3. Tiga Kejahatan Yang Tidak Boleh Dilakukan
|

3. Tiga Kejahatan Yang Tidak Boleh Dilakukan

Kejahatan apa pun tak boleh dilakukan, apabila melakukan 3 kejahatan di bawah ini, maka akhirnya akan lebih jahat dari segala kejahatannya.

I.       MELUPAKAN ALLAH

1.      Janganlah melupakan Allahmu (Ul 32 : 18).

2.      Janganlah melupakan segala kebaikanNya (Mzm 103 : 2-5).

3.      Barangsiapa melupakan Allah, ia pasti binasa (Ul 8 : 19;  Ayb 8 : 11-13).

  • Hendaklah berjaga-jaga, supaya jangan melupakan Allah (Ul 8 : 11-14).

II.     MEMBERONTAK TERHADAP ALLAH

1.      Barangsiapa tidak mendengarkan Firman Allah, ialah memberontak terhadap Allah (Yeh 20 : 8).

2.      Barangsiapa yang memberontak kepada Allah, ialah menerima roh jahat yang bekerja di dalamnya (Ef 2 : 2).

3.      Barangsiapa yang memberontak kepada Allah, pasti memikul dosa dan binasa (Hos 13 : 16).

  • Janganlah disesatkan orang dengan kata-kata hampa, sehingga memberontak kepada Allah (Ef 5 : 6;  Kol 3 : 5-6).

III.    MENINGGALKAN ALLAH

1.      Barangsiapa yang tidak percaya akan Allah, iaitu meninggalkan Allah (Ibr 3 : 12;  Yer 17 : 5).

2.      Barangsiapa yang meninggalkan Allah, pasti ditinggalkan oleh Allah (2 Taw 24 : 20;  Yer 17 : 13).

3.      Barangsiapa yang meninggalkan Firman Kebenaran juga meninggalkan Allah (1 Tim 4 : 1).

  • Hendaklah menaruh takut dalam hati, serta tidak meninggalkan Allah (Yer 32 : 40).

KESIMPULAN :

Barangsiapa yang melakukan ketiga kejahatan di atas itu, pasti akan binasa;  Hendaklah menjaga diri untuk tidak melakukannya, agar mendapatkan kebahagiaan yang kekal.

2. Bagaimana Allah Memimpin Umat Manusia
|

2. Bagaimana Allah Memimpin Umat Manusia

Apabila umat manusia tidak memperoleh pimpinan Allah, pasti berjalan pada perjalanan sesat yang menuju kebinasaan.  Melalui apakah Allah memimpin umat manusia itu?

I.       MELALUI HATI SANUBARI – MELAKUKAN PERKARA

1.      Melalui hati sanubari melakukan hukum Taurat Allah (Rm 2 : 14-15).

2.      Apabila melakukan menurut Firman yang lurus, maka hati sanubarinya baik (Ibr 13 : 18).

3.     Apabila melakukan pekerjaan dengan hati sanubari yang murung, maka tidaklah akan takut (1 Ptr 3 : 16;  1 Tim 1 : 19).

  • Hendaklah melakukan perkara dengan hati sanubari, barulah mentaati kehendak Allah.

II.     MELALUI ALKITAB – PETUNJUK

1.      Alkitab adalah diilhamkan oleh Allah (2 Tim 3 : 16).

2.    Bertindak hati-hati sesuai dengan Firman di dalam Alkitab, perjalanannya pasti akan berhasil dan segalanya akan beruntung (Yos 1 : 8).

3.      Barangsiapa yang memperhatikan perkataan kudus, pasti bintang timur akan terbit bersinar di dalam hatinya (2 Ptr 1 : 19).

  • Hendaklah menyimpan janji Allah dalam hati, supaya jangan berdosa terhadap Allah (Mzm 119 : 11).

III.    MELALUI ROH KUDUS – MEMIMPIN

1.      Roh Kudus memimpin kita mengerti tentang seluruh kebenaran (Yoh 16 : 13).

2.      Roh Kudus memimpin kita dalam pembaharuan (Tit 3 : 5).

3.      Roh Kudus memimpin kita untuk bekerja bagi Tuhan (Kis 8 : 29;  16 : 6-7).

  • Hendaklah taat akan pimpinan Roh Kudus serta melaksanakannya (Gal 5 : 25-26).

KESIMPULAN :

Barangsiapa yang taat akan pimpinan Allah, pasti sampai pada tempat bahagia yang disediakan oleh Allah.  Dan menikmati keindahan bahagia yang disediakan oleh Allah sejak penciptaan dunia.

1. Selama Masih Ada Hari Ini
|

1. Selama Masih Ada Hari Ini

(IBR 3 : 13)

Segala perkara berada dalam “Kesempatan” (Pkh 9 : 11), maka itu harus dapat memegang waktu dan kesempatan.  Melakukan perkara yang harus dilakukan barulah tidak melewatkan kesempatan baik, sehingga tidak menyesal selamanya.

 

I.       SELAMA HARI INI MASIH BERADA DALAM KHEMAH

1.      Hendaklah mengejar kehidupan yang kekal (2 Kor 5 : 1).

2.      Melakukan pekerjaan yang harus dilakukan (2 Ptr 1 : 13;  Yoh 9 : 4).

3.      Sebab usia manusia sangat singkat (Ayb 14 : 1).

II.     SELAMA HARI INI MASIH MUDA

1.      Ingatlah akan Tuhan penciptamu (Pkh 12 : 1).

2.      Apabila waktu yang melemahkan tiba, maka tak dapat bekerja lagi (Pkh 12 : 2-5).

3.      Apabila masa kematian mendatang, hanyalah kesia-siaan belaka (Pkh 12 : 5-8).

III.    SELAMA HARI INI MASIH ADA KEKAYAAN UNTUK DIGUNAKAN

1.      Hendaklah memberi persembahan selama masih ada kesempatan (1 Taw 29 : 14).

2.      Sebab harta yang berlimpah adalah pemberian Allah (1 Taw 29 : 12).

3.      Apabila hari kemurkaan Allah tiba, maka harta tidak berguna lagi (Ams 11 : 4).

IV.    SELAMA HARI INI MASIH ADA TERANG ANUGERAH

1.      Harus percaya kepada terang itu (Yoh 12 : 36a).

2.      Berjalan pada perjalanan Syurga selama ada terang (Yoh 12 : 35;  8 : 12).

3.      Menjadi anak-anak terang (Yoh 12 : 36a).

KESIMPULAN :

Mengulangi huraian yang penting : Janganlah selama masih ada hari ini, lalu tamak akan dunia, berbuat dosa, maka itu sungguh menakutkan.

43. Tuhan Melihat Hati
|

43. Tuhan Melihat Hati

Pada umumnya manusia memandang pada parasnya, tetapi Allah meihat hatinya.

Dalam perkara apakah Allah melihat hati manusia?

I.       DALAM TUTUR KATA

1.      Percakapan orang Farisi dengan orang Herodian (Mat 22 : 15-18).

2.      Dalam perkataan Yudas yang pura-pura Kasih (Yoh 12 : 4-7).

3.      Hendaklah berjaga-jaga tutur kata sendiri (Mzm 39 : 1;  Pkh 5 : 2).

II.     DALAM DOA

1.      Ia memandang akan doa penyesalan dari pemungut cukai (Luk 18 : 9-14;  Mzm 51 : 17).

2.      Yang memuliakan Allah dengan bibirnya, namun hatinya jauh, maka percuma beribadah kepada Allah (Mat 15 : 8-9).

3.      Harus menyembah dengan roh dan Kebenaran (Yoh 4 : 24;  1 Sam 1 : 12-18, 20).

III.    DALAM KEBAKTIAN

1.      Apakah berbakti dengan hati yang senang? (Mzm 122 : 1;  100 : 4).

2.      Mendengar Firman Allah dengan sikap yang saleh (Pkh 5 : 1;  Hab 2 : 20).

3.      Mulutnya penuh dengan kata-kata cinta kasih, namun hatinya mengejar keuntungan yang haram (Yeh 33 : 31).

IV.    DALAM PERSEMBAHAN

1.      Ia mengetahui bahawa persembahan dari janda itu adalah wang seluruh nafkahnya (Luk 21 : 1-4).

2.      Ia mengetahui bahawa persembahan Ananias adalah mendustai Roh Kudus (Kis 5 : 1-10;  8 : 18, 20).

3.      Hendaklah dengan hati yang rela baru diberkati oleh Allah (2 Kor 9 : 7).

V.     DALAM KESUCIAN

1.      Orang Farisi hanya memandang kesucian yang di luar (Luk 11 : 37-40).

2.      Allah melihat kesucian dalam hati (Mat 15 : 18-20).

3.      Allah memakai orang yang suci (2 Tim 2 : 21;  2 Kor 7 : 1).

VI.    DALAM PELAYANAN

1.      Maria memperoleh pujian (Mrk 14 : 3-8).

2.      Tekun melayani Tuhan (Luk 9 : 57-62).

3.      Tidak dapat mengabdi kepada Allah, juga kepada Mamon (Mat 6 : 24).

KESIMPULAN:

Mata Tuhan ada di segala tempat mengawasi orang jahat dan baik (Ams 15 : 3).

42. Hanya Satu Saja Yang Perlu
|

42. Hanya Satu Saja Yang Perlu

Luk 10 : 38-42 – Yang dituju itu apa dan yang perlu itu apa?

Di dalam ayat ke – 39 dikatakan : “Bahawa Maria duduk dekat kaki Tuhan dan terus mendengarkan FirmanNya”.  Maka dapatlah diketahui bahawa “Satu saja yang perlu” tidak lain iaitu Firman Tuhan.

I.       MENGAPA FIRMAN ALLAH ITU PERLU

1.      Sebab Firman itu adalah Allah (Yoh 1 : 1, 14) – Ada Allah baru dapat bersandar kepadaNya.

2.      Sebab Firman itu adalah Terang dunia (Yoh 8 : 12;  Mzm 119 : 105) – Ada terang baru ada pengharapan.

3.      Sebab Firman itu membawa kepada Kehidupan yang Kekal (Yoh 8 : 51) – Ada Kehidupan yang Kekal barulah ada Kebahagiaan yang sesungguhnya.

  • Beribu-ribu kebahagiaan di dunia tidak diperlukan, namun Firman Allah itu benar-benar perlu.

II.     TIDAK BOLEH SIBUK PERKARA JASMANI

1.      Sebab nama adalah hampa (Gal 5 : 26;  Ref : Mzm 146 : 3-4).

2.      Keuntungan juga tidak berguna (Ayb 27 : 8;  1 Tim 6 : 6-10).

3.      Menikmati kemewahan dunia pasti akan menderita (Luk 16 : 19-31) – Tanpa Firman Allah.

  • Lebih rela dengan kehidupan yang hina, miskin, menderita, namun asal ada Firman Alah.

III.    HENDAKAH GIAT DAN TEKUN MENCARI FIRMAN ALLAH

1.      Meninggalkan perkara dunia (Ibr 12 : 1;  Flp 3 : 7-8).

2.      Menghadap kepada Tuhan (Ibr 10 : 22;  1 Ptr 2 : 5) – Berbakti, mendengarkan Firman Allah dan Berdoa.

3.      Tekun mencari Allah – Firman (Yer 29 : 13;  Yoh 1 : 1).

  • Setelah ada Firman Allah, barulah ada Kehidupan (Flp 2 : 16).

KESIMPULAN:

Firman Allah tetap untuk selama-lamanya;  Inilah Firman yang melahirkan kembali (1 Ptr 1 : 23-25).

41. Hendaklah Bersaksi Kepada Semua Bangsa
|

41. Hendaklah Bersaksi Kepada Semua Bangsa

Kita sebagai orang yang dipilih oleh Tuhan untuk menjadi murid-muridNya, maka hendaklah bersaksi kepada semua bangsa (Mat 28 : 19).

Sebenarnya harus bersaksi tentang apa?

I.       BERSAKSI TENTANG KEADAAN MANUSIA PADA MASA KINI

1.      Telah berbuat dosa, sehingga kehilangan Kemuliaan Allah (Rm 3 : 23).

2.      Upah dosa serta hukuman (Rm 6 : 23;  Ibr 9 : 27).

3.      Manusia tanpa pengharapan (Mzm 90 : 10).

II.     BERSAKSI BAHAWA MANUSIA TIDAK BERDAYA UNTUK MENYELAMATKAN DIRINYA SENDIRI

1.      Kerana melakukan hukum Taurat (Rm 3 : 20).

2.      Kerana melakukan kebajikan (Tit 3 : 5).

3.      Kerana akhlak yang baik (Yes 64 : 6).

III.    BERSAKSI BAHAWA MANUSIA MEMERLUKAN YESUS

1.      Yesus dapat memikul dosa umat manusia (1 Ptr 2 : 24;  Kis 4 : 12).

2.      Ia dapat memberikan hidup yang kekal kepada manusia (Yoh 3 : 16).

3.      Ia dapat memberikan damai sejahtera kepada manusia (Yoh 16 : 33).

IV.    BERSAKSI TENTANG BAHAYA BAGI ORANG YANG TIDAK PERCAYA KEPADA YESUS

1.      Berdosa (Yoh 16 : 9).

2.      Pasti akan dihukum (Yoh 3 : 18, 36).

3.      Tiada damai (Yes 57 : 21).

KESIMPULAN:

Hendaklah menurut seperti yang sudah dihuraikan di atas, banyak bersaksi kepada semua bangsa, supaya semua bangsa menjadi murid Tuhan.