Teladan Baik Dalam Pelayanan
|

Teladan Baik Dalam Pelayanan

Kita patut mencontohi teladan bujang (hamba) Saul yang baik yang pergi bersama-sama dengannya mencari keledai sebab kita adalah hamba Tuhan. (1Sam 9 : 1-10)

 

  • Mengambil Berat Akan Harta Tuan (1 Sam 9 : 4-6)
    1. Mempunyai iman, kesabaran, kesungguhan dan berdoa demi mencari keledai tuannya.
    2. Anak-anak adalah milik pusaka daripada Tuhan (Mzm 127 : 3).
    3. Bangsa Tuhan (pemercaya) adalah milik pusaka Allah (Mzm 33 : 12 : Ul 4 : 20).
  • Menitik Berat Kepercayaan (1 Sam 9 : 6)
    1. Dalam keadaan sibuk masih menitik beratkan kepercayaan.
    2. Jangan membiarkan kesibukan itu memisahkan kita dengan Tuhan (Luk 14 :16-24: Ams 6 : 9-11).
    3. Harus bertaubat, melakukan yang sama seperti semula (Ibr 3 : 14: Why 2 : 4-5).
  • Setia (1 Sam 9 : 7-8)
    1. Menyatakan kesetiaan ketika diperlukan tuan.
    2. Kesetiaan adalah kewajiban seorang hamba (1 Kor 4 : 2; Luk 16 : 10; Mat 6 : 24).
    3. Harus berkorban seberapa banyak seperti yang diterima daripada Tuhan (Mat 25 : 20-22).
  • Taat (1 Sam 9 : 25-27)
    1. Jalan terlebih dahulu mengikut petunjuk Saul.
    2. Taat adalah akhlak yang semestinya dimiliki seorang hamba (2 Ptr 2 : 18).
    3. Taat adalah syarat memperoleh berkat (Luk 11 : 27-28).
    4. Tuhan taat pada kehendak Allah (Yoh 4 : 34, 5 : 30, 6 : 38).
    5. Kata Paulus : harus menaruh fikiran dan perasaan yang terdapat juga dalam Yesus (Flp 2).
    6. Kita harus mentaai kesemua firman Tuhan.

 

Tiga Orang Janda Yang Miskin
|

Tiga Orang Janda Yang Miskin

Pendahuluan:

Tiga orang janda telah melakukan hal yang tidak biasa dalam kalangan umat manusia yang biasa, walaupun mereka telah menghadapi perkara yang malang (bukan sahaja kehilangan suami tetapi juga miskin), tetapi mereka tidak kehilangan kesukaan Tuhan. Mereka miskin dari segi kebendaan duniawi, tetapi kaya dalam sifat-sifat mereka. Dalam iman kepercayaan, mereka telah melakukan suatu kesaksian yang indah, dan dikenangi Tuhan. Ini adalah patut kita contohi.

 

  • Janda Miskin Yang Melaksanakan Kewajipan Membuat Persembahkan (Markus 12:41-44).
    1. Walaupun miskin tetapi masih melaksanakan kewajipannya (mempunyai hati membuat persembahan) (12: 42).
    2. Walaupun sedikit sahaja tetapi dia telah cuba sedaya upaya (itu adalah keseluruhannya) (12: 42, 44).
    3. Dipuji Tuhan, nilainya lebih tinggi dari orang yang kaya (12: 43-44).

 

▲Tuhan berfirman kepada murid-murid-Nya: “ sesungguhnya janda miskin ini memberi lebih banyak daripada semua orang yang memasukkan wang ke dalam peti persembahaan.” , maksud-Nya adalah supaya kita harus mencontohi janda itu (12:43).

 15-16 Tidak boleh melupakan perihal perbuatan melakukan kebajikan serta memberi persembahan.

◎ 2 Korintus 8: 1-5 Jemaat-jemaat di Makedonia, dalam kemiskinan mereka mendesak supaya mereka juga beroleh kasih karunia untuk mengambil bagian dalam memberi persembahan.

▲Pada hari ini dalam hal pembinaan Bait Suci (Bait Suci ialah tempat Tuhan mengaruniakan kasih anugerah), maka haruslah kita meminta supaya mendapat bahagian dalam hal persembahan.

 

  •  Janda Miskin Yang Memberi Tumpangan Kepada Orang Dengan Kasih (1 Raja-raja 17: 6-24).
    1. Ditimpa kelaparan kerana kemarau, susah untuk meneruskan kehidupan (hanya tertinggal makanan untuk satu hidangan sahaja) (17: 12).
    2. Mementingkan orang lain dahulu, kasihnya patut dipuji. Walaupun hanya tinggal segenggam tepung dan sedikit minyak, hanya dapat menghidangkan satu roti, tetapi dia melayani dahulu Abdi Tuhan, Elia (17: 13-15).
    3. Yang memberi lebih berberkat dari yang menerima! Kesaksian kasih anugerah dalam keluarganya.
      •  Tepung dan minyak tidak mengurang, sehingga hari Tuhan menurunkan hujan (17: 14, 16).
      •  Anaknya dibangkit dari mati (kerana Elia berada dalam rumah itu) (17: 17-24).

◎ Ibrani 13: 1-3 Jangan kamu lupa memberi tumpangan kepada orang.

◎ Markus 14: 6-7 Jangan lupakan Tuhan berada di antara kita (harus).

  • Janda Miskin Yang Beriman Dan Bersandar Kepada Tuhan (Memohon) (2 Raja-raja 4:1-7).
    • Suaminya meninggal dunia, penagih hutang datang meminta hutang (4: 1).
    • Jalan buntu, memohon kepada Elisa (melambangkan Tuhan Yesus) (4:1).

Dalam kemiskinan, masih dapat melihat bahawa Tuhan telah menyediakan anugerah-Nya dalam keluarga (masih adanya sebuah buli-buli berisi minyak) (4: 2).

Walaupun hanya “sebuah buli-buli berisi minyak”, jika dapat melihat, maka adanya berkat. Banyak orang yang berada dalam keadaan sedemikian, hanya melihat pada “kekosongan”, kosong tanpa apa-apa, maka tidak dapat melihat yang “ada”. Tetapi kebanyakan masa, berkat bermula dari sebuah buli-buli berisi minyak.

    • Iman (rendah hati) taat kepada petunjuk, maka mendatangkan berkat dalam keluarga (4: 3-6).
    • Tidak lupa untuk menaati selepas diberkati, memohon supaya Tuhan memimpin langkah demi langkah (4:7).

 

Kesimpulan:

Kita seharusnya percaya dan taat kepada Tuhan (Markus 11: 22, 24);  percaya dan akan melihat kemuliaan Tuhan (Yohanes 11: 40).

Teguhkan hati bersandar kepada Tuhan dan akan berhidup aman tenteram (Yesaya 26: 3-4).

 

Orang-orang Majus Dari Timur Yang Mencari Kristus
|

Orang-orang Majus Dari Timur Yang Mencari Kristus

Ayat Alkitab: Matius 2: 1-12

Pendahuluan: “ Orang-orang majus”: adalah ahli nujum/astrologi pada Zaman Medo-Parsi (Kerajaan Babilonia/Babel pada zaman dahulu). Mereka mempunyai pengetahuan yang luas, adalah penasihat bagi raja. Disebabkan pengaruh iman kepercayaan Daniel yang saleh terhadap kerajaan ini pada zaman dahulu, orang-orang majus juga mula menerima Alkitab Suci, dan amat fasih tentang alkitab, dan menyedari , memohon serta mengharapkan kedatangan Mesias.

“Timur”: bermaksud Babel/Babilonia, yang berjarak 1,000 batu (1,610 km) dari Yerusalem; berjarak 1,620 km dari Betlehem yang terletak di arah selatan dari Yerusalem. “Orang-orang majus dari Timur” demi mencari Kristus, mereka tidak takut akan segala halangan, melalui perjalanan panjang yang memakan tempoh masa beberapa bulan, melintasi gunung, dan padang gurun yang luas, dan akhirnya sampai di Betlehem untuk menyembah kepada Tuhan Yesus Kristus (Bayi yang kudus).

Semangat-semangat mereka menyembah kepada Tuhan dengan hati yang sepenuhnya, memang patut kita contohi!

  • Percaya kepada wahyu dengan mendalam, berharap dengan sepenuh hati (2:2).
    1.  Orang-orang majus percaya kepada wahyu dengan mendalam, barulah mereka dapat berharap dengan sepenuh hati (Bilangan 24:17; Mikha 5:2).
    2. Berharap dengan sepenuh hati barulah mereka dapat memperhatikan segala sesuatu dengan berjaga-jaga.
    3. Berjaga-jaga dan memberi perhatian, barulah mereka dapat menjumpai bintang Tuhan (Matius 2:2).

 ◎Kita harus percaya terhadap wahyu bahawa kedatangan kali kedua Tuhan dengan mendalam (Kisah Para Rasul 1: 11; Yudas 14; 2 Petrus 1: 19-20).

◎ Seharusnya kita berjaga-jaga dan memperhatikan tanda-tanda kedatangan Tuhan Kali Kedua (Matius 24:42, 3-14, 29-31).

◎Kita harus berjaga-jaga dan membuat persediaan untuk mengalu-alukan kedatangan Tuhan Kali Kedua (Matius 25:13; Lukas 12: 54-56).

  • Rasa haus untuk berjumpa dengan Tuhan dan mengejar hal ini dengan seluruh kekuatan (2:1).
    1. Melalui perjalanan yang memakan tempoh masa beberapa bulan, mereka menghadapi pelbagai kesukaran, hanya harapanlah yang membolehkan mereka bersabar sampai akhirnya.
    2. Perjalanan yang berjarak beribu-ribu batu, tetapi iman mereka mendekatkan jarak.

 ◎ Seharusnya mengatasi segala halangan dengan iman, dan mendekatkan jarak dengan Tuhan (gereja), mendekati dengan semangat yang menyala-nyala: berkebaktian, berdoa, membaca ayat Alkitab, memberi persembahan (Yesaya 55:6; Yakobus 4:8; Ibrani 10: 25).

 ◎ Mengejar dengan segenap kekuatan, berjerih payah, bersabar melaksanakan kehendak Tuhan, akhirnya pasti dapat berjumpa dengan Tuhan (Hosea 6:3; Lukas 11: 9-10; Ibrani 10: 35-37).

  • Mengikuti pimpinan bintang, tidak berjalan di atas jalan sendiri (2:9-10).
    1. Tanpa pimpinan bintang, perjalanan seakan-akan tanpa arah, maka tidak dapat sampai ke Kristus.
    2. Sekiranya tidak mengikuti bintang, walaupun wujudnya bintang, dan berjalan di atas jalan diri sendiri; meninggalkan anugerah yang kudus, bagaimanakah dapat mengenali Kristus! (Dan begitu malang, segala jerih payah  akan menjadi sia-sia.)
    3. Iman, rendah hati, berjalan mengikuti bintang tersebut sehingga sampai ke destinasi dan dapat berjumpa dengan Kristus dengan bersukacita.

◎ “Bintang” itu melambangkan Roh Kudus (Wahyu 22: 16; 2 Korintus 3:17).

◎ Orang-orang majus mengikuti pimpinan bintang tersebut dan akhirnya menghadap Tuhan; kita haruslah taat kepada pimpinan Roh Kudus baru dapat datang di hadirat Tuhan (Efesus 2:18; Roma 8:14).

 

  • Pengetahuan yang luas dan kedudukan yang tinggi, tetapi rendah hati (2:1).
    1. Tidak menafikan Kristus kerana pengetahuan diri sendiri, sebaliknya lebih beriman untuk mencari Kristus。
    2. Tidak memandang rendah terhadap Kristus kerana pengetahuan diri sendiri, tetapi lebih merendahkan diri untuk menyembah Kristus.

(Boleh diperlihatkan bahawa orang-orang majus mempunyai sikap yang sepatutnya terhadap Kristus – rendah hati)

◎ Matius 5: 3 “Berbahagialah orang yang miskin di hadapan Tuhan…”

◎ 1 Petrus 5: 5-6 “Tuhan menentang orang yang congkak, tetapi mengasihi orang yang rendah hati…”

◎ Yesaya 57: 15 “Tuhan bersemayam bersama-sama orang yang remuk dan rendah hati”

  • Taati kehendak Tuhan, tidak takut akan kuasa dan pengaruh (2:7-8, 12).
    1. Perintah Raja Herodes: “…khabarkanlah kepadaku…”.
    2. Penunjuk Tuhan : “jangan kembali kepada Herodes”.
    3. Apabila kuasa dan pengaruh dunia bertentangan dengan kehendak Tuhan, haruslah kira beriman teguh, tidak takut akan kuasa serta pengaruh dan hanya mendengar perintah Tuhan.

 ◎ Apabila apa yang orang lain mahu kita mematuhi adalah bertentangan dengan: kemulian Tuhan, Injil Kebenaran, kebajikan gereja; mendengar kepada Tuhan dan tidak mendengar kepada manusia adalah yang patut.

Ini disebabkan kepercayaan kita, dan yang kita beribadah itu bukan kepada manusia tetapi Tuhan yang sejati (Kisah Para Rasul 4: 19-20; 5:29; Galatia 1:10).

  • Mengenali Kristus dengan betul dan beribadah dengan sepenuh hati (2:11).
    1. Walaupun muda, seharusnya beribadah juga, kerana kita mengenali-Nya sebagai Kristus.
    2. Walaupun di sisi kita terdapat ibu bapa, tetapi tidak berani untuk bersujud kepada mereka, kerana sedar bahawa mereka ialah manusia.
    3. Mengenali Tuhan dengan jelas, beribadah hanya kepadaNya, maka kepercayaan menjadi yang asli.

◎ Kita seharusnya mengenali Tuhan tanpa memandang rupa, beribadah dan melayani hanya kepadaNya (Matius 4:10; Filipi 3:8-9).

    • Tidak menganggap “palungan”  sebagai kecil dan hina. Hanya mahukan Yesus (2 Korintus 3:17; Yohanes 14:6, 5:39), maka bertekad dimiliki Tuhan.
    • Tidak menyembah kepada sesiapapun, “Hanya memandang Yesus”, menuruti-Nya dengan sepenuh hati, melayani-Nya (Likas 9: 35-36; Matius 17: 8; Ulangan 13:4).

 

▲ Manusia adalah yang dicipta, tidak kira betapa tinggi kedudukannya, betapa luas pengetahuannya, betapa besar kasih karunianya, betapa mendalam hubungan dengan anda, semua ini tidak terbanding dengan Tuhan Yesus.

Pada masa yang sama, kita hanya boleh menghormati mereka, mendengar mereka dengan berprinsip dan berbatasan. Tidak boleh mengalihkan semangat beribadah ke atas mereka sekali-kalipun dan menjadikan iman kepercayaan terserong.

 

  • Mempersembahkan hadiah, tidak berasa  salah apabila menghadap Tuhan (2:11).
    • Berharap dengan berjaga-jaga, mata hati terang, memahami apa yang diperlukan Tuhan (persediaan yang sempurna).
      1.  “Emas” adalah persediaan sebagai wang perjalanan untuk Tuhan ke Mesir.
      2.  “Kemenyan, mur” adalah persediaan rempah–rempah yang digunakan untuk dibubuh ke atas tubuh Tuhan ketika mati (Yohanes 19:39).
      3. Apa yang ditakuti mereka adalah tidak berpeluang untuk membuat persembahan ketika itu.

 (Kemenyan: adalah yang ditapis oleh sejenis pokok yang berminyak harum, apabila dinyalakan akan mengeluarkan sejenis bau yang seperti haruman Bunga Balsamine)

    • Mempersembahkan hadiah, tidak berasa salah ketika menghadap Tuhan, menunjukkan kasih terhadap Tuhan yang benar (Ulangan 16: 16-17).
      • Orang Timur dari zaman dahulu: perbuatan mempersembahkan hadiah melambangkan ketaatan.

 

▲ Apa yang harus kita sediakan ketika berjumpa dengan Tuhan?

    • Iman yang jauh lebih tinggi nilainya dari emas yang fana (1 Petrus 1: 6-7).
    • Kasih yang lebih harum dari kemenyan (Matius 25: 31-46).
    • Dipenuhi roh kudus (Matius 25: 1-13).
    • Buah hasil dari pekerjaan suci (Matius 25: 14-30).
    • Persembahan yang giat demi Tuhan (Markus 12: 41-44, 14: 3-9).

 

  • Beribadah kepada Tuhan dan memahami kebenaran, tidak berjalan di atas jalan yang lama (2: 12, 8).
    1. Berjalan di atas “jalan lama” adalah berjumpa dengan Raja Herodes (Berjumpa dengan Iblis), beribadah kepada Tuhan dengan sia-sia.
    2. Berjalan di atas “jalan lama” adalah menyerahkan Yesus (mencemari nama Tuhan), tidak dapat luput dari hukuman dosa. (kerana Raja Herodes manu membunuh Yesus).

◎ Selepas bertaubat dalam kebenaran tidak boleh berjalan menoleh kembali: Tidak berjalan di atas perjalanan kepercayaan dan kelakuan yang lama, supaya tidak memberikan kesempatan kepada syaitan untuk mencemarkan nama Tuhan (Efesus 4: 17-19, 25-32).

 ◎ Seharusnya berlari di atas jalan yang kudus, berubah hati pemikiran, mengenakan manusia baru, dan memuliakan Tuhan yang sejati atas tubuh kita ( Ibrani 12:1; Roma 12:1-2: Efesus 4: 20-24; 1 Korintus 6: 11, 20).

 

Kesimpulan:

Orang-orang majus dari Timur, adalah bayangan kepercayaan umat Kristian yang sejati. Kita seharusnya menuruti kehendak Tuhan dan mencontohi mereka, menjadi seorang umat Kristian yang dapat berhadap di hadirat Tuhan tanpa rasa bersalah. Halelujah, Amen!

 

Iman Bartimeus
|

Iman Bartimeus

Ayat Alkitab: (Markus 10: 46-52)

  • Mengenali Tuhan Juruselamat Tanpa Memandang Rupa (10: 47).
    1. Banyak orang mengenali Kristus hanya berdasarkan rupa – Yesus, orang Nazaret, maka memandang rendah terhadap-Nya, dan tidak percaya kepada-Nya. (Yohanes 1: 45-46; 2 Korintus 5: 16; Markus 6: 1-6)
    2. Tetapi dia mengenali Tuhan sebagai “Anak Daud” – Raja yang mulia.

▲Berlakulah ramah terhadap Dia, supaya engkau tenteram; dengan demikian engkau memperoleh keuntungan.(Ayub 22: 21)

▲ Kita seharusnya mengenali Dia sebagai Penguasa langit dan bumi, Tuhan Keselamatan bagi seluruh umat manusia.

  • Bersandar Dengan Sepenuh Hati, Tekun Memohon (10: 47 kalimat kedua).
    1. Selepas mengenali Tuhan, bersandar kepada-Nya dengan sepenuh hati.
    2. Memohon dengan bersungguh-sungguh, mengharapkan kasih karunia dari Tuhan.
    • Sikap biasa orang memohon:
      • Secara penukaran : memohon dengan bernazar;
      • Secara memerintah : memohon mengenapi hal yang ditetapkan pada waktu ditetapkan;
      • Secara mengira hutang : memohon dengan bersungut-sungut.

* Apakah tidak disedari bahawa cara dan sikap pemohonan demikian tidak munasabah, bagaimanakah permohonan demikian akan berkenan kepadaTuhan?

    • Permohonan Bartimeus adalah “Kasihanilah aku!”.

Dia merendahkan diri sendiri: merasakan bahawa dirinya tidak mempunyai syarat yang sepadan untuk memohon kepada Tuhan, maka dia hanya boleh memohon Tuhan untuk mngasihani dia. Permohonannya begitu tekun dan rendah hati, maka tergeraklah hati Tuhan yang mengasih.

▲Ia mengabulkan doa kita, jikalau kita meminta sesuatu kepada-Nya menurut kehendak-Nya. (1 Yohanes 5: 14-15)

 

  • Iman Yang Kuat Memenangi Halangan (10: 48)
    1. Imannya ialah: Hanya melihat Yesus tanpa melihat keadaan sekitar. (Iman tidak dijejaskan keadaan sekitar).
    2. Imannya ialah: Semakin dihalang semakin teguh. ( Iman tidak dapat dikawal oleh manusia, menggunakan iman yang tanpa ketakutan untuk mengatasi orang ramai.)

◎ Ada masanya kita dianiayai orang yang belum percaya (orang bukan seiman) kerana iman kepercayaan, ini boleh dijelaskan. “Apa yang mereka lalukan, mereka tidak tahu”. Sekiranya kita disalah faham, dipandang rendah, ditindas, dihalang oleh seiman dalam gereja, perasaan itu akan menjadi lebih teruk. Tetapi kerana iman, dia tidak mengambil penting terhadap semua itu.

◎ Ada kala kita ditegur oleh seorang, kita mungkin masih dapat berteguh dalam iman; tetapi jikalau ditegur oleh orang ramai, banyak masa, iman kita akan bergoyah. Disebabkan dia tahu dan mengenali dengan sesungguhnya, bahawa siapa dirinya percaya, “semakin keras ia berseru”, dengan iman yang tanpa ketakutan mengatasi orang ramai, dan menperoleh perjanjian Tuhan – “Panggillah dia” (10: 49).

(Sebaik sahaja Tuhan berjanji, keadaan sekitar berubah dengan serta merta, penghalang menjadi orang yang memberi bantuan 10: 48-49).

         ▲ Kamu mempunyai iman sebesar biji sesawi saja (Matius 17: 20).

  • Membuangkan Beban, Bersandar Dengan Iman (10: 50)
    1. Menanggalkan “Jubah”: melambangkan perbuatan membuangkan kebiasaan yang lama.
    2. Menanggalkan “Jubah” (beban): melambangkan melepaskan segala kekuatiran dan menyerahkan segala sesuatu dengan sepenuh hati, tanpa kebimbangan.
    3. Hanya dengan meninggalkan segala sesuatu, menyerahkan segala sesuatu dengan iman, percaya kepada Tuhan, barulah memperoleh sukacita yang sejati.

▲ …Menangalkan semua beban…(Ibrani 12: 1)

▲ Serahkanlah segala kekuatiranmu kepada-Nya, sebab Ia yang memelihara kamu. (1 Petrus 5:7)

 

  • Mengusahakan Supaya Dapat Melihat Semula, Tidak Mencari Kebendaan (10: 51)
    1. Mata yang buta telah menjadikannya seorang pengemis, hidupnya dalam kehinaan.
    2. Mendapat kebendaan duniawi tidak dapat mengubah identitinya.
    3. Mata yang buta dapat melihat semula, barulah hidupnya mempunyai satu perubahan yang amat besar:
    • Perubahan identiti (Tidak lagi menjadi pengemis)
    • Perubahan tubuh badan (Tidak lagi cacat)
    • Terang pada seluruh tubuh (Tidak lagi ada kegelapan)

◎ Sejak itu masuk dalam kehidupan yang terang, kehidupan impian, kehidupan yang penuh dengan pengharapan!

▲Mata adalah pelita tubuh. Jika matamu baik, teranglah seluruh tubuhmu. Jika matamu jahat, gelaplah seluruh tubuhmu. (Matius 6: 22-23)

▲Meminta kepada Tuhan supaya memberikan kepadamu Roh hikmat dan wahyu untuk mengenal Dia dengan benar. (Efesus 1: 17-18)

 

  • Mengikuti Yesus dengan Penuh Kesyukuran (10:52)
    1. Mengalami kasih anugerah Tuhan, hati lebih teguh
    2. Mengikuti Tuhan Juruselamat, berada di merata tempat:
      • Mengikuti cara kelakuan Tuhan , mengikuti  jejak langkah Tuhan.
      • Berjalan bersama dengan Tuhan, melaksanakan amanat (Menyebarkan Injil Kebenaran).
      • Memakai orang baru, bersaksi untuk Kristus.

 ▲ Jangan mensia-sia kasih karunia Tuhan, yang telah kamu terima… (2 Korintus 6: 1-2).

▲ Mengucap syukur dan beribadah kepada Tuhan menurut cara yang berkenan kepada-Nya, dengan hormat dan takut (Ibrani 12: 28).

Kesimpulan:

Kita seharusnya mencontohi iman Bartimeus, yang berkenan kepada Tuhan.

 

Naomi dan Rut
|

Naomi dan Rut

Ayat Alkitab: (Rut fasal 1-4).

 

Pendahuluan:

Hubungan antara ibu mertua dan menantu, ialah suatu hal yang merumitkan dalam keluarga kini; ia adalah masalah terbesar yang menghalang kewujudan keharmonian dalam keluarga.

Kesaksian indah yang ada pada Naomi dan Rut merupakan satu contoh bagi keluarga umat Kristian, yang patut dicontohi oleh ibu mertua dan menantu yang beragama Kristian.

 

Latar Belakang:

Naomi merupakan watak pada Zaman Hakim-hakim, isteri bagi Elimelekh, orang Betlehem. Maksud bagi nama “Naomi” ialah “manis” . Disebabkan kelaparan, seluruh keluarga, empat orang berpindah ke Tanah Moab, dan anak lelaki mereka memperisterikan kedua-dua menantu dari Tanah Moab, seorang bernama Orpa, yang seorang lagi bernama Rut. Nama Orpa membawa maksud “leher yang tegar”, manakala maksud bagi nama Rut ialah “ramah, kawan”. Selepas sepuluh tahun kemudian, ketiga-tiga orang lelaki dalam keluarga meninggal dunia, kemanisan menjadi pahit.

Kemudian dengarnya khabar bahawa kasih karunia Tuhan telah melimpah ke Tanah Betlehem, maka berkemaslah Naomi dan kedua-dua menantunya pulang ke kampung halaman, permulaan bagi pahit menjadi manis: berlakunya satu peristiwa menyatakan kasih antara ibu mertua dan menantu-menantunya.

 

  • Sifat-sifat baik Naomi:

▲ Kedua-dua menantunya mempunyai kelakuan yang baik, ini telah menjadi saksi bagi sifat-sifat baiknya, di mana dia telah menjadikan diri sendiri sebagai contoh dalam perihal memimpin menantu-menantunya.

    • Senyuman yang manis ( Hati yang selalu rasa puas dan bersukacita).

▲ Kemungkinan besar dia dinamai Naomi disebabkan keistimewaannya yang mempunyai senyuman yang manis. Senyumannya membolehkan menantu-menantunya merasakan kemanisan dan kehangatan, ini adalah kunci penting mengekalkan keharmonian.

▲ Sekiranya ibu mertua sering bermuka serius, bermasam air muka, maka akan menyebabkan menantu-menantunya berasa bimbang selalu, maka suasana sekeluarga akan menjadi sejuk seram, bagaimanakah keadaan ini boleh dikaitkan dengan kesukacitaan?

    • Tidak bersuara

▲ Suami dan dua anak lelakinya telah mati, tetapi dia tidak bersungut-sungut terhadap Tuhan ataupun mempersalahkan sesiapapun, sikap dia yang memahami keadaan lebih baik daripada Yehuda. (Kejadian 38:11)

▲ Saling bersungut-sungut merupakan batu api bagi pertengkaran dalam keluarga.

    • Melayani menantu seperti anak kandung sendiri: “anak-anakku” (Rut 1: 11-13).

▲ Hatinya yang penuh dengan kasih sedemikian menyebabkan menantu-menantunya merasakan kemesraan. Tidak pernah memandang atau melayani menantu-menantunya dengan cara yang tidak baik, adalah syarat pertama dalam menggerakkan menantu-menantu melakukan ketaatan. Pada hakikatnya, anak lelaki, menantu-menantu, adalah anak sendiri.

    • Tidak mengasihi/mementingkan diri sendiri:

▲Ketika waktu tuanya, dia amat memerlukan menantunya berada di sisi untuk menjaganya. Sebaliknya, dia meminta menantu-menantu untuk meninggalkan dirinya, dan mencari kebahagian untuk diri mereka. Dia tidak sanggup membebankan menantu-menantunya dengan kesakitan diri sendiri.

▲ “Kasih ialah tidak mencari keuntungan bagi diri sendiri” (1 Korintus 13:5).

    • Dia tidak lupa memikir akan hal yang baik untuk menantunya. (Rut 3: 1) mencari tempat perlindungan.

▲ Kasih ialah hanya mencari keuntungan bagi orang lain

    • Mendidik dengan sabar (Rut 2 : 22; 3: 18).

▲ Menantu yang muda tidak mempunyai pengalaman, apa yang diketahui adalah cetek, maka sebagai ibu mertua seharusnya mendidik dengan sabar (Titus 2: 2-5).

    • Memikul tanggungjawab sebagai ibu pengasuh (Rut 4: 16).

▲ Kerana kasih, dia menganggap tugas pengasuhan cucunya sebagai suatu penghiburan bagi dirinya; bukannya sebagai tugas pengasuhan anak bagi Rut. Walaupun orang lain mengatakan bahawa Naomi telah mendapat anak, tetapi dalam silsilah keluarga Daud, nama Naomi tidak tercatat, tetapi dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ibu yang mengasuh. Akhirnya, dia mendapat kesudahan yang manis dan meninggal dunia dalam keadaan yang aman tenteram.

  • Sifat-sifat baik Rut ( Ramah, kawan)

▲ Rut ialah menantu bagi anak lelaki kedua Naomi. Dari berkat yang diterimanya pada akhirnya, kita dapat menyaksikan sifat ketaatannya lebih besar dari kasih Naomi.

    • Mempunyai hati yang berbelas kasihan, boleh bertimbang rasa serta memahami keperluaan mertuanya, mengorbankan diri untuk melayan. (Rut 1: 15-18)

▲ Dia melihat keadaan pahit serta masa depan bagi mertuanya dan rela mengorbankan masa kemudaannya, bersama-sama melalui waktu kepahitan, waktu kematian.

    • Menghormati ibu mertua, sehingga hal yang patut dilakukannya, juga dia meminta kebenaran dari ibu mertuanya ( Rut 2: 2 kalimat per tama).

▲ “Taatilah orang tuamu di dalam Tuhan” (Efesus 6: 1-3; Kolose 3: 20).

    • Tidak mementingkan air muka, memikul tanggungjawab menyara ibu mertuanya. (Rut 2: 2-7) Turun ke padang memungut bulir-bulir jelai. (Imamat 19: 9-10, Hukum Taurat menetapkan, sisa-sisa jelai harus ditinggalkan bagi orang miskin).

          ▲ Pada hakikatnya, Rut telah mengambil identiti sebagai peminta sedekah.

▲ Dia tidak beranggap bahawa janda cuma mempunyai tanggungjawab menyara diri sendiri tetapi tidak mempunyi tanggungjawab untuk menyara ibu bapa.

    • Tidak lupakan ibu mertuanya apabila mendapat keuntungan (Rut 2: 14-18).

▲ Anak-anak seharusnya memikul kepahitan bersama-sama dengan ibu bapa, dan bertimbang rasa untuk ibu bapa! Kini adalah zaman yang kehilangan ketaatan: keperluaan ibu bapa yang tua sering diabai oleh anak-anak.

    • Rendahkan diri dan selalu mempunyai hati yang tahu bersyukur (Rut 2: 10, 13).

▲ Menantu-menantu tidak seharusnya mempunyai permintaan yang terlampau terhadap ibu mertua. Jika mendapat layanan baik dari ibu mertua, seharusnya selalu mempunyai hati yang tahu mengenang budi dan membalas budi.

Haruslah meluahkan kata-kata terima kasih yang manis, berasal dari hati yang jujur kepada ibu mertua.

    • Selalu bersama-sama dengan ibu mertua (Rut 2: 23).

▲ Jika hubungan ibu mertua dan menantu-menantu berjauhan, salah faham dan syak wasangka akan mudah timbul. Seharusnya menggunakan masa lapang untuk bersama-sama dan berkomunikasi dengan ibu mertua, maka hati akan berdekatan dan adanya kesatuan hati.

    • Taat, jujur dan tidak menyimpan rahsia terhadap ibu mertua. (Rut 3: 16-18).

 ▲ Tuhan berfirman: Sebab tidak ada sesuatu yang tersembunyi yang tidak akan dinyatakan (Lukas 8: 17); Alkitab meminta kita “berkatalah benar seorang kepada yang lain” (Efesus 4: 25). Apakah lag-lagi, menyimpan rahsia terhadap ibu mertua diri.

  • Kesudahan Rut
    1. Dipuji oleh perempuan-perempuan “ lebih berharga bagimu dari tujuh anak lelaki (Rut 4: 14-15).
    2. Dipuji dan diberkati oleh Boas (Rut 2: 8-9, 11-12; 3; 10).
    3. Diberkati oleh para tua-tua (Rut 4: 11-12).
    4. Diperisteri oleh hartawan (Rut 4: 13).
    5. Tuhan sejati mengaruniai dia keturunan yang diberkati (Rut 4: 13).

Muncul raja dari keturunan ketiganya, dan dirinya menjadi nenek moyang bagi Raja Daud, namaya tercatat dalam silsilah keluarga Kristus ( Silsilah Raja) (Matius 1: 5).

▲ Mengikut kata orang, ladang di mana Rut pernah memungut bulir-bulir jelai, dikenangi oleh Tuhan, dan menjadi tempat di mana malaikat Tuhan memberitakan berita tentang kelahiran Tuhan Keselamatan kepada pengembala-pengembala domba. Tapak perkahwinan Rut dan Boas, selepas 1100 tahun kemudian, menjadi tempat lahir Tuhan Keselamatan. Tuhan tidak melupakan orang yang melakukan kebenaran!

 

Kesimpulan:

Bacaan Ayat Alkitab: (Amsal 17: 1; 14: 1; 15: 17.)

“Jangan menipu diri sendiri…… Kerana apa yang ditabur  orang, itu juga yang akan dituainya”. “Janganlah kita jemu-jemu berbuat baik, kerana apabila sudah datang waktunya, kita akan menuai, jika kita tidak menjadi lemah” . (Galatia 6: 7, 9)

Tuhan berfirman: “Dan sebagaimana kamu kehendaki supaya orang perbuat kepadamu, perbuatlah juga demikian kepada mereka.” (Lukas 6: 31).

 

Tidak Dicemarkan oleh Duniawi
|

Tidak Dicemarkan oleh Duniawi

  • Persahabatan dengan dunia adalah permusuhan dengan Tuhan (Yak 4:4).
    1. Budaya jahat dunia adalah milik iblis (Ef 2:1-3).
    2. Haruslah mengelakkan daripada pantang larang duniawi yang jahat, kerana Tuhan adalah Tuhan yang cemburu (Ul 4:24).

 

  • Bagaimanakah memelihara.
    1. Jangan berbuat seperti mereka (Im 18:1-3).
    2. Jangan bertutur seperti mereka (Ef 5:3-4; Rm 3:13-14).
    3. Menjadi teladan dalam segala hal (Mat 5:16; 1Ptr 2:12).
  •  Pengajaran.
    1. Daniel memelihara kekudusan dalam segala hal, mendapat kasih besar Tuhan (Dan 1:8-20).
    2. Orang Israel mengikut duniawi memurkakan Tuhan, 24000 orang telah mati (Bil 25:1-9).