Views: 193

Garis Panduan Membaca Riwayat Hidup Raja-Raja

[Yohanes Yang]

Sewaktu nabi Samuel telah tua, umat Israel memohon untuk melantik seorang raja untuk memerintah atas mereka dan Allah meluluskannya (I Sam 8:4-9). Tiga dinasti pertama peringkat awal mornaki berlangsung selama 120 tahun, terdiri daripada raja Saul, raja Daud dan raja Salomo, di mana setiap mereka memerintah selama 40 tahun (Kis 13:21; II Sam 5:4; I Raj 11:41).

Sehinggalah keturunan ke-4, iaitu Rehabeam, negara berpecah kepada dinasti selatan dan dinasti utara. Dinasti Utara ditubuhkan oleh sepuluh suku, dipanggil Kerajaan Israel. Manakala Dinasti Selatan terdiri daripada suku Yehuda dan Benyamin, yang dipanggil Kerajaan Yehuda (I Raj 12:21). Raja-raja sebelah utara berjumlah seramai sembilan belas orang, berlanjutan selama  kira-kira 200 tahun, dan binasa pada 721 sebelum masihi.

Raja-raja sebelah selatan juga terdiri daripada sembilan belas raja (tidak termasuk Atalya, ibu Ahazia). Sama juga dengan keturunan Daud, berlanjutan selama kira-kira tiga ratus tahun dan akhirnya binasa dalam tangan kerajaan Babel pada 586 sebelum masihi.

Bermula daripada raja Saul sampai kepada raja terakhir tanah Yehuda, iaitu raja Zedekia (termasuk juga Kerajaan Israel), kesemuanya ada 42 orang raja. Berikut dibentangkan secara ringkas riwayat dan peristiwa-peristiwa berkenaan mereka, silalah baca dan kajikan dengan teliti, di samping memohon Roh Kudus membantu agar kita beroleh ajaran-ajaran rohani daripadanya, lantas membangunkan diri sendiri. Amin.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *