Kemuliaan Manusia
| | |

Kemuliaan Manusia

Kemuliaan Manusia

[Lai Yin Fu]

Prakata:

Pada mulanya, Allah melakukan kerja penciptaanNya selama enam hari. Apabila segala sesuatu telah siap diciptakan, akhir sekali baru diciptakan manusia, ini disebabkan segala sesuatu adalah disiap-ciptakan untuk manusia. Manusia disebut sebagai roh segala makhluk, yakni binatang yang bertaraf tertinggi. Ini disebabkan manusia pada semulanya adalah anak Allah di mana Allah mengaruniakannya otak, tahu mencipta, mereka-bentuk, memikir, mengkaji-selidik, reti membezakan antara betul atau salah, baik dan jahat; tambahannya, di dalam manusia, ada jiwa dan roh yang bernilai ~ ternyata betapa mulianya umat manusia.

I.  Kemuliaan Semula Sewaktu Dicipta

1. Mempunyai roh manusia yang mulia ~ berlainan dengan binatang-binatang lain (Ruj: Pkh 3:21)

Δ       Allah menghembuskan nafas hidup ke dalam hidung manusia, demikianlah manusia itu menjadi makhluk yang hidup (Kej 2:7)

Δ       Allah menjadikan manusia menurut gambarNya sendiri (Kej 1:27). Boleh dibahagikan kepada gambar lahiriah dan gambar batiniah.

2. Mempunyai gambar batiniah Allah ~ kebenaran dan kekudusan yang sesungguhnya (Ef 4:24)

Δ       Pada mulanya, manusia bersifat baik, sebab Allah sememangnya menjadikan manusia itu baik ~ memiliki kasih setia, keadilan dan kekudusan seperti yang dimiliki Allah, terlebih lagi manusia mempunyai kebaikan dan hati nurani.

3. Juga mempunyai gambar lahiriah Allah ~ gambar lahiriah Yesus Kristus

Δ       Sebab Adam adalah gambaran Dia [Kristus] yang akan datang (Rm 5:14)

4. Manusia adalah anak Allah ~ sebab ada gambaran Allah

Δ       Adam adalah anak Allah (Luk 3:38), manakala Allah ialah Bapa Sorga manusia.

5. Adalah tuan dunia ~ mengurus dan mengawal segala sesuatu di dunia

Δ       Allah memberi kuasa kepada manusia untuk berkuasa di atas ikan-ikan di laut, burung-burung di udara dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi. Dia menghendaki manusia berkuasa di atas bumi (Kej 1:26, 28).

II.     Sifat Semulajadi Syaitan Ialah Perosak

1. Iblis ialah malaikat berbuat dosa (ruj: Yes 14:12-15; Yeh 28:14- 17)

Δ       Ia menyesatkan dunia, mempunyai empat gelaran (Why 28:14-17)

   Naga besar ~ bermaksud kejam [terhadap manusia]

‚   Ular tua ~ bermaksud menyesatkan manusia, licik [menggodai manusia]

ƒ   Iblis ~ bermaksud memfitnah [Allah], mendakwa [manusia]

„   Syaitan ~ bermaksud menentang [yang baik]; melawan [Allah]

2. Kerosakan Iblis (Kej 3:1-6)

Ular yang licik menggodai Hawa sehingga bangkit kecurigaan di dalam hati (1)

Mempergunakan kecurigaan Hawa terhadap perkataan Tuhan untuk menyesatkannya (2-4)

Menimbulkan perasaan ingin tahu dan hati yang ingin menang di dalam Hawa (5)

Memberangsangkan keinginan mata, keinginan daging dan keangkuhan hidup pada Hawa (6a)

Menjatuhkan Adam ke dalam dosa melalui perasaan antara suami isteri dan kepercayaan antara mereka (6a)

III.    Akibat Nenek Moyang Berbuat Dosa ~ Umat Manusia Kehilangan Kemuliaan

1. Jiwa rohani manusia mati (Kej 2:16-17)

Δ       Tuhan pernah berkata: Biarlah orang-orang mati [jiwa rohani telah mati] menguburkan orang-orang mati mereka [jiwa rohani dan jasmani telah mati] (Mat 8:21-22).

2. Gambar batiniah manusia berubah (Ruj: Kej 8:21)

Δ       Mata dosa menjadi terang, takut akan Allah dan menolak dosa kepada orang lain (Kej 2:7-13)

Δ       Manusia diperanakkan dalam kesalahan (Mzm 5:1-7)

3. Hanya mengutamakan gambaran lahiriah ~ mempunyai muka manusia tetapi hati binatang.

Δ       Sengaja tidak mahu mengenali Allah, melakukan hal-hal yang tidak pantas, kejahatan bertambah-tambah tidak terkirakan (Ruj: Rm 1:23-32; II Tim 3:1-5)

Δ       Upah dosa ialah maut, akan menerima hukuman kekal bersama-sama Iblis (Rm 6:23; Mat 25:41)

4. Hilang kelayakan sebagai anak Allah ~ menjadi hamba dosa (Yoh 8:34-35)

Δ       Sesudah berbuat dosa, kedua-dua lelaki dan perempuan turut dikutuk (Kej 3:16-19)

Δ       Diusir dari Taman Firdaus (Kej 3:22-24)

5. Tidak lagi menjadi tuan di atas dunia ~ diserah kepada pemerintahan Iblis (Luk 4:5-6)

Δ       Bumi akan menumbuhkan semak duri dan rumput duri, kena berjerih payah seumur hidup, dengan berpeluh mencari makanan (Kej 3:17-19)

IV.       Anugerah Keselamatan Yesus Kristus ~ Memulihkan Kembali Kemuliaan Manusia

1. Beroleh selamat kerana rahmat, bukan kerana perbuatan (Ef 2:8-9)

Δ       Apabila daun pohon ara menjadi kering, tidak akan dapat menutup kemaluan (Kej 3:7)

Δ       Kulit yang digunakan Allah [membunuh binatang – melambangkan Tuhan Yesus, Anak Domba pengganti dosa], membuat pakaian untuk manusia, baru dapat menutup kemaluan (Kej 3:21)

Δ       Oleh perbuatan manusia, sekali-kali tidak dapat menghapuskan dosa; hanya anugerah keselamatan Allah [Kristus mati di atas kayu salib] sahaja yang dapat melepaskan manusia dari dosa.

2. Adam yang akhir [Yesus Kristus] menjadi roh yang menghidupkan (I Kor 15:45)

Δ       Kedurhakaan Adam menjadikan manusia orang-orang dosa; ketaatan Kristus menjadikan manusia orang-orang benar (Rm 5:19)

3. Oleh kematianNya, Kristus memusnahkan Iblis yang berkuasa atas maut dan membebaskan mereka yang berada dalam perhambaan (Ibr 2:14-15)

Δ       Jadi siapa yang ada di dalam Kristus, ia adalah ciptaan baru (II Kor 5:17-19)

Δ       Melalui baptisan, kita mati bersama-sama, dikuburkan dan bangkit bersama-sama Tuhan (Rm 6:3-9) ~ jiwa rohani bangkit

4. Oleh iman kita dibaptis dalam Kristus, memulihkan semula identiti sebagai anak-anak Allah, berhak menerima pusaka yang dijanjikan Allah (Gal 3:26-29) – menjadi tuan di atas Kerajaan Sorga.

Δ       Dibaptis menjadi anak-anak Allah, Roh Kudus sebagai bukti (Mat 3:16-17; Rm 8:16)

5. Oleh Roh kita mematikan perbuatan-perbuatan tubuh, maka kita akan hidup; hiduplah oleh Roh, maka kamu tidak akan menuruti keinginan daging (Rm 8:13-14; Gal 5:16), secara beransur-ansur melahirkan gambaran batiniah Allah.

Penutup

Manusia di dalam kegemilangan haruslah sedar dan memegang firman (Mzm 49:21), berjaga-jaga sambil berdoa setiap hari baru tidak disesatkan (Mat 26:41), tunduk pada Roh Kudus akan beroleh hidup dan damai sejahtera (Rm 8:5-6), lalu mempertahankan kegemilangan orang benar.

Iman Kepercayaan Yang Tak Berubah
| | |

Iman Kepercayaan Yang Tak Berubah

Iman Kepercayaan Yang Tak Berubah

[Lai Yin Fu]

Prakata

  1. Pemercaya benar memiliki kepercayaan benar ~ percaya bahawa Yesus adalah Allah, Juruselamat, sambil mengharap-nantikan kebahagiaan kekal Kerajaan Sorga.
  2. Yesus Kristus tetap sama sampai selama-lamaya (Ibr 13:8), umat Kristian sepatutnya memiliki iman kepercayaan yang tetap.
  3. Iman yang benar kena melalui pengujian (I Ptr 1:7), iman kepercayaan yang benar haruslah dapat bertahan menghadapi pelbagai macam keadaan pengujian [boleh dibahagikan kepada dua kali khotbah]

I.  Sewaktu Tidak Kelihatan Orang Lain ~ Apakah Melupakan Tuhan?

Δ       Pada waktu dinasti Han, Yang Chen, seorang hakim yang bersih, tidak menerima suap, berkata kepada mereka yang menerima suap: “Kau tahu, aku tahu, langit tahu, bumi tahu, janganlah bertindak bodoh”.

1.   Oleh kerana iri hati, Kain telah membunuh adiknya (Kej 4:8-10) ~ tiada pihak ketiga di ladang.

2.   Akhan mengambilkan barang-barang yang dikhususkan untuk dihapuskan lalu membawa kecelakaan ~ kekalahan teruk di Kota Ai, kematian tiga puluh enam orang; ia bersama seisi rumahnya turut dibunuh (Yos 6:18-19, 24; 7:5, 19-26)

Δ       Mata Tuhan ada di segala tempat, membalaskan setiap orang setimpal dengan perbuatannya. (Ams 15:3; Rm 2:6)

II.  Sewaktu Godaan Datang ~ Apakah Takut Akan Allah?

Δ       Keinginan memberangsangkan seseorang berbuat dosa (Yak 1:14-15)

  1. Yusuf tabah menghadapi godaan puannya yang datang setiap hari dan ia terpelihara kerana takut akan Allah (Kej 39:1-2, 7-12)
  2. Daud terkalahkan oleh godaan lalu melakukan perzinahan, kemudian melakukan pembunuhan (II Sam 11:2-5, 14-15)

Δ       Tunduk pada Roh Kudus beroleh hidup kekal; justeru, jangan padamkan Roh (Gal 6:7-8; I Tes 5:19)

III.  Sewaktu Mengalami Kesusahan ~ Apakah Memarahi Tuhan?

Δ       Manusia dalam tubuh jasmani, memang tidak terelak dari masa-masa sukar dan sengsara.

  1. Seluruh tubuh Lazarus penuh borok-borok, mengemis seumur hidup, tak juga meninggalkan Allah, setelah mati dibawa ke pangkuan Abraham (Luk 16:2-22)
  2. Habakuk bersukacita kerana Tuhan walaupun menghadapi kelaparan (Hab 3:17-19)

Δ       Biar apa jua keadaannya, bersukacitalah di dalam Tuhan dan tahu merasa cukup (Flp 4:10-13)

IV.  Sewaktu Berjaya Dan Berhasil ~ Apakah Bersyukur Kepada Tuhan?

Δ       Umat manusia selalunya apabila dalam keadaan berhasil akan merasa seronok sehingga melupakan diri dan bertindak bodoh

  1. Sewaktu hamba tua Abraham berjaya mencari jodoh bagi Ishak, ia bersyukur dan sujud menyembah Allah (Kej 24:26-27, 50-52)
  2. Tujuh puluh murid-murid sewaktu diutus bekerja, mereka gembira kerana Iblis takluk pada mereka; namun Tuhan Yesus mengingatkan: “Bersukacitalah kerana namamu ada terdaftar di Sorga” (Luk 10:17-20)

Δ       Barangsiapa yang bermegah, hendaklah ia bermegah di dalam Tuhan (I Kor 1:31)

V.  Sewaktu Ada Perubahan Pada Manusia Atau Pada Sesudah Perkara ~ Apakah Tetap Mempercayai Allah?

Δ       Manusia amatlah lemah, di mana iman senang bergoyah, kepercayaan senang berubah semata-mata kerana sepatah kata, sesuatu perkara, seseorang lain ataupun sesuatu keadaan.

  1. Celakalah dunia dengan segala penyesatannya: memang penyesatan harus ada, tetapi celakalah orang yang mengadakannya (Mat 18:7)
  2. Para pendeta bukanlah Kristus, janganlah sekali-kali meninggalkan Tuhan disebabkan perselisihan antara satu dengan yang lain (I Kor 1:10-13).

Δ       Yesus Kristus adalah satu-satunya dasar iman kepercayaan.

VI.  Sewaktu Ditimpa Penganiayaan ~ Apakah Bersandar Pada Tuhan Dengan Tidak Takut?

Δ       Iblis sama seperti singa yang mengaum-aum dan mencari orang yang dapat ditelannya.

  1. Tiga sahabat Daniel, walaupun menghadapi ancaman mati kerana melanggar perintah raja, namun masih mempertahankan ‘iman seandainya tidak’ ~ rela mati daripada mengalah (Dan 3:15-18).
  2. Petrus disebabkah lemah buat seketika dan takut mati, maka pada waktu Tuhan ditangkap, ia hanya ikut dari jauh-jauh dan menyangkal Tuhan sebanyak tiga kali (Luk 23:54-62).

Δ       Sedarlah dan berjaga-jagalah! Serahkanlah segala kekuatiranmu kepada Tuhan dan lawanlah Iblis dengan iman yang teguh (I Ptr 5:7-9).

VII.  Sewaktu Penderitaan Menimpa ~ Apakah Mencurigai Kasih Allah?

Δ       Manusia menimbulkan kesusahan bagi dirinya, seperti bunga api berjolak tinggi (Ayb 5:7).

  1. Kehilangan harta, kematian orang: Ayub memahami bahawa Allah yang memberi, Allah yang mengambil (Ayb 1:20-22)
  2. Seluruh tubuh penuh borok-borok, isteri pula mencaci-maki: Ayub memahami firman tentang menerima apa yang baik dari Allah, juga menerima yang buruk (Ayb 2:6-10)
  3. Daniel, disebabkan mahu mendekat pada Tuhan, tidak takut mengengkari perintah raja. Sewaktu dilempar ke dalam gua singa, ia dilindungi Tuhan dan selamat (Dan 6:11, 20-24)

Δ       Bersukacitalah dalam pengharapan, sabarlah dalam kesesakan (Rm 12:12)

VIII.  Sewaktu Hidup Mewah Dan Kaya ~ Apakah Berjaga-Jaga Memegang Firman?

Δ       Manusia ini selama berada dalam kemakmuran dan kesenangan tidak akan sedar tentang kesusahan dan penderitaan.

  1. Sewaktu usia tuanya, raja Salomo disebabkan mengasihi perempuan-perempuan asing, telah digodai untuk membina patung berhala dan bukit-bukit pengorbanan, lalu berbuat dosa terhadap Tuhan dan mengakibatkan negaranya ditawan (II Raj 11:1-4, 10-11)
  2. Oleh iman, Musa rela meninggalkan istana dan menderita sengsara bersama-sama umat Allah (Ibr 11:24-27)
  3. Ester sebagai seorang ratu, mengenalpasti akan kewajipan menyelamatkan kaum sebangsa (Est 4:13-17)

Δ       Janganlah lupa akan segala kebaikan Tuhan (Mzm 103:2)

Penutup

Siapakah yang akan memisahkan kita dari kasih Kristus? Bersandar kepada Tuhan, kita akan lebih dari pada orang-orang yang menang (Rm 8:35-37)

Proses Dan Pengajaran Nenek Moyang  Berbuat Dosa
| | |

Proses Dan Pengajaran Nenek Moyang Berbuat Dosa

Proses Dan Pengajaran Nenek Moyang Berbuat Dosa

[Lai Yin Fu]

Prakata

Kehidupan lautan pahit manusia penuh dengan jerih payah, kegelisahan; tambahannya adalah singkat dan sementara serta penuh kesia-siaan. Kesemuanya adalah berpunca daripada nenek moyang berbuat dosa melanggar perintah Allah. Bukan saja mengakibatkan manusia sejagat jatuh ke dalam dosa, bahkan pada akhirnya, orang-orang dosa akan masuk neraka menerima hukuman neraka, betapa malang!  Dengan mengkaji secara teliti nenek moyang berbuat dosa maka kita akan memahami taktik muslihat Iblis dan kelemahan manusia dan darinya kita boleh belajar ajaran-ajaran mengawasi dan menjaga diri.

Nas Kitab:  Kej 3:1-6

I.             Iblis Memperalatkan Ular Yang Licik ~ Perempuan Bersahabat Dengan Ular (1)

Δ       Bergaul dengan sembarangan mendatangkan kecelakaan (Ams 18:24)

II.          Membangkitkan Kecurigaan Hawa Dalam Perbualan ~ ‘Tentulah Allah Berfirman’ (1)

Δ       Orang yang bimbang sama dengan gelombang laut, yang diombang-ambingkan kian ke mari oleh angin; orang yang mendua hati tidak akan mempunyai pendirian tetap (Yak 1:6-8) ~ sehingga tidak reti membezakan antara yang baik dengan jahat.

III.    Hawa Tidak Jelas Mengenai Perintah Allah ~ Lantas Mengubahkan Perkataan Allah (2-3)

Δ       Yang difirmankan Allah ialah: “Pada hari engkau memakannya, pastilah engkau mati” (Kej 2:16-17), tetapi Hawa pula berkata: “…….. ataupun raba buah itu, nanti kamu mati” [menambahi dan mengubahkan perkataan Allah]

 Δ       Jangan lupakan hukum Allah; umat binasa kerana tiada pengenalan dan pengertian (Hos 4:6)

IV.       Penyesatan Antara Betul Atau Salah ~ Sekali-Kali Kamu Tidak Akan Mati (4)

Δ       Firman Allah hanyalah ‘ya’, sekali-kali tidak ada ‘ya’ atau ‘tidak’ (II Kor 1:18-20)

V.       Memberangsangkan Perasaan Ingin Tahu ~ Setelah Makan, Mata Akan Menjadi Terang (5)

Δ       Perasaan ingin tahu nabi tua menyebabkan ia menipu abdi Allah dan menggodainya untuk ikut kembali ke rumahnya dan makan minum di situ. Ini menyebabkan abdi Allah mengubah maksud dan arah asalnya. Akibatnya dia melanggar perintah Allah dan mati diterkam singa  (I Raj 13:6-24).

VI.          Memberangsangkan Hati Ingin Menang ~ Ingin Menjadi Seperti Allah Yang Tahu Akan Yang Baik Dengan Jahat (5)

Δ       Kain sebagai abang beranggapan diri sendiri lebih utama dari orang lain, bahawa ia pasti melebihi adiknya; justeru, apabila Allah berkenan kepada persembahan adik dan tidak berkenan padanya, terus hatinya menjadi panas dan muka muram (Kej 4:3-5)

VII.       Keinginan Mata ~ Sedap Kelihatan (6) ~ Ingin Melihat

Δ       Daud berjalan-jalan di atas sotoh istana, terlihat seorang perempuan cantik sedang mandi, mengakibatkan ia berbuat zinah dan membunuh (II Sam 11:2-5, 14-15)

VIII.    Keinginan Daging ~ Baik Untuk Dimakan (6) ~ Ingin Makan

Δ       Oleh sedikit makanan, Esau telah menjualkan hak kesulungannya (Ibr 12:16-17)

IX. Keangkuhan Hidup ~ Memberi Pengertian (6)

Δ       Puji-pujian naif kaum perempuan telah menyebabkan raja Saul menjadi marah; disebabkan perasaan congkak dan iri hati, mulailah ia membenci Daud menaruh niat jahat di hati, sehingga ia berkata-kata sembarangan, beriktiar mahu membunuh Daud (I Sam 18:6-12)

X.     Tindakan Berbuat Dosa ~ Mengambil Dari Buahnya Dan Dimakannya (6)

Δ       Kain berkata-kata dengan adiknya, tiba-tiba memukulnya lalu membunuhnya (Kej 4:8)

XI.       Mengalah Kerana Sentimen ~ Diberikannya Kepada Suami Dan Suaminya Pun Memakannya (6)

Δ       Raja Ahab yang mengingini kebun anggur Nabot merasa kesal dan gusar lalu menerima dan mendengar muslihat Izebel, membelakangi hati nurani dengan mencari saksi dusta untuk mencari alasan membunuh Nabot lalu merampas kebun anggur, namun menimpakan kecelakaan atas diri sendiri (I Raj 21:1-10, 19).

XII.    Kepercayaan Kaum Kerabat ~ Suaminya Pun Memakannya (6)

Δ       Anak perempuan Herodias tidak reti membezakan antara betul dengan salah, lalu mendengar perkataan ibunya, memintakan kepala Yohanes Pembaptis lalu menyebabkan kematian seorang yang setia dan baik (Mrk 6:22-25).

Penutup

Dengan mengkaji secara teliti proses dan sebab-musabab nenek moyang berbuat dosa, maka kita akan beroleh hikmat menghindari pekerjaan Iblis, agar kita berjaga-jaga dan berdoa pada setiap hari supaya jangan jatuh ke dalam pencobaan (Mat 26:41)

Lapan Kebahagiaan
| | |

Lapan Kebahagiaan

Lapan Kebahagiaan

[Wei Zhi Kang]

Berbahagialah Orang Yang Miskin Di Hadapan Allah

Nas Kitab: Mat 5:3

I.  Orang Yang Miskin Di Hadapan Allah

1. Perempuan Kanaan (Mat 15:22-28)

Menganggap diri sendiri seorang yang hina

Merendahkan diri umpama seekor anjing

ƒMenganggap diri sendiri hina umpama berada dalam debu dan sampah

2. Kornelius, perwira pasukan (Kis 10:1-48)

 Berhati miskin merindui firman Allah (Kis 10:1-48)

‚ Rela berkorban memberi persembahan

ƒ Mendengar, percaya dan menerima dengan rendah hati

II.  Kebahagiaan Hati Yang Miskin

  1. Merekalah yang empunya Kerajaan Sorga (5:3; Luk 22:39-43)
  2. Anugerah keselamatan adalah milik mereka (Mat 7:7-11; Kis 10:1-4, 24-25, 44-48)
  3. Upah menjadi milik mereka (Ams 22:4)

III.  Perkongsian Hati Yang Miskin

1. Yang miskin di hadapan Allah

Mempunyai semangat saleh dan rela berkorban

‚Melupakan apa yang di belakang, mengarahkan diri ke depan (Flp 3:12-16; I Kor 9:26-27)

ƒBersifat rela menerima dan mengumpul (II Kor 8:12)

2. Rendahkan diri di bawah tangan Tuhan yang kuat, supaya ditinggikanNya pada waktunya (I Ptr 5:5-6; Ams 29:23)

Kesimpulan:

Kata Tuhan Yesus: “Sesungguhnya jika kamu tidak bertobat dan menjadi seperti anak kecil ini, kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga” (Mat 18:3; Ams 20:11)