| |

Gereja Lupak

Gereja Lupak ditubuhkan pada 1975. Ianya terletak di kawasan pantai di bahagian pedalaman. Bilangan pemercaya ialah 40 orang. Kebanyakan anggota terdiri daripada kaum Sino-Dusun dan Dusun-Bisaya.

Anggota – anggota Gereja Lupak berasal dari Kampung Malahau, Beaufort. Padfa 1947, Sdra Mak Vui Shin (Singawai Maklam) yang telah dibaptis pada 1936 bertolak dari Kampung Malahau untuk menetap di Kampung Lupak pada 1947. Kemudian, dia dilantik menjadi Dn Nataniel Mak dan menanggung jawatan Penguasa Gereja sehingga sekarang.

Dalam 1960-an Kebaktian Hari Sabat dijalankan di rumah Dn Nataniel. Pada tahun 1974, anggota-anggota gereja mulai membina bangunan gereja. Dalam tahun 1975, bangunan gereja baharu telah siap dibinakan. 9 tahun kemudian, disebabkan bangunan gereja telah usang maka pada 1984, sebuah gereja baharu berukuran 7.3m dengan 4.3m ( 24 kaki dengan 14 kaki) dibina semula. Pentahbisan gereja telah berlangsung pada 1985. Seterusnya, suatu jawatankuasa gereja telah ditubuhkan. Hingga kini, 4 kali Kebaktian Kebangunan Rohani telah diadakan.

Jawatankuasa Gereja sekarang terdiri daripada yang berikut:
Hal Ehwal Agama: Jinit Middin, Sutili Gillau (Timbalan)
Hal Ehwal Am : Lin Chit Nam, Lim Poi Lai (Pembantu)
Bendahari : Joenis Gakoi, Lin Kong Chu (Pembantu)
Setiausaha: Pius Gillau, Saimun Joenis (Pembantu)

| | |

Gereja Labuan

Pulau Labuan terletak lebih kurang 48 KM sebelah barat Negeri Sabah. Pulau ini seluas lebih kurang 52KM persegi. Ia dihubungi dengan Kuala Lumpur, Singapura, Brunei dan pekan-pekan besar di Sabah dan Sarawak melalui  udara. Terdapat juga satu perkhidmatan feri di antara Menumbuk (sebuah pekan tepi pantai di daerah Beaufort di sebelah Pantai Barat) dan Labuan.

Pada awalnya, Labuan adalah sebahagian daripada Borneo Utara. Ia menjadi pelabuhan bebas pada 1956 dan dalam 1984 menjadi Wilayah Persekutuan. Terdapat lebih kurang 30,000 orang menduduki pulau tersebut, di antaranya 75% penduduknya adalah orang Melayu. Sebilangan besar di antara mereka bekerja sebagai buruh, yang lain nelayan atau pemilik estet ladang.Orang Cina kebanyakkannya adalah peniaga, sementara yang lain pula bekerja dengan firma perdagangan atau syarikat persendirian atau sebagai kakitangan Kerajaan.

Pada awal 1930, Sdra Yap Kong Fui telah ditukar bertugas ke Labuan. Pada pertenganhan bulan September pada tahun yang sama, Dn Philip Tyan membuat sat ulawatan khas  ke Labuan untuk melawat Sdra Yap. Selepas ia menerima Roh Kudus, dia dilantik sebagai Dn Titus Yap. Dengan sokongan daripada Dn Philip Tyan, sebuah rumah doa ditubuhkan di rumah Dn Yap pada 6 Disember di Mempidai iaitu berhampiran dengan tapak lapangan terbang sekarang (lebih kurang 3 KM dari pusat pekan). Terdapat 20 orang pemercaya yang terdiri daripada keluarga Dn Titus Yap, Sdra Yap Henn On dan Sdri Wong En Len. Dn Philip Tyan selalu melawat ke Labuan untuk membantu dalam kerja suci. Berikutan dengan itu, Kebaktian Kebangunan Rohani (KKR) pertama diadakan pada 1935. Tahun berikutnya, Dn Simon Kam telah dilantik menjadi Penguasa Hal Ehwal Agama dan Sdri Wong En Lan sebagai Bendahari.

Semasa Pendudukan Jepun dari 1942 – 1945, gereja telah dirampas oleh orang Jepuin dan kebaktian telah dihentikan. Gereja telah mengalami “tempoh gelap”. Selepas pembebasan, dari 1945-1950 kebaktian gereja belum lagi dipulihkan kerana gereja telah dimusnaj dan para pemercaya telah bersurai. Pada tahjun 1950, Dn John Chin dan Dn Titus Yong telah diutus oleh Ibu Gereja ke Labuan untuk memulakan Mesyuarat Pemercaya dengan tujuan untuk memulihkan Kebaktian Sabat dan juga kebaktian keluarga secepat yang mungkin. Pada masa yang sama, Sdra Tsen Chi Henn menyerahkan $300.00 sebagai pampasan dari Kuasa tempatan atas musnahnya gereja. Dengan wang itu, Dn Simon Kam membeli sekeping tanah tereletak lebih kurang 5KM dari pekan untuk pembinaan gereja baharu. Berikutan ini perancangan bagi bangunan gereja dimulakan dengan serta merta.

Pada 1956, bangunan gereja sementara telah siap dan ditahbiskan bersempena dengan Kebaktian Kebangunan Rohani. Sdra Chung Chao Loong dari Beaufort dan Sdra Vun Lim San dari Tuaran telah memberikan banyak bantuan terhadap pembinaan gereja dengan mendermakan bahan binaan dan tenaga buruh. Penguasa Hal Ehwal Agama ialah Dn Simon Kam. Terdapat 30 orang pemercaya.

Pada 1964, Dn John Yang dan Dn Lin Fong Shen telah diutus oleh Ibu Gereja Taiwan ke Sabah untuk membantu kerja penginjilan. Dalam lawatan ini, mereka juga melawat Labuan pada penghujung tahu yang sama. Semasa Kebaktian Kegbangunan Rohani 3 hari Sdra Wong Nyap Thau telah dilantik menjadi Dn David Wong. Kerja penginjilan seterusnya berkembang. Pada bulan Disember 1967, Dn David Wong dan keluarganya berpindah ke Kota Kinabalu dan kerja penginjilan telah diserahkan semula kepada Dn Simon Kam seorangan.

Pada malam 25 Disember 1974, gereja telah terbakar. Sebab kebakaran sebenarnya tidak diketahui. Kebaktian Sabat telah tergendala dan terpaksa diadakan di rumah Sdra Chia Thien Soong. Kemudian, satu mesyuarat diadakan untuk memutus sama ada gereja didirikan di tapak sama atau di sekeping tanah berukuran 0.08 hektar (0.2 ekar), sejauh 8 KM dari pekan yang didermakan oleh Sdra Chia. Keputusan adalah menerima derma Sdra Chia. Tapak gereja yang lama telah dijual dan wang itu menjadi sebahagian dari tabung bangunan gereja. Para anggota telah digesa untuk menderma kepada tabung tersebut. Pada 31 Disember 1982, pembinaan sebuah gereja konrit berharga $140,000.00 dua – tingkat dan berhawa dingin dengan muatan 100 orang telah bermula. Pentahbisan / Kebaktian Kebangunan Rohani diadakan pada 30 April hingga 2 Mei 1983.

Pada 6 November 1984, Dn Simon Kam telah meninggal dunia. Oleh itu, kerja penginjilan telah dikendalikan oleh Sdra Yap EN FUng dan Sdra Kam Kin Boon. Sehingga 1986, gereja mempunyai 71 orang anggota. Selain dari kebaktian Sabat, terdapat juga kebaktian malam pada Hari Jumaat.

Pada masa sekarang, terdapat 4 kelas Pendidikan Agama dengan 22 orang murid dan 6 orang guru-guru. Penguasanya ialah Sdri Chia Vui Lan dan pembantunya Sdri Yap Kim Ping. Ahli-ahli Jawatankuasa Gereja sekarang adalah seperti berikut:

Hal Ehwal Agama : Yap En Fung, Kam Kin Boon (Timbalan)
Hal Ehwal Am : Chia Vui Lan, Chia Vui Min (Penolong)
Bendahari : Yap Thau Fah, Wu Cheng Vun (Penolong)
Setiausaha: Siau Yapp Yin, Kam En Koh (Penolong)

| |

Gereja Kudat

Bandar Kudat terletak di sebelah utara Negeri Sabah dan sebelah barat Telok Marudu. Ia adalah bandar utama daerah Kudat. Walaupun bandar ini ibu negeri Sabah pada awalnya di bawah penjajahan British, namun disebabkan pelabuhannya yang cetek, kapal-kapal besar tidak dapat berlabuh. Oleh itu, kedudukannya sebagai pelabuhan telahpun diambil alih oleh bandar-bandar lain yang mempunyai pelabuhan yang lebih sesuai. Sebilangan besar penduduk Kudat adalah Cina yang merupakan peniaga ataupun peladang (seperti peladang kelapa).

Pada Jun 1927, Dn Mark Chin dan Dn Philemon Ho telah diutus oleh Lembaga Cawangan untuk menyebarkan Injil di situ. Keluarga Chihn Pit Tat, Wong Sin Fatt dan Chin Tse Hiun percaya dan dibaptiskan. Mereka adalah bekas anggota Gereja ‘Seventh Day Adventist’.  Bagi tujuan penubuhan gereja, mereka melantik seorang penatua (Thaddaeus Chin), dua orang diaken (Simon Chin dan Joses Wong) dan seorang Diakenis (Lois Kong). Pada masa yang sama, mereka juga telah memohon bagi pendaftaran gereja dengan Kerajaan. Sebuah rumah doa kemudian ditubuhkan di rumah Penatua Thaddeus Chin. Kemudian, dua lagi keluarga percaya dan dibaptiskan. Selain dari kebaktian Hari Sabat, kebaktian malam juga diadakan setiap malam. Lebih kurang 20 orang menghadiri termasuk beberapa orang pencari Kebenaran yang datang bagi penyembuhan penyakit mereka. Apabila mereka telah sembuh mereka sedar bahawa Tuhan bersama mereka. Oleh itu, gereja mula berkembang dan pemercaya – pemercaya meningkat ke 40 orang.

Setelah kematian Dn Joses Wong, Dn Simon Chin pula berpindah ke Jesselton (Kota Kinabalu) untuk bekerja. Dua tahun kemudian, penatua Thaddaeus Chin juga meninggal dunia. Akibatnya gereja telah mengalami beberapa rintangan. Mereka kemudian melantik Dn Micah Wong dan Dns Mary Chin untuk mengendalikan hal ehwal gereja sehingga 1942 apabila Borneo Utara di bawah pendudukan Jepun dan Kebaktian telah diberhentikan. Apabila Jepun telah menyerah kalah, Borneo Utara sekali lagi di bawah jajahan oleh British. Selepas pembebasan, kehidupan perlahan-lahan pulih seperti sedia kala.

Kebaktian Sabat dipulihkan di kediaman Sdra Lu That Kong (Kini Dn Joshua Lu). Terdapat lebih kurang 10 orang anggota. Dn Micah Wong adalah Penguasa Hal Ehwal Gereja. Pada tahun yang sama, mereka telah menjemput Dn Philip Tyan dari Lembaga Cawangan untuk memgbantu dalam kerja penginjilan. Dengan kehadiran Roh Kudus, semuanya berjalan dengan licin dan bilangan anggota semakin bertambah. Pada tahun 1953, sebuah bangunan gereja papan telah didirikan di tapak sekarang ini yang lebih kurang 0.8KM (1/2 batu) jauhnya dari bandar Kudat. Pada tahun yang sama, Dn John Chin dan Dn Titus Yong telah dikirim oleh Lembaga Cawangan ke Kudat untuk kerja penggembalaan. Bagi memperkukuhkan lagi gereja, dua orang lagi dilantik sebagai diaken. Mereka ialah Joshua Lu dan Caleb Pang.

Pada tahun 1956, Dn Joshua Lu telah dipilih sebagai Penguasa Hal Ehwal Agama. Pada tahun 1966, Dn Miccah Wong mengambil alih tugasnya. Pada tahun yang sama, Dn John Yang dan Dn Lin Fong Shen telah dikirim oleh Ibu Gereja Taiwan untuk membantu kerja-kerja suci di Sabah. Di bawah bimbingan kedua diaken tersebut, kelas-kelas pendidikan agama kudat telah dimulakan pada tahun yang sama.

Pada 1967, sebuah gereja papan yang baharu berukuran 15.2m x 9.1m (50′ x 30′) telah dibina untuk menggantikan yang lama di tapak yang sama. Bangunan ini mempunyai muatan duduk seramai 250 orang. Pada tahun 1975, Dn Joshua Lu telah dilantik sekali lagi sebagai Penguasa Hal Agama.

Sehingga tahun 1986 terdapat 200 orang pemercaya. Selain dari Kebaktian Sabat, kebaktian malam juga diadakan pada setiap Hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Terdapat 5 kelas Pendidikan Agama dan 1 kelas belia dengan jumlah murid seramai 72 orang dan guru 16 orang. Dn Simon Chong adalah Penguasa Pendidikan Agama. Ahli Jawatankuasa Eksekutif adalah seperti berikut:

Hal Ehwal Agama : Joshua Lu, Mark Ng (Timbalan)
Hal Ehwal Am : Simon Chong, Chin En Jin (Pembantu)
Bendahari : Foh Kui Yun, Yong Mui Lan (Pembantu)
Setiausaha: Mark Ng