Views: 162

Ayat Alkitab: (Markus 10: 46-52)

  • Mengenali Tuhan Juruselamat Tanpa Memandang Rupa (10: 47).
    1. Banyak orang mengenali Kristus hanya berdasarkan rupa – Yesus, orang Nazaret, maka memandang rendah terhadap-Nya, dan tidak percaya kepada-Nya. (Yohanes 1: 45-46; 2 Korintus 5: 16; Markus 6: 1-6)
    2. Tetapi dia mengenali Tuhan sebagai “Anak Daud” – Raja yang mulia.

▲Berlakulah ramah terhadap Dia, supaya engkau tenteram; dengan demikian engkau memperoleh keuntungan.(Ayub 22: 21)

▲ Kita seharusnya mengenali Dia sebagai Penguasa langit dan bumi, Tuhan Keselamatan bagi seluruh umat manusia.

  • Bersandar Dengan Sepenuh Hati, Tekun Memohon (10: 47 kalimat kedua).
    1. Selepas mengenali Tuhan, bersandar kepada-Nya dengan sepenuh hati.
    2. Memohon dengan bersungguh-sungguh, mengharapkan kasih karunia dari Tuhan.
    • Sikap biasa orang memohon:
      • Secara penukaran : memohon dengan bernazar;
      • Secara memerintah : memohon mengenapi hal yang ditetapkan pada waktu ditetapkan;
      • Secara mengira hutang : memohon dengan bersungut-sungut.

* Apakah tidak disedari bahawa cara dan sikap pemohonan demikian tidak munasabah, bagaimanakah permohonan demikian akan berkenan kepadaTuhan?

    • Permohonan Bartimeus adalah “Kasihanilah aku!”.

Dia merendahkan diri sendiri: merasakan bahawa dirinya tidak mempunyai syarat yang sepadan untuk memohon kepada Tuhan, maka dia hanya boleh memohon Tuhan untuk mngasihani dia. Permohonannya begitu tekun dan rendah hati, maka tergeraklah hati Tuhan yang mengasih.

▲Ia mengabulkan doa kita, jikalau kita meminta sesuatu kepada-Nya menurut kehendak-Nya. (1 Yohanes 5: 14-15)

 

  • Iman Yang Kuat Memenangi Halangan (10: 48)
    1. Imannya ialah: Hanya melihat Yesus tanpa melihat keadaan sekitar. (Iman tidak dijejaskan keadaan sekitar).
    2. Imannya ialah: Semakin dihalang semakin teguh. ( Iman tidak dapat dikawal oleh manusia, menggunakan iman yang tanpa ketakutan untuk mengatasi orang ramai.)

◎ Ada masanya kita dianiayai orang yang belum percaya (orang bukan seiman) kerana iman kepercayaan, ini boleh dijelaskan. “Apa yang mereka lalukan, mereka tidak tahu”. Sekiranya kita disalah faham, dipandang rendah, ditindas, dihalang oleh seiman dalam gereja, perasaan itu akan menjadi lebih teruk. Tetapi kerana iman, dia tidak mengambil penting terhadap semua itu.

◎ Ada kala kita ditegur oleh seorang, kita mungkin masih dapat berteguh dalam iman; tetapi jikalau ditegur oleh orang ramai, banyak masa, iman kita akan bergoyah. Disebabkan dia tahu dan mengenali dengan sesungguhnya, bahawa siapa dirinya percaya, “semakin keras ia berseru”, dengan iman yang tanpa ketakutan mengatasi orang ramai, dan menperoleh perjanjian Tuhan – “Panggillah dia” (10: 49).

(Sebaik sahaja Tuhan berjanji, keadaan sekitar berubah dengan serta merta, penghalang menjadi orang yang memberi bantuan 10: 48-49).

         ▲ Kamu mempunyai iman sebesar biji sesawi saja (Matius 17: 20).

  • Membuangkan Beban, Bersandar Dengan Iman (10: 50)
    1. Menanggalkan “Jubah”: melambangkan perbuatan membuangkan kebiasaan yang lama.
    2. Menanggalkan “Jubah” (beban): melambangkan melepaskan segala kekuatiran dan menyerahkan segala sesuatu dengan sepenuh hati, tanpa kebimbangan.
    3. Hanya dengan meninggalkan segala sesuatu, menyerahkan segala sesuatu dengan iman, percaya kepada Tuhan, barulah memperoleh sukacita yang sejati.

▲ …Menangalkan semua beban…(Ibrani 12: 1)

▲ Serahkanlah segala kekuatiranmu kepada-Nya, sebab Ia yang memelihara kamu. (1 Petrus 5:7)

 

  • Mengusahakan Supaya Dapat Melihat Semula, Tidak Mencari Kebendaan (10: 51)
    1. Mata yang buta telah menjadikannya seorang pengemis, hidupnya dalam kehinaan.
    2. Mendapat kebendaan duniawi tidak dapat mengubah identitinya.
    3. Mata yang buta dapat melihat semula, barulah hidupnya mempunyai satu perubahan yang amat besar:
    • Perubahan identiti (Tidak lagi menjadi pengemis)
    • Perubahan tubuh badan (Tidak lagi cacat)
    • Terang pada seluruh tubuh (Tidak lagi ada kegelapan)

◎ Sejak itu masuk dalam kehidupan yang terang, kehidupan impian, kehidupan yang penuh dengan pengharapan!

▲Mata adalah pelita tubuh. Jika matamu baik, teranglah seluruh tubuhmu. Jika matamu jahat, gelaplah seluruh tubuhmu. (Matius 6: 22-23)

▲Meminta kepada Tuhan supaya memberikan kepadamu Roh hikmat dan wahyu untuk mengenal Dia dengan benar. (Efesus 1: 17-18)

 

  • Mengikuti Yesus dengan Penuh Kesyukuran (10:52)
    1. Mengalami kasih anugerah Tuhan, hati lebih teguh
    2. Mengikuti Tuhan Juruselamat, berada di merata tempat:
      • Mengikuti cara kelakuan Tuhan , mengikuti  jejak langkah Tuhan.
      • Berjalan bersama dengan Tuhan, melaksanakan amanat (Menyebarkan Injil Kebenaran).
      • Memakai orang baru, bersaksi untuk Kristus.

 ▲ Jangan mensia-sia kasih karunia Tuhan, yang telah kamu terima… (2 Korintus 6: 1-2).

▲ Mengucap syukur dan beribadah kepada Tuhan menurut cara yang berkenan kepada-Nya, dengan hormat dan takut (Ibrani 12: 28).

Kesimpulan:

Kita seharusnya mencontohi iman Bartimeus, yang berkenan kepada Tuhan.

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *