Gereja Wangkod
Gereja Wangkod telah ditubuhkan pada tahun 1936. Pada tahun 1935, adalah diketahui bahawa seorang wanita bernama Lumbihan bte Gimpit telah memasuki Gereja Benar di Kampung Wangkod. Sdri Lumbihan terdahulunya adalah seorang kafir yang menyembah berhala dan dipercayai mempunyai kuasa ghaib. Kemudian, dia menjadi ahli Gereja Roman Katholik. Apabila Dn John Chin dari Tanjung Tuaran menyaksikan kepadanya Injil Benar. Dia percaya lalu dibaptiskan. Kemudian, Sdri Lumbihan telah menyebarkan Injil dari Kg Wangkod ke Linungkuan, Tinuhan, Puhus, Tamparuli, Rombituon, Madang, Rungus, Topokon, Menguou, Kosusu, Rongalis dan lain-lain.
Dalam pertengahan tahun 1938, Sdra Kadayang Angkal memasuki Gereja Benar dan ramai yang telah mengikutinya, antara lain ialah Bacheh Lasak (kini Dn Simon), setelah dia sembuh dari penyakitnya. Sebelum Bacheh dibaptiskan, dia sangat menentang Gereja Benar sehingga pada suatu ketika dia cuba menendang emaknya (Sdri Lumbihan) semasa dia berdoa. Syukur kepada Tuhan, kerana tendangannya tidak kena pada sasaran bahkan Bacheh sendiri terjatuh lalu pengsan.
setelah Sdra Bacheh percaya, rumahnya dijadikan rumah doa. Pada 20 Mei 1939, Borubui Agan (Kini Dn Yakub) juga telah menjadi anggota Gereja Benar. Dari itu, kedua-dua mereka menyebarkan Injil ke Kg Timbou, Tinuhan dan Puhus.
Pada tahun 1942-45, Perang Dunia kedua berlaku dan oleh itu kemajuan gereja telah tersekat buat sementara. pada 1949, selepas peperangan, terdapat satu cadangan untuk membina gereja. Pada 1947, sebuah gereja berukuran 6.1m x 5.5m (20 kaki x 18 kaki) telah dibina. Inilah gereja pertama yang dibina. Inilah gereja pertama yang dibina di Wangkod. Pada tahun yang sama , 3 diaken dialntik iaitu Dn Lumbihan, Diaken Simon dan Dn Yakub.
Dari 1951-1954 bilangan pemercaya bertambah lebih banyak sehingga sebuah gereja lebih besar perlu dibina. Bangunan gereja yang kedua berukuran 12.2m x 9.1m (40 kaki x 30 kaki) dibina. Bangunan gereja yang kedua berukuran 12.2m x 9.1m (40 kaki x 30 kaki) dibina. Ia mempunyai bangunan gereja sendiri. Sejak penubuhannya, Gereja Wangkod berkembang dengan maju. Ia mempunyai carta organisasi yang baik dan telah menyebarkan Injil dengan berkesan melalui usahasama dengan 5 gereja berdekatan. Lebih pentingnya ialah bilangan anggota telah bertambah dari tahun ke setahun. Kini, hampir semua penduduk kampung adalah anggota Gereja Yesus Benar. Syukur kepada Tuhan. Cawangan-cawangan gereja dalah timbou dan Somodon yang telah ditubuhkan baru-baru ini.
Pada 1986, ada seramai 153 pemercaya dan 2 orang diaken. Selain itu, Kebaktian Hari Sabat, Kebaktian malam juga diadakan pada setiap malam kecuali Hari Isnin. Kelas Pendidikan Agama berjumlah 4 dengan 50 orang kanak-kanak dan 15 orang guru. Penguasanya ialah Sdra Grangon Longkod dibantu oleh Jausin Kindingan. Ahli-ahli Jawatankuasa adalah seperti berikut:
Hal Ehwal Agama: Benjamin Sinduman, Yakub Agan (Timbalan)
Hal Ehwal Am : Kindingan Limbun
Bendahari: Ridayah Sambulan, Sigim Pantai (Pembantu)
Setiausaha: Jausin Kindingan, Dalus Logidu (Pembantu)