Views: 72
Berkata-kata dalam bahasa roh
Sejumlah besar umat Kristen pada hari ini memandang dengan penuh was-was akan kemunculan semula berkata-kata dalam bahasa roh. Pertemuan-pertemuan ibadah yang sangat tergerak oleh emosi, hujah-hujah rohani yang melampau dan “ pukulan oleh Roh Kudus” yang ajaib ~ kesemua ini merupakan punca kepada perasaan takut terhadap cabang-cabang utama ugama Kristen.
Dari segi yang lain, arus-arus perubahan kepada aliran karismatik yang semakin bertambah telah mengistiharkan satu pembaharuan kerohanian dan satu perasaan persekutuan yang begitu erat dengan Tuhan. Kegirangan dan kesukaan yang berhasil dari perubahan-perubahan tersebut adalah berdasarkan kuasa Roh Kudus melalui karunia-karuniaNya (charismata).
Perhimpunan-perhimpunan mujizat yang luarbiasa, ucapan-ucapan hikmat dan pengetahuan, pukulan Roh Kudus dan yang paling kemuncak di atas semua ini ialah, dispensasi prolifik akan kemampuan berkata-kata dalam bahasa roh, telah menyakinkan begitu banyak orang.
Non-karismatik secara terpaksa bersetuju bahawa berkata-kata dalam bahasa roh adalah satu karunia Roh Kudus (I Korintus 12:8-10; 28-30). Namun mereka berbahas bahawa ianya merupakan perkara yang terkecil dan yang paling tidak penting malahan yang paling senang disalahgunakan.
Karismatik pula berbangga dengan hasil dan minat yang berjaya dibangkitkan . Mereka juga berkata bahawa tidak berkata-kata dalam bahasa roh tidak menjadikan seseorang itu seorang Kristen kelas dua atau menjejaskan keselamatan seseorang yang terjamin. Mereka menambah lagi dan berkata seperti mana dikatakan oleh hujah-hujah teologia yang moden: “Mengapa tidak menyertai kami dan rasakan betapa baiknya keadaan tersebut?”
Gereja Yesus Benar mempunyai pandangan yang berlainan dengan kedua-dua aliran utama di atas dalam hal berkata-kata dalam bahasa roh. Artikel ini bertujuan membentangkan kepercayaan kami berdasarkan perspektif Alkitab.
I. Konsep Secara Am
Berkata-kata dalam bahasa roh mempunyai dua fungsi utama yang berlainan. Semasa berdoa, fungsi berkata-kata dalam bahasa roh yang pertama dan yang asas ialah sebagai bukti bahawa seseorang itu telah menerima Roh Kudus. Ianya berfungsi membangunkan diri sendiri. Dalam erti kata lain, ianya hanya membangunkan diri orang yang berbahasa roh itu. Fungsi yang kedua ialah menyampaikan satu mesej daripada Tuhan kepada jemaat. Ianya membangunkan para pendengar. Manifestasi yang pertama adalah sangat penting dan pada hakekatnya ianya mesti kelihatan untuk membuktikan samada seseorang itu telah menerima Roh Kudus. Manifestasi yang kedua membangunkan jemaat dan akan muncul pada waktu Tuhan mengkehendakinya.