Nadab Berdosa
| | | | |

Nadab Berdosa

Ayat Alkitab:  Imamat fasal 10

Kata Pendahuluan : Dia adalah anak sulung Harun (Keluaran 6:23; Bilangan 3:2). Dia pernah bersama dengan Musa, Harun dan tujuh puluh orang para tua-tua Israel naik ke atas gunung menghadap Allah.( Keluaran 24:1)

A. Sebab mempersembahkan api yang asing

Api yang asing : Api yang bukan diambil dari mezbah, api di mezbah ialah dari Tuhan, adalah api yang kudus. Selain dari api yang kudus tersebut, semua api digolongkan dalam golongan api yang asing.

  1. Kerana angkuh maka timbullah hati mencemoh, sebab dia baru mendapat jabatan kudus yang penuh kehormatan.
  2. Mungkin dia melanggar perintah Tuhan kerana minum anggur atau minuman keras sehingga mabuk. ( Imamat 10:8-9)
  3. Mungkin dia tidak dapat mengawal perasaannya, sebab dia telah nampak kemulian Tuhan dan api dari hadapan Tuhan menghanguskan korban bakaran dan segala lemak di atas mezbah, bangsa bersorak-sorai. Justeru itu, dia terlalu senang hati sehingga lupa harus menguasai diri, akhirnya telah melakukan sesuatu yang melampaui  batas.

B. Akibat mempersembahkan api yang asing

  1. Maka keluarlah api dari hadapan Tuhan, lalu menghanguskan keduanya, sehingga mati di hadapan Tuhan. (Imamat 10:2)
  2. Walaupun mereka mati, tetapi mayat dan pakaian kemeja tidak hangus dibakar. (Imamat 10:5)
  3. Tuhan perintah kepada Harun supaya jangan berkabung dan jangan berdukacita demi anaknya yang telah berdosa.( Imamat 10:6)

C. Pengajaran

  1.  Orang yang berkedudukan tinggi harus berhati-hati, taat setia dalam segala hal.
  2.  Jangan mabuk. (Amsal 31:4-5  I Timotius 3:3,8 ; Efesus 5:18 )
  3.  Kita adalah bangsa yang terpilih, imamat yang rajani (IPetrus 2:9) jika masih berbuat dosa, tetap dihukum berat.
Manis Dan Pahit Naomi
| | | | |

Manis Dan Pahit Naomi

Ayat Alkitab:  Rut fasal 1

A. Kelebihan Naomi

Naomi ialah  isteri Elimelekh, salah seorang tokoh penting dalam kitab Rut. Naomi bermaksud manis, daripada nama direnungkan maknanya, dia adalah seorang perempuan baik yang  sangat manis dan comel .

  1. Dia adalah isteri baik  yang manis dan indah.
    Membangunkan keluarga yang sangat gembira dan manis.(sebelum ke  Moab)
  2. Dia bersikap manis.
    a. Bersifat lemah lembut.
    b. Bersikap kasih sayang.
    c. Penuh taat kepada suaminya.
  3. Dia bersifat manis.
    a. Kasih kepada menantunya.
    b. Mencari tempat perlindungan baru demi  menantunya.
    c. Merancang  sesuatu baginya dan mendapat kesudahan yang baik.
  4. Tetap tidak kehilangan iman.
  5. Bersandar kepada Tuhan dengan sepenuh hati  ketika dalam keadaan yang susah ( kembali ke  Betlehem).

 

B. Kelemaham Naomi

  1. Tidak dapat membantu suaminya dengan menukarkan pemikiran suami (semata-mata taat kepada suami sehingga berpindah ke Tanah  Moab).
  2. Mengabaikan pendidikan 2 orang anak laki-lakinya.

          a. Mahlon  –  bermaksud “ada penyakit”.

          b. Kilyon – bermaksud “mengancingkan”.

C. Pengajaran

  1. Tunduk kepada suami. (1 Petrus 3:1-2)
    Memenangkan suami dengan kelakuan isteri yang baik. ( IPetrus 3:2 ; Amsal 31:10-12)
  2. Perhiasanmu ialah manusia batiniah yang tidak tersembunyi dengan perhiasan yang tidak binasa yang berasal dari roh yang lemah lembut dan tenteram.  (I Petrus 3:3-4 ; Amsal 12:4a)
    Pertengkaran seorang isteri adalah seperti tiris yang tidak  berhenti-hentinya menitik. (Amsal 19:13)
  3. Hajarlah anakmu selama ada harapan. (Amsal 19:18 ; Amsal 23: 13-14)
  4. Tanpa iman tidak mungkin ada orang berkenan kepada Allah. (Ibrani 11:6)

Renungan terhadap Eutikhus yang Bangkit dari Kematian
| | | | |

Renungan terhadap Eutikhus yang Bangkit dari Kematian

Ayat Alkitab: (Kis 20:7-12)

A. Mengapakah Eutikhus mati?

(Kis 20:9) Tidak dapat menahan kantuknya, tertidur lelap, jatuh ke bawah dan mati. Apakah pengaruhnya terhadap iman kepercayaan seseorang pemercaya sekiranya rohani telah tidur lelap?

       1. Simson tidur di pangkuan  perempuan.  Akibatnya:

      a. Ditangkap. ( Hakim-hakim 26:21)

      b. Kuasa Allah telah meninggalkan dia. (Hakim -hakim 16:20)

      2. Petrus dan murid-murid lain telah tidur. Akibatnya:

      a. Tidak tahu bahaya sudah dekat. (Matius 26:45-46)

      b. Petrus menyangkal Tuhan Yesus. (Matius 26:69-75)

Oleh sebab itu, Tuhan berkata: Bangunlah, hai kamu yang tidur. (Efesus 5 :14)

B.  Mengapakah Eutikhus Dibangkitkan?

(Kis 20 10-12) Paulus telah membangkitkan dia demi nama Yesus. Justru itu, barangsiapa percaya kepada Yesus, ia akan hidup walaupun ia sudah mati.(Yohanes 11:25-26)

        1. Elia membangkitkan anak  janda di Sarfat. ( 1  Raja-raja 17:17-24)

        a. Elia berseru kepada Tuhan. ( 1 Raja-raja 17:21)

        b. Iman janda, dia menyerahkan anaknya ke tangan Elia. (1Raja-raja 17:17-19,24)

       2. Yesus membangkitkan Lazarus yang telah mati selama empat hari. (Yohanes 11:41-46)

Yesus berkata: Akulah roti hidup; barangsiapa datang kepadaKu, ia tidak akan lapar lagi, dan barangsiapa percaya kepadaKu, ia tidak akan haus lagi. ( Yohanes6:35)

Kesimpulannya:

Kerana itu harus lebih teliti kita memperhatikan apa yang telah kita dengar…jangan menyia-nyiakan kasih karunia yang kita terima. (Ibrani 2:1-4)

Nabal Yang Bebal
| | | | |

Nabal Yang Bebal

Ayat Alkitab: ( 1 Samuel 25:1-44)

A. Perbuatan  Nabal

Nabal adalah keturunan Kaleb, dia tinggal di Maon, berniaga di Karmel, seorang yang kaya-raya.  Isterinya bernama Abigal. (2-3)

1. Adalah orang yang bebal. (25)

    • Tidak setanding hambanya. (14-17)

2. Kasar dan jahat kelakuannya. (3)

    • Mencaci maki Daud. ( 10-11,14)
    • Seorang yang dursila, tidak dapat berbicara dengan dia. (17)

3. Kaya tetapi tidak baik hati. (2)

Nabal adalah seorang yang sangat kaya, mengikut adat kebiasaan orang Timur, setiap kali tiba musim pengguntingan bulu domba, harus melayan pendatang asing dengan baik,  memberikan bantuan dan kemudahan  kepada mereka, sekarang Daud menghadapi  kesulitan dan menyurah orangnya pergi meminta pertolongan serta memberi  salam  dengan begitu sopan-santun, tetapi dia tidak disangkainya, sebaliknya dimaki-maki dan ditolak. (4-11,14)

4. Tidak mengenang budi, membalas kebaikan dengan kejahatan. (15-17,21)

Daud dan orang-orangnya melayan orang Nabal dengan baik hati,  dan seperti pagar tembok sekeliling mereka siang dan malam selama mereka menggembalakan domba-domba.  Sepatutnya, Nabal harus menghulurkan tangan untuk  membantu. Malangnya, Nabal  seperti kacang lupakan kulit, memaki-maki terhadap Daud dan orangnya, sehingga  perbuatannya yang kasar dan jahat dipandang rendah oleh orang lain, tidak hairanlah Daud berkata : “Dia membalas kebaikanku dengan kejahatan.”

5. Bersukaria dalam kemewahan. (36)

B. Kesudahan Nabal

Permintaan Daud yang munasabah telah dilayan oleh Nabal dengan caci-maki yang tidak berbelas kasihan; oleh sebab terlalu marah, Daud  ingin menbalas demdam terhadap Nabal dengan menggunakan senjata.  Cara membalas  kekerasan dengan kekerasan memanglah tidak sesuai dengan pengajaran Tuhan (Amsal 25:21-22). Mujur Abigal telah datang menghalang barulah tidak terjadinya kes pembunuhan,  namun hukuman tetap menimpa kepadanya.

1. Terhentilah jantungnya dalam dada dan ia membatu. (37)

Kitab  Penterjemahan Bahasa Cina Modern :  Separuh badan Nabal kelumpuhan kerana kena sakit strok.

2. Kira-kira sepuluh hari sesudah itu Tuhan memukul Nabal, sehingga ia mati. (38)

C. Pengajaran

1. Perbuatan harus lemah lembut. (Kolose 3:12; 4:6 ; Amsal 14:29)

2. Percakapan dan perbuatan  adalah peramah. (1 Timotius 6:17-19 ; Amsal 3:27)

3. Tidak boleh tidak mengenang budi. (Mazmur 103:1-2, 116:12 ; Lukas 17:16)

4. Harus membalas kejahatan  dengan kebaikan. ( Roma 12: 17-21 ; Amsal 17:13)

5. Jangan berpesta pora dan kemabukan. (Roma 13:13 ; Lukas 21:34)