Berjalan Di Atas Jalan Tuhan
| | |

Berjalan Di Atas Jalan Tuhan

Berjalan Di Atas Jalan Tuhan

[Liu Min De]

Prakata

Perjalanan umat pilihan (Kis 14:22).

Pilihan dan keputusan sepanjang perjalanan rohani (Kel 14:10-15).

[1]   Apakah Mahu Berundur Ke Belakang?

  1. Pilihan dan keputusan Petrus (Mat 14:22-32).
  2. Yang mengundurkan diri akan binasa (Ibr 10:38-39).
  3. Kehilangan hati yang berani (Ibr 10:35-36).

Δ        Jadikan keadaan Lot (Kej 19:17,26) sebagai peringatan (Luk 9:62).

Δ        Pelajarilah semangat Paulus (Flp 3:7-8).

[2]   Berdiri Tetap?

  1. Sewaktu umat berdepan dengan Laut Teberau, mereka tidak berundur maupun maju.
  2. Krisis tidak dingin tidak panas (Why 3:15-16).
  3. Kesudahan tidak menghasilkan buah (Mat 7:17-19; Luk 13:7).

Δ        Dalam angkatan penuh kejahatan:

    Pergunakanlah waktu yang ada (Ef 5:16).

‚    Kerjakan keselamatan (Flp 2:12).

ƒ    Pelihara kekudusan (Flp 2:15; II Kor 6:17).

Δ        Konsep dan pemikiran Paulus (Flp 3:12).

[3]   Maju Ke Depan

  1. Umat di sempadan Laut Terberau.
  2. Haruslah menyangkal diri (Mat 16:24-25).
  3. Maju ke depan dengan berani (Flp 3:13-14).
  4. Jalan ke Syurga perlu usaha gigih (Mat 11:12; Kis 14:22).

Δ        Daniel dan tiga orang sahabat (Dan 6:19-20; 3:16-18).

Δ        Paulus mengalami pelbagai kesukaran (II Kor 11:23-28).

Penutup

  1. Jangan lepaskan hati yang berani (Ibr 10:35-36).
  2. Beroleh kemenangan menyanyi lagu kemenangan (II Tim 4:7-8).

Latih Diri Dalam Ibadah
| | |

Latih Diri Dalam Ibadah

Latih Diri Dalam Ibadah

[Shi Fu An]

Nas Kitab: I Tim fasal 4 ayat 8

Prakata

  1. Secara amnya manusia amat mengutamakan latihan jasmani; ini disebabkan tubuh yang sihat adalah dasar yang sangat baik untuk kerjaya dan kehidupan keluarga.
  2. Bak kata pepatah “Bunga taklah merah seratus hari; manusia taklah baik seribu hari”; “Angin dan awan di langit tak terduga, begitulah malapetaka atau kebahagiaan datang tak tersangka”, apakah akan terjadi esok? Kita sekali-kali tidak berdaya menguasainya; terlebih lagi apabila mati, kesemuanya hilang melenyap.
  3. Bagi orang yang ibadah, disebabkan kekuatan dan kasih besar Allah maka segala-gala hal adalah menguntungkan. Seperti yang dikatakan dalam Kitab Suci: “Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihiNya” (Rm 8:28), bahkan berkata dengan penuh keyakinan: “Kebajikan dan kemurahan belaka akan mengikuti aku, seumur hidupku” (Mzm 23:6) dan percaya dengan yakin: “Dia akan menyelamatkan aku, sehingga aku masuk ke dalam KerajaanNya di Syurga” (II Tim 4:18). Lantas, menikmati berkat dan kebahagiaan kekal.
  4. Manusia sepatutnya mengutamakan latihan ibadah lebih daripada latihan jasmani.
  5. Apakah itu ibadah? Bagaimanakah melatih diri dalam ibadah?

[1]   Definasi Ibadah

  1. Kata nama (eusebeia): bermaksud ibadah, ilahi. Di Perjanjian Baru ia ditujukan kepada tanggungjawab yang perlu ditunaikan manusia terhadap Tuhan (Ruj: Pkh 12:13)
  2. Kata kerja (eusebeo): beribadah, menghormati
  3. Kata adjektif (eusebees): yang ibadah, yang menyembah Allah. Di Perjanjian Baru ianya ditujukan kepada hubungan Allah dengan manusia.

[2]   Latihan Ibadah

i. Latihan atas kebenaran (I Tim 6:3)

Memahami rahasia Allah (I Tim 3:16)

Δ  Ada hikmat yang menuntun kepada keselamatan – hikmat takut akan Allah (II Tim 3:15)

Yang melatih diri pasti berhasil (Ams 2:1-6)

Ibadah yang sejati ialah penggabung-jalinan firman dengan kehidupan (Yak 1:26, 27)

ii. Kategori latihan ibadah (I Tim 4:12) terdiri daripada 5 kategori besar iaitu: perkataan, tingkah laku, kasih, kesetiaan dan kesucian.

[3]   Kebaikan-Kebaikan Latihan Ibadah

i. Hidup Masa Kini

Tuhan akan meluputkan dan melindungi (Mzm 91:14; I Ptr 2:9; Ul 32:9,10)

Doa didengar Tuhan (Ruj: Mzm 91:15a; I Yoh 3:22; Yoh 16:24; Mzm 99:6)

Mendapat kemuliaan (Mzm 91:15; Kej 39:2, 21-23)

Panjang umur (Mzm 91:16a; Kej 24:1; 35:29; 47:28; 50:22,23)

ii. Hidup Akan Datang

Beroleh anugerah keselamatan (Mzm 91:16b; II Tim 4:18; II Ptr 3:11-13)

Beroleh puji-pujian, kemuliaan dan kehormatan (I Ptr 1:7)

[4]   Perkara Yang Perlu Diperhatikan Dalam Latihan Ibadah

i. Jangan sebagai jalan mencari keuntungan (I Tim 6:5,6)

Ibadah merupakan suatu kewajipan yang perlu manusia tunaikan terhadap Tuhan, suatu keharusan.

Pemberian Tuhan adalah suatu anugerah, haruslah bersyukur dan tahu merasa cukup.

ii. Hidup beribadah sewaktu menderita aniaya (II Tim 3:12)

Akan dibenci (Yoh 15:18)

Kuasai diri dalam segala hal – sebab musuh masih wujud (II Tim 4:5; Ef 6:12; Mat 10:15,16)

Akan mengalami derita – jangan takut melakukan kebaikan (I Tim 4:5; Mat 24:12,13)

Kemuliaan kekal adalah jauh lebih besar daripada penderitaan yang ringan (II Kor 4:17)

iii. Hasilnya

Latihan ibadah lebih berguna daripada latihan badani

Berjerih payah dan berjuang untuk semua itu, tidaklah sia-sia kerana ia mengandung janji baik untuk hidup ini maupun untuk hidup akan datang (I Tim 4:8)

[5]   Aplikasi Latihan Ibadah

Contoh: Perkataan (I Tim 4:12)

Δ        Mengawasi perkataan sendiri adalah yang wajib ditunjukkan dalam latihan ibadah (Ruj: Mzm 34:12-14; Yak 1:26)

Δ        Perkataan kita juga merupakan dasar penghakiman di masa nanti (Mat 12:36) ~ berkaitan dengan hidup atau mati (Ams 18:21)

Δ        Yang tidak bersalah dalam perkataan, adalah orang sempurna (Yak 3:2)

Δ        Bagaimanakah melatih ibadah dari segi perkataan?

i. Cepat untuk mendengar, lambat untuk berkata-kata dan lambat untuk marah (Yak 1:19)

Cepat untuk mendengar – lidah seorang murid (Yes 50:4, 5)

Δ Seorang bayi pasti pertama-tamanya belajar mendengar, kemudian belajar bercakap; seandainya pekak pasti juga bisu.

(a) Kekuatan membantu orang (Yes 50:4)

1. Tuhan Yesus (Luk 2:46; Yoh 7:17)
2. Paulus (I Kor 2:12-14)
3. Timotius (II Tim 3:14, 15)
4. Pendidik yang setia (II Tim 3:2)

(b) Kekuatan bersabar (Yes 50:6)

1. Hasil menjadi seorang murid (Yes 50:6)
2. Tuhan Yesus (Ruj: Mat 11:25; I Ptr 2:23)
3. Paulus (Ruj I Kor 4:3)
4. Timotius (II Tim 3:10-12)

ii. Lambat untuk berkata-kata

(a) Hati jangan terburu-buru untuk bercakap (Pkh 5:2; Ams 18:13)

1. Fikir masak-masak (Ams 15:28; 14:15; Mat 1:20; Pkh 5:6)
2.Tepat waktunya (Ams 15:23; 25:20; Rm 12:15)
3. Secara sesuai (Pkh 5;2; Ams 25:11)

Contoh: Tuhan Yesus (Luk 20:25; Yoh 8:9)

(b) Sedikitkan perkataan (Ams 10:19; 17:17)

1. Berpengalaman dan teruji (Ruj: Mzm 12:7)
2. Harus jujur ikhlas (Mat 5:27; 6:7)

Δ Ada pepatah berbunyi: ‘Sepatah dusta perlu ditutupi sepuluh patah dusta’.

(c) Harus rendah hati (Pkh 5:1): fahami bahawa diri sendiri cumalah seorang manusia; penggenapan segala hal tertakluk pada Allah bukan pada manusia.

iii. Lambat untuk marah

(a) Jangan menghina orang (Ams 14:21; Ruj: Mat 19:13; 5:22)

(b) Rela memaafkan orang lain (Ams 19:11; Ruj: Luk 23:34)

(c) Selidiki dan perhatikan diri sendiri (Pkh 7:20-22)

(d) Panjang sabar (Pkh 7:8,9; ruj: Yak 5:11)

Δ Bersandarlah pada Tuhan; jadikan Tuhan sebagai sandaran (Yer 17:7,8)

Hasil

(a) Ini merupakan langkah pertama latihan pertuturan.

(b) Ini merupakan tiga rahsia besar latihan pertuturan.

(c) Mulakan dari yang asas, tidak henti-henti melatih sehingga menjadi mahir dan akhirnya mencapai tahap sempurna

iv. Jangan ada perkataan kotor keluar dari mulutmu (Ef 4:29a)

Δ  Ini merupakan usaha mengekang lidah (Yak 1:26; 3:2-4)

Δ  Ini merupakan sesuatu yang hanya berjaya dengan adanya kesungguhan dan usaha gigih (ruj: Yak 3:7, 8)

Δ Kotor (sopros) bermakna yang jahat, binasa, rosak

Δ Apakah dia perkataan-perkataan yang kotor?

Perkataan kotor (Ef 5:4): Bahasa asalnya ialah aiscnratres yang bermaksud najis dan tidak bersih.

(a) Perkataan yang memfitnah dan mengumpat (Ams 26:20; 20:19; 11:10; 16:28)

(b) Perkataan yang menghujat (Ams 25:23)

(c) Perkataan yang bukan-bukan (Yud 16:Ams 26:28)

(d) Perkataan keji (kelakar lucah, caci-maki, sindiran …..)

(e) Perkataan dusta dan tipu (Mzm 120:2; Why 21:8)

(f) Sungut-sungutan (I Kor 10:10)

(g) Perkataan tidak puas hati (Mzm 37:1, 7, 8)

‚Perkataan yang kosong (Ef 5:4): Bahasa asalnya ialah molologia yang bermaksud kata-kata yang bebal dan bodoh

Δ Naif jenis-jenis pe, tidak bijak (ruj: Ams 26:7, 9; 1:1-6)

Δ Sewaktu bergaul dengan orang demikian, haruslah berhati-hati; sama ada boleh menjawabnya atau berdiam diri tanpa menjawab ataupun bongkarkan kebebalannya (Ams 26:4, 5)

Δ Apakah perkataan yang kosong?

(a) Perkataan yang memegahkan diri (Yak 4:13-17; Ruj: Luk 12:20)

(b) Omong-omongan kosong duniawi (I Tim 6:20; II Tim 2:16)

  1. Yang kosong: bahasa asalnya bebeelos ditujukan kepada orang-orang yang cemar.
  2. Omongan: ditujukan kepada perkataan sia-sia yang kosong, tak bermakna dan tak benar, perkataan palsu yang direka-rekakan, misalnya yang berkata bahawa hal tentang kebangkitan sudah berlalu (Ruj: II Tim 2:16)

(c) Perkataan murka (Ams 12:6; 14:29; 29:22)

  1. Senang naik marah ialah kebodohan (Ams 12:16; 14:29; 29:22)
  2. Pemarah ialah ‘pil murka’ manakala peramah ialah ‘pil meredakan murka’; yang kedua itu melebihi yang pertama (Ams 15:1)
  3. Menjauhi orang yang cepat gusar adalah bijak (Ams 22:23-24)

(d)Leteran (Ams 21:9, 19)

(e) Pertengkaran (Ams 20:3)

(f) Perkataan memegahkan kebenaran diri (ruj: Luk 18:9-14)

    Kata-kata sembrono (Ef 5:4): kata asalnya ialah ‘eutrapelia’ yang mempunyai maksud mentertawakan, mencemooh (ruj: Kej 21:9); ini termasuk makna menghina dan mentertawakan seseorang tanpa berfikir dan tidak berbelas kasihan.

(a) Olokan / ejekan

(b) Usikan (ruj: Ams 26:9)

(c) Sorakan gembira melihat kemalangan orang (Ams 24:17, 18)

à    Hasil

(a) Yang dibentangkan di atas walaupun adalah cara negatif mengekang lidah, namun adalah sikap positif dalam ibadah.

(b) Walaupun adalah cara-cara negatif mengekang lidah, namun ianya adalah dasar positif untuk mengeluarkan kata-kata untuk membangunkan orang lain.

v. Ucapkan perkataan yang baik untuk membangun (Ef 4:29b)

À    Ucapkan syukur dengan penuh iman (Ef 5:4b)

(a) Bersyukur adalah hasil iman (Kol 2:6; Ayb 1:21; 2:10)

Δ Segala sesuatu mendatangkan kebaikan untuk orang yang mengasihi Allah (Rm 8:28)

Δ Memahami kehendak Tuhan, pasti tahu bersyukur (ruj: Mat 11:28; Kej 50:19, 20; II Kor 12:10; Ayb 42:1-6)

(b) Bersyukur ialah memuliakan Tuhan (Mzm 50:23)

Δ Segala-gala adalah daripada Tuhan (Mat 10:29, 30; Kis 17:28)

Δ Bersyukur adalah tanda percaya dan bersandar kepada kekuasaan Tuhan (Rm 4:17-21), hikmatNya (Mzm 139:1-16), akhlakNya (Yak 1:13, 17; I Yoh 1:5; 2:9; 4:8)

(c) Bersyukur ialah kehendak Allah bagi kita di dalam Tuhan Yesus Kristus (I Tes 5:18)

Δ  Manifestasi kekuatan kuasa Allah (Rm 1:4; Ef 1:20, 4; Rm 8:29-31)

Δ Manifestasi kasih besar Allah (Rm 5:6-11; 8:32-37)

Δ Perkataan syukur dapat membangunkan orang dan menyenangkan Tuhan; sebaliknya perkataan murka merosakkan orang dan membangkitkan murka Tuhan.

Á    Berkatalah benar di dalam kasih (Ef 4:15)

Δ Dengan berkata benar di dalam kasih, kita bertumbuh dalam segala hal ke arah menjadi satu dengan Kristus. Tambahannya, setiap anggota tubuh akan menjadi rapih tersusun, diikat menjadi satu dan saling membantu agar tubuh [jemaat] akan beransur-ansur tumbuh membesar, dan membangunkan diri di dalam kasih [ditujukan kepada tubuh, yakni jemaat] (Ef 4:15, 16).

(a) Tetapi kasih membangun (I Kor 8:1)

Δ Akan sehati sejiwa memajukan Injil (Flp 2:1-8)

Δ Dapat bersabar menutupi kesilapan orang lain (Ams 17:9; Mat 1:19; Rm 12:20, 21)

Δ Sewaktu menegur kesalahan seseorang, akan pertimbangkan juga maruahnya (Mat 18:18,19)

(b) Berkata benar di dalam kasih

Δ Hanya kasih yang berkata benar (ruj: Ams 26:24-28)

Δ Tidak merahsiakan sesuatu demi keuntungan diri (Yoh 15:13-15)

Δ Tidak lalai menyatakan apa yang sepatutnya (Kis 20:20; Ams 27:5)

Δ Haruslah berhati-hati (Kis 4:20)

   Hasil

(a) Latihan pertuturan bukan hanya dari segi negatif – jangan mengatakan perkataan-perkataan kotor, melainkan harus juga secara positif, yakni mengatakan perkataan yang   membangunkan.

(b) Ucapan syukur yang beriman serta berkata benar di dalam kasih, adalah perkataan-perkataan baik yang membangunkan dan ianya membawakan kebaikan kepada setiap orang yang mendengarnya.

Dikatakan dalam Kitab Suci: “Lakukanlah segala sesuatu dengan tidak bersungut-sungut dan berbantah-bantah, supaya kamu tidak beraib dan tiada bernoda sebagai anak-anak Allah yang tidak bercela ……” (Flp 2:14,15); senantiasa mengatakan perkataan syukur oleh iman, tidak akan bersungut-sungut; senantiasa berkata benar di dalam kasih tidak akan timbul bantah-bantahan. Justeru demikian, kesempurnaan pertuturan ialah kesempurnaan iman dan kasih.

Kaum Bapa Di Dalam Alkitab
| | |

Kaum Bapa Di Dalam Alkitab

Kaum Bapa Di Dalam Alkitab

[Huang Zheng Hong]

[1]   Henokh Yang Mengimbangkan Kehidupan Kepercayan Dengan Kehidupan Keluarga (Kej 5:21-24)

i. Hidup bergaul dengan Allah – Kehidupan kepercayaan.

Lakukan apa yang berkenan kepada Allah (Ibr 11:5; II Kor 5:9).

Hidup bergaul dengan Allah (Mi 6:8).

ii. Memperanakkan anak lelaki dan perempuan – Kehidupan keluarga.

Anak-anak adalah milik pusaka daripada Tuhan (Ams 127:3).

‚Dan kamu, bapa-bapa (Ef 6:4; Kol 3:21).

[2]   Abraham Yang Mengutamakan Hubungan Antara Bapa Dengan Anak (Kej 22:6-8)

i. Bapa-anak, dua orang jalan bersama-sama.

Mengamanahkan tanggungjawab (Rat 3:27).

‚Waris-mewarisi iman kepercayaan (Mzm 78:3-7; Ul 6:4-9).

ii. Berprihatin akan perkahwinan Ishak (Kej 24:1-67)

Pilihan perkahwinan – Iman kepercayaan yang sama (Kej 24:3, 4; II Kor 6:14-18).

Jalan perkahwinan – berserah di dalam doa (Kej 24:12, 21, 27, 40, 48-50, 56; Mzm 37:5).

[3]   Yitro Generasi Tua Yang Berakal Budi (Kel 18:1-8)

i. Ayah Zipora (Kel 2:18, 21).

Bapa mertua Musa (Kel 3:1).

‚Nama asalnya ialah Rehuel manakala Yitro ialah nama timangan.

ii. Seorang tua yang berakal budi.

Mengetahui akan tanggungjawab sekian berat pada Musa lalu ia memberi galakan dan bantuan (Kel 4:18).

Mengusulkan cara penyelesaian yang cekap kepada Musa (Kel 18:13-27).

Penutup

Kehormatan anak-anak ialah nenek moyang mereka (Ams 17:6).

Kebenaran Perkahwinan Pasangan Pertama
| | |

Kebenaran Perkahwinan Pasangan Pertama

Kebenaran Perkahwinan Pasangan Pertama

[Chen Deng Tian]

Nas Kitab: Daripada perkahwinan pasangan umat manusia (Kej 2:18-25), kita dapat memahami kebenaran tentang perkahwinan.

[1]   Kedudukan Allah Dalam Perkahwinan (Kej 2:18, 20-22)

  1. Allah adalah pengasas perkahwinan.
  2. Allah adalah penyaksi perkahwinan.
  3. Allah adalah penjodoh perkahwinan.
  4. Allah adalah pemimpin perkahwinan.

Pengajaran:

  1. Harus berkahwin di dalam Tuhan (Ul 7:3; Ezr 9:12; 10:30; II Kor 6:14; I Kor 7:39).
  2. Jangan memilih dengan sesuka hati mengikut kehendak sendiri (Ruj: Kej 6:1-2).
  3. Tidak boleh bercerai (Mat 19:6; Mrk 10:9).
  4. Hendaklah semua orang penuh hormat terhadap perkahwinan (Ibr 13:4).

[2]   Tujuan Allah Mendirikan Perkahwinan (Kej 2:24)

i. Laki-laki akan meninggalkan ayah dan ibunya.

Δ ‘Meninggalkan’ bukan membiarkan dengan tidak peduli lagi melainkan adalah:

Berdikari dari segi ekonomi.

Berdikari dari segi konsep.

Berdikari dari segi tanggungjawab.

Berdikari dari segi iman kepercayaan.

ii. Bersatu dengan isterinya.

Perkahwinan yang telah dipersatukan Allah, tidak boleh diceraikan manusia (Mat 19:6; Mrk 10:9).

‚Tuhan perintahkan: “Seorang isteri tidak boleh menceraikan suaminya …… dan seorang suami tidak boleh menceraikan isterinya” (I Kor 7:10-11).

iii. Keduanya menjadi satu daging.

Δ Suami harus mengasihi isterinya sama seperti tubuhnya (ef 5:28).

Δ Penjelasan satu daging menurut I Kor 6:16-17.

Penyatuan tubuh (body) (16a).

‚Penyatuan daging (flesh) (16b).

ƒPenyatuan roh (spirit) (17).

[3]   Permintaan Allah Terhadap Perkahwinan

i. Terhadap lelaki (Kej 2:22).

“…… DibangunNyalah seorang perempuan, lalu dibawaNya kepada manusia itu” ~ menunjukkan Allah serahkan untuk dijagai, Justeru itu:

Suami harus mengasihi isteri (Ef 5:25-29).

Δ Sebagaimana Kristus telah megasihi jemaat – Kasih yang mengorbankan diri.

Δ Mengasihi sama seperti tubuh sendiri – kasih yang mementingkan diri.

 Hiduplah bijaksana dengan isteri (I Ptr 3:7).

 Hormatilah isteri (I Ptr 3:76).

Jangan berlaku kasar terhadap isteri (Kol 3:19).

ii. Terhadap perempuan (Kej 2:20, 18).

Δ “…… tetapi baginya sendiri ia tidak menjumpai penolong yang sepadan dengan dia …… Tuhan Allah berfirman …… Aku akan menjadikan penolong baginya, yang sepadan dengan dia.”

Δ Tujuan perempuan dijadikan adalah untuk menolong lelaki.

Uruskan hal-hal keluarga (Ams 31:15, 21, 27).

Mengajar dan mengasuh anak-anak (Ams 31:1-2; 29:15).

Penolong dalam iman kepercayaan (Rm 16:3-5a).

Penghiburan hati (Ayb 2:9; 19:17, 19b).

Kesimpulan

Perkahwinan adalah ditubuhkan Allah, umat Kristian haruslah penuh hormat terhadap perkahwinan sebagaimana penuh hormat terhadap Allah. Jangan mencontohi arus adat duniawi, menganggap perkahwinan sebagai permainan kanak-kanak. Sebaliknya berpegang teguh kepada perkataan Allah, beroleh berkat dari Allah, memuliakan Allah dan memanfaatkan manusia.

Bangunkan Keluarga Kristiani
| | |

Bangunkan Keluarga Kristiani

Bangunkan Keluarga Kristiani

Firman Tentang Bapa Dan Anak

[Chen Deng Tian]

Prakata

  1. Anak-anak adalah milik pusaka daripada Tuhan (Mzm 127:3). Sebagai ibubapa haruslah menjaga dan menguruskan dengan sebaik-baiknya, jangan lalaikan apa yang telah diamanahkan Tuhan.
  2. Hormatilah ayahmu dan ibumu (Kel 20:12) ~ ini merupakan perintah Allah. Sebagai anak-anak haruslah turuti perintah Allah dan tunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak.

[1]   Bagaimana Harus Ibu bapa Melayani Anak-Anak?

i. Dari segi kehidupan

Memelihara dan mengasuh anak-anak (Ams 31:15)

‚Mengjar anak-anak (Ams 13:24)

ƒBergaul rapat dengan anak-anak (Kej 22:7a)

ii. Dari segi iman kepercayaan

Bawalah anak-anak percaya kepada Tuhan (Kis 16:31-33)

‚Pimpinlah anak-anak melayani Tuhan (Kis 16:33,34)

ƒDoakan anak-anak pada setiap waktu (Ayb 1:5)

iii. Dari segi budi pekerti

Memupuk akhlak ketulusan (I Taw 29:19)

‚Memupuk akhlak mengasihi (II Ptr 1:7; Kej 50:21)

ƒMemupuk akhlak adil dan benar (MI 6:8; I Pr 6:11)

iv. Dari segi perkahwinan

Mengajar konsep yang tepat tentang perkahwinan seperti di dalam Alkitab (Kej 2:18-25; Ibr 13:4)

‚Membimbing dan menasihati supaya mengikat perkahwinan di dalam Tuhan (I Kor 7:39b; II Kor 6:14; Neh 13:25-27)

v. Tujuh perkara yang tidak boleh dilakukan terhadap anak-anak

Jangan mendera anak-anak

‚Jangan membiarkan anak-anak

ƒJangan manjakan anak-anak

„Jangan ketepikan, tidak menjaga (Kej 21:14-18)

…Jangan bangkitkan amarah di dalam hati anak-anak (Ef 6:4)

Jangan menghormati anak-anak lebih dari pada Tuhan (I Sam 2:29-30)

Jangan mengasihi anak-anak lebih daripada Tuhan (Mat 10:37)

[2]   Bagaimana Harus Anak-Anak Melayani Ibu bapa?

  1. Taatilah orang tua di dalam Tuhan (Ef 6:1)
  2. Pelihara kehidupan ibu bapa (Mat 15:3-6)
  3. Mengambil berat akan keperluan ibu bapa (Kej 48:1-2)
  4. Menghormati ibu bapa dari dalam hati (Mal 1:6)
  5. Adik-beradik diam bersama dengan rukun (Mzm 133:1-3)
  6. Tetap berbakti walaupun sendiri telah dewasa (Yoh 19:26-27)
  7. Tetap berbakti walaupun telah menjadi terkenal (Kej 43:27; 45:3,11)
  8. Tujuh perkara yang tidak boleh dilakukan terhadap ibu bapa

Jangan membiarkan ibu bapa hidup keseorangan dan kesepian

Jangan mendukakan ibu bapa (Kej 21:11; Ams 10:1)

ƒJangan manghina ibu bapa (Ams 23:22; 15:30)

Jangan ketepikan dan tidak menjaga ibu bapa

Jangan mengutuki ibu bapa (Im 20:9; Mat 15:4)

Jangan merampasi ibu bapa (Ams 28:24)

‡Jangan mengasihi ibu bapa lebih daripada Tuhan (Mat 10:37)

Kesimpulan

Bapa dan anak mempunyai pertalian darah dan daging di mana hubungan ini adalah tersangat erat. Antara bapa dan anak haruslah saling menjaga, bangunlah kehidupan yang indah dan sempurna, sama-sama mempraktikkan firman Tuhan, memuliakan Tuhan dan memanfaatkan manusia.

Huraian Singkat Dari Kitab Pengkhotbah:Pasal 10 – 12
| | |

Huraian Singkat Dari Kitab Pengkhotbah:Pasal 10 – 12

38) Janganlah menjadi orang bodoh (10:1-4)

10:1 Dengan sedikit kebodohan akan menjadi penyesalan untuk selamanya (Ruj II Sam 11).

10:2 “Kanan”: Yang dimaksud kebaikan (Mat 25:34), “kiri” menunjukkan yang jahat (Mat 25:41).

10:3 Kebodohan daripada orang yang tidak berhikmat dapat dilihat/diketahui melalui suatu tingkah perangai kecil yang biasa ia lakukan.

10:4 Di hadapan sang penguasa, jangalah menunjukkan suatu gaya/sikap yang melawan (8:3).

39) Suatu kemalangan atas tunggang baliknya tatatertib (10:5-7)

10:5, 7 Ketunggang balikkan tata tertib akan mendatangkan bencana. Tanpa ketertiban serta membalikkan tata tertib merupakan keadaan yang kacau, yang akan mengakibatkan ketidak tenteraman.

40) Hati-hatilah dalam melakukan sesuatu (10:8-11)

10:8,9 Jangan lakukan suatu yang membahayakan.

10:10 Harus ada persiapan penuh. Janganlah sampai terjadi setelah tiba di medan/garis depan baru mengasah pedangnya, setelah dahaga baru menggali perigi, “mata pedang” (keterangan: Tidak terdapat dalam kitab terjemahan bahasa Inggeris) yang menunjukkan hikmat, pandai.

10:11 Senantiasa berwaspada dalam melakukan sesuatu, Bagi pelaku mantera sebelum menguasai ular dan melakukan manteranya, berjaga-jaga agar tidak digigit oleh ular (Ruj Mzm 5(l4-5; Yer 8:17).

41) Tingkah dan tutur orang bodoh menunjukkan kebodohannya (10:12-15)

10:12 “Menelaah orang itu sendiri”: Perkataan-perkataan orang bodoh akan mencelakan orang itu sendiri.

10:13 “Awal perkataan yang keluar dari mulutnya adalah kebodohan”: “Tetapi mulut orang bebal mencurahkan kebodohan” (Ams 15:2).

  • “Kebebalan yang mencelakakan”: Pembicaraan orang bodoh yang akan mencelakakan.

10:14 “Orang yang bodoh banyak bicaranya”: Ruj 5:3; Ams 10:19.

  • “Meskipun orang tidak tahu apa yang akan terjadi”: Keterbatasan akal manusia, namun bagi orang yang bodoh menganggap bahawa bagi dirinya tahu atas segala sesuatu a.l.  sok tahu (Ams 26:12; Rm 12:16; I Kor 8:2; 13:9-12).

10:15 “Jerih payah orang bodoh melelahkan orang itu sendiri”: Segala jerih lelahnya sia-sia belaka, namun tidak berhasil.

“Kerana ia tidak mengetahui jalan ke kota”: Menggambarkan bahawa kebodohannya tidak tertolong lagi.

  •  Oleh sebab itu kita harus menjauhi orang yang bebal, agar tidak dirugikan (Ams 13:20; 14:7; 17:12; 26:6).

42) Mengenai malapetaka serta keberuntungan bagi suatu negara (10:16-20)

10:16 Apabila seorang raja kanak-kanak yang tidak berpengetahuan, dan para pemimpinnya hanya berpesta pora tidak pedulikan negaranya, nescaya malanglah bagi negara tersebut.

10:17 Jika seorang raja yang gagah perkasa, lagi pula dapat mengekang diri bagi para pemimpin dalam hal makan dan minum, niscaya berbahagialah negara itu.

10:18 Demikianlah bagi suatu rumah, bagi suatu negara pun sama halnya.

10:19 Pesta/perjamuan anggur dapat menambah kekuatan, meriangkan hidup, wang memungkinkan segala sesuatu, namun harus mempergunakan sebaik-baiknya.

10:20 Berjagalah dalam mengucapkan sesuatu, jangan mengutuk raja, lagi pula jangan mengutuk siapapun juga (Ruj Mat 7:1-5; I Ptr 3:9-10; Yak 3:9-12). Kerana siapa yang lebar bibir, akan ditimpa kebinasaan (Ams 13:3; 18:21; 21:23).

43) Mengenai melakukan kebajikan, memenuhi kewajipan, bersukacita (11:1-8)

11:1-2 Berbuatlah amal serta memberi sedekah.

11:1 “Lemparkanlah rotimu ke air”: Yang bererti yakni tidak menunggu pembalasan atas kebajikannya (Ruj Mat 6:3-4; Luk 14:12-13; Ams 19:17). Lemparkan rotimu ke dalam air, mengumpamakan bagi sesuatu yang telah pergi tidak akan kembali lagi.

11:3 Bahawa perbuatan Allah terdapat suatu kepastian, namun manusia tidak dapat menerkanya.

11:4-6 Bagi manusia tidak dapat menerka perbuatan Allah, oleh kerana itu tidak perlu difikirkan tentang yang dilakukan sudah mencapai sudah seberapa jauh dan apakah akan berhasil atau sebaliknya. Bagi yang perlu dikerjakan lakukanlah dengan sekuat tenaga. Begitu pula mengenai pekerjaan pemberitaan Firman, baik atau tidak baik waktunya, lakukanlah dengan sepenuh hati (II Tim 4:2; I Kor 3:6).

11:7 “Melihat matahari”: Yakni selama masih hidup.

11:8 Suatu sikap periang dari pada penulis (Ruj 9:7-9).

  • Fasal 11 dan fasal 12 adalah suatu kesimpulan daripada kitab yang bersangkutan, juga merupakan bahagian yang paling menarik. Melakukan kebajikan lebih baik daripada keriangan hidup dan kebahagiaan (11:1-2), kewajiban (11:3-6), sukacita (11:7-8).

44) Bersuskarialah selagi masih muda (11:9-10).

11:9-10 Bersukacitalah selagi masih muda, akan tetapi jangan turuti segala keinginan daging/nafsu.

45) Peringatilah sang Pencipta pada masa muda (12:1-8).

12:2-5 Mengeumpamakan keadaan yang demikian sunyi/sepinya pada masa tua.

12:2 “Matahari dan terang, bulan dan bintang-bintang menjadi gelap”: Yang dimaksud masa depan yang suram.

  • “Awan-awan datang kembali sesudah hujan”: Yakni cuaca di musim dingin di Palestina (musim hujan). Yang menunjukkan suatu masa depan yang suram.

12:3 “Penjaga-penjaga rumah gementar”: Rumah mengumpamakan tubuh orang, penjaga-penjaga rumah menunjukkan kedua tangan, mengumpamakan tangan orang tua yang tidak bertenaga dan gementar.

  • “Orang-orang kuat membungkuk”: Mengumpamakan bengkok/lengkungnya pinggang (atau dikatakan dada).
  • “Penggiling berhenti kerana berkurang jumlahnya”: Mengumpamakan kerontokan gigi.
  • “Jendela”: Menunjukkan jendela roh – mata.

12:4 “Pintu-pintu di tepi jalan”: Mengumpamakan kedua telinga yang mendengar berita-berita dari luar.

  • “Bunyi penggilingan menjadi lemah”: Kerana gugurnya gigi, suara bicara menjadi tidak jelas.
  • “Burung berkicau, orang menjadi bangun”: (Keterangan: terdapat sedikit kelainan dengan terjemahan dalam bahasa Indonesia), yakni mengumpamakan orang tua tidak dapat tidur lelap/tidur ayam.
  • “Semua penyanyi perempuan tunduk”: Mengumpamakan merendahnya suara orang tua.

12:5 “Orang menjadi takut tinggi, dan ketakuatan ada di jalan”: Kerana bagi gerak-gerinya merasa tidak leluasa, sehingga takut ke tempat yang tinggi, dan waktu berjalan, takut akan kenderaan yang sedang melaju dengan kecepatan tinggi.

  • “Pohon badam berbunga”: Mengumpamakan bahawa rambutnya telah menjadi uban (bahagian pangkal/puncak bunga badam berwarna putih, dan bahagian bawah bunga dekat tangkai kemerah-merahan, lagi pula berbunga sekian banyaknya, hingga dapat membayangkan uban daripada orang tua itu. Dan pula pohon badam dalam bahasa Ibrani yang mempunyai erti kesedaran, sebab bagi pohon badam di Palestina yang lebih cepat/lebih dulu bertunas dan berkembang dari pepohonan lainnya di akhir musim dingin).
  • “Belalang menyeret dirinya dengan susah payah dan nafsu makan tidak dapat dibangkitkan lagi”: Semangat/keghairahanya menurun dan hilangnya nafsu berahi.
  • “Rumahnya yang kekal”: Yakni tubuh kembali ke debu dan roh naik ke Sorga.
  • “Peratap-peratap berkeliaran di jalan”: Kesibukan di jalan bagi orang-orang yang mempersiapkan perkabungan.

12:6 “Rantai perak diputuskan dan pelita emas dipecahkan”: Pelita emas adalah guci untuk menampung minyak, rantai perak adalah untuk menggantung pelita emas. Padamnya api pelita mengumpamakan hilangnya nyawa.

  • “Tempayan dihancurkan dekat mata air dan roda tima dirosakkan di atas sumur”: Air diumpamakan hidup/nyawa, kerana sumber kehidupannya telah menjadi kering-kontang, maka tempayan dan roda timba semuanya ditinggalkan hingga rosak.

12:7 “Roh kembali kepada Allah yang mengaruniakannya”: Pada zaman Perjanjian Lama, mengenai ke mana roh manusia akan pergi, masih samar-samar (Ruj 3:21; Kej 37:35; 44:29; Ayb 7:9; 14:10-12). Sebab itu kalimat tersebut seolah-olah bagaikan menyambut suatu titik terang daripada fajar siddik pada zaman Perjanjian Baru, adalah suatu penemuan yang menakjubkan. Bagi Ayub di tengah-tengah keraguan (Ayb 16:18-22; 23:1-9), pula pernah mendapat suatu ilham, mengetahui suatu rahsia tentang sang penebus akan datang kembali pada hari kiamat, kemudian melakukan penghakimannya (Ayb 19:25-27).

12:8 Mengenai kalimat yang terakhir daripada kitab ini, dibandingkan dengan 1:2, membuktikan kesia-siaan dalam hidup.

  • Kalimat yang pertama dari permulaan kitab ini ialah kesia-siaan (1:2), begitu pula pada kalimat yang terakhir.

46)   Akhir kata (12:9-14).

12:9-10 Penjelasan tentang semangat dalam mengarang.

12:11 Penjelasan mengenai adanya kitab ini pun berkat pengilhaman Allah (II Ptr 1:20-21).

  • “Kusa”: Suatu tongkat penghalau lembu (Hak 3:31). Firman Allah bagaikan kuasa, yang bermafaat untuk mengajar, untuk menyatakan kesalahan, untuk memperbaiki kelakuan dan untuk mendidik orang dalam kebenaran (II Tim 3:15-17).
  • “Paku-paku yang tertancap”: Yang bermakna memiliki suatu ketetapan/ketentuan dengan kekuasaan (Mzm 19:7; 119:89).

12:12-14 Suatu akhir kata yang paling penting dalam kitab ini, dan juga merupakan suatu ajaran yang perlu dipatuhi oleh manusia di bumi (Ruj Ayb 28:28; Mzm 111:10).

12:12 “Anakku”: Menunjukkan bahawa Salomo dengan suatu sikap citra rasa perlakuan anak, yang berulang-ulang berikan pengajaran bagi kaum muda.

  • Lagi pula dari pada kedua kalimat 11:9 “Hai pemuda” serta 12:1 “pada masa mudamu” dapat diketahui, bahwa ditulisnya kitab ini bukanlah untuk kaum tua/yang berusia lanjut, adalah yang ditulis untuk kaum muda; Maka mengenai kitab ini dapat dikatakan adalah sebuah kitab yang penuh hikmat yang beri bimbingan dalam hidup kita di dunia, juga merupakan suatu nasihat yang sangat berguna bagi kaum muda.