Dimanakah Tuhan Benar?
| |

Dimanakah Tuhan Benar?

Jikalau kita mahu memperolehi damai sejahtera dan melaksanakan tugas kita di dunia dengan pengharapan untuk memasuki Kerajaan Sorga, maka kita mesti menyembah Tuhan yang benar. Soalan-soalan sekarang ialah: Di manakah Tuhan Benar? Di mana kita boleh carikan Dia dan bagaimana kita harus menyembahNya?

TUHAN BENAR ADA DI SEGALA TEMPAT

Kebanyakan manusia di dunia ini seringkali menempatkan arca ukiran ataupun patung di dalam kuil atau tempat tinggal untuk disembahkan pada setiap hari. Mereka harus pergi ke hadirat patung-patung berhala ini demi untuk menyembahkan mereka dan meminta berkat.

Tuhan yang menciptakan alam semesta adalah Roh (Yohanes 4:24) dan Dia memenuhi langit dan bumi (Efesus 1:23; Yeremia 23:24). Angkasa mahupun masa tidak dapat membatasi kehadiran Tuhan. Kita tidak payah menyembah Tuhan pada sesuatu tempat yang ditetapkan kerana “Tuhan yang telah menjadikan bumi dan segala isinya, Ia, yang adalah Tuhan atas langit dan bumi, tidak diam dalam kuil-kuil buatan tangan manusia” (Kisah Para Rasul 17:24).

Berikutan adalah perbualan antara Yesus dengan seorang perempuan Samaria di mana ia akan membantu kita mengaut pemahaman yang lebih jelas terhadap isu ini. Perempuan itu berkata, “Nenek moyang kami menyembah di atas gunung ini, tetapi kamu katakan bahawa Yerusalemlah tempat orang menyembah.” Yesus menjawab:

“Percayalah kepadaKu, hai perempuan, saatnya akan tiba, bahawa kamu akan menyembah Bapa bukan di gunung ini dan bukan juga di Yerusalem … Tetapi saatnya akan datang dan sudah tiba sekarang, bahawa penyembah-penyembah akan menyembah Bapa dalam roh dan kebenaran; sebab Bapa menghendaki penyembah-penyembah demikian. Tuhan itu Roh dan barangsiapa menyembah Dia, harus menyembahNya dalam roh dan kebenaran.” (Yohanes 4:20-24)

Oleh kerana Tuhan ialah Roh, maka kita tidak perlu menghadkan diri kita untuk menyembah Dia di mana-mana kuil buatan tangan manusia ataupun di mana-mana lokasi yang telah ditetapkan. Tuhan tidak menghendaki persembahan korban ataupun menuntut persembahan objek-objek fizikal untuk menyembahNya. Apa yang Dia kehendaki adalah ketulusan hati dan kesungguhan hati kita semua (Kisah Para Rasul 17:24-25).

Dengan demikian, kita boleh menyembah Bapa kita di mana-manapun asalkan kita menyembahNya dengan ketulusan hati. Cara menyembah Tuhan dengan ketulusan hati adalah melalui doa dan menyanyi mazmur (Efesus 5:19; 1 Korintus 14:15).

TUHAN BENAR MENYERTAI GEREJA BENAR

Kita boleh menyembah Tuhan Benar di mana-mana sahaja dan tidak dihadkan di mana-mana lokasi fizikal. Akan tetapi, untuk menjadi anak-anak Tuhan, kita mesti kembali ke gereja yang diasaskan oleh Kristus Yesus di mana kita boleh melayani Tuhan Benar (Matius 16:18). “Jemaat” bukan sahaja berkenaan dengan rangka fizikal sesebuah bangunan. Jemaat adalah keluarga Tuhan – sekumpulan pemercaya (1 Timotius 3:15). Hanya apabila kita kembali ke gereja barulah kita dapat menjadi anggota-anggota keluarga Tuhan (Efesus 2:19).

Gereja manakah merupakan keluarga Tuhan? Pada masa kini terdapat beribu-ribu denominasi di dunia. Adakah mereka semua ini mempunyai kehadiran Tuhan dan adakah mereka dianggap sebagai keluarga Tuhan?

Alkitab mengatakan, “keluarga Tuhan yakni jemaat Tuhan yang hidup, tiang penopang dan dasar kebenaran” (1 Timotius 3:15). Oleh kerena itu, hanya gereja yang menyokong dan menganjurkan kebenaran adalah jemaat Tuhan yang hidup – keluarga Tuhan.

Alkitab sekali lagi mengatakan bahawa jemaat “adalah tubuhNya, yaitu kepenuhan Dia yang memenuhi semua dan segala sesuatu” (Efesus 1:23). Ini bermakna bahawa Roh Tuhan bukan sahaja memenuhi segala sesuatu; Ia juga memenuhi jemaat. Jadi, kita dapat membuat kesimpulan bahawa hanya gereja yang disertai Roh Kudus atau Roh Tuhan adalah Gereja Tuhan juga keluarga Tuhan. Rasul Yohanes berkata, “Dan demikianlah kita ketahui bahawa Tuhan ada di dalam kita, yaitu Roh yang telah Ia karuniakan kepada kita” (1 Yohanes 3:24). Ini adalah ditujukan kepada kedua-dua individu dan gereja.

Dalam Efesus 2:19-22, Paulus menyatakan dua kelayakan yang dimiliki gereja Tuhan:

* Dasar para rasul dan para nabi – Kebenaran

* Tempat kediaman Tuhan di dalam Roh – Roh Kudus

Dengan demikian, Kebenaran dan Roh Kudus merupakan dua dasar keperluan bagi Gereja Benar. Sila berjaga-jaga terhadap “daya tarikan” yang digunakan oleh beberapa buah gereja untuk “mempromosi” mereka sendiri. Adakah mereka mengabarkan kelulusan tinggi pastor mereka ataupun mereka mengabarkan tentang Yesus dan juga hikmat Tuhan? Adakah mereka mengutamakan perkhidmatan sosial seperti kaunseling dan taska ataupun mereka mengutamakan kasih sejati dan kuasa Kristus? Adakah mereka menfokuskan preskrisi corak kehidupan mereka sendiri atau adakah mereka menfokuskan Firman Kebenaran?

Bagi mereka yang mencari untuk menyembah Tuhan dan mengidam untuk menjadi anak-anak Tuhan, Gereja Yesus Benar bersungguh-sungguh mengundang anda untuk menyertai kebaktian untuk melanjutkan pengkajian Firman Tuhan. Datanglah dan menerimalah berkat Roh Kudus yang berkelimpahan.

Glosari

Rasul: Seorang murid pilihan Tuhan

Alkitab: Firman Tuhan dalam bentuk penulisan untuk sejagat manusia

Kristus: Yang Diurapi; Yesus – Juruselamat yang dinubuatkan dalam Perjanjian Lama

Para Kristen: Para pemercaya Kristus; memiliki ciri-ciri yang bersamaan dengan Kristus

Jemaat: Perkumpulan manusia yang telah ditebus oleh darah Kristus

Sorga: Tempat tinggal yang kekal yang melampaui kerajaan fizikal di mana Tuhan telah sediakan untuk mereka yang diselamatkan olehNya

Roh Kudus: Roh Tuhan; di dalam Perjanjian Baru, Roh Kudus yang dijanjikan itu tinggal di dalam para pemercaya sebagai Kaunselor peribadi

Ibu Gereja Antarabangsa: Pusat koordinasi antarabangsa Gereja Yesus Benar

Yesus: Nama Tuhan; inkarnasi Tuhan dalam tubuh jasmani sebagai Juruselamat umat manusia

Hujan Akhir: Hujan musim semi, hujan yang mendahului musim menuai di Palestin; perlambangan pencurahan Roh Kudus yang kedua kali ke atas para pemercaya di akhir zaman.

Nubuat: Ramalan pengilhaman yang istimewa ataupun mesej yang bermatlamatkan memberi amaran ataupun nasihat

Nabi: Orang yang dipilih Tuhan untuk memaklumkan nubuat-nubuat kepada orang lain

Berkata-kata dalam bahasa Roh: Berkata-kata dengan menggerakkan lidah dalam suara yang tidak dapat difahami; bukti pembaptisan Roh Kudus

Perjanjian (Lama dan Baru): Perjanjian Tuhan dengan manusia; Pembahagian besar Alkitab (Perjanjian Baru bermula dengan kelahiran Yesus Kristus)

Mengapakah Setiap Insan Perlu Menyembah Tuhan Yang Benar?
| |

Mengapakah Setiap Insan Perlu Menyembah Tuhan Yang Benar?

Apabila kita bertembung dengan kenyataan seperti “Setiap insan perlu menyembah Tuhan yang benar”, seperti yang dicadangkan oleh buku ini dan tajuk bab ini, kita secara semulajadi akan mempertahankan diri. Perkataan “perlu” ini membawa suatu indera kewajipan ataupun sesuatu  tugas yang harus disempurnakan.  “Siapakah anda untuk memberitahu saya apa yang patut saya lakukan ataupun yang tidak patut lakukan?” Ataupun kemungkinan tindak balas anda terhadap pesanan sedemikian adalah dengan suatu soalan yang ringkas: “Mengapa?” “Mengapa saya ataupun sesiapapun harus menyembah Tuhan Yang Benar?” Dalam dunia yang begitu luas, kita  rasakan bahawa tiada seorangpun melainkan pegawai-pegawai kita ataupun pihak-pihak berkuasa yang hanya  boleh  memberitahu kita  untuk  melakukan sesuatu melainkan kita sendiri  merelakan diri kita. Akan tetapi, kita sering tidak mempedulikan bahawa keseluruhan umat manusia hanya mempunyai satu pegawai atasan dan pihak yang paling berkuasa – Tuhan – kerana Dialah Pencipta dan Penguasa  kesemua benda-benda di dunia ini. Dengan itu,  marilah kita  tinjaukan apa yang dikatakan Tuhan tentang mengapa setiap insan perlu menyembah Tuhan Yang Benar:

  • Untuk memperolehi damai sejahtera.
  • Untuk memenuhi kewajipan manusia.
  • Untuk kembali ke rumah Bapa.

(A) Untuk Memperolehi Damai Sejahtera

Pada zaman purbakala dahulu, sebelum dunia ini mengenali sebarang tamadun, orang asli primitif telah pun  tahu  menyembah beberapa tuhan menurutkan idea-idea mereka terhadap rupa bentuk  tuhan-tuhan yang berlainan. Namun demikian, dari pemerhatian mereka terhadap alam sekeliling mereka,  ditambahkan dengan pemberian naluri Tuhan mengenai penyembahan makhluk yang  agung,  mereka yakin akan kewujudan satu tuhan yang menciptakan dan menguasai alam   semesta ini (Roma 1:19-20).  Tambahan pula,  manusia sering kali menghadapi ancaman bencana-bencana alam dan pelbagai jenis penyakit yang mendedahkan kegetasan kehidupan  manusia.  Akibatnya,  mereka memerlukan seseorang yang jauh lebih handal daripada mereka agar dapat menyelamat serta melindungi mereka. Mereka memerlukan Tuhan. Keinginan semula jadi untuk kedamaian telah menjadi satu alasan mutlak bagi kebanyakan manusia untuk menyembah Tuhan.

Di  mana kita dapat mencarikan damai sejahtera?  Kita mendengar pihak media mengatakan: “kedamaian dunia” pada setiap masa.  Seorang pemimpin negara dapat memberitahu kita ketidakmungkinnya untuk membawa beratus-ratus negara untuk mendapatkan persetujuan. Malah kita juga tidak dapat bersetuju dengan para warga kota  dari negeri kita  sendiri.  Justru  itu, bagaimana  pula dengan kedamaian di sekeliling tetangga kita, di sekolah-sekolah kita, di rumah kita ataupun sesama kita? Apa yang kita temui ialah kedamaian ini cuma menjadi suatu  pengecualian daripada menjadi suatu peraturan.

Kita maklum bahawa kita tidak dapat mencarikan damai sejahtera di dunia ini. Sungguh malang  sekali kerana begitu banyak daripada kita masih mencari di dunia serta mencarikan tuhan-tuhan  palsu untuk mendapatkan kedamaian. Patung berhala ataupun tuhan palsu bukannya Tuhan Benar.  Ia tidak membahayakan juga tidak dapat melakukan sebarang  kebaikan (Yeremia 10:5).  Alkitab mendedahkan  ciri-ciri tulen berkenaan patung-patung berhala:

  • Berhala-berhala mereka adalah perak dan emas, buatan tangan manusia,
  • mempunyai mulut, tetapi tidak dapat berkata-kata, 
  • mempunyai mata, tetapi tidak dapat melihat,
  • mempunyai telinga, tetapi   tidak dapat mendengar, 
  • mempunyai hidung, tetapi tidak dapat mencium, 
  • mempunyai tangan, tetapi tidak dapat meraba-raba,
  • mempunyai kaki, tetapi tidak dapat berjalan,
  • dan tidak dapat memberi suara dengan kerongkongannya.  (Mazmur 115:4-7)

Kita dapati bahawa penyembahan patung-patung berhala telah menjadi suatu fenomena yang biasa sejak zaman purba  lagi.  Akan tetapi,  kita tidak boleh menafikan akan kewujudan  “patung-patung berhala”  dalam bentuk yang lain. Kebanyakan manusia merasakan mereka boleh mencarikan perlindungan dalam benda-benda seperti alkohol, dadah, wang ataupun kekayaan fizikal yang lain.  Sebalik mendapat kedamaian,  mereka cuma mendapat ilusi kegembiraan, penderitaan,  keluhan dan juga kehausan yang tidak terhenti terhadap benda-benda lain di mana mereka  telah  memperhambakan diri mereka.

Kira-kira 2,600 tahun yang lalu,  Tuhan Benar berfirman melalui nabi Yeremia dan mencela orang-orang Israel. Ia berkata, “Sebab dua kali umatKu berbuat jahat: Mereka meninggalkan  Aku, sumber air yang hidup, untuk menggali kolam bagi mereka sendiri, yakni kolam yang bocor, yang tidak dapat menahan air”  (Yeremia 2:13). “Sumber air yang hidup” melambangkan Tuhan Benar, manakala “Kolam  air yang bocor” adalah patung-patung berhala yang palsu. Tuhan Benar  telah berfirman melalui nabi Yeremia dan telah memarahi orang-orang Israel kerana mereka  telah  meninggalkan Tuhan Benar dan sebaliknya telah menyembah patung-patung berhala (Yeremia 2:  5, 8, 13).  Pengalaman orang-orang Israel menjadi suatu peringatan penting kepada kita semua pada hari  ini.  Bagi mereka yang meninggalkan Tuhan Benar dan menyembah patung-patung berhala pasti tidak akan menerima kedamaian mahupun memadamkan kedahagaan roh-roh  mereka. Akan  tetapi,  bagi mereka yang menyembah Tuhan Benar mereka akan menerima damai sejahtera yang sebenarnya dan kegirangan kerohanian mereka akan menjadi  penuh. Mereka tidak akan haus untuk selama-lamanya (Yohanes 4:14).

Tuhan Benar yang menciptakan alam semesta adalah Tuhan damai sejahtera (Roma 15:33).  Ayub, seorang tokoh yang telah mengharungi malapetaka-melapetaka yang dahsyat serta  penderitaan telah berkongsi akan sumber kekuatannya:  “Berlakulah ramah terhadap Dia,  supaya engkau tenteram” (Ayub 22:21).  Oleh itu, mereka yang benar-benar mengenali Tuhan dan  percaya  kepadaNya akan  memperolehi damai sejahtera (Yesaya 26:3).  Tambahan  pula, murid-murid  dahulu kala  telah menguraikan  tentang  perlindungan Tuhan:

Tempat  perlindunganku dan kubu  pertahananku, Tuhanku, yang kupercayai ….. Engkau tak usah takut terhadap kedahsyatan malam,  terhadap panah yang terbang di waktu siang,  terhadap penyakit sampar yang berjalan di dalam gelap, terhadap penyakit menular yang mengamuk di waktu petang.  Walau seribu orang rebah di sisimu,  dan sepuluh ribu di sebelah kananmu, tetapi itu tidak akan menimpamu.  (Mazmur 91:2, 5-7)

Ribut mungkin akan terjadi dari langit yang cerah, dan kita mungkin akan bertembung dengan bencana-bencana yang tidak didugai. Kehidupan tidak dapat diramalkan, jadi kita patut “mencari Tuhan selama Ia berkenan ditemui;  berserulah kepadaNya selama Ia dekat!” Jikalau tidak,  adalah terlambat bagi kita apabila kecelakaan menimpa ke atas diri kita (Yesaya 55:6).

(B) Untuk Memenuhi Kewajipan Manusia

“Akhir kata dari segala yang didengar ialah:  takutlah akan Tuhan dan berpeganglah pada perintah-perintahNya kerana ini adalah kewajiban setiap orang”  (Pengkhotbah 12:13)

Ayat ini memberitahu kita bahawa takut akan Tuhan  merupakan kewajipan setiap orang.  Takut akan Tuhan ialah meninggalkan kesemua patung-patung berhala dan menyembah Tuhan Benar  dengan hati yang suci.

Mengapakah  kita  harus  menyembah  Tuhan  Benar?   Ambilkan analogi  perhubungan di antara seorang bapa dengan seorang anak.  Ia adalah tugas seorang anak untuk menyanjungi serta  menghormati ibu bapanya.  Ini adalah disebabkan ibu bapanya telah membesarkannya,  mengkhasiatkannya  dengan  makanan, menjagainya dengan  kelembutan dan penuh prihatin. Tambahannya di dalam kebanyakan  kes mereka sanggup mengorbankan diri demi anak-anak mereka. Begitu  juga dengan kesejatian perhubungan antara Tuhan dengan manusia.  Dia membekalkan kita dengan makanan seharian dan adalah mata air kehidupan kita. Ibu bapa kita telah melahirkan kita dan kita perlu menghormati mereka. Tuhan Benar adalah sumber kehidupan bagi nenek moyang  kita,  ibu bapa kita dan juga diri kita sendiri.  Patutkah kita tidak menyembah Dia? Tidak menghormati ibu bapa kita adalah setara dengan mengabaikan akar kehidupan kita. Tidak menyembah Tuhan Benar adalah sejajar dengan  mengabaikan sumber mutlak dan pati kehidupan.

Dengarlah, hai langit, dan perhatikanlah, hai bumi, sebab TUHAN berfirman: “Aku  membesarkan anak-anak dan  mengasuhnya,  tetapi   mereka memberontak terhadap Aku.  Lembu mengenal pemiliknya, tetapi Israel tidak;  keledai mengenal palungan yang disediakan tuannya, tetapi umatKu tidak memahaminya.”  (Yesaya 1:2-3)

Suatu ratapan yang begitu menusuk hati kita!  Suatu khabar yang begitu menyedihkan! Tuhan telah memilih orang-orang Israel di antara kesemua bangsa yang lain dan memulihkan mereka sebagai umatNya. Dia adalah raja mereka yang membesarkan serta mengasuh mereka. Hairannya, mereka telah memberontak terhadap Dia.

Kita tahu bahawa bukan orang-orang Israel sahaja yang adalah anak-anak Tuhan tetapi kesemua orang di dunia ini (Lukas 3:38). Dia adalah Bapa roh kita (Ibrani 12:9). Kita juga harus mengetahui bahawa Tuhan bukan menopang orang-orang Israel sahaja bahkan juga menopang keseluruhan dunia: “TUHAN itu baik kepada semua orang, dan penuh rahmat terhadap segala yang dijadikanNya” (Mazmur 145:9). Wahai para pembaca yang dikasihi, bagaimanakah kita  tidak menyembah Tuhan Benar yang telah menciptai, mangasuh serta yang telah mengasihi kita?  Bagaimanakah kita tidak mempedulikan rahmatNya yang tidak terhitungkan itu?

(C)Untuk kembali ke rumah Bapa

Tuhan Yesus pernah mengungkapkan suatu perumpamaan untuk mengilustrasikan keramahan kasih Tuhan, Bapa yang di Sorga. Yesus berkata :

Ada seorang mempunyai dua anak laki-laki. Kata yang bongsu kepada ayahnya: Bapa, berikanlah kepadaku bagian harta milik kita yang menjadi hakku. Lalu ayahnya membagi-bagikan harta  kekayaan itu di antara mereka. Beberapa hari kemudian anak bongsu itu menjual seluruh bagiannya itu lalu pergi ke negeri yang jauh.  Di sana ia memboroskan harta miliknya itu dengan hidup berfoya-foya.  Setelah dihabiskan semuanya,  timbullah bencana kelaparan di dalam negeri  itu dan iapun mulai melarat.  Lalu ia pergi dan bekerja pada seorang majikan di negeri itu. Orang  itu menyuruhnya ke ladang untuk menjaga babinya. Lalu ia ingin mengisi perutnya dengan ampas yang menjadi makanan babi itu, tetapi tidak seorangpun yang memberikannya kepadanya.

Lalu ia menyedari keadaanya, katanya: Betapa banyaknya orang upahan bapaku yang berlimpah-limpah makanannya, tetapi aku di sini mati kelaparan. Aku akan bangkit dan pergi kepada bapaku dan berkata  kepadanya:  Bapa, aku telah berdosa terhadap Sorga dan terhadap bapa,  aku  tidak layak lagi disebutkan anak bapa; jadikanlah aku sebagai salah seorang upahan bapa.

Maka bangkitlah ia dan pergi kepada bapanya.  Ketika ia masih jauh,  ayahnya telah melihatnya, lalu tergeraklah hatinya oleh belas kasihan. Ayahnya itu berlari mendapatkan dia lalu merangkul dan mencium dia. Kata anak itu kepadanya:  Bapa, aku telah berdosa terhadap Sorga dan terhadap bapa, aku tidak layak lagi disebutkan anak bapa.  Tetapi ayah itu berkata kepada   hamba-hambanya:  Lekaslah bawa ke mari jubah  yang  terbaik,  pakaikanlah  itu kepadanya dan  kenakanlah cincin pada jarinya dan sepatu pada kakinya. Dan ambillah anak lembu tambun itu, sembelihlah dia itu dan marilah kita makan dan bersukacita. Sebab anakku ini telah mati dan  menjadi hidup kembali, ia telah  hilang  dan  didapat kembali. Maka mulailah mereka bersukaria.   (Lukas 15:11-24)

Menurut perumpamaan ini,  anak yang hilang ini  telah berjauhan dari bapanya dan telah melalui suatu kehidupan manja yang tidak bermatlamat ataupun bermakna. Dia cumalah seorang asing  ke mana-mana sahaja dia pergi di mana dia tidak mempunyai seorangpun yang dapat dipercayainya dan merasa tidak senang hati. Dia merasa terlampau dahaga dan lapar – tubuh serta jiwanya merasa letih lesu.  Akan tetapi,  apabila dia menyedari akan keadaannya, dia kembali ke kampung halamannya. Dengan berjiwakan penyesalan, dia merangkul dirinya ke dalam dangkapan bapanya  di mana dia telah mencarikan belas kasihan dan belaian kasih. Sekali lagi dia dapat menikmati kesemua berkat sebagai seorang anak.  Betapa indahnya gambaran lukisan ini!

Wahai pembaca yang dikasihi, adakah cerita ini memperingatkan anda tentang diri anda atau seseorang yang anda kenali?  Tempatkan diri anda di dalam kedudukan bapa ini. Seandainya anda juga mempunyai seorang anak yang tidak berhati perut seperti anak dalam perumpamaan tadi, yang hanya tahu berpesta dan yang benci bekerja; yang berapik dengan kumpulan jahat serta melakukan segala jenis kegiatan yang tidak bermoral; yang memboroskan harta yang anda  bahagikan kepadanya;  dan yang tidak mengendahkan nasihat anda – pasti kesemua ini akan  memilukan hati anda.  Betapanya  anda  inginkan dia bertobat! Akan tetapi,  pada suatu hari, dia insaf kembali ke pangkuan anda dengan hati yang sesal, berazam akan menghentikan kehidupannya yang berpelesiran serta menjadi orang baru. Alangkah gembiranya anda akan rasai!

“Bapa” dalam perumpamaan ini mewakili Bapa kita yang di Sorga.  “Anak yang hilang”  melambangkan kesemua mereka yang telah menyimpang – jauh sekali dari Bapa yang di Sorga tetapi yang telah bertobat dan kembali ke hadirat Tuhan Benar.

Manusia pernah menjalinkan perhubungan anak-bapa dengan Tuhan Benar.  Malang sekali, semenjak nenek moyang kita iaitu Adam, memberontak terhadap Tuhan, kita semua telah dihanyut jauh dari Tuhan Benar. Untuk suatu jangka masa yang lama,  kita tidak mengetahui  tentang penyembahan Tuhan Benar mahupun mengendahkan nasihatNya.  Sebaliknya kita lebih suka membidik hati kita di dalam dunia, tanpa pengharapan ataupun penghiburan serta hati dan jiwa kita berterusan kelaparan dan kehausan. Bapa kita yang di Sorga, Tuhan yang Benar, mempunyai kasih serta belas kasihan yang berkelimpahan,  biarpun kita sengaja membuat pelanggaran (Mazmur 103:8-13).  Seandainya kita benar-benar bertobat dan menyembahNya dengan kewarakan hati kita serta dengan rendah hati  menundukkan diri kita kepadaNya,  maka  Ia akan mengampuni pelanggaran-pelanggaran kita dan mengalu-alukan kita ke pangkuanNya  (Efesus 2:19).  “TUHAN itu dekat kepada orang-orang yang patah hati,  dan Ia menyelamatkan orang-orang yang remuk jiwanya” (Mazmur 34:19).

Siapakah Tuhan yang Benar?
| |

Siapakah Tuhan yang Benar?

Adalah perlu bagi kita terlebih dahulu mengesahkan akan adanya Tuhan sebelum kita dapat memperkatakan siapakah Dia. Bab yang terdahulu telah berusaha membuktikan dari berbagai sumber bahawa Tuhan sememangnya wujud. Marilah kita mengulaskan yang berikut:

  • Dia adalah Pencipta alam semesta.
  • Dia adalah Penguasa Undang-undang.
  • Dia meletakkan naluri menyembah Tuhan ke dalam minda manusia.
  • Dia adalah Pencipta dan Penopang kehidupan.
  • Dia membuat nubuat menjadi kenyataan.
  • Dia melakukan tanda mujizat.
  • Dia tinggal di dalam hati manusia dan membolehkan manusia berkata-kata dalam bahasa roh melalui Roh Kudus.

Sebenarnya siapakah Tuhan? Apabila kita bertanyakan tentang siapakah seseorang itu, kita lazimnya menerima beberapa latarbelakang peribadi yang membezakannya dari orang lain. Kita lazimnya menerima informasi seperti orang itu mempunyai talian persaudaraan dengan si polan, bahawa orang tersebut bekerja di tempat itu, ataupun orang tersebut telah melakukan sesuatu yang istimewa sekali. Dengan cara yang sama, jikalau kita ingin mengetahui siapakah Tuhan, kita mengharapkan pembelajaran tentang latar belakangNya ataupun ciri-ciri istimewa yang membuatNya berbeza dari semua orang.

Berikutan adalah ciri-ciri istimewa tentang Tuhan Benar ini di mana kita boleh memahami siapakah Dia dengan lebih jelas lagi:-

  • Tuhan Benar adalah Tuhan yang sedia ada.
  • Tuhan Benar adalah Tuhan yang memenuhi keseluruhan alam semesta.
  • Tuhan Benar adalah Tuhan yang MahaKuasa.
  • Tuhan Benar adalah Tuhan yang mengkehendaki kita menyembahNya di dalam roh.

(A) Tuhan Adalah Tuhan Yang Sedia Ada

Lebih dari 3,000 tahun yang lalu, apabila Tuhan memilih Musa untuk memimpin orang-orang Israel keluar dari Mesir, Dia menggelarkan DiriNya sebagai “AKU ADALAH AKU” (Keluaran 3:14). Dia memanggil diriNya sendiri dengan cara ini adalah disebabkan Dia bukannya ciptaan tangan manusia mahupun dilahirkan melalui kelahiran manusia. Dia adalah berkekalan dan wujud secara sendiri – tanpa sebarang permulaan ataupun pengakhiran.

Tuhan yang menciptakan alam semesta ialah “AKU ADALAH” dan adalah Tuhan Benar yang tunggal.

Kita boleh membahagikan tuhan-tuhan yang disembahkan oleh manusia duniawi kepada tujuh kategori tatkala berbandingan dengan Tuhan Benar:-

  • Kumpulan Cakerawala (matahari, bulan, bintang-bintang).
  • Gunung-ganang.
  • Sungai.
  • Batu-batan dan logam.
  • Haiwan-haiwan.
  • Pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan.
  • Manusia.

Ketujuh-tujuh kategori yang dinyatakan di atas merupakan bahan ciptaan; mereka telah diciptakan dan bukannya Pencipta. Mereka bukannya yang wujud sendiri dan dengan demikian, adalah tidak berbaloi bagi kita untuk menyembah mereka semua ini sebagai tuhan.

Di antara kesemua makhluk yang telah diciptakan, insan manusia adalah yang paling cerdik di mana dia berkuasa atas kesemua makhluk yang lain. Mengapa seorang yang lebih cerdik disembah oleh mereka yang lebih rendah tarafnya ataupun tiada kecerdikan? Pada keseluruhan sejarah, kita juga dapat mencarikan orang yang menyembah manusia lain untuk mengautkan kejayaan yang lebih besar. Tetapi, kita manusia cumalah makhluk-makhluk yang tidak mempunyai pilihan untuk dilahirkan ke dalam dunia ini. Kita mempunyai permulaan dan pengakhiran – kelahiran dan kematian. Tiada seorangpun yang boleh menuntut bahawa “Aku adalah Aku.” Oleh itu, kita tidak seharusnya menyembah sesiapapun sebagai insan unggul. Terdapat beberapa individu agung yang mungkin telah banyak berbakti kepada manusia, tetapi mereka masih manusia. Para wirawan ini, layak dikenangi di masa kelak dan juga diambil sebagai teladan baik yang harus dicontohi. Tiada seorangpun ataupun benda-benda ciptaan yang layak disembah sebagai tuhan.

Oleh kerana Tuhan Benar yang menciptakan keseluruhan alam semesta tidak adanya permulaan mahupun pengakhiran, maka Dia tidak mempunyai “Harijadi” ataupun “hari kematian”. Akan tetapi, kebanyakan tuhan yang disembahkan oleh manusia duniawi mempunyai hari lahir. Seandainya tuhan-tuhan ini mempunyai hari lahir, maka mereka pastinya akan “mati” pada suatu hari nanti. Bagaimanakah mereka ini boleh wujudnya sendiri dan menuntut sebagai insan yang unggul? Mereka semua ini bukannya Tuhan Benar yang kita harus sembahkan. Tuhan Benar adalah “Alfa dan Omega. Yang ada dan yang sudah ada dan yang akan datang. Yang Mahakuasa” (Wahyu 1:8). Dia adalah “AKU ADALAH AKU.”

(B) Tuhan Benar Adalah Tuhan Yang Memenuhi Alam Semesta

“Masakan Aku ini hanya Tuhan yang dari dekat, demikianlah firman Tuhan, dan bukan Tuhan yang dari jauh juga?” Yeremia 23:23

Raja Daud juga ada memperkatakan tentang kehadiran Tuhan yang begitu besar, iaitu kehadiranNya berada di mana-mana pun pada masa yang sama:

  • Ke mana aku dapat pergi menjauhi rohMu,
  • Ke mana aku dapat lari dari hadapanMu?
  • Jika aku mendaki ke langit, Engkau di sana;
  • Jika aku menaruh tempat tidurku di dunia orang mati, di situpun Engkau;
  • Jika aku terbang dengan sayap fajar dan membuat kediaman di ujung laut, juga di sana tanganMu akan menuntun aku, dan tangan kananMu memegang aku (Mazmur 139:7-10).

Oleh itu, Tuhan Benar yang telah menciptakan langit dan bumi dan segala sesuatu, sememangnya adalah Tuhan yang memenuhi alam semesta (Efesus 1:23; Yeremia 23:24). Dia berfirman: “Langit adalah takhtaKu dan bumi adalah tumpuan kakiKu; rumah apakah yang akan kamu dirikan bagiKu, dan tempat apakah yang akan menjadi perhentianKu? (Yesaya 66:1). Pada masa yang sama, apabila Paulus berada di Atena, ibukota Yunani, dia memberitahu orang-orang Atena bahawa: “Tuhan yang telah menjadikan bumi dan segala isinya. Ia, yang adalah Tuhan atas langit dan bumi, tidak diam dalam kuil-kuil buatan tangan manusia” (Kisah Para Rasul 17:24).

Ayat-ayat Alkitab di atas memberi kesimpulan bahawa tuhan-tuhan yang berada di kuil duniawi bukanlah Tuhan Benar. Patung-patung berhala buatan manusia ini bukannya boleh memberi berkat ataupun mengutuk, dan mereka ini tidak patut disembah. Kita tidak seharusnya memuja mereka.

Tuhan Benar adalah Maha Ada; Dia tidak dipengaruhi oleh ruang ataupun masa. Oleh itu, kita boleh menyembahNya di mana-mana dan pada bila-bila masa.

(C) Tuhan Benar Adalah Yang MahaKuasa

Lebih kurang 4,000 tahun yang lalu, Tuhan Benar menampakkan diri kepada Abraham, bapa leluhur orang Israel, dan berfirman kepadanya: “Akulah Tuhan Yang Mahakuasa” (Kejadian 17:1). Ayub juga memperkatakan tentang kemahakuasaan Tuhan: “Aku tahu, bahawa Engkau (Tuhan) sanggup melakukan segala sesuatu” (Ayub 42:2). Akan tetapi, disebabkan si Iblis mahu menggoda kita agar meninggalkan Tuhan Benar, maka ia seringkali melakukan tanda-tanda mujizat melalui patung-patung berhala (tuhan-tuhan palsu). Meskipun begitu, daya kuasa Syaitan adalah terhad dan tidak akan dapat memenangi Tuhan Benar. Berikutan adalah beberapa contoh untuk menerangkan butir ini:

Lebih kurang 3,600 tahun yang lalu, Tuhan Benar telah mengutus Musa untuk menuntun orang Israel keluar dari Mesir. Tuhan mahukan Firaun ketahui yang Dia menyertai Musa. Dia memerintahkan Musa agar menukarkan tongkat yang berada di tangan abangnya, yakni Harun, kepada ular di hadapan Firaun. Firaun memanggilkan orang-orang berilmu dan ahli-ahli sihir untuk melakukan kejadian yang sama tetapi tongkat Harun menelankan tongkat-tongkat mereka (Keluaran 7:8-12).

Lebih kurang 2,900 tahun yang lalu, orang-orang Israel mengikut Raja Ahab menyembah patung Baal. Tuhan Benar mengutus nabi Elia untuk berjumpa dengan Ahab. Elia mengumpulkan orang-orang Israel dan nabi-nabi Baal di gunung Karmel demi membuktikan yang mana satukah adalah Tuhan Benar. Ujiannya adalah kedua-dua Elia dan nabi-nabi palsu masing-masing mengolah seekor lembu jantan, memotong-motongnya, menaruhnya ke atas mezbah dan masing-masing memanggil “tuhan” mereka. “Tuhan” yang menjawab dengan api, maka dialah Tuhan Benar. Dari pagi hingga ke malam, nabi-nabi Baal memanggil-manggil dan melakukan upacara resam mereka; malah mereka menoreh-noreh diri sehingga darah bercucuran dari tubuh mereka. Namun demikian, tidak ada tindak balas. Apabila Elia berdoa, turunlah api dari Tuhan Benar dan menyambar habis kesemua korban bakaran. Ketika semua orang melihatkannya, sujudlah mereka dan berkata: “TUHAN, Dialah Tuhan! TUHAN, Dialah Tuhan!” (I Raja-raja 18:17-39).

Lebih kurang 1,900 tahun yang lalu, terdapat seorang pemuda yang bernama Simon telah menakjubkan bangsa Samaria dengan ilmu sihirnya. Ketika Filipus, seorang murid Tuhan, memberitakan Injil di sana, Tuhan telah melakukan banyak tanda-tanda hairan melaluinya agar mereka yang percaya dalam Kristus akan memperolehi penyembuhan dari penyakit mereka. Sejumlah besar orang yang memberi perhatian kepada Simon telah meninggalkannya dan percaya kepada Injil yang diberitakan oleh Filipus. Malah Simon sendiri telah percaya dan berterusan bersama-sama dengan Filipus (Kisah Para Rasul 8:9-13).

Oleh sebab itulah kita mesti berwaspada terhadap “agama” yang begitu banyak pada masa kini dan yang mengutamakan kuasa ajaib. Ilmu sihir manusia, patung berhala atau roh-roh jahat boleh melakukan “tanda-tanda mujizat” yang tidak boleh dipercayai. Akan tetapi, kita mesti membongkar sumber kuasa-kuasa tersebut dan juga niat tanda mujizat tersebut. Kuasa Tuhan adalah jauh berkuasa daripada segala kehidupan di dunia dan juga di alam semesta. Matlamat penunjukan kuasaNya adalah untuk memimpin manusia untuk percaya kepadaNya dan menerima keselamatan.

(D) Tuhan Benar Mengkehendaki Kita MenyembahNya Di Dalam Roh

“…Bahawa penyembah-penyembah benar akan menyembah Bapa dalam roh dan kebenaran; sebab Bapa menghendaki penyembah-penyembah demikian. Tuhan itu Roh dan barangsiapa menyembah Dia dalam roh dan kebenaran” (Yohanes 4:23-24)

Kedua-dua ayat Alkitab ini memberitahu kita bahawa Tuhan Benar mahukan kita menyembah Dia di dalam roh dan bukannya dengan kayu joli, lilin, buah-buahan, daging, kuih-muih atau objek-objek pengorbanan yang lain. Manusia di dunia bertubuhkan fizikal dan memerlukan makanan untuk mempertahankan tubuh mereka. Sebaliknya, Tuhan Benar adalah Roh yang tidak perlu makan apa-apapun. Jikalau Dia memerlukan makanan, Dia tidak memerlukan manusia memberikanNya makanan. Tuhan berfirman melalui pujangga:

  • Sebab punyaKulah segala binatang hutan, dan beribu-ribu hewan di gunung.
  • Aku kenal segala burung di udara, dan apa yang bergerak di padang adalah dalam kuasaKu.
  • Jika Aku lapar tidak usah Kukatakan kepadamu, sebab punyaKulah dunia dan segala isinya. (Mazmur 50:10-12)

Paulus mengistiharkan kepada orang-orang Atena dengan pesanan yang sama:

Tuhan yang telah menjadikan bumi dan segala isinya, Ia, yang adalah Tuhan atas langit dan bumi, tidak akan diam dalam kuil-kuil buatan tangan manusia, seolah-olah Ia kekurangan apa-apa, kerana Dialah yang memberikan hidup dan nafas dan segala sesuatu kepada semua orang. (Kisah Para Rasul 17:24-25)

Janganlah kita ditipu untuk mempercayai bahawa kita mesti mempersembahkan objek-objek supaya dapat memenangi kesukaan Tuhan. Tuhan berada di segala tempat (Mahahadir); Tuhan mengetahui segala sesuatu (Mahatahu); Tuhan cekap dalam segala sesuatu (Mahakuasa); oleh itu, Dia mengetahui hati kita. Apa yang Tuhan minta dari kita adalah menyembah Dia dengan ketulusan hati dan mempersembahkan doa-doa dalam roh.

Adakah Terdapatnya Tuhan?
| |

Adakah Terdapatnya Tuhan?

BAB I
ADAKAH TERDAPATNYA TUHAN?

Teori Evolusi Darwin telah menyebabkan banyak cendiakawan menyangkal akan kewujudan Tuhan ataupun sekurang-kurangnya konsep Kristian terhadap Tuhan. Namun, dalam kegopohan mereka menuntut bahawa Tuhan sudah mati, kebanyakan mereka gagal menimbang butir-butir berikut yang menyokong dengan kerasnya akan kewujudan Tuhan:

  • Pembentukan alam semesta
  • Sistem suria
  • Naluri manusia untuk menyembah Tuhan
  • Kehadiran kehidupan
  • Penggenapan nubuat-nubuat di dalam Alkitab
  • Tanda-tanda mujizat
  • Pencurahan Roh Kudus

(A) Dari pembentukan alam semesta kita mengetahui akan adanya kewujudan Tuhan.

“Sebab setiap rumah dibangun oleh seorang ahli bangunan tetapi ahli bangunan segala sesuatu ialah Tuhan” (Ibrani 3:4)

Ayat Alkitab ini memberitahu kita bahawa rumah yang begitu kecilpun ada ahli bangunannya; apatah lagi dengan matahari, bulan, bintang-bintang dan segala kehidupan di dunia. Tidakkah mereka juga mempunyai ahli bangunannya ataupun penciptanya? Kerumitan untuk membuat segala makhluk yang hidup dan menjadi tuan alam semesta ini adalah melebihi pembinaan sesebuah rumah.

Oleh itu, seorang rasul Yesus berkata: “Sebab apa yang tidak nampak daripadaNya – kekuatanNya yang kekal dan keilahianNya – dapat nampak kepada pikiran dari karyaNya sejak dunia diciptakan, sehingga mereka tidak dapat berdalih” (Roma 1:20).

Kejituan Saintifik dalam Alkitab Berkenaan Alam Semesta & Bumi

1. Bumi adalah sfera.

 “Dia yang bertakhta di atas bulatan bumi…” (Yesaya 40:22)

Pada 700 tahun Sebelum Masihi, seorang nabi Ibrani yakni Yesaya memperkatakan apa yang tidak diketahui orang biasa sehinggalah ke abad yang kelima belas. Sebelum pengenalan kompas dan pelayaran Columbus serta Magellan, manusia percaya bahawa bumi adalah datar.

2. Bumi bergantungan di angkasa.

“Tuhan membentangkan utara di atas kekosongan, dan menggantungkan bumi pada kehampaan.” Ayub 26:7

Kenyataan saintifik ini telah ditemui oleh Sir Isaac Newton pada tahun 1678 Selepas Masihi. Akan tetapi, kemungkinan buku Ayub ini telah ditulis lebih awal dari tahun 1500 Sebelum Masihi. Pada masa ini, pandangan manusia pada umumnya adalah bahawa bumi ini adalah datar dan bersandar pada seekor penyu besar yang berenang secara perlahan-lahan mengharungi lautan besar.

3. Bintang-bintang yang tidak terhitungkan.

“…Cobalah lihat ke langit, hitunglah bintang-bintang, jika engkau dapat menhitungnya… demikianlah banyaknya nanti keturunanmu.” (Kejadian 15:5)

Alkitab juga merujuk bilangan keturunan Abraham adalah seperti debu tanah di bumi (Kejadian 13:16; Yeremia 33:22; Ibrani 11:12). Oleh itu, Tuhan membayangkan keturunan Abraham seperti bintang-bintang di atas langit ataupun pasir lautan yang tidak terhitungkan.

Ptolemy, seorang ahli falak yang terkenal, menuntut bahawa jumlah bintang-bintang adalah tepat pada angka 1,056 pada tahun 150 Selepas Masehi.

4. Terdapatnya gunung-ganang dan jurang di dalam lautan.

“Lalu kelihatanlah dasar-dasar laut, alas-alas dunia tersingkap ……” (2 Samuel 22:16)

“Aku tenggelam ke dasar bumi …..” (Yunus 2:6)

Secara tradisional, sehingga kira-kira satu abad yang lalu, manusia meninjau lautan ini sebagai satu mangkuk gergasi berair. Mereka percaya bahawa dasar lautan melandai dari pinggir laut hinggalah ke tengah, di mana ia adalah yang paling dalam. Kemudian, manusia menyangka bahawa lantai lautan akan berterusan meningkat sehingga ke seberang. Namun, seawal tahun 1015 Sebelum Masihi, pengarang buku Samuel menggambarkan lautan seperti yang kita ketahui – mempunyai gunung-ganang dan lembah.

5. Kesemua benda-benda hidup membiak mengikut jenis mereka.

“Maka Tuhan menciptakan binatang-binatang laut yang besar dan segala jenis makhluk hidup yang bergerak, yang berkeriapan dalam air, dan segala jenis burung yang bersayap… Hendaklah bumi mengeluarkan segala jenis makhluk yang hidup, ternak dan binatang melata dan segala jenis binatang liar …” (Kejadian 1:21, 24)

Teori Aristotle dalam tahun 350 Sebelum Masihi telah mendominasikan dunia saintifik berabad-abad lamanya. Mereka membahas bahawa anasir-anasir buruk seperti serangga, katak serta makhluk air yang kecil berasal dari lopak lumpur. Hanya dalam tahun 1862 Louis Parteur membuktikan bahawa tidak adanya generasi yang spontanis.

(B) Dari Sistem Suria Kita Mengetahui Akan Adanya Tuhan.

Para saintis memberitahu kita bahawa kumpulan Celestial mempunyai orbit tetap mereka yang tersendiri dan frekuensi pergerakan mereka di mana mereka tidak pernah ketinggalan satu saatpun dalam pergerakan mereka yang selamanya pelanggaran-bebas. Di samping itu, perubahan pada empat musim serta fenomena alam yang lain, bukannya berada dalam keadaan yang tertib secara kebetulan. Ini adalah disebabkan Tuhan yang Mahakuasa “menopang segala yang ada dengan firmanNya yang penuh kekuasaan” (Ibrani 1:3).

Di suatu persimpangan trafik, hanya lampu-lampu isyarat ataupun seorang pegawai polis yang mengarahkan trafik supaya ia dalam keadaan yang tertib. Dalam alam semesta yang begitu maha luas, bagaimanakah harmoni boleh wujud seandainya tidak ada orang yang mengawal ketertiban segala sesuatu? Ini tidak boleh dilaksanakan oleh sembarangan orang. Orang yang paling layak untuk menjadi pengawal alam semesta mestilah terdiri dari orang yang mempunyai pengetahuan yang sempurna mengenai segala sesuatu. Oleh itu, selain daripada Tuhan, adakah terdapatnya orang yang pernah menuntut menjadi arkitek alam semesta? Tidak. Hanya Alkitab sahaja yang membuat pengisbatan yang demikian: “Sebab beginilah firman TUHAN, yang menciptakan langit, – Dialah Tuhan – yang membentuk bumi dan menjadikannya dan yang menegakkannya, – dan Ia menciptakannya bukan supaya kosong, tetapi Ia membentuknya untuk didiami-: “Akulah TUHAN dan tidak ada yang lain.” (Yesaya 45:18).

(C) Dari Naluri Manusia Untuk Menyembah Tuhan Kita Mengetahui Akan Adanya Tuhan.

Pada keseluruhan sejarah, para penjelajah pernah menemui kebudayaan yang tidak pernah berhubungan dengan dunia luar. Namun, setiap satu puak ataupun manusia mempunyai berlainan cara untuk menyembah tuhan ataupun sekumpulan dewa serta dewi. Dengan tidak menghiraukan perbezaan kewarganegaraan, bangsa, kebudayaan ataupun cara-cara penyembahan, terdapatnya satu kelaziman di antara kita semua – kita semua mempunyai naluri untuk menyembah tuhan. Mengapakah demikian? Alkitab memberitahu kita, “Kerana apa yang dapat mereka ketahui tentang Tuhan nyata bagi mereka, sebab Tuhan telah menyatakannya kepada mereka” (Roma 1:19). Dengan kata yang lain, Tuhan telah menanamkan naluri semula jadi di dalam setiap insan untuk menyembahNya.

Terdapatnya segelintir manusia yang tidak percaya Tuhan disebabkan mereka telah masuk ke dalam pengaruh pendidikan yang kurang berwajar di mana ia telah membutakan mereka daripada melihatkan kebenaran untuk sementara waktu. Ini bukannya Tuhan tidak memberikan mereka suatu alam untuk menyembah Dia. Kita dapati bahawa kebanyakan mereka yang tidak percaya Tuhan secara tiba-tiba akan menyeru nama Tuhan apabila suatu bencana besar menindih ke atas mereka. Pada masa itulah seseorang individu akan sedar bahawa daya kuasanya adalah terhad. Nalurinya menyeru kepada Penguasa untuk meminta pertolongan walaupun bibirnya menafikan kewujudan akan Pemerintah Yang Terunggul.

(D) Dari Kehadiran Kehidupan, Kita Mengetahui Akan Adanya Tuhan.

Kehadiran kehidupan sendiri dapat membujuk seseorang untuk merenung soalan-soalan berkenaan Tuhan. Kita tidak memilih untuk datang ke dalam dunia ini. Kecuali kes membunuh diri, kita tidak mengetahui bilakah kita akan menutup mata buat kali yang terakhir. Tambahan pula kita tidak mengetahui dari mananya sumber kehidupan ini terbit.

Kehidupan adalah suatu misteri. Ia adalah sesuatu yang sukar difahami – kita tidak dapat melihat, mendengar ataupun meraba “kehidupan”. Akan tetapi, kehadirannya adalah bukti dalam segala kehidupan. Jikalau kita mengatakan bahawa makananlah yang memberikan kita khasiat untuk menyokong kehidupan, mengapakah kita begitu berbeza dari orang lain walaupun kita memakan makanan yang sama? Tidakkah kesemua makhluk hidup seperti tumbuh-tumbuhan, serangga dan haiwan-haiwan lain bertindak balas dengan berbeza sekali terhadap makanan yang sama? Apabila kita memberikan makanan serta minuman yang sama kepada dua jenis tanaman, satu akan menghasilkan bunga ros manakala yang satu lagi akan menghasilkan bunga bakung. Jadi, apakah unsur yang membuatkan hati kita berdenyut dan darah kita mengalir, ataupun tunas-tunas berkecambah dan bunga-bungaan berbunga?

Kehidupan mengeluarkan tenaga. Apabila kehidupan tinggal di dalam suatu organisma, ia berterusan mengeluarkan tenaga dan melalui sistem metabolisme. Apabila kehidupan meninggalkan sesuatu organisma, kesemua aktiviti-aktiviti berhenti sama sekali. Ia mulai merosot dan akhirnya kembali menjadi debu tanah. Dari mananya tenaga ini berasal?

Kehidupan menyatakan keajaiban-keajaiban. Kesemua benda-benda hidup boleh membesar dan reprodus di bawah syarat-syarat yang tertentu. Sebaliknya, mesin-mesin buatan tangan manusia tidak dapat menghasilkan ataupun menggandakan biarpun bahan-bahan bakar ditambahkan dengan banyak sekali. Manusia mungkin dapat membinasakan kehidupan dengan menggunakan kekerasan. Namun demikian, dengan adanya teknologi yang tercanggih, para saintis pada hari ini masih tidak berjaya dalam penciptaan kehidupan. Tidak kira doktor-doktor perubatan yang berkelengkapan dengan alat-alat perubatan zaman canggih ataupun dengan data yang terkini yang boleh mengekalkan nyawa seseorang sampai selama-lamanya.

Kehadiran kehidupan adalah suatu misteri dan melampaui pengertian kita yang terbatas. Hanya Tuhan sahaja yang boleh melangsaikan misteri-misteri berkenaan kehidupan yang dinyatakan tadi. Dia adalah yang MahaTahu. Dia mengetahui dengan tidak terhitungnya apa yang kita dapat dari kebolehan kita yang terhad. Alkitab memberitahu kita bahawa “di dalam tanganNya (tangan Tuhan) terletak nyawa segala yang hidup dan nafas setiap manusia” (Ayub 12:10). Inilah saksamanya mengapa kita perlu mengetahui tentang Tuhan sekalipun berada di dunia ini. Seandainya kita ingin memahami tentang diri kita dan segala sesuatu yang berada di sekeliling kita, maka kita harus datang ke sumber segala kehidupan – Tuhan.

Wahai para pembaca yang dikasihi, sila renungkan isu ini: Di mananya sumber kehidupan segala sesuatu yang hidup jika tidak adanya Tuhan yang menciptakan serta memeliharakan kehidupan?

(E) Dari Penggenapan Nubuat-Nubuat Di Dalam Alkitab, Kita Mengetahui Akan Adanya Tuhan.

“Yang memberitahukan dari mulanya hal yang kemudian dan dari zaman purbakala apa yang belum terlaksana, yang berkata: KeputusanKu akan sampai, dan segala kehendakKu akan Kulaksanakan.” Yesaya 46:10

Ayat Alkitab ini memberitahu kita bahawa Tuhan mampu menunjukkan dengan awalnya apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Kita dapat melihat dari contoh-contoh yang berikutnya di mana Tuhan telah menggenapkan setiap nubuat menurut perkataanNya.

Nabi Yesaya bernubuat bahawa Mesias akan dilahirkan oleh seorang perawan (Yesaya 7:14). Tujuh ratus tahun kemudiannya, perawan Maria telah melahirkan Kristus Yesus (Matius 1:18-23).

Mikha bernubuat bahawa Mesias akan dilahirkan di Betlehem (Mikha 5:1). Tujuh ratus tahun kemudiannya, Yesus Kristus telah dilahirkan di Betlehem (Matius 2:1-11).

Raja Daud bernubuat bahawa Mesias akan menderita kesakitan yang azab dan gerombolan penjahat akan menusuk tangan dan kakiNya (Mazmur 22:13-19). Seribu tahun sesudah Raja Daud, Yesus Kristus mati dengan kedua-dua tangan serta kakiNya dipakukan ke atas kayu salib (Yohanes 19:17-18, 37).

Bersertakan dengan nubuat-nubuat tentang Yesus yang dinyatakan di atas, di sini juga ada beberapa nubuat mengenai Israel.

Nabi Yeremia telah awal-awal memberi amaran tentang Nebukadnezar, raja Babel, di mana ia akan mengistiharkan peperangan terhadap Yerusalem. Orang-orang Babel akan membinasakan Bait Suci dan memperhambakan orang-orang Yehuda. Selepas 70 tahun penawanan, orang-orang Yahudi akan dibebaskan dan mereka akan kembali ke Yerusalem untuk membangun semula bait mereka (Yeremia 25:9-12; 29:10). Sesungguhnya dalam tahun 606 Sebelum Masihi, orang-orang Babel menawan orang-orang Yahudi. Dalam tahun 536 Sebelum Masihi, Koresy, raja Persia mengizinkan orang-orang Yahudi pulang ke negeri asal mereka (2 Tawarikh 36:17-23; Ezra 1:1-5).

Orang-orang Israel seringkali membunuh para nabi malah menolak penyelamatan Kristus. Oleh sebab perkara ini, Yesus terlebih dahulu memberitahu tentang keruntuhan Yerusalam di mana orang-orang Yahudi akan kehilangan negara mereka dan diselerakkan (Matius 23:27-38; 24:1-2). Akan tetapi, apabila waktunya sudah tiba, Tuhan masih mengasihani mereka dan mengumpul mereka kembali dari setiap penjuru dunia ke negeri mereka untuk membangunkan bangsa Israel yang baru (Yehezkiel 39:28-29). Menurut rekod-rekod sejarah, orang-orang Roma mengepung Yerusalem pada tahun 70 Selepas Masihi dan telah membinasakan Kota Suci dengan sehabisnya-habisnya. Dalam tahun 1948 Selepas Masihi, kira-kira selepas 2000 tahun, Israel dibangunkan dengan herannya dan sekali lagi menjadi sebuah negara.

Contoh-contoh di atas mambentuk hanya sebahagian kecil dari nubuat-nubuat di dalam Kitab Suci. Tidak ada seorang manusiapun yang boleh terlebih dahulu meramal tentang masa depan dengan tepatnya serta melalui suatu jangka masa yang panjang. Dengan sebab itulah, para Kristian memandang Tuhan sebagai yang MahaTahu iaitu Dia mengetahui segala sesuatu.

(F) Dari Tanda-Tanda Mujizat Kita Mengetahui Akan Adanya Tuhan.

Tanda mujizat adalah kerja kuasa mutlak semula jadi. Tuhan yang menciptakan alam semesta adalah Tuhan yang Maha Kuasa (Kejadian 17:1). Walaupun kita tidak dapat melihat ataupun merabaNya, Dia menggunakan tanda-tanda mujizat untuk membuktikan kewujudanNya, untuk memimpin manusia agar menyembahNya dan percaya kepadaNya. Contohnya, lebih dari 2,000 tahun yang lalu, Dia menurunkan sepuluh tulah demi membebaskan orang-orang Israel dari tangan orang-orang Mesir (Keluaran fasal 7-12). Untuk menyelamatkan orang-orang Israel dari pedang orang-orang Mesir, Dia membelahkan air Laut Merah supaya mereka dapat menyeberang di atas tanah kering (Keluaran 14:10-31). Demi menyelamatkan orang-orang Israel dari mati kebuluran di padang gurun, Dia menghujankan manna dari langit untuk empat puluh tahun dengan tidak henti-hentinya (Keluaran 16:35; Nehemia 9:20-21). Selain daripada tanda-tanda mujizat yang di atas, Alkitab juga ada merekodkan banyak lagi tanda-tanda mujizat di dalam Perjanjian Lama. Kesemua peristiwa ini melampaui daya kuasa manusia.

Dalam zaman Perjanjian Baru, Tuhan meggunakan rasul-rasulNya untuk melakukan tanda-tanda mujizat seperti mengusir setan serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit agar mereka semua yang masuk ke dalam Kristus dapat memperolehi damai sejahtera (Kisah Para Rasul 3:2-8; 5:12-16; 8:5-8; 14:8-18; 16:16-18; 19:11-12).

Sama seperti sekarang juga, tanda-tanda mujizat yang serupa dengan Gereja peringkat awal masih wujud di dalam Gereja Yesus Benar. Semenjak penubuhannya, Tuhan telah melakukan banyak tanda mujizat dan mengubahkan kehidupan beribu-ribu pemercaya. Tuhan menggunakan penilik jemaat dan para pemercaya untuk menyembuhkan penyakit, untuk memperbaiki “Peredaran Semula jadi”, untuk mengubah pemikiran manusia, membolehkan manusia melihat penglihatan dan melakukan peristiwa-peristiwa kuasa ghaib semula jadi termasuk membangkitkan orang mati. Kesemua kuasa ghaib semula jadi ini datang dari tangan Tuhan Yang Esa.

(G) Tuhan Mendedahkan DiriNya Sendiri Melalui Roh Kudus.

Manusia mempunyai roh-roh manusia manakala Tuhan mempunyai Roh Tuhan iaitu Roh Kudus. Meskipun kita tidak dapat melihat Tuhan, kita mengetahui bahawa terdapatnya Tuhan melalui pengalaman kita ataupun menyaksikan orang lain menerima Roh Kudus. Apakah rupanya menerima Roh Kudus? Alkitab merekodkan bahawa sewaktu Petrus sedang memberitakan Injil di rumah Kornelius, Roh Kudus turun ke atas semua orang yang mendengarkan pemberitaan itu (Kisah Para Rasul 10:44). Bagaimanakah Petrus tahu bahawa Roh Kudus sudah diturunkan ke atas mereka semua? Alkitab memberitahu kita bahawa mereka mendengar orang-orang itu “berkata-kata dalam bahasa roh” (Kisah Para Rasul 10:46). Oleh itu, kita dapat memastikan samada orang itu ada Roh Kudus atau tidak dengan berdasarkan kepada berkata-kata dalam bahasa roh itu.

“Berkata-kata dalam bahasa roh” merupakan bukti untuk seseorang menerima Roh Kudus dan Roh Kudus merupakan bukti akan kewujudan Tuhan. Dengan demikian, Alkitab mengatakan: “Kerana itu karunia bahasa roh adalah tanda, bukan untuk orang yang beriman, tetapi untuk orang yang tidak beriman” (1 Korintus 14:22). Ini bererti bahawa berkata-kata dalam bahasa roh adalah bukti untuk orang kafir mengetahui bahawa Roh Tuhan boleh turun ke atas manusia. Bagi pemercaya pula, Tuhan memberikan suatu petunjuk yang lebih nyata: “Dan demikianlah kita ketahui bahawa Tuhan ada di dalam kita, yaitu Roh yang telah Ia karuniakan kepada kita” (1 Yohanes 3:24).

Pencurahan Roh Kudus musim akhir membawakan penubuhan Gereja Yesus Benar. Kebanyakan pemercaya dalam gereja ini telahpun menerima Roh Kudus dan berkata-kata dalam bahasa roh di mana ia adalah serupa dengan situasi para rasul untuk membuktikan kejituan Alkitab.

ROH KUDUS PADA MASA PERJANJIAN BARU

Seperti yang direkodkan di dalam Buku Kisah Para Rasul, Roh Kudus telah diturunkan ke atas para rasul buat kali yang pertama (Sila rujuk Kisah Para Rasul fasal 2). Pada Hari Pentakosta, terdapat banyak kejadian yang ganjil berlaku. Orang-orang Yahudi yang melihat dan mendengar murid-murid yang berkepenuhan dengan Roh Kudus menyangka mereka sudah mabuk. Pada masa itulah gereja pertama mulai berakar dan bertumbuh. Roh Kudus bekerja dengan begitu penuh kuasa di antara orang-orang dengan tanda-tanda mujizat yang menghairankan. Hasilnya, beribu-ribu orang datang percaya kepada Tuhan.

Setiap Insan Perlu Menyembah Tuhan Yang Benar
| |

Setiap Insan Perlu Menyembah Tuhan Yang Benar

PRAKATA

Sewaktu kita merentas jalan kehidupan, kita bergerak menuju ke arah-arah tertentu. Adakalanya kita akan bertembung dengan sekatan ataupun lencongan. Adakala pula kita terpaksa mendaki gunung atau bukit, menyeberang sungai ataupun mengharungi lautan. Biarpun apa jalan yang direntasi, semuanya akan berakhir di satu destinasi yang sama – Maut. Kebanyakkan kita takut menghadapi titik penamat perjalanan tersebut memandangkan ia adalah kesudahan kepada segala sesuatu yang telah kita usahakan sepanjang hayat kita. Walaupun demikian, ada di antara kita yang mengharapkan ketibaan hari “Pengakhiran Muktamad”. Ini disebabkan kita sedang berada di tangga yang menuntun ke arah satu tempat indah iaitu tempat istirehat kekal abadi yang bernama Syurga. Adakah anda berada di tangga yang menuju ke Syurga?

Risalah ini menyampaikan langkah pertama daripada empat langkah untuk seseorang menempuh tangga ke kerajaan Syurga. Sewaktu anda menyempurnakan langkah yang pertama, iaitu Setiap Insan Perlu Menyembah Tuhan yang Benar, badan editor mempelawa anda untuk menyelidiki tiga langkah yang lain: Kesemua Manusia Jatuh Disebabkan Dosa, Setiap Insan Perlu Percaya Kepada Yesus dan Setiap Insan Perlu Kembali Ke Gereja Yang Benar. Badan editor telah memetik keempat-empat topik ini dari bab-bab sebuah buku yang berjudul ‘Tangga Menuju Ke Sorga’. Dalam tahun 1981, Penatua Shuenn-Taw Hsieh menuliskan teks asalnya dalam bahasa Cina. Isu yang kelima berkembang dalam tahun 1985. Dengan bertambahnya keperluan terhadap material penginjilan kesusasteraan dalam bahasa Melayu, Ibu Gereja Antarabangsa Gereja Yesus Benar telah melancarkan projek penterjemahan, penerbitan serta penyusunan risalah ini, yang bermula dalam tahun 1993. Badan editor telah berikhtiar untuk menghasilkan bahasa penterjemahan yang sesuai agar para pembaca bahasa Inggeris boleh memelihara idea-idea yang asal. Tujuan mutlak buku risalah dan tiga risalah yang lain ialah membekalkan para pembaca suatu rujukan bagi menuntun mereka ke tangga yang menuju Sorga.

Matlamat

Bagaimana seseorang boleh membuat penyataan yang begitu berimperatif seperti: “Setiap manusia perlu menyembah Tuhan Benar?” Tindak balas anda yang pertama mungkin: “Patutkah setiap insan? Mengapa?” Justru itu, anda akan berfikir sendiri: “Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Tuhan Benar’ ?” Adakah terdapatnya tuhan-tuhan yang palsu?” Ataupun anda hanya bertanya, “Dasarnya, siapakah sebenarnya Tuhan?”

Soalan-soalan yang ringkas ini mewakili soalan-soalan yang paling asas terhadap makna kehidupan. Mengenali Tuhan bermaksud mempunyai jawapan-jawapan kepada sumber sejagat kehidupan dan alasan kewujudan kita. Adalah matlamat risalah ini dan juga teman-temannya untuk menjawab soalan-soalan yang berumur panjang ini. Seandainya anda seorang yang sedang mencari Tuhan, yang sedang mencuba untuk mencarikan siapa dan apakah Dia, maka inilah tempat yang baik untuk bermula. Seandainya anda adalah seorang Kristian, sila terus membaca dan anda mungkin dapat menemui sesuatu yang biasa, namun yang mencabarkan terhadap pengetahuan rohani anda pada masa kini.

Sila beri perhatian bahawa hikmat dan pengetahuan Tuhan adalah teramat besar. Risalah ini ataupun kesusasteraan yang lain hanya boleh meliputi sebahagian kecil tentang alam rohaniah. Dengan demikian, apabila anda bertembung dengan soalan-soalan tambahan di mana buku ini tidak terjawabkan kepuasan anda, sila tuliskan soalan-soalan anda dan kirimkan kepada alamat yang bersesuaian yang terpapar di ruangan belakang risalah ini. Terdapatnya pihak-pihak berkenaan yang akan membalas soalan-soalan ataupun pertanyaan-pertanyaan anda.