Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.9 – Adakah Gal 4:10-11 mengatakan jangan memegangnya ? )
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.9 – Adakah Gal 4:10-11 mengatakan jangan memegangnya ? )

10 Kamu dengan teliti memelihara hari-hari tertentu, bulan-bulan, masa-masa yang tetap dan tahun-tahun. 11 Aku khuatir kalau-kalau susah payahku untuk kamu telah sia-sia (Gal 4:10-11).

Sini juga membincangkan kelemahan pemercaya bangsa lain. Ini ditujukan kepada pemercaya-pemercaya yang lemah “berbalik lagi kepada roh-roh dunia yang lemah dan miskin dan mau mulai memperhambakan diri lagi kepadanya?” (9). Ayat 10 menyentuh tentang hari-hari, bulan-bulan, masa-masa yang tetap dan tahun-tahun, nampaknya sini membincangkan tentang memelihara hari-hari perayaan dalam perjanjian lama, dan bukannya membincangkan tentang hari Sabat ataupun hari matahari. Sekiranya tidak memelihara sebarang hari, maka hari Ahad pun tidak patut dipegang? Maksud memelihara (parathreiqe) di sini adalah menjaga dengan berhati-hati, ia menggambarkan keadaan yang berlaku semasa memegang perayaan dan peraturan Perjanjian Lama, iaitu keadaan di mana manusia akan menerima padah dengan segera jika berlaku kesilapan.

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.8 – Rm 14:1-12 Mencatatkan jangan menghakimi hal berkaitan memegang hari tertentu ? )
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.8 – Rm 14:1-12 Mencatatkan jangan menghakimi hal berkaitan memegang hari tertentu ? )

5 Yang seorang menganggap hari yang satu lebih penting daripada hari yang lain, tetapi yang lain menganggap semua hari sama saja. Hendaklah setiap orang benar-benar yakin dalam hatinya sendiri. 6 Siapa yang berpegang pada suatu hari yang tertentu, ia melakukannya untuk Tuhan. Dan siapa makan, ia melakukannya untuk Tuhan, sebab ia mengucap syukur kepada Allah. Dan siapa tidak makan, ia melakukannya untuk Tuhan, dan ia juga mengucap syukur kepada Allah. (Rm 14:5-6).

Di sini Paulus berkata: Ada orang yang menganggap hari yang satu lebih penting daripada hari yang lain ( ημερεν παρ ημερεν, membandingkan hari [1]. Ada pula yang menganggap semua hari sama saja. Pertama-tama, perhatikan sasaran Paulus dalam perbincangan ini adalah jemaat Roma. Mereka berada di perantaraan antara kebiasaan Roma asal mereka (kebiasaan pemakanan, penyembahan matahari) dengan kebiasaan agama Yahudi (memegang ketetapan dan peraturan Perjanjian Lama). Seterusnya, ia membincangkan keadaan yang istimewa, mengenai bagaimana harus melayani orang yang “lemah imannya”, dan bukan membincangkan mengenai kepercayaan Kristian yang berada dalam keadaan normal. Oleh sebab itu, kita tidak boleh menggunakan perbincangan tentang orang yang lemah imannya sebagai standard untuk membincangkan kepercayaan Kristian yang normal. Ayat 4 mengatakan bahawa bagi orang yang jatuh, kita haruslah berserah kepada Tuhan; jangan bertengkar dengannya, kerana pertengkaran adalah tidak berguna untuknya; sama ada ia berdiri, atau ia jatuh, itu adalah urusan tuannya sendiri:

Siapakah kamu, sehingga kamu menghakimi hamba orang lain? Entahkah ia berdiri, entahkah ia jatuh, itu adalah urusan tuannya sendiri. Tetapi ia akan tetap berdiri, kerana Tuhan berkuasa menjaga dia terus berdiri (Rm 14:4).

Bahasa asal “menganggap” dalam ayat 5 merupakan menghakimi dalam bahasa asal (κρινει). Maksud asalnya adalah terdapat orang yang membandingkan hari-hari. Ini juga berkenaan cara kelakuan orang yang lemah imannya, Kristian yang normal tidak patut berbuat demikian. Pada pandangan Tuhan, hari Sabat berbeza dengan hari-hari lain, melainkan adalah lebih tinggi daripada hari-hari lain. Maka perbuatan membandingkan hari Sabat dengan hari-hari lain adalah membelakangi kehendak Allah; Sekiranya ada yang beranggapan bahawa hari-hari lain adalah lebih tinggi daripada hari yang ditetapkan Tuhan, maka itu lebih-lebih lagi menentang Allah. Dalam ayat 6, tiada perkataan “memegang”, ia hanya membincangkan tentang pandangan khusus seseorang terhadap suatu hari (ϕρονων), ianya belum dipraktikkan. Bahasa asal ”Siapa yang berpegang pada suatu hari yang tertentu, ia melakukannya untuk Tuhan” adalah ο ϕρονων την ημεραν κυριω ϕρονει

Ia sepatutnya menggambarkan bagaimana pandangan hatinya terhadap hari itu, ia merupakan pandangannya sendiri, dan ia tidak menyentuh tentang perbuatan memegang hari Sabat.

Kesimpulannya, bahagian ini membincangkan cara-cara menguruskan orang-orang yang lemah imannya, jadi ia tidak boleh diaplikasikan pada Kristian yang normal. Tambahan pula, sini hanya membincangkan tentang keraguan orang yang lemah imannya dan bukannya perbuatan, lebih-lebih lagi tiada persoalan tentang sama ada memegang atau tidak memegang hari Sabat. Sejak awal lagi, Tuhan Yesus telah menegaskan bahawa Dia adalah Tuan atas hari Sabat dan orang lain tidak berkuasa untuk menghalangnya.

———–

[1] Selepas Para rasul, istilah yang dipakai adalah setara, dan tiada maksud untuk membandingkan kekuatan dan kelemahan.

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.7 Kesepuluh firman telah ditiadakan, maka tentulah hari Sabat juga ditiadakan ? )
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.7 Kesepuluh firman telah ditiadakan, maka tentulah hari Sabat juga ditiadakan ? )

Hari Sabat merupakan perintah keempat dalam kesepuluh firman. Ada orang beranggapan bahawa kesepuluh firman merupakan sesuatu yang lama, yang dipegang oleh orang Israel, maka Kristian tidak perlu memegangnya. Jika begitu, marilah kita bersama-sama mengkaji sama ada kesepuluh firman telah ditiadakan.

  1. Ada orang yang menggunakan Luk 24:44; Kis 13:29, 15:5, 24; Rm 10:4; Luk 3:19-25; Yeh 2:14-17; Ibr 7:18-19 dan ayat-ayat yang lain (untuk maklumat terperinci, sila rujuk bab-bab seterusnya) untuk mengatakan bahawa Tuhan telah meniadakan kesepuluh firman. Namun jika kita mengkaji setiap ayat di atas secara terperinci, tidak ada satu pun ayat yang membincangkan tentang kesepuluh firman secara khususnya.
  2. Sebenarnya di sini Tuhan sedang menegaskan bahawa hukum Taurat perjanjian lama bukan sahaja tidak ditiadakan, sebaliknya digenapi dan diperkukuhkan:

“Janganlah kamu menyangka, bahawa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya (Mat 5:17).

Jika demikian, adakah kami membatalkan hukum Taurat kerana iman? Sama sekali tidak! Sebaliknya, kami meneguhkannya. (Rm 3:31)

Malah Tuhan juga pernah berfirman bahawa sekiranya ada orang yang ingin menurut “perintah” (bukan hukum Taurat) ini dan mengajar manusia melaksanakannya, ia akan menduduki tempat yang tinggi di dalam Kerajaan Syurga. Jelas sekali barangsiapa menuruti dan menyebarkan kesepuluh firman maka pasti diselamatkan, malah akan mendapat kemuliaan yang lebih besar:

Kerana itu siapa yang meniadakan salah satu perintah hukum Taurat sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam Kerajaan Sorga; tetapi siapa yang melakukan dan mengajarkan segala perintah-perintah hukum Taurat, ia akan menduduki tempat yang tinggi di dalam Kerajaan Sorga (Mat 5:19).

‘Menggenapi’ yang dikatakan oleh Tuhan adalah menjelaskan Kesepuluh Firman dan Hukum Taurat yang lain, supaya bayangan menjadi objek yang nyata.

  1. Seterusnya Dia berkata bahawa jika hidup keagamaanmu tidak lebih benar dari pada hidup keagamaan ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, sesungguhnya kamu “tidak akan masuk” ke dalam Kerajaan Sorga, tidak dapat diselamatkan:

Maka Aku berkata kepadamu: Jika hidup keagamaanmu tidak lebih benar dari pada hidup keagamaan ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, sesungguhnya kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga (Mat 5:20).

Kemudiannya Dia mengambil firman keenam dari kesepuluh firman sebagai contoh. Tuhan sememangnya membincangkan kesepuluh firman di sini; malah ditegaskan bahawa Kristian harus memegang kesepuluh firman lebih daripada pemimpin-pemimpin agama Yahudi barulah mempunyai kemungkinan untuk diselamatkan. Mengapa pula terdapat orang yang membantah Tuhan dan mengatakan bahawa Kristian tidak perlu memegang kesepuluh firman?

  1. Ada orang mengatakan bahawa Tuhan pernah memberi petunjuk agar kita melakukan sembilan daripada sepuluh firman, namun hanya firman keempat di mana Tuhan tidak pernah memberi petunjuk untuk melakukannya. Sila rujuk:

Mereka tiba di Kapernaum. Setelah hari Sabat mulai, Yesus segera masuk ke dalam rumah ibadat dan mengajar (Mrk 1:21).

Kemudian Yesus pergi Kapernaum, sebuah kota di Galilea, lalu mengajar di situ pada hari-hari Sabat (Luk 4:31).

Pada suatu hari Sabat lain, Yesus masuk ke rumah ibadat, lalu mengajar. Di situ ada seseorang yang mati tangan kanannya (Luk 6:6).

Pada suatu kali Yesus sedang mengajar dalam salah satu rumah ibadat pada hari Sabat (Luk 13:10).

Tuhan Yesus sendiri bukan sahaja memegang hari Sabat, Dia juga menyatakan bahawa Dia ialah Tuhan atas hari Sabat (Mat 12:8; Mrk 2:28; rujuk nas sebelum ini); Nampaknya Dia bukan sahaja memberi petunjuk, malah juga melakukannya. Cuma terdapat kelainan dari segi cara Tuhan memegangnya dan konsep dengan orang Yahudi. Adakah teladan yang ditunjukkan oleh Tuhan sendiri masih tidak mencukupi?

  1. Sila lihat kembali isi kandungan kesepuluh firman, perintah yang manakah diperbolehkan untuk tidak dipegang oleh Kristian:

Perintah Pertama: Jangan ada padamu allah lain di hadapan-Ku; Adakah Kristian boleh mengakui allah-allah lain selain daripada Tuhan Yesus, Allah yang benar? Bolehkah menganggap baal, penunggu kota, Venus, sebagai Allah?

Perintah Kedua: Jangan membuat bagimu patung dan jangan sujud menyembah kepadanya: Adakah Kristian boleh mengukir patung berhala dan menyembah kepadanya?

Perintah Ketiga: Jangan menyebut nama Tuhan, Allahmu, dengan sembarangan: Adakah Kristian boleh menyebut nama kudus Tuhan dengan sembarangan?

Perintah Kelima: Hormatilah ayahmu dan ibumu: Bolehkah Kristian tidak menghormati ibu bapa?

Perintah Keenam: Jangan membunuh: Adakah Kristian boleh membunuh manusia?

Perintah Ketujuh: Jangan berzinah: Adakah Kristian boleh berzinah dan melakukan percabulan?

Perintah Kelapan: Jangan mencuri: Adakah Kristian boleh menjadi pencuri dan perompak?

Perintah Kesembilan: Jangan mengucapkan saksi dusta tentang sesamamu: Adakah Kristian boleh mengucapkan saksi dusta untuk mencelakakan orang lain?

Perintah Kesepuluh: Jangan mengingini rumah sesamamu: Adakah Kristian boleh mengingini isteri dan harta orang lain?

Adakah semuanya ini hanya dipatuhi oleh orang-orang Yahudi? Jelas sekali, Kristian perlu memegang sembilan firman di atas. Adakah dari antara kesepuluh firman, hanya perintah keempat sahaja yang lain daripada yang lain dan diperbolehkan untuk tidak memegangnya? Di mana tercatat perintah sebegini dalam Alkitab? Tambahan pula, Dia bukan sahaja membincangkan perintah keempat, malah juga telah melaksanakannya sendiri!

Terdapat orang mengatakan bahawa pada Zaman Perjanjian Baru, kesepuluh firman merupakan hukum moral (moral law), atau dipanggil sebagai hukum semula jadi (natural law), tidak perlu dilaksanakan secara praktiknya. Namun daripada analisis di atas, tidak kira apakah yang diperintahkan di dalam kesepuluh firman, tidak ada satu pun perintah yang tidak dipegang oleh Kristian. Lagi pula, mengapa Tuhan menyenaraikan hukum memegang hari Sabat, takut akan Allah dan menghormati ayah dan ibu ke dalam sepuluh firman? Dari sini kita dapat melihat betapa Tuhan mementingkan hari Sabat.

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.6 – Tidak Kira Bagaimanapun, Memperingati kebangkitan-Nya Tentu Tiada Salahnya!)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.6 – Tidak Kira Bagaimanapun, Memperingati kebangkitan-Nya Tentu Tiada Salahnya!)

Murid-murid Tuhan haruslah berpegang pada pengajaran Tuhan, kerana Tuhan pernah berfirman bahawa:

Bukan setiap orang yang berseru kepada-Ku: Tuhan, Tuhan! Akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga, melainkan dia yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di sorga (Mat 7:21).

Menurut catatan Alkitab, apakah yang Tuhan kehendaki kita peringati? Sila dengarkan pesanan Tuhan:

1. Dia mahu supaya kita memperingati Dia yang menyerahkan nyawa-Nya. Bukannya hari kematian, lebih-lebih lagi bukanlah hari kebangkitan-Nya:

Lalu Ia mengambil roti, mengucap syukur, memecah-mecahkannya dan memberikannya kepada mereka, kata-Nya: “Inilah tubuh-Ku yang diserahkan bagi kamu, perbuatlah ini menjadi peringatan akan Aku.”

24 dan sesudah itu Ia mengucap syukur ke atasnya; Ia memecah-mecahkannya dan berkata: “Inilah tubuh-Ku, yang diserahkan bagi kamu, perbuatlah ini menjadi peringatan akan Aku!” 

25 Demikian juga Ia mengambil cawan, sesudah makan, lalu berkata: “Cawan ini adalah perjanjian baru yang dimeteraikan oleh darah-Ku; perbuatlah ini, setiap kali kamu meminumnya, menjadi peringatan akan Aku!” (1 Kor 11:24-26).

2. Memperingati pengajarannya: Hamba tidaklah lebih tinggi daripada tuannya:

Ingatlah apa yang telah Kukatakan kepadamu: Seorang hamba tidaklah lebih tinggi dari pada tuannya. Jikalau mereka telah menganiaya Aku, mereka juga akan menganiaya kamu; jikalau mereka telah menuruti firman-Ku, mereka juga akan menuruti perkataanmu (Yoh 15:20).

Oleh itu hamba tidak boleh melebihi tuannya dengan mengubah hari Sabat yang ditetapkan oleh tuannya.

3. Memperingati Dia yang merupakan keturunan Daud, dan Raja di atas segala raja di Syurga:

Ingatlah ini: Yesus Kristus, yang telah bangkit dari antara orang mati, yang telah dilahirkan sebagai keturunan Daud, itulah yang kuberitakan dalam Injilku (2 Tim 2:8).

4. Memperingati seorang perempuan yang mengurapi Tuhan dengan minyak wangi

Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya di mana saja Injil ini diberitakan, di seluruh dunia, apa yang dilakukannya ini akan disebut juga untuk mengingat dia”(Mat 26:13).

Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya di mana saja Injil diberitakan di seluruh dunia, apa yang dilakukannya ini akan disebut juga untuk mengingat dia” (Mrk 14:9).

5. Memperingati Tuhan yang berkata seorang hamba tidaklah lebih tinggi daripada tuannya:

Ingatlah apa yang Kukatakan kepadamu: Seorang hamba tidaklah lebih tinggi dari pada tuannya. Jikalau mereka telah menganiaya Aku, mereka juga akan menganiaya kamu; jikalau mereka telah menuruti firman-Ku, mereka juga akan menuruti perkataanmu (Yoh 15:20).

Meskipun ia merupakan seorang perempuan yang kecil, namun dengan jelas sekali Tuhan menyuruh kita mengingatinya. Sekiranya Tuhan mengkehendaki kita memperingati kebangkitan-Nya, apakah Dia tidak akan menjelaskannya dengan berdepan muka? Akan tetapi tidak ada sebarang catatan di dalam Alkitab mengenai Tuhan menyuruh kita memperingati kebangkitan-Nya, sebaliknya kita disuruh untuk memperingati kematian-Nya. Dengan ada kematian barulah ada kebangkitan, dengan kematian barulah rencana digenapi:

Sesudah Yesus meminum anggur masam itu, berkatalah Ia: “Sudah selesai.” Lalu Ia menundukkan kepala-Nya dan menyerahkan nyawa-Nya (Yoh 19:30).

Menurut intinya, kehendak Tuhan adalah supaya kita memperingati kematian-Nya (Sakramen Perjamuan Kudus), dan bukannya memperingati kebangkitan-Nya; Oleh itu jika ingin menuruti kehendak-Nya, maka haruslah menikmati Perjamuan Kudus bersama-sama demi memperingati Tuhan yang telah menyerahkan nyawa-Nya, dan bukannya memegang hari Tuhan dan memperingati kebangkitan-Nya. Hari kebangkitan bukanlah keutamaan, maka ia tidak perlu dipertahankan.

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.5 Memegang Hari Ahad Kerana Tuhan Dibangkitkan Pada Hari Ahad ? )
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.5 Memegang Hari Ahad Kerana Tuhan Dibangkitkan Pada Hari Ahad ? )

Sebab Tuhan dibangkitkan pada hari Ahad dikaji dengan lebih teliti. Tuhan disalibkan pada hari Jumaat (hari persiapan) – Secara kasarnya, ia seakan-akannya tindakan imam besar dan orang-orang lain; Akan tetapi, jika diteliti, maka kita akan mendapati bahawa ia merupakan rencana Tuhan sendiri. Dia pernah bernubuat bahawa diri-Nya akan dibangkitkan tiga hari selepas disalibkan; oleh itu Tuhan sendiri merancang untuk disalibkan pada hari persiapan, beristirahat di dalam kuburan pada hari Sabat (Sabtu), dibangkitkan pada hari ketiga (hari Ahad), dan memulakan kerja pada peringkat seterusnya. Nampaknya Tuhan bangkit pada hari Ahad bukanlah kerana hari Ahad mempunyai maksud yang khusus. Tetapi kerana hari Ahad merupakan hari ketiga selepas Dia disalibkan, merupakan hari kedua selepas hari Sabat di mana Dia beristirahat. Tuhan Yesus telah menyelesaikan kerja tubuh jasmani-Nya di dalam dunia ini, dan berehat pada hari Sabat. Kemudian meneruskan kerja-Nya untuk peringkat seterusnya pada Sabat hari-satu. Oleh itu secara logiknya, memperingati hari Tuhan atas sebab Tuhan dibangkitkan pada hari Ahad merupakan suatu kesalahan, sebaliknya adalah perlu untuk memperingati Tuhan disalibkan pada hari Jumaat, serta memperingati kerja Tuhan telah diselesaikan pada hari Sabat dan berehat. Dengan ini, perkara ini jelas membuktikan bahawa Tuhan Yesus tetap berpegang pada peraturan untuk berehat pada hari Sabat sampai pada kematian-Nya. Oleh itu, kita lebih-lebih lagi patut mengikuti Tuhan, iaitu teguh berpegang pada hari Sabat.

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.4 – Tuhan Menyatakan Diri Pada Hari Ahad, Oleh itu Harus Memegang Hari Tuhan?)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.4 – Tuhan Menyatakan Diri Pada Hari Ahad, Oleh itu Harus Memegang Hari Tuhan?)

6.4 Tuhan menyatakan diri pada hari Ahad, oleh itu harus memegang hari Tuhan?

Ada yang mengatakan bahawa Tuhan sering menyatakan diri dan mengajar mereka pada hari Ahad, apakah ini hakikatnya?

Sememangnya Tuhan dibangkitkan pada hari pertama dalam seminggu. Akan tetapi Tuhan bukannya “sering” menyatakan diri dan mengajar manusia pada hari Ahad. Terdapat tujuh catatan dalam Alkitab mengenai Tuhan menyatakan diri pada hari pertama dalam seminggu. Tetapi lima daripadanya adalah peristiwa yang sama yang dicatatkan oleh empat pengarang buku Injil yang berlainan. Manakala Luk 24:13-53, Yoh 20:19-25 merupakan peristiwa pada malam tersebut:

29 Tetapi mereka sangat mendesak-Nya, katanya: “Tinggallah bersama-sama dengan kami, sebab hari telah menjelang malam dan matahari hampir terbenam.” Lalu masuklah Ia tinggal bersama-sama dengan mereka. 30 Waktu Ia duduk makan dengan mereka, Ia mengambil roti, mengucap berkat, lalu memecah-mecahkannya dan memberikannya kepada mereka. 31 Ketika itu terbukalah mata mereka dan merekapun mengenal Dia, tetapi ia lenyap dari tengah-tengah mereka (Luk 24:29-31).

Ketika hari sudah malam pada hari pertama minggu itu berkumpullah murid-murid Yesus di suatu tempat dengan pintu-pintu yang terkunci kerana mereka takut kepada orang-orang Yahudi. Pada waktu itu datanglah Yesus dan berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata: “Damai sejahtera bagi kamu!” (Yoh 20:19).

Menurut kiraan orang Yahudi, ia merupakan sabat hari-dua (Hari Isnin). Yohanes 20:26-29 adalah perkara yang berlaku setelah seminggu, malahan pintu adalah terkunci, juga tidak kelihatan terdapat pertemuan ibadah ataupun upacara peringatan; Nampaknya ia bukanlah pertemuan “hari Tuhan” pada hari ini. Kesimpulannya, Alkitab hanya mencatatkan hari kebangkitan Tuhan dan penyataan-Nya seminggu selepas itu, dan bukannya “sering” menyatakan diri dan mengajar pada hari Ahad. Sebaliknya terdapat catatan mengenai Tuhan sering menyatakan diri kepada murid-murid sepanjang empat puluh hari (Yoh 20:30; Kis 1:3) namun tiada catatan mengenai penyataan pada hari Ahad secara berterusan. Nampaknya Tuhan tidak mengkhususkan hari Ahad itu untuk kebangkitan, penyataan dan pengajaran Tuhan. Oleh itu kita tidak dapat mencari sebarang alasan untuk berubah kepada memegang hari Ahad. Sekiranya ingin memperingati hari Tuhan menyatakan diri-Nya, maka setiap hari kena berehat dan memperingatinya.