Views: 228

Yeremia 33:2-3

Pengenalan yang Seharusnya Ada Terhadap Kerja Penelangkaian:

  • Pemadanan perkahwinan adalah disebabkan kehendak Tuhan, bukan berasal daripada kebolehan telangkai, telangkai hanya menunaikan kewajiban sebagai seorang hamba.(Ams 3:5-6). Ini disebabkan segala sesuatu adalah yang ditetapkan oleh Tuhan (Ams 29:26; Pkh3:11). Tuhan juga mengenapkan segala sesuatu (Yer 33:2-3; Yes 34:16).
  • Tingkah laku dan pertuturan seharian telangkai harus berhati-hati, bersikap lemah lembut dan jujur, rajin, bertanggungjawab, barulah dapat memperoleh keyakinan daripada golongan belia dan ibu bapa mereka.  Oleh itu, jerih payah telangkai adalah seperti hamba tua Abraham. (Kej 24:1-4,10-34).
  • Harus sentiasa menjelajah gereja-gereja tempatan , melawat belia yang  sesuai dan layak berkahwin serta keluarga mereka, mengambil berat terhadap soal perkahwinan mereka, melalui doa memilih jodoh yang sesuai untuk melaksanakan kerja penelangkaian.

Mengumpulkan Maklumat Para Belia di Gereja-gereja Tempatan:

  • Berusaha memahami latar belakang, tahap pendidikan, pekerjaan, iman kepercayaan, kesihatan, bentuk badan, kebolehan, minat, serta penglibatan dalam kerja suci bagi belia yang sesuai dan layak berkahwin.
  •  Hanya bergantung kepada maklumat dalam senarai adalah tidak mencukupi, cara yang paling baik adalah berdepan secara muka ke muka dengan orang yang sesuai dan layak berkahwin, berbincang dengannya,barulah dapat menyelami keperluan peribadinya, ini lebih sesuai dan senang mencapai kejayaan.
  • Jangan sembarang mendedahkan “senarai belia”, atau pinjam kepada orang lain untuk dibaca, hanya boleh dibaca dan dijadikan sebagai rujukan telangkai sendiri.

Perkara-perkara yang Harus Diperhatikan oleh Telangkai:

  • Harus setia: Tidak    kira   apa   yang   kita  buat,  buatlah   dengan   setia   dan bertanggungjawab  (I Kor 4:2).   Kita   seperti   pengurus    rumah   dalam  hal perkahwinan, harus bertanggungjawab dengan setia.
  • Harus jujur: praktikal dan jujur (Flp2:15).  Inilah sikap sebenarnya bagi seorang telangkai, lakukanlah kerja ini seikhlas-ikhlasnya demi Tuhan.
  • Ada kasih: bermotifkan kasih dalam menjalankan kerja telangkai (RM  13:8,10), melihat  belia dalam Tuhan sebagai orang sendiri.
  • Harus gigih: telangkai adalah suat kerja yang susah. Harus ada kegigihan, Alkitab  mengatakan apabila sudah datang waktunya, kita akan menuai, jika kita tidak menjadi lemah (Gal 6:9).
  • Tidak serakah: Telangkai  tidak   boleh   menjalankan   kerja  telangkai semata-mata mahu menerima balasan (minta ang pow), supaya jangan tumbang dalam tangan iblis (I Tim 6:9-10).
  • Tidak boleh menjalankan kerja telangkai dengan cara memaksa (menggertak) supaya jangan orang itu tidak bahagia selepas kahwin.
  • Para telangkai tidak boleh saling merebut kerja telangkai, (II Tim2:24, Tit 3:2), lebih-lebih lagi tidak boleh mengutuki orang lain.
  • Tidak boleh menggunakan nada memberi arahan(Kol 4:6), pertuturan telangkai harus membawa kasih.
  • Seorang telangkai harus sering berhubung dengan pendeta dan telangkai-telangkai yang lain, supaya mendapat maklumat yang lebih tepat dan banyak.
  • Tidak boleh menjodohkan orang kafir(II tim6:14-16) kerana seiman memang tidak sepadan dengan bukan seiman.
  • Memahami keluarga kedua-dua pihak dengan lebih mendalam.
  • Memperhatikan umur kesesuaian berkahwin para remaja, supaya mereka jangan berkahwin dengan orang kafir.
  • Orang yang terbukti telah melakukan dosa maut, tidak boleh buat kerja telangkai untuknya, (hanya tahu selepas kahwin).
  • Tidak boleh membuat kerja telangkai dengan bermata duitan (mengutamakan yang kaya dan mengabaikan yang miskin).
  • Semasa dalam proses membuat kerja telangkai, banyaklah berdoa kepada Tuhan, mohon Tuhan memimpin dan mengatur, inilah telangkai yang sebenarnya, dan juga merupakan telangkai yang paling berjaya (Kej 24:12).

Similar Posts

2 Comments

  1. Selamat malam, maksud kafir ini sebenarnya ialah ditujukan kepada bangsa selain daripada orang Israel。Dari segi rohani ialah ditujukan kepada mereka yang bukan seiman,iaitu bukan sama agama。Penggunaan bahasa kafir ini sebenarnya digunaan berleluasa dalam aliran agama Kristian。

  2. perkataan kafir itu bolehkah disebut dengan kerap?bukankah dalam Alkitab perkataan ini ada larangannya…maaf saya seiman tapi saya kurang setuju perkataan ini digunakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *