Views: 157

Ayat suci: Ia telah melakukan apa yang dapat dilakukannya… (Markus 14:9)

Ketika Maria terfikir bahawa Tuhan akan menemui penderitaan, dengan segera dia “membawa suatu buli-buli pualam berisi minyak narwastu murni yang mahal harganya. Setelah dipecahkannya leher buli-buli itu, dicurahkannya minyak itu ke atas kepala Yesus.” Minyak narwastu itu adalah yang paling mahal, bernilai sekurang-kurang tiga ratus dinar lebih. Bagi dia, itu bukanlah satu jumlah nilai yang kecil. Kemungkinan adalah satu hasil penyimpanan bertahun-tahun.

Tetapi, asalkan ia ada sedikit kegunaan buat Tuhan, walaupun dipersembahkan kesemuanya, juga berbaloi. buli-buli itu adalah amat berharga, namun Tuhan lebih berharga. Tidaklah sayang kalau dipecahkan.

Rambut adalah “kemuliaannya”, namun dia menyeka kaki Tuhan dengan kemuliaannya, kerana dipandangnya layak untuk Tuhan. Dia mencurahkan keseluruhan kasihnya pada diri Tuhan! Oleh itu, Tuhan berkata: “Ia telah melakukan apa yang dapat dilakukannya.”

Janda mempersembahkan kesemua wang simpanan untuk sara hidup. Musa mempersembahkan usia 40 tahun. Yesus mempersembahkan nyawa-Nya demi menyelamatkan manusia. Sahabat, apakah yang anda persembahkan untuk Tuhan?

Walaupun kita tidak setanding mereka, namun kita boleh menyerupai mereka dengan melakukan sedaya kemampuan diri. Permintaan Tuhan terhadap kita pada hari ini, adalah kita melakukan apa yang dapat diri kita lakukan. Dia tidak meminta apa yang melebihi kemampuan kita, atau yang tidak mungkin pada diri kita. Dia hanya meminta agar kita melakukan apa yang dapat dilakukan oleh kita. Lima talenta menguntungkan lima talenta, dua talenta menguntungkan dua talenta, menerima upah yang sama, kerana mereka masing-masing telah melakukan apa yang dapat dilakukannya. Seandainya, satu talenta juga dapat menguntungkan satu talenta, dia juga akan menerima upah, kerana dia telah melakukan apa yang dapat dilakukannya. Maria telah melakukan apa yang dapat dilakukannya. Hati Tuhan dipuaskan.

Kawan, adakah kita telah melakukan apa yang dapat dilakukan?

Maria, mengambil kesempatan sebelum Tuhan meninggal dunia, telah melakukan apa yang dapat dilakukannya. Marilah kita, melakukan apa yang dapat dilakukan sebelum Tuhan datang!

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *