Perihal Orang Kaya
| | |

Perihal Orang Kaya

Perihal Orang Kaya

[Lai Yin Fu]

‘Kekayaan’ boleh dirumuskan kepada emas, perak, wang tunai, dokumen-dokumen bernilai, kebendaan dan lain-lain; ‘orang kaya’ ditujukan kepada hartawan. Justeru itu, dalam erti kata lain ataupun dari skop maksud yang luas, dalam seumur hayat kita, asal sahaja kita lebih kuat berbanding dengan orang-orang lain dalam aspek-aspek tertentu, maka kita adalah orang kaya dari aspek tersebut. Ini merupakan pemberian kasih karunia Allah yang mana manusia harus pergunakannya dengan sebaik-baiknya; seandainya tidak, kecemerlangan kendiri pula menjadi batu sandungan yang akan mematikan diri sendiri. Orang kaya seandainya hanya bersandar kepada kekayaan sendiri dan memandang ringan akan kedudukan dan kekuasaan Allah, ia akan kehilangan kesempatan untuk masuk ke dalam Kerajaan Allah.

i. Orang kaya dari segi harta pusaka

Δ  Orang kaya mengutamakan harta pusaka lalu melepaskan peluang untuk mengikut Tuhan (Mat 19:16-22)

Δ  Orang kaya yang bodoh tidak tahu berfikir dan merancang untuk hidup kekal sendiri (Luk 12:16-22, 15)

Δ  Akar segala kejahatan ialah cinta wang. Sebagai orang kaya kita harus berbuat baik memberi sedekah dan menjadi kaya dalam hal-hal baik (I Tim 6:8-11; 17-19)

ii. Orang kaya dari segi bakat dan kemahiran

Δ Keturunan anak-anak Nuh ingin membina menara Babel yang puncaknya sampai ke langit demi memasyhurkan nama sendiri dan tidak menjunjung besar Tuhan. Ini mengakibatkan Allah tidak berkenan lalu mengacau-bilaukan bahasa manusia (Kej 11:1-9)

Δ Manusia selalu membuat rancangan-rancangan besar untuk diri sendiri semata-mata kerana mempunyai kemahiran dan bakat yang tinggi. Pada hakikatnya kemahiran dan bakat adalah diterima daripada Tuhan, apakah yang dapat dimegahkan oleh manusia (I Kor 4:7)

Δ Adanya kemahiran dan bakat, haruslah menjadi pengurus yang baik dari kasih karunia Allah (I Ptr 4:10)

iii. Orang kaya dari segi budi pekerti

Δ Manusia selalu bersandar kepada budi pekerti yang baik untuk masuk ke dalam Syurga. Namun, manusia diselamatkan atas kasih karunia oleh iman dan bukan hasil pekerjaan sendiri (Ef 2:8, 9)

 Δ  Ayub adalah seorang yang dipuji Tuhan sebagai orang benar. Namun sewaktu jatuh dalam pengujian, sifatnya yang menganggap diri sendiri benar telah terbongkar (Ayb 1:1, 8-12; 27:1-6)

Δ  Siapa yang menyangka bahawa ia teguh berdiri, hati-hatilah supaya ia jangan jatuh (I Kor 12:12); berusahalah menjadi sama seperti Bapa di Syurga di dalam segala hal (Mat 5:48)

iv. Orang kaya dari segi hikmat dan kebijaksanaan

Δ   Sewaktu muda, raja Salomo memohon hikmat dan diperkenankan Allah (I Raj 3:7-13)

Δ  Sewaktu tua, disebabkan ia mencintai ramai perempuan asing, tergoda oleh kaum wanita menyebabkan ia kehilangan ‘hikmat takut akan Allah’; mulai membina bukt-bukit pengorbanan untuk patung-patung berhala, membangkitkan murka Tuhan dan mengakibatkan perpecahan monarki (I Raj 11:1-4, 11)

Δ  Janganlah menganggap dirimu sendiri bijak, takutlah akan Tuhan dan jauhilah kejahatan; percayalah kepada Tuhan dengan segenap hati dan akuilah Dia dalam segala lakumu (Ams 3:5-8)

v. Orang kaya dari segi kecantikan

Δ  Ketampanan dan kecantikan Absalom melebihi semua orang, khususnya rambutnya; lalu ia berikhtiar memikat hati rakyat, berkomplot untuk memberontak terhadap ayahnya (II Sam 14:25, 26; 15:1-6)

Δ  Sewaktu Yoab mengerahkan tentera untuk meredakan kerusuhan, rambut Absalom yang cantik itu tersangkut pada dahan sebatang pokok sehingga ia tergantung, lalu dibunuh Yoab (II Sam 18:9, 10, 14, 15)

Δ   Pada hakikatnya, kecantikan ialah memiliki kasih di dalam hati. Manusia melihat apa yang berada di depan mata, tetapi Tuhan melihat hati. Oleh yang demikian, umat Kristian sepatutnya berusaha mengejar ‘kecantikan batiniah’ (I Sam 16:6, 7; I Ptr 3:3, 4)

vi. Orang kaya dari segi kesempatan

Δ  Segala yang terjadi pada manusia adalah berdasarkan kesempatan (Pkh 9:11, 2); ada sesetengah orang menggunakan kesempatan untuk berbuat baik menakala ada juga yang menggunakannya untuk berbuat jahat.

Δ   Lot beroleh kesempatan untuk memilih tanah yang baik di sebelah timur, tetapi secara perlahan-lahan ia berkemah semakin dekat dengan Sodom, iaitu kota yang penuh dosa (Kej 13:8, 13). Terbukti, kesempatan yang baik di depan mata tidaklah semestinya baik; sebaliknya walaupun tidak ada kesempatan yang baik, tidaklah semestinya tidak baik.

Δ  Segala sesuatu diperbolehkan, tetapi bukan segala sesuatu berguna ~ hanyalah hal-hal yang dapat memuliakan Allah dan mendatangkan kebaikan kepada manusia sahaja yang baik dan benar (I Kor 10:23, 31, 33).

vii. Orang kaya dari segi masa

Δ  Sementara barisan depan sedang berperang, barisan yang berada di belakang, yakni Daud tertidur sehingga lewat, hatinya tergoda apabila melihat seorang perempuan cantik lalu berbuat dosa besar dan membawa kecelakaan kepada seluruh keluarganya (II Sam 11:1-5)

Δ  Setelah air bah, Nuh menjadi mabuk oleh anggur lalu telanjang dan membawa akibat buruk, iaitu mengutuki Kanaan, cucunya sendiri (Kej 9:18-25).

Δ  Sewaktu ada waktu lapang, janganlah berfikir secara sembarangan atau mengejar kenikmatan di dalam dosa; pergunakanlah waktu yang ada, perhatikan dengan saksama bagaimana kita harus hidup, janganlah mabuk oleh anggur kerana angkatan sekarang adalah jahat dan penuh dosa (Ef 5:15-18)

viii. Orang kaya dari segi kuasa

Δ  Kecongkakan mendahului kehancuran, dan tinggi hati mendahului kejatuhan (Ams 16:18); orang-orang yang memegang kekuasaan teramat senang menjadi congkak sehingga menggunakan kuasa untuk berbuat jahat, membelakangi hati nurani sendiri.

Δ  Akibat daripada kecongkakan dan tinggi hati, raja Uzia terjerumus dalam perbuatan-perbuatan jahat. Disebabkan tidak mahu mendengar nasihat, ia sendiri telah masuk ke dalam Bait Allah dan membakar ukupan lalu berdosa terhadap Tuhan dan ditulahi penyakit kusta sehingga hari kematiannya (II Taw 26:1, 4, 5, 16, 20).

Δ   Janganlah menahan kebaikan dari pada orang-orang yang berhak menerimanya, seandainya kita mampu melakukannya (Ams 3:27).

ix. Orang kaya dari segi kedudukan

Δ  Terdapat sesetengah orang, sebaik sahaja beroleh kedudukan ia akan melakukan penganiayaan berdasarkan kuasa, namun Alkitab menasihatkan kita supaya bersukacita dengan orang yang bersukacita, menangis dengan orang yang menangis, menaruh perasaan seperti di hati orang lain, hendaklah sehati sefikir; janganlah memikirkan perkara-perkara yang tinggi tetapi arahkanlah diri kepada perkara-perkara yang sederhana (Rm 12:15, 16).

Δ  Rehabeam tidak mendengar nasihat orang-orang tua, sebaliknya mendengar kata-kata congkak daripada generasi muda, mengakibatkan sepuluh suku mengadakan pemberontakan dan kerajaan beraja mulai berpecah (I Raj 12:3-11, 16, 17, 20).

Δ  Kedudukan dan tanggungjawab ratu Ester dengan sepenuhnya adalah untuk menyelamatkan orang-orang Yahudi (Est 4:13, 14). Kita seharusnya mempergunakan kedudukan dan status yang Allah karuniakan untuk melayani jemaat, seiman dan kerja suci dengan segenap kekuatan.

x. Orang kaya dari segi kenamaan

Δ  Nama yang harum lebih baik dan pada minyak yang mahal (Pkh 7:1); namun terdapat juga orang yang dicelakai oleh nama masyhur sehingga tidak dapat hidup secara bebas malahan membangkitkan kebencian orang sehingga ingin membunuhnya.

Δ Puji-pujian manusia juga menguji seseorang (Ams 27:21). Atas sebab puji-pujian daripada kaum perempuan ke atas Daud, telah mengakibatkan Saul begitu dengki dan benci akan Daud dan nyaris-nyaris Daud dibunuhnya (I Sam 18:6-11).

Δ  Seandainya terkenal baik, haruslah lebih lagi memuliakan Bapa di Syurga dengan perbuatan-perbuatan baik (Mat 5:16)

Penutup

Tuhan adalah gembalaku, takkan kekurangan aku (Mzm 23:1, 2). Asal sahaja disertai Tuhan, kita adalah orang kaya; dengan adanya Tuhan sebagai sandaran, kita akan memiliki segalanya sebab selain dari Tuhan tidak ada yang baik bagi kita (Mzm 16:1, 2).

Tuhan Mahu Kita Mengerjakan PekerjaanNya
| | |

Tuhan Mahu Kita Mengerjakan PekerjaanNya

Tuhan Mahu Kita Mengerjakan PekerjaanNya

[Wang Min Chang]

Prakata

Tuhan mengamanahkan dua amanat besar kepada kita:

(1) Beritakan Injil,  (2) Gembalakan kawanan pemercaya (Mat 28:18-20). Nas khotbah ini hanyalah menyentuh tentang pemberitaan Injil sebagai tanggungjawab yang perlu ditunaikan.

[1]   Kepentingan Memberitakan Injil

  1. Kata Tuhan: “Kamu telah memperolehnya dengan cuma-cuma, kerana itu berikanlah pula dengan cuma-cuma” (Mat 10:8)
  2. Tuhan memerintahkan orang Gerazim yang kerasukan roh jahat supaya bersaksi demiNya (Mrk 5:18-19)
  3. Tuhan mahu kita memberitakan Injil ke seluruh dunia (Mrk 16:15)
  4. Memberitakan Injil merupakan tindakan terbaik untuk membalas kasih karunia Tuhan (Mzm 116:12-14)

[2]   Mengapa Tidak Pergi Memberitakan Injil?

i. Asyik sahaja hidup dalam suasana penuh anugerah dan kesejahteraan akan menyebabkan kita lupa akan identiti dan pekerjaan sendiri.

Δ Misalnya Petrus (Mrk 9:2-8) ~ secara cuma-cuma kehilangan anugerah dan kesejahteraan.

Δ Janganlah kita hanya hidup di dalam anugerah dan kesejahteraan sehingga melalaikan kerja Tuhan (Mat 3:9-10)

ii. Perasaan takut: takut kehilangan kekayaan, segan-silu dan takut malu.

Δ  Misalnya Musa. Tuhan menghendakinya memimpin umat Israel keluar dari Mesir dan disebabkan berasa takut, maka ia mengemukakan begitu banyak alasan untuk menolak. Ia juga menjadi dolak-dalih kita menolak kerja Tuhan pada hari ini. Oleh itu, kita harus pertimbangkan:

 Siapakah kita ini (Kel 3:11)

Δ  Fahamilah kehormatan dan kemuliaan identiti sendiri (Kel 3:12; I Ptr 2:9)

Apakah yang harus aku menjawab kepada mereka (Kel 3:13)

Δ  Perkenalkan Tuhan, saksikan anugerah Tuhan (Kel 3:14; Mrk 5:18-19)

Mereka tidak akan percaya kepadaku (Kel 4:1)

Δ  Allah pasti menggunakan tanda-tanda mujizat untuk meneguhkan firman yang diberitakan (Kel 4:2-9; Mrk 16:20)

 Aku tidak pandai bicara (Kel 4:10)

Δ  Allah pasti memberi bakat bicara (Kel 4:11; Luk 21:15)

Δ  Kerajaan Allah bukan terdiri dari perkataan, tetapi dari kuasa (I Kor 4:20)

[3]   Bagaimanakah Kita Harus Bekerja?

Andreas sebagai contoh (Yoh 1:40-42)

i. Carikan sasaran (Yoh 1:40-41a)

Berdoa

Pilih dan tetapkan objektif

Pergi kepadanya

ii. Saksikan anugerah Tuhan (Yoh 1:41b)

Secara ringkas dan senang difahami

Kenalpasti akan tema – Tuhan Yesus adalah Juruselamat

iii. Pimpin ke hadirat Tuhan (Yoh 1:42)

Mengajarnya bagaimana berdoa

Membawanya ke gereja

Penutup

Bekerjalah dengan segera selama masih siang sebab malam akan datang (Yoh 9:4)

Janganlah Keseorangan
| | |

Janganlah Keseorangan

Janganlah Keseorangan

[Huang Zheng Hong]

Prakata

Manusia tidak boleh mengasingkan diri dari komuniti untuk tinggal keseorangan (Pkh 4:7-12)

[1]   Hidup Jangan Keseorangan

  1. Suami-isteri (Kej 2:18; I Ptr 3:7)
  2. Mertua-menantu (Rut 1:19)
  3. Sahabat-sahabat (I Sam 18:1-3; Ayb 2:11)
  4. Adik-beradik (Mzm 133:1; Ams 17:17)

[2]   Bekerja Jangan Keseorangan

  1. Usul strategi Yitro (Kel 18:13-26)
  2. Elia dan Elisa (I Raj 19:19-21; II Raj 2:1-14)
  3. Paulus dan Silas (Kis 16:15)
  4. Tuhan memilih murid-murid dan mengutuskan tujuh puluh orang (Mat 10:1; Luk 10:1)

[3]   Doa Jangan Keseorangan

  1. Daniel dan tiga sahabat (Dan 2:17-19)
  2. Musa, Harun dan Hur (Kel 17:11-13)
  3. Yesus dan tiga orang murid (Luk 9:28)
  4. Paulus menasihati Timotius (II Tim 2:22; Mat 18:19)

[4]   Memberi Persembahan Jangan Keseorangan

  1. Merancang bersama, kekuatan bersama (Kel 25:1-7; 35:5-29)
  2. Mengorbankan yang tidak bernilai akan mendapat yang ternilai (I Taw 29:1-9)
  3. Perpaduan membawa kejayaan (Ezr 4:11; 2:36-37)
  4. Sedikit-dikit menjadi bukit (II Kor 8:1-3)

[5]   Berkebaktian Jangan Keseorangan

  1. Gemar menghadiri kebaktian (Mzm 122:1)
  2. Giat menghadiri kebaktian (Ibr 10:25)
  3. Bersekutu di dalam Roh (Kis 12:12; Mat 18:20)
  4. Berhimpun di dalam kasih (Kis 1:14-15; 2:46, 47)

 [6]   Perjuangan Jangan Keseorangan

  1. Gideon memilih tentera (Hak 7:1-25)
  2. Yoab dan Abisai (II Sam 10:9-12)
  3. Pahlawan-pahlawan gagah perkasa Daud (II Sam 23:8-39)
  4. Seluruh jemaah bersatu hati (I Taw 5:18-22; 12:33)

Penutup

Janganlah jadi keseorangan diri (Yoh 16:32)

Tiga Jenis Penghiburan
| | |

Tiga Jenis Penghiburan

Tiga Jenis Penghiburan

[Huang Zheng Hong]

[1]   Penghiburan Dalam Jerih Payah (Kej 5:28,29)

i. Zaman Lamekh

Anak-anak adalah milik pusaka dari pada Tuhan (Mzm 127:3)

Anak-anak adalah penghiburan ibubapa (Ams 4:1-9; 10:1)

Δ   Taatilah ibubapa, lakukan firman Tuhan dan jangan membimbangkan hati ibu bapa (Kej 26:35)

ii. Penghiburan Nuh

Nama Nuh mempunyai maksud hiburan, girang dan aman tenang

Namun, disebabkan manusia berbuat dosa, maka mengakibatkan kehilangan penghiburan lalu binasa (Yeh 33:13-15)

Δ  Penghiburan yang benar ada di dalam Tuhan (Mat 11:28; 5:4)

[2]   Penghiburan Dalam Kesepian (Kej 24:63-67)

i. Tidak baik kalau manusia itu seorang diri sahaja (Kej 2:18)

Pertolongan dari teman yang sepadan (Kej 2:18-25)

Saling menemani, saling mencurahkan isi hati (Pkh 4:7-9)

Δ  Penjodohan Tuhan (Mrk 10:9; Ams 19:14; 18:22)

ii. Sebagai teman pewaris dari kasih karunia (I Ptr 3:7)

Nikmati hidup dengan gembira (Pkh 9:9)

Dirikan rumahtangga (Ams 14:1)

Δ  Nikmati bersama kebahagiaan semulajadi (Mzm 128:1-6)

[3]   Penghiburan Dalam Kesesakan (II Kor 1:3-11)

i. Penghiburan manusia (Ayb 2:11; I Taw 7:22)

Penghiburan manusia (Kej 50:21; Rut 2:13)

Penghiburan kasih (Flp 2:1-2; Ef 6:22)

Δ  Menantikan penghibur-penghibur (Mzm 69:21)

ii. Penghiburan Tuhan (II Kor 1:3)

Penghiburan dalam Alkitab (Rm 15:4,5)

Penghiburan Roh Kudus (Rm 15:13; Kis 9:31)

Δ  Allah menghiburkan orang yang rendah hati (II Kor 7:6)

Penutup

Dan Ia, Tuhan kita Yesus Kristus, dan Allah, Bapa kita, yang dalam kasih karuniaNya telah menganugerahkan penghiburan abadi dan pengharapan baik kepada kita, kiranya menghibur dan menguatkan hatimu dalam pekerjaan dan perkataan yang baik (II Tes 2:16, 17)

Kecantikan Dalaman Dan Luaran
| | |

Kecantikan Dalaman Dan Luaran

Kecantikan Dalaman Dan Luaran

[Huang Zheng Hong]

 

Prakata

Mencintai kecantikan adalah sifat asas semulajadi manusia.

  1. Manusia melihat apa yang di depan mata, tetapi Tuhan melihat hati (I Sam 16:7).
  2. Janganlah iman itu kita amalkan dengan memandang muka (Yak 2:1-5).

 

[1]   Yang Cantik Di Luar Tetapi Tidak Di Dalam

  1. Saul

Tegap perkasa, tampan dan elok rupanya (I Sam 9:2).

Tidak menuruti perintah Tuhan (I Sam 13:8-14; 15:10-11, 32, 23).

Mendengki dan membencikan Daud (I Sam 18:6-9).

 

  1. Absalom

Dari telapak kakinya sampai hujung kepalanya tidak ada cacat padanya (II Sam 14:25-26).

Berkomplot merampas takhta kerajaan, mendurhakai baginda ayahnya (II Sam 15:1-12).

Mati dalam keadaan dasyat (II Sam 18:9-15).

 

[2]   Cantik Di Dalam Tetapi Tidak Di Luar

  1. Yesus, Anak Manusia

Tidak tampan dan tidak mempunyai wajah rupa yang elok dipandang.

Dipandang sebagai berumur lima puluh tahun (Yoh 8:57; Kid 1:5).

Dia adalah Tuhan yang mulia (Kid 2:1; II Kor 5:16).

 

  1. Rasul Paulus

Rupa yang tegas (II Kor 10:10).

Dipandang sama seperti sampah dunia, kotoran dari segala sesuatu (I Kor 4:10-13).

Kecantikan Paulus (I Kor 11:1; Flp 4:8, 9).

 

[3]   Lahirah Cantik, Namun Lebih Cantik Di Dalam

  1. Musa

Cantik dan tampan (Kej 2:1-2).

Cantik dari segi iman, kecantikan kesetiaan dan terlebih cantik dari segi kelemahlembutan (Ibr 11:24-27, 3:2, 5; Bil 10:23).

 

  1. Yusuf

Manis sikapnya dan elok parasnya (Kej 39:6).

Takut akan Allah, mengasihi orang (Kej 39:9; 50:15-21).

 

  1. Daniel

Mempunyai perawakan baik (Dan 1:3-8; 15).

Mempunyai kerohanian yang baik (Dan 5:11-12; 6:3, 10, 21).

 

Penutup

  1. Kecantikan luaran tidak realistik (Ams 11:22; Yes 40:6-8).
  2. Usahakan kecantikan dalaman (I Ptr 3:3-4).
  3. Yang tercantik ialah takut akan Allah (Ams 31:3).

 

Hikmat Dan Tumbesaran Fizikal
| | |

Hikmat Dan Tumbesaran Fizikal

Hikmat Dan Tumbesaran Fizikal

[Cher Fu Min]

Dan Yesus makin bertambah besar dan bertambah hikmatNya dan besarNya, dan makin dikasihi oleh Allah dan manusia (Luk 2:52)

[1]   Penambahan Hikmat

i. Carilah hikmat (Pkh 7:25)

Hikmat yang terutama (Ams 4:5-9; Pkh 7:11-12)

Hikmat Allah dibenarkan oleh perbuatannya (Mat 11:19; I Kor 2:15)

Hikmat dikaruniakan Allah (Yak 1:5; I Raj 4:29-34)

ii. Tambahkan hikmat (Luk 2:40, 47)

Belajar mengenal Kitab Suci semenjak kecil (II Tim 3:14-17)

Sambil mendengar sambil mengajukan pertanyaan (Luk 2:46)

Hendaklah ingatkan di dalam hati (Kel 3:16; Mzm 119:9-11, 97-100)

Δ        Hikmat yang terbesar ialah memahami akan kehendak Tuhan (Ef 5:15-17; Kol 4:5)

[2]   Bertambah Besar

i. Tumbesaran fizikal membesar selaras dengan peningkatan usia

Tumbesaran fizikal adalah berdasarkan corak kehidupan yang berdisiplin, zat makanan yang mencukupi dan latihan senaman (III Yoh 2)

Kesihatan baik adalah kekayaan terbesar dan dasar segala kejayaan

Anak-anak muda yang kuat ialah kemuliaan (Ams 20:29)

ii. Tumbesaran rohani

Dari kecil sampai menjadi matang (I Kor 3:1-2; 13:11)

Dari minum susu sampai memakan makanan keras (Ibr 5:12-14)

Dari asas-asas pertama sampai kepada perkembangan penuh (Ibr 6:1)

Δ        Mencapai kedewasaan penuh dengan tingkat pertumbuhan yang sesuai dengan kepenuhan Kristus (Ef 4:13-16)

[3]   Makin Dikasihi Allah

i. Yang tidak disukai Allah

Hal yang dibenci Allah (Ams 6:16-18)

Hal yang tidak berkenan pada Allah (I Kor 10:5-11)

Yang pada akhirnya menjadi binasa (Ibr 10:38-39)

ii. Yang disukai Allah

Kasih karunia Allah ada padaNya (Luk 2:40)

Makin membesar di hadapan Tuhan (I Sam 2:21, 26)

Hidup bergaul dengan Allah (Mi 6:8)

Δ        Tetapkan arah azam, mendapat kesukaan Allah (II Kor 5:9-10)

[4]   Makin Dikasihi Manusia

i. Tinggal bersama-sama dengan rukun (Luk 2:44; Mzm 133:1)

Jauhi yang jahat dan lakukan yang baik; carilah perdamaian (Mzm 34:15)

Jadi seorang pendamai (Mzm 37:37; Ams 12:20; 16:7)

Berusaha dengan sungguh-sungguh berdamai dengan orang (Rm 12:17-21)

ii. Disukai semua orang (Kis 2:47)

Jadilah terang jadilah garam (Mat 5:13-16; Kol 4:6)

Berlaku ramah terhadap orang lain (II Tim 2:24-26; II Kor 10:1)

Memancarkan firman kehidupan (Flp 2:14-16; I Ptr 2:12)

Δ        Bangunkan orang-orang lain dalam segala hal (I Kor 10:23, 24, 33; 8:1)

Penutup

  1. Bertumbuh dalam karunia dan dalam pengenalan akan Tuhan (II Ptr 3:18)
  2. Semoga engkau baik-baik dan sihat-sihat sahaja dalam segala sesuatu, sama seperti jiwamu baik-baik sahaja. Sebab aku sangat bersukacita, ketika beberapa saudara datang, dan memberi kesaksian tentang hidupmu dalam kebenaran, sebab memang engkau hidup dalam kebenaran. Bagiku tidak ada sukacita yang lebih besar dari pada mendengar, bahwa anak-anakku hidup dalam kebenaran (III Yoh 2-4)