan Kaya ~ Apakah Berjaga-Jaga Memegang Firman?
Δ Manusia ini selama berada dalam kemakmuran dan kesenangan tidak akan sedar tentang kesusahan dan penderitaan.
- Sewaktu usia tuanya, raja Salomo disebabkan mengasihi perempuan-perempuan asing, telah digodai untuk membina patung berhala dan bukit-bukit pengorbanan, lalu berbuat dosa terhadap Tuhan dan mengakibatkan negaranya ditawan (II Raj 11:1-4, 10-11)
- Oleh iman, Musa rela meninggalkan istana dan menderita sengsara bersama-sama umat Allah (Ibr 11:24-27)
- Ester sebagai seorang ratu, mengenalpasti akan kewajipan menyelamatkan kaum sebangsa (Est 4:13-17)
Δ Janganlah lupa akan segala kebaikan Tuhan (Mzm 103:2)
Penutup
Siapakah yang akan memisahkan kita dari kasih Kristus? Bersandar kepada Tuhan, kita akan lebih dari pada orang-orang yang menang (Rm 8:35-37)
