Membezakan Samuel Yang Benar dan Palsu
|

Membezakan Samuel Yang Benar dan Palsu

Ayat Alkitab: (1 Samuel 28: 3-19)

Pendahuluan:

Disebabkan Raja Saul membelakangi perintah Tuhan Sejati, besar diri dan tidak bertaubat, serta taat kepada roh jahat yang bekerja dalam orang yang murtad/durhaka (1 Samuel 15; 16: 14; Efesus 2: 1-2), dan lebih keras mengejar Daud, orang pilihan yang berkenan kepada kehendak Tuhan. Apabila dia mengadapi musuh dari merata tempat dan sampai di jalan buntu, dia bukan sahaja tidak bertaubat, mengaku dosa kepada Tuhan, sebaliknya bertentangan dengan Tuhan – bertanya kepada pemangil arwah/roh peramal, maka “Samuel” yang telah meninggal muncul dalam process pemanggilan arwah oleh perempuan peramal roh tersebut. Adakah “Samuel” ini benar atau palsu?

Banyak orang berbahas tentang hal ini. Biarlah kita menbezakan dan mengenal dengan sandaran Roh Kudus.

 

  • Pandangan pada mulanya: Tiada kelemahan – Samuel palsu menyamar sebagai yang benar.

(1)   Ketika peramal roh itu melihat kemunculan Samuel, dia mula mengenali Saul (1 Samuel 28: 12).

(2)   Peramal roh melihat rupa bentuk “Samuel” sama dengan Samuel yang dikenali oleh Saul (1 Samuel 28: 14).

(3)    Kata-kata teguran “Samuel” terhadap Saul seakan-akan benar (1 Samuel 28:18).

(4)   Kelihatan, wahyunya terhadap kematian Saul dalam medan perang kali ini telah digenapi (1 Samuel 28:19).

  • Jika dilihat dengan teliti: Kelemahan terbongkar – Hakikat Samuel Palsu adalah begitu ketara sekali.

(1)   Tugas peramal roh adalah yang palsu:

      • Dari Iblis, bukan dari Tuhan yang sejati.
      • Adalah pekerjaan Iblis menyesatkan manusia (Yohanes 8:44).
      • Yang milik jahat bertentangan dengan yang benar dan Tuhan yang sejati; Samuel adalah yang kudus dan dimiliki Tuhan, apakah ia bersahabat dengan Iblis dan kejahatan?
      • Maka Tuhan yang sejati amat membencikan perbuatan-perbuatan bersahabat dengan Iblis/roh jahat, peramal roh (Imamat 19: 31; 20:6, 27; Ulangan 18: 11-12).

(2)   “Samuel” itu digelar sebagai sesuatu yang ilahi muncul dari dalam bumi (1 Samuel 28: 13).

      • Muncul dari dalam bumi adalah berasal dari bumi, roh yang milik Iblis (Ayub 1: 7; Yakobus 3: 15; Yesaya 29: 4).
      • Ketika perempuan peramal roh melihat  roh yang menyamar “Samuel” (tuhan palsu), serta-merta mengenali Saul (1 Samuel 28: 12), Ini disebabkan Saul telah melakukan dosa, ditinggal oleh Tuhan yang sejati (sudah milik Iblis), dan mempunyai roh jahat di tubuhnya (Tanda Syaitan), maka dia merupakan orang jahat yang dikenal oleh Iblis (1 Samuel 16: 14-15).
      • Ketika perempuan meramal roh melihat “Samuel”, lalu berteriak ia kepada Saul dengan suara yang nyaring, tetapi bukan kepada Samuel, kerana Saul yang berdiri di hadapannya itu ialah benar, menunjukkan “ Samuel” dalam matanya adalah yang palsu (1 Samuel 28: 12).
  • Kelemahan terbongkar dari perkataan yang dikatakan “Samuel”.
    • Dari perkataannya menunjukkan dirinya sama seperti milik Tuhan, tetapi bagaimana dirinya boleh dipanggil oleh peramal roh yang dicela Tuhan? (1 Samuel 28: 16)
    • Menunjukkan sebab-sebab Saul binasa (dosa), cuma mengatakan separuh sahaja, separuh yang lebih serius itu tidak pula diungkit, (iaitu: tidak bertanya kepada Tuhan malahan bertanya kepada perempuan peramal roh. 1 Tawarikh 10: 13-14), (1 Samuel 28: 18). Kerana Satan tidak akan mengatakan perbuatan diri adalah yang jahat.
    • Menunjukkan sebab-sebab Saul binasa. “Engkau…bersama-sama dengan aku” (1 Samuel 28: 19).

◎ Samuel ialah nabi Tuhan yang suci, bagaimana boleh bersama-sama dengan Saul yang melakukan kejahatan? Saul hanya boleh bersama-sama dengan Si Iblis, kerana Saul telah bersama-sama dengan Si Iblis sebelum kematiannya.

      • “Anak-anakmu sudah ada bersama-sama dengan aku” (1 Samuel 28: 19).

◎ “Anak-anakmu” yang ditunjuk bermaksud semua anaknya, pasti mati keesokan harinya.

◎ Pada hakikatya, hanya tiga orang anak lelakinya mati (1 Samuel 31: 6).

◎ Masih ada seorang anaknya yang bernama Isyboset tidak mati (2 Samuel 2: 8-10).

    • Tiada kepalsuan dalam kebenaran, sekiranya terdapat kepalsuan maka itu bukan kebenaran. Seakan-akan benar dan palsu, maka adalah kepalsuan pada keseluruhannya; Kepalsuan ialah sifat asal baginya, maka “yang benar” hanyalah penyamaran sementara.
      • Iblispun menyamar sebagai malaikat Terang, muka “Terang” ialah taktiknya untuk menyesat manusia, tujuannya ialah untuk menutupi kebenaran, juga sifat asalnya (2 Korintus 11: 13-15).
      • Syaitan juga pandai menggunakan (cara penjelasan yang serong) kebenaran alkitab untuk menguji manusia (Matius 4: 6-7).
      • Syaitan menggunakan peramal roh untuk memanggil “Samuel” yang palsu, matlamatnya adalah supaya manusia melakukan kejahatan dan perzinahan, sambil percaya kepada Tuhan yang sejati, sambil percaya kepada peramal roh; apabila doa hilang kesannya, tidak membuat refleksi pada perbuatan diri, tidak mengaku dosa , bertaubat dan kembali kepada Tuhan, sehingga hati menyebelahi kejahatan, menjauhi kebenaran dan masuk dalam kebinasaan.

Kesimpulan:

Alam roh pada Zaman Akhir adalah amat rumit, bukan setiap roh boleh dipercayai (1 Yohanes 4: 1-6), seharusnya kita menbezakan dengan serius; dan mengejar pertumbuhan rohani dengan sedaya upaya (Efesus 4: 13-14).

Harus mementingkan pembacaan ayat Alkitab, kehidupan berdoa, fasih tentang firman kebenaran yang benar dan adil, membangunkan kesedaran rohani yang tajam, pada waktu tepatnya membongkarkan muslihat Syaitan (Ibrani 5: 13-14; 1 Korintus 12: 10, 14: 29), melindungi dan memelihara gereja, serta kepercayaan asli diri sendiri.

Bunyi Kecapi Daud
|

Bunyi Kecapi Daud

Latar Belakang Daud 

  • Daud dilahirkan di Tanah Betlehem. (1 Samuel 16: 1)
    1. Ialah anak ke-lapan bagi Isai (Anak bongsu) (1 Samuel 16: 10-11; 17: 12-14).
    2. Mempunyai muka paras yang elok (1 Samuel 16: 12-13).
    3. Merupakan seorang  gembala budak yang taat (1 Samuel 16:11).
    4. Kemudiannnya diurapi sebagai Raja Israel (1 Tawarikh 17: 7-8).Naik takhta pada usia 30 tahun, sebagai raja selama 40 tahun (tujuh tahun di Hebron, tiga puluh tiga tahun di Yerusalem) (2 Samuel 5: 4), dikubur di tempat perkuburan nenek moyangnya pada usia tujuh puluh tahun.
    5. Daud ialah seorang berkenan kepada hati Tuhan (Kis 13: 22).
    6. Dia merupakan seorang raja yang takut akan Tuhan dan seorang pahlawan yang berkuasa (strategi ketenteraan) (1 Samuel 16: 18; 2 Samuel 17: 8-10).
    7. Dia digelar sebagai “Nabi” (Kisah Paral Rasul 2: 30) “Abdi Tuhan” (Nehemia 12: 24-36).
    8. Merupakan seorang pengarang mazmur yang terkenal (Lukas 20: 43). Dan mencipta alat musik (Amos 6:5), dan juga pandai memainkan kecapi, dalam seumur hidupnya, dia menghasilkan bunyi kecapi yang begitu indah sekali, memuliakan Tuhan sejati serta meninggalkan kesaksian serta jejak langkah yang indah.
  • Bunyi kecapi yang mengusir roh jahat (1 Samuel 16: 14-23).
    1. Latar Belakang dan peristiwa.
    2. Daud dipenuhi Roh Tuhan, menghasilkan bunyi kecapi yang berkuasa dan bersukacita (1 Samuel 16: 13).
    3. Saul yang diganggu roh jahat, telah menjadi sedar kembali, lega dan nyaman.
    4. Bunyi kecapi ini mempunyai suatu maksud rohani yang mendalam.
  • Bunyi kecapi yang lebih indah.

◎ Bunyi kecapi melambangkan nama baik, ini tidak boleh dihasilkan dengan kecapi, tetapi dengan rohani yang indah, maka dapatlah menghasilkan kesaksian yang merdu.

◎ Pada waktu dahulu, bunyi kecapi yang dimainkan Daud kepada Saul, walaupun tidak dapat kita dengar, tetapi kita tahu bahawa bunyi itu adalah dari alat musik.

◎ Tetapi hari ini kita dapat mendengar tentang kerohanian Daud yang begitu indah, ianya suatu bunyi kecapi yang merdu dan tidak akan hilang untuk selama-lamanya.

  • Bunyi Kecapi yang beriman.
    1. Daud bersandar kepada Tuhan dengan sepenuhnya, menjadikan Tuhan sebagai jaminan, dengan imannya indah.
    2. Dengan Imannya, dia memukul singa sampai mati, melindungi domba-domba bapanya (1 Samuel 17: 34 – 35).
    3. Dengan Imannya, dia memukul Orang Filistin yang bertubuh besar, melindungi umat Bapa di syurga (1 Samuel 17: 36-51).
    4. Daud telah memainkan bunyi kecapi iman, menggerakkan hati perempuan-perempuan dari segala kota Israel, menari-nari dan menyanyi (1 Samuel 18: 6-7).

◎ Haruslah percaya dan tunduk kepada Tuhan! Kuasa Iman adalah tidak terhad. (Markus 11: 22-24). Percaya dengan mendalam bahawa Tuhan menbantu diri kita (Ibrani 13: 6), tanpa beragu-ragu (Yakobus 1: 6-8).

  • Bunyi Kecapi yang berkasih.
    1. Daud – kebajikan dan kemurahan belaka mengikutinya seumur hidupnya (Mazmur 23:6). Kasih Tuhan mengikutinya.
    2. Dia mengasihi umat Israel dan para pahlawan.
      • Memohon kepada Tuhan supaya menghukumi dirinya tetapi melepaskan umat Israel (1 Tawarikh 21: 16-17).
      • Anak buah mengambil air untuknya tanpa mempedulikan nyawa diri, dia melihat air sebagai darah, tidak berani minum (2 Samuel 23: 13-17).
      • Kematian pahlawan dan anak yang murtad Absalom (2 Samuel 3: 31-39; 2 Samuel 1: 17-27).
    3. Dia juga mengasihi musuh-musuh yang ingin membunuhnya dalam kerajaan Israel.

◎ Dia menakuti Tuhan, maka melihat musuhnya sebagai orang yang diurapi oleh Tuhan.

◎ Bunyi kecapi kasih di Gua En-Gedi, Saul tergerak dan menangis (2 Samuel 24: 1-22).

◎  Di padang gurun Zif, Saul tergerak dan mengakui dosa (1 Samuel 26: 6-21).

◎  Bunyi ini lebih indah dari bunyi kecapi yang asal. Saul sekali lagi tergerak kerana bunyi kecapi yang begitu indah – menangis dan bertaubat.

▲ Matius 5: 43-48: Tentang mengasihi musuh-musuh akan menjadi anak bagi Bapa di syurga.

▲ Roma 12: 19-21: Jangan membalas kejahatan dengan kejahatan, tetapi dengan kebaikan memenangi kejahatan.

  • Bunyi Kecapi Persembahan (1 Tawarikh 29: 1-9).
    1. Daud takut akan Tuhan: “Aku ini diam dalam rumah dari kayu Aras, padahal tabut Tuhan diam di bawah tenda”, mengingati Bait Suci Tuhan, mengasihi Tuhan lebih mendalam (2 Samuel 7: 1-2; 1 Tawarikh 28: 2-6).
    2. Daud membina Bait Suci untuk Tuhan, membuat persembahan dengan segenap kemampuannya (1 Tawarikh 29: 2-5).
      • Emas Ofir : Tiga ribu Talenta x 90g =  27,000 = 135 ton
      • Perak Murni : Tujuh Ribu Talenta x 90g = 63,000 = 315 ton
    3. Mempersembahkan bunyi kecapi yang indah, membangkitkan sokongan segala bangsa (1 Tawarikh 29: 6-9).

▲Apabila Tuhan memerlukan:

◎ Abraham mempersembahkan anak tunggal yang dikasihinya.

◎ Daud mempersembahkan harta benda yang mencukupi untuk pembinaan Bait Suci.

◎ Pada hari ini, gereja Tuhan sejati memerlukan pembangunan: Apakah yang harus kita mempersembahkan? Bagaimanakah harus kita membuat persembahan?

▲ Tidak boleh melupakan perihal perbuatan melakukan kebajikan serta memberi persembahan. (Ibrani 13: 16)

Kesimpulan:

Terdapat banyak bunyi kecapi yang dihasilkan Daud dalam seumur hidupnya. Memang dia seorang pemain kecapi rohani yang tidak biasa, dapat meghasilkan musik kehidupan manusia yang begitu indah, menghasilkan kesaksian, melahirkan hati Tuhan yang berkenan kepadanya, menghasilkan kelegaan dalam hati manusia. Kita seharusnya mencontohinya.

Halelujah, Amen!

Amaran Tentang Tamak
| |

Amaran Tentang Tamak

Yosua 7 : Rangkap kedua

  •  Kebangkitan Murka Tuhan (Pasal 1 rangkap kedua).

Apabila seseorang menyinggung perasaan orang yang lain, maka orang itu akan menjadi marah dan lalu menyatakan kelemahannya. Begitu juga apabila kita menyinggung perasaan Tuhan, maka amarahNya juga akan bangkit terhadap kita. Semasa orang Israel berada di padang gurun, sudah beberpa kali amarah Tuhan telah dibangkitkan terhadap mereka.

a. Bersungut-sungut terhadap Tuhan, dan dengan perkataan yang jahat itu telah sampai kepada telinga Tuhan (Bil 11:1).

b. Jemu dan benci akan manna. Hati menimbulkan rasa tamak ingin memakan daging (Bil 11:4-10, 33-34 ; Mzm 78:8-10).

c. Pengintip yang mengintip tanah Kanaan telah membawa khabar buruk. Orang Israel menjadi sungut-sungut (Bil 14, 32:8-10).

d. Bercabul dengan perempuan-perempuan Moab di Sitim, memakan korban sembelihan mereka, dan sujud menyembah tuhan mereka (Bil 25:1-9; Mzm 106:28-29). Setelah memasuki tanah Kanaan, mereka telah melupakan dan menjauhi Tuhan lalu melayani tuhan orang Kanaan.  Amarah Tuhan dibangkitkan lagi lalu ke atas mereka (Ul 2:11-15; 3:7-8; 10:6-9). Alkitab menyatakan : “Siapakah yang tahan berdiri di hadapanMu pada saat Engkau murka?” (Mzm 76:8). Apabila murka Tuhan dibangkitkan, ia akan diikuti dengan pengajaran dan penghukuman. Justru itu Dia bersifat penyayang. Dia sedia mengampuni kesalahan mereka dan tidak akan memusnahkan mereka. Sering kali Ia menahan kemurkaanNya dan tidak membangkitkan keseluruh amarahNya (Mzm 78:38). Tuhan yang bersifat penyayang itu mengasihi umat pilihannya. Walaupun umat pilihannya mempunyai kesalahan, Tuhan tetap mengasihi mereka. Di dalam kitab Mazmur, Daud berkata, “Sebab sesaat saja Ia murka, tetapi seumur hidup Ia murah hati; sepanjang malam ada tangisan menjelang pagi terdengar sorak-sorai (Mzm 78:38). Kebenaran ini boleh didapati di dalam kitab Yosua 7 : 8.

  • Dosa ketamakan.

Tidak boleh tamak : Pengajaran ini telah termaktub dalam Kesepuluh Firman, oleh itu tidak boleh tamak. Akhan telah menyimpan barang-barang jarahan yang harus dimusnahkan, lalu mengakui bahawa dia sendiri telah tamak dan mengingininya (Yos 7:21). Yang diambil olehnya ialah jubah indah buatan Sinear. Sinear adalah nama asal Kota Babel. Kemungkinan jubah ini adalah disulam dari benang emas. Oleh sebab itu ia sangat indah dan bernilai. Nilainya dua ratus syikal perak (Menurut ukuran pada hari ini adalah sebanyak 2 kilogram perak), dan sebatang emas yang seberat 50 syikal  (Menurut ukuran pada hari ini adalah sebanyak setengah kilogram emas). Semua barangan ini hanya merupakan satu kekayaan yang kecil bagi Akhan. Justru itu barangan ini harus dipersembahkan kepada Tuhan sebagai yang suci di dalam perbendaharaan Tuhan (Yos 6:19). Perbuatan Akhan ini, dimana dia mengambil barang-barang Tuhan, adalah satu ketamakan yang merupakan dosa.

 a. Tamak adalah bebal (Luk 12:13-21).

Hidup manusia tidak tergantung apakah ia kaya atau miskin, panjang atau singkat umurnya, malahan keselamatan ke syurga tidak ada kaitan dengan wang kekayaan. Tamak akan kekayaan hanya mengakibatkan rasa gelisah dalam hidup (Luk 12 : 17-18 ; Pkh 5 : 12). Apatah lagi segala yang diperolehi itu tidak semestinya dijaminkan bahwa ia dapat menggunakannya (Luk 12 : 19-20). Walaupun ia boleh dinikmati dan digunakan, akhirnya sia-sia juga (Pkh 2 : 10-11).

 b. Tamak itu bermaksud tidak bersandar kepada Tuhan.

Tuhan telah berfirman dengan jaminan ini kepada umat pilihanNya, “ Dia sendiri akan menyertai engkau, Dia tidak akan membiarkan engkau dan Dia tidak akan meninggalkan engkau” ( Ul 31 : 8 ). Tuhan Yesus juga berfirman bahwa kita tidak usah kuatir akan pakaian dan makanan sendiri ( Luk 12 : 22-24 ). Sememangnya Tuhan kita tidak akan bertentangan dengan janjiNya. Oleh itu kita tidak harus tamak akan wang kekayaan, malahan berpuas hati dengan apa yang kita miliki ( Ibr 13 : 5-6 ).

 c. Tamak itu menyerupai menyembah patung berhala.

Tuhan Yesus berkata, “Tidak seorangpun dapat mengabdi kepada dua tuan. Kamu tidak dapat mengabdi kepada Tuhan dan kepada Mamon (Mat 6 : 24). Tamak akan wang kekayaan adalah mengabdi kepada Mamon. Mamon bermaksud faedah kekayaan. Oleh itu Paulus berkata, “Orang yang tamak tidak mendapat bagian di dalam kerajaan Kristus Tuhan kerana yang tamak itu sama seperti menyembah patung berhala” (Ef 5 : 5).

 d. Ketamakan menyebabkan orang meninggalkan firman.

Paulus berkata, “Tetapi mereka yang ingin kaya terjatuh ke dalam pencobaan, ke dalam jerat dan ke dalam berbagai-bagai nafsu yang hampa dan yang mencelakakan, menenggelamkan manusia ke dalam keruntuhan dan kebinasaan. Kerana akar segala kejahatan ialah cinta wang. Sebab oleh memburu wanglah beberapa orang telah menyimpang dari iman dan menyiksa dirinya dengan berbagai-bagai duka (I Tim 6 : 9-10). Nas Alkitab ini adalah satu gambaran yang sangat sesuai dengan hati dan kelakuan Akhan.

 e. Orang yang tamak pasti akan dihukum.

Akhan dilempari batu sampai mati oleh orang ramai. Gehazi dijangkiti kusta (II Raj 5). Yudas menggantungkan diri sampai mati, lalu kehilangan haknya sebagai seorang rasul (Kis 1 : 15-20). Kesemua orang ini adalah buktinya.

  • Peristiwa Akhan berbuat dosa (21).

Dosa Akhan haruslah menjadi satu renungan mendalam bagi kita. Ciri-ciri yang mengakibatkan dosa adalah seperti berikut :-

 a. ‘Saya nampak’ – Di antara barang jarahan itu ada satu jubah Sinear yang indah.

 b. ‘Aku mengingininya – kerana ingin memperolehi barang ini.

 c. ‘Ambil’ – Inilah tindakan dosa.

 d. ‘Sembunyi’ – Disembunyikan di khemah, di dalam tanah.

Menyangka bahawa apabila tidak ada orang nampak maka tidak ada orang yang tahu. Menyembunyikan dosa. Cuba renungkan bukankah permulaan dosa nenek moyang kita juga melalui cara yang sama? (Kej 3 : 6-8). Dosa Daud juga adalah demikian (II Sam 11).

Sejak dahulu kala hinggalah sekarang, setiap orang yang berdosa adalah juga disebabkan perbuatan ini. Oleh sebab inilah dosa telah berbuah menjadi kejahatan dengan cara beransur-ansur (Ef 4 : 22). Lalu terjerumus dengan lebih mendalam lagi. Daripada ‘saya lihat’ iaitu keinginan mata, kepada ‘mengingininya’ iaitu keinginan daging yang mengakibatkan manusia menempuh ke atas jalan kejahatan sehinggalah maut. Ini terbukti di dalam Alkitab; iaitu “Dan apabila keinginan itu telah dibuahi, ia melahirkan dosa; dan apabila dosa itu sudah matang, ia melahirkan maut” (Yak 1 : 15). Barangsiapa yang menyembunyikan pelanggarannya tidak akan beruntung (Ams 28 : 13). Dosa itu tidak boleh disembunyikan kerana apa yang tidak dilihat oleh manusia sudah pun dilihat oleh Tuhan. Ini juga dinyatakan oleh Tuhan Yesus bahwa “Tidak ada sesuatu pun yang tertutup yang tidak akan dibuka dan tidak ada sesuatupun yang tersenbumyi yang tidak akan diketahui” (Luk 12 : 2). Janganlah sesat! Tuhan tidak membiarkan diriNya dipermainkan. Kerana apa yang ditabur orang, itu yang akan dituainya (Gal 6 : 7).

  • Lembah Akhor (“Valley of Achor”).

Ia terletak di bahagian selatan Yehuda (Yos 15 : 7). Kemungkinan berada di (Wadi Qelt) dan jarakanya satu batu selatan dari kota Yerikho. Akhor membawa maksud Akibat. Di tempat inilah Akhan mati dilempari batu oleh orang ramai dan mereka mendirikan satu  timbunan batu yang besar di atasnya supaya timbunan ini akan merupakan satu peringatan kepada semua orang yang melihat akan akibat Akhan. Pengajaran kepada kita tentang timbunan batu ini merupakan satu akibat dosa yang sungguh menggerunkan.

 a. Dosa membangkitkan murka Tuhan terhadap manusia (1).

 b. Dosa menyebabkkan semua orang dikutuki (12).

 c. Dosa yang menyebabkan Tuhan tidak menyertai manusia (12).

 d. Satu orang berdosa mengakibatkan semua orang terbabit (4-5). Contohnya satu anggota tercedera maka seluruh tubuh juga menderita (Sila rujuk Yunus 1).

 e. Satu orang berdosa maka semua orang harus menguduskan diri (13). Apabila dosa ditebuskan maka semua orang akan bergembira dengan bersorak-sorai.

 f. Kesan Dosa itu adalah sentiasa berkembar, iaitu, memburukkan diri sendiri dan juga orang lain. Walaupun nama Lembah Akhor ini telah dicemari oleh dosa Akhan tetapi nabi juga bernubuat beberpa kali bahawa tempat ini akan Tuhan berkati sebagai satu tempat baring lembu dan domba serta ia merupakan tempat yang akan diperolehi oleh umat pilihan. Ia juga akan menjadi pintu pengharapan (Hos 2 : 15). Kerana Tuhan telah mengubah fikiranNya lalu surutlah amarah Tuhan (26).

  • Adakah seluruh keluarga Akhan juga dicelakai sehingga dihukum mati?

Menurut kenyataan Alkitab, boleh kita lihat keluarga Akhan juga dihukum mati turut bersama. Yosua mengemukakan dosa-dosa Akhan dan berkata, “Seperti engkau mencelakakan kami maka Tuhan pasti juga mencelakakan engkau pada hari ini”. Oleh itu orang –orang Israel pun melontarinya dengan batu dan menggumpulkan batu di atasnya serta membakar semua harta miliknya dengan api (25). Kemungkinan keluarga Akhan mengetahui hal ini tetapi tidak melaporkannya, oleh itu mereka juga dihukum mati kerana mereka hidup bersama di dalam satu khemah. Oleh itu mereka harus menerima akibat yang sama (Rujuk Ul 13 : 12-17). Tetapi ada juga orng yang merujuk Ulangan 24 : 16 yang berbunyi : “Janganlah ayah dihukum mati kerana anaknya, janganlah juga anak dihukum mati kerana ayahnya; setiap orang harus dihukum mati kerana dosanya sendiri.” Mereka menganggap bahawa hanya Akhan sahaja yang dihukum mati serta harta miliknya dan binatang ternakannya dibakar tetapi anak-anaknya tidak dihukum mati.

Pemberkatan Kasih
| |

Pemberkatan Kasih

Dengan kasih karunia, rahmat atau damai sejahtera sebagai satu salam berkat sejak masa dahulu sehingga sekarang, bukanlah sekadar kata-kata menjamu sahaja tetapi ia mengandungi maksud yang setia dan mendalam untuk kita renungkan dengan baik. Yang mendengar itu akan mendapat manfaat dari kata-kata berkat ini sekiranya dia merasai bahawa berkat itu bermakna. Apabila pemercaya zaman dahulu bersua muka atau mengutus surat kepada mereka sering saling bersalaman dengan berkat dan menanyakan khabar. Apabila Paulus menulis surat kepada Timotius, dia juga bersalam dengan berkat dan menanyakan khabar.  Dia kata : “Dari Paulus, rasul Kristus Yesus oleh kehendak Tuhan untuk memberitakan janji tentang hidup dalam Kristus Yesus, kepada Timotius, anakku yang kekasih : kasih karunia, rahmat dan damai sejahtera dari Tuhan Bapa dan Kristus Yesus, Tuhan kita, menyertai engkau.” (II Tim 1 : 1-2 ).

Ini adalah satu salam berkat yang penuh dengan kasih yang boleh mengharukan orang. Menurut kebiasaan, apabila orang Yunani bersua muka, mereka berkata, “Semoga engkau menerima kasih karunia”. Orang Roma pula seringkali berkata, “ Semoga kamu menerima rahmat Tuhan”. Orang Yahudi selalu berkata, “Semoga kamu menerima damai sejahtera”. Ternyata sekali di sini Paulus telah menggabungkan ketiga-tiga salaman ini dalam satu. Dia telah menggunakan ketiga-tiga corak salam ini untuk diterima semua orang.

KASIH KARUNIA

Tuhan adalah gembala kita. Daripada pemeliharaan kasih karuniaNya kita telah menerima segala yang kita perlu, dan menjauhkan kita dari kejahatan: “ TongkatNya telah menghiburkan kita, serta piala kita telah dipenuhiNya. Seumur hidupku kasih karuniaNya menghiburku”. Ini adalah kata-kata kesyukuran dari Daud kerana dia merasakan bahawa kehidupan di bawah kasih karunia Tuhan penuh dengan kebahagiaan dan rasa cukup (Mzm 23 : 1-6). Yang mencari Tuhan telah mencari hidup dan akan mendapat kasih karuniaNya (Ams 8 : 34-35).

Apabila Orang Israel bersungut-sungut terhadap Tuhan di padang gurun, mereka membangkitkan amarah Tuhan, lalu Tuhan berfirman kepada mereka, “ Di padang gurun ini bangkai-bangkaimu akan berlantaran, yakni semua orang di antara kamu yang dicatat, semua tanpa terkecuali yang berumur dua puluh tahun ke atas kerana kamu telah bersungut-sungut kepadaKu. Bahwasanya kamu tidak akan masuk ke negeri yang dengan mengangkat sumpah telah Kujanjikan akan Kuberi kamu diami, kecuali Kaleb bin Yefune dan Yosua bin Nun.” (Bil 14:29-30). Dari sini boleh diketahui bahawa barangsiapa yang bersungut-sungut terhadap Tuhan tidak akan menerima kasih karuniaNya. Hanyalah Kaleb dan Yosua yang mencari Tuhan dengan sepenuh hati dan tidak bersungut-sungut kepada Tuhan telah menerima kasih karuniaNya.

Setelah orang Israel masuk ke tanah Kanaan, Kaleb telah berumur lapan puluh lima tahun. Walaupun dia sudah tua, tetapi tetap masih kuat lagi. Dia berkata, “Pada waktu itu, Musa bersumpah, katanya : “Tanah yang diinjak oleh kakimu itu akan menjadi milik pusakamu dan anak-anakmu sampai selama-lamanya, sebab engkau tetap mengikuti Tuhanku dengan sepenuh hati. Jadi sekarang, sesungguhnya Tuhan telah memelihara hidupku, seperti yang dijanjikannya. Kini sudah empat puluh lima tahun lamanya, sejak diucapkan Tuhan firman itu kepada Musa dan selama itu orang Israel mengembala di padang gurun. Jadi sekarang telah berumur lapan puluh lima tahun aku hari ini, pada waktu ini aku masih sama kuat seperti pada waktu aku disuruh Musa; seperti kekuatanku pada waktu itu demikianlah kekuatanku sekarang untuk berperang dan untuk keluar masuk” (Yos 14:9-11). Setelah mendengar kata-kata Kaleb ini maka barangsiapa yang mengikuti Tuhan dengan sepenuh hati akan menerima kasih karunia yang besar, sama seperti Kaleb. Sebagai pengganti Musa, orang yang benar, Yosua pernah menasihatkan umat lalu berkata, : Oleh itu, takutlah akan Tuhan dan beribadahlah kepadaNya dengan tulus ikhlas dan setia. Jauhkanlah tuhan yang kepadanya nenek moyangmu telah beribadah di seberang sungai Efrat dan di Mesir dan beribadahlah kepada Tuhan. Tetapi jika kamu anggap tidak baik untuk beibadah kepada Tuhan, pilihlah pada hari ini kepada siapa kamu akan beribadah : tuhan yang kepadanya nenek moyangmu beribadah di seberang sungai Efrat atau tuhan orang Amori yang negerinya kamu diami ini. Tetapi aku dan seisi rumahku, kami akan beribadah kepada Tuhan (Yos 24:14-15). Yosua telah melayani Tuhan dengan setia dan taat, maka ia mempunyai kepimpinan melalui teladan untuk menasihati umat supaya melayani Tuhan dan menghapuskan tuhan palsu. Maka dia adalah orang yang menerima kasih karunia Tuhan.

Dahulu kala kita telah mati di bawah dosa, tetapi Bapa di Syurga yang pengasih telah mengutus Tuhan Yesus Kristus untuk menyelamatkan kita dari kuasa dunia yang gelap ini dan memindahkan kita ke dalam Kerajaan AnakNya yang dikasihi. Maka kita ditebus di bawah kasihNya, lalu pelanggaran kita diampuni (Kol 1:13-14). Kita diselamatkan berdasarkan kasih karunia yang menurut kehendak Tuhan yang telah ditetapkan. Maka melalui darah anakNya yang dikasihi, kita menerima gelaran juga sebagai anak. Di mana kita telah menjadi ahli waris untuk mewarisi harta pusaka yang suci. Ini juga merupakan kasih karunia Tuhan. Oleh itu, kita harus bediri teguh dan tetap berada di dalam kasih karuniaNya (Rm 11:22).

RAHMAT

Berbahagialah orang yang menerima rahmat. Kita memang sukar mengelakkan berbuat salah terhadap manusia dan juga Tuhan. Sekiranya sesuatu pihak akan menghukum kita dengan keras, siapakah yang dapat bertahan? Dan sekiranya pihak yang lain telah mencucuri rahmatnya dan mengampuni kita, bukankah itu menghiburkan? Peliharalah dirimu demikian dalam kasih Tuhan sambil menantikan rahmat Tuhan kita, Yesus Kristus untuk hidup yang kekal. Tunjukkanlah belas kasihan kepada mereka yang ragu-ragu, selamatkanlah mereka dengan jalan merampas mereka dari api. Tetapi tunjukkanlah belas kasihan yang disertai ketakutan kepada orang-orang lain juga dan bencilah pakaian mereka dicemarkan oleh keinginan-keinginan dosa (Yud 1:21-23). Kita telah sangat memahami bahawa sekiranya kita menerima belas kasihan dari orang lain, maka kita juga harus menunjukkan belas kasihan kepada orang lain. “Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri”, ini adalah rangkap yang kedua tentang pengajaran kasih akan Tuhan. Oleh rahmat dan belas kasihan dari Tuhan kita, dengan mana Ia akan melawat kita, Surya pagi dari tempat yang tinggi, untuk menyinari mereka yang diam dalam kegelapan dan dalam naungan maut untuk mengarahkan kaki kita kepada jalan damai sejahtera (Luk 1:78-79). Kerana dahulu kita juga hidup dalam kejahilan : tidak taat sesat, menjadi hamba berbagai-bagai nafsu dan keinginan, hidup dalam kejahatan dan kedengkian, keji, saling membenci. Tetapi ketika nyata kemurahan Tuhan, Juruselamat kita, dan kasihNya kepada manusia pada waktu itu Dia telah menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatan baik yang telah kita lakukan tetapi kerana rahmatNya oleh pembaharuan yang dikerjakan oleh Roh Kdus yang sudah dilimpahkannya kepada kita oleh Yesus Kristus, Juruslamat kita, supaya kita sebagai orang yang dibenarkan oleh kasih karuniaNya berhak menerima hidup yang kekal, sesuai dengan pengharapan kita (Tit 3:3-7). Yeus mengajar kita untuk mengampuni saudara kita sampai tujuh puluh kali tujuh. Janganlah mencontohi orang yang telah dicucuri rahmat dan telah dihapuskan hutangnya sebanyak sepuluh ribu talenta oleh rajanya tetapi tidak menunjukkan belas kasihan kepada kawannya yang berhutang seratus dinar kepadanya. Akhirnya tuannya menegur dia dengan berkata, “Hai hamba yang jahat! Seluruh hutangmu telah ku hapuskan kerana engkau memohonkannya kepadaku. Bukankah engkaupun harus mengasihani kawanmu seperti aku telah mengasihani  engkau?” Oleh itu haruslah kita mengampuni saudara kita dari dalam hati dengan menyatakan hati yang berbelas ksihan  (Mat 18:21-35). Sebab penghakiman yang tidak berbelas kasihan akan berlaku atas orang yang tidak berbelas kasihan (Yak 2:13). Oleh itu, pemberkatan yang disalamkan kepada orang lain dengan mengatakan, “Semoga kamu menerima rahmat” ternyata inilah salam berkat yang penuh dengan kasih.

DAMAI SEJAHTERA

Setelah Tuhan Yesus telah bangkit, Dia menyatakan diri kepada murid-muridNya, lalu berkata kepada mereka, “Damai sejahtera bagi kamu” (Yoh 20:21). Ini adalah ucapan berkat dari Tuhan kepada murid-murid yang membawa maksud kasih. Apabila Yesus telah dilahirkan ke dalam dunia ini, Dia membawa damai sejahtera dan anugerah keselamatan kepada orang yang diperkenankannya (Luk 2:14).

Tuhan Yesus berfirman, “Damai sejahtera Kutinggalkan bagimu. Damai sejahteraKu, Kuberikan kepadamu dan apa yang Kuberikan tidak seperti yang diberikan oleh dunia kepadamu. Janganlah gelisah dan gentar hatimu” (Yoh 14:27).

Damai sejahtera yang diberikan oleh Tuhan adalah yang benar dan yang sama sekali tidak dapat diberikan oleh manusia dalam dunia ini. Orang duniawi tidak dapat memberi damai sejahtera kepada sesamanya. Manusia tidak dapat menyebabkan sesamanya dalam keadaan damai sejahtera. Orang kaya juga tidak dapat memberi  damai  sejahtera kepada manusia kerana orang kaya sendiri juga tidak mempunyai damai sejahtera. Malahan, ia sendiri seringkali menghadapi kecelakaan oleh kerana harta kekayaannya. Orang yang berkuasa juga tidak dapat memberi damai sejahtera kepada manusia kerana kuasa itu bukanlah yang kekal. Hari ini seseorang itu berkuasa atas dunia ini, tetapi pada keesokan hari dia pula digulingkan dan melarikan dirinya ke negara lain untuk perlindungan. Keselamatan diri sendiri pula tidak terjamin. Orang yang berpendidikan juga tidak dapat memberi damai sejahtera kepada manusia kerana dalam banyak hikmat ada banyak susah hati dan siapa memperbanyak pengetahuan, memperbanyak kesedihan (Pkh 1:18). Oleh itu, hanya Tuhan sahaja yang dapat memberi  damai sejahtera kepada tubuh kita, dan juga kepada jiwa rohani kita. Seandainya kita bersandar kepadaNya dengan sepenuh hati pasti kita akan menikmati damai sejahtera dan ketenteraman. Paulus berkata, “Janganlah hendaknya kamu kuatir tentang apapun juga, tetapi nyatakan dalam segala hal keinginanmu kepada Tuhan dalam doa dan permohonan dengan ucapan syukur. Damai sejahtera Tuhan yang melampaui segala akal akan memelihara hati dan pikiranmu dalam Kristus Yesus (Flp 4:6-8). Kita tahu siapa yang kita percaya dan kita juga benar-benar percaya Dia dapat memelihara segala yang kita serahkan kepadaNya. Oleh itu haruslah serahkan dengan sepenuh hati kepadanya. Maka pastilah kita akan menikmati damai sejahtera dalam jasmani dan juga jiwa rohani. Berlakulah ramah terhadap Dia supaya engkau tenteram; dengan demikian memperoleh keuntungan (Ayb 22:21). Barangsiapa menerima orang yang diutus Tuhan akan memperolehi damai sejahtera. Tuhan Yesus mengutus dua belas orang untuk memberitakan injil dan berpesan kepada mereka dengan berkata, “Apabila kamu masuk kota atau desa, carilah di situ seorang yang layak dan tinggallah padanya sampai kamu berangkat. Apabila kamu masuk rumah orang berilah salam kepada mereka. Jika mereka layak menerimanya, salammu itu turun ke atasnya, jika tidak, salammu itu kembali kepadamu” (Mat 10:11-13). Oleh itu, barangsiapa yang diutus ke rumah seseorang akan membawa damai sejahtera bersamanya dan orang yang menerima yang diutus oleh Tuhan itu akan diberikan damai sejahtera oleh Tuhan. Dahulunya perempuan Sunem telah menerima abdi Tuhan Elisa, kemudiannya apabila anaknya mati, Elisa berdoa baginya dan anaknya itu pun telah bangkit, lalu dia menyerahkan anak itu kembali kepada perempuan yang diberkati itu (II Raj 4:32-35).  Barangsiapa yang menerima pengajaran tanpa bersungut-sungut akan diberkati dengan damai sejahtera. Barangsiapa yang berdoa dengan hati yang murni untuk orang dunia juga akan diberkati dengan damai sejahtera oleh Tuhan. Paulus berkata kepada Timotius, “Pertama-tama aku menasihatkan : Naikkanlah permohonan doa syafaat dan ucapan syukur untuk semua orang, untuk raja-raja dan untuk semua pembesar, agar kita dapat hidup tenang dan tenteram dalam segala kesalehan dan kehormatan (I Tim 2:1-2). Para seiman dalam Tuhan, tidak kira lelaki, perempuan, tua atau muda haruslah saling memberkati apabila bersua muka dengan berkata, : “Semoga damai sejahtera bagi kamu!” Kebiasaan ini akan menyatakan kasih kita yang terpancar dari dalam hati kepada orang lain. Nyanyian ziarah Daud mencatatkan, “Sesungguhnya aku telah menenangkan dan mendiamkan jiwaku seperti anak yang disapih berbaring dekat ibunya, yang seperti anak yang disapih jiwaku dalam diriku. Berharaplah kepada Tuhan, hai Israel dari sekarang sampai selama-lamanya” (Mzm 131:2-3). Kita hidup di dalam pangkuan kasih Tuhan dan melaluiNya kita menerima kasih karunia, rahmat dan damai sejahteraNya yang amat mencukupi untuk menjalani kehidupan kita dengan saleh, maka penuhlah dengan pengharapan dan penghiburan.

Janganlah Memberi Kesempatan Kepada Iblis
| | |

Janganlah Memberi Kesempatan Kepada Iblis

Pendahuluan: Apabila marah, janganlah berbuat dosa, janganlah matahari terbenam sebelum padam amarah, janganlah memberi kesempatan kepada iblis (Ef 4:26-27). Iblis berjalan keliling sama seperti singa yang mengaum-aum dan mencari orang yang dapat ditelannya (1Ptr 5:8). Oleh itu, kita harus sedar dan berjaga-jaga, jangan memberi kesempatan kepada Iblis.

  • Jangan kemabukan (Ef 5:18)

Nuh menimbulkan kemaluan pada dirinya kerana kemabukan (Kej 9:20-23), Lot melakukan sumbang mahram kerana kemabukan, hal-hal ini boleh menjadi peringatan. Haruslah menjauhi daripada godaan minuman keras supaya dapat mengelak daripada berbuat dosa.

  • Menjauhi hawa nafsu (2 Ptr 2:14)

Daud berdosa besar kerana keinginan mata (2 Sam 11). Dalam zaman penuh dengan percabulan ini haruslah kita menjaga hati kita daripada segala (Ams 4:23). Menjaga mata kita, berjaga-jaga kelakuan, jangan melepaskan hawa nafsu, tetapi melatih tubuh sendiri (1 Kor 9:27), jangan berdosa percabulan, supaya tidak ditolak oleh Tuhan.

  • Jangan Tamak

Yudas menyerahkan Yesus, dipergunakan oleh iblis, kerana dia tamak (Luk 22:1-5; Yoh 12:4-6), menimpa kebinasaan roh dan tubuh daging. (Kis 1:16-20)

  • Jangan marah (Ef 4:26)

Musa tidak dapat masuk ke tanah Kanaan yang indah kerana dia menjadi marah di Meriba (Bil 20:10-13; Ul 34:1-5). Dalam perjalanan ke syurga, janganlah kita marah sehingga berdosa, kerana amarah manusia tidak mengerjakan kebenaran di hadapan Tuhan (Yak 1:20)

  • Jangan sombong (1 Ptr 5:5)

Malaikat yang paling cantik dan berhikmat berdosa kerana hati congkak, dilempar Tuhan ke bumi menjadi iblis (Yes 14:12-20; Yeh 28:14-19). Kita harus takut akan Tuhan, merendahkan hati kerana Tuhan menentang orang yang congkak, tetapi mengasihani orang yang rendah hati.

  • Jangan iri hati (Gal 5:21)

Kedengkian tidak akan mendapat bahagian dalam kerajaan Tuhan. Kain berasa iri hati terhadap Habel kerana korban persembahan Habel dikenan Tuhan dan melakukan pembunuhan (Kej 4:4-8). Kumpulan Korah dilenyapkan Tuhan kerana iri hati terhadap Musa dan Harun (Bil 16). Iri hati jangan ada, kasih hati jangan kurang.

  • Jangan ragu-ragu (Yud 22)

Jangan ragu-ragu terhadap Tuhan dan kebenaranNya. Kegagalan nenek moyang disebabkan kesangsian mereka terhadap perkataan Tuhan dan terkena kepada tipu muslihat si iblis, berdosa besar, dihalau keluar dari taman Eden (Kej 2:15-17; 3:4). Dalam gereja benar hari ini, jangan meragui Alkitab, Roh kudus dan kebenaran supaya tidak terkena kepada muslihat iblis, dihalau dari gereja. Jangan menjadi pemercaya seperti Tomas, meragui Yesus (Yoh 20:24-29). Haruslah percaya kepada kata-kata Tuhan, memegang kepada kepercayaan dan iman sampai kesudahan barulah boleh diselamatkan.

  • Jangan takut (1 Ptr 5:8)

Jika takut kepada auman iblis – penentangan, penganiayaian, pengetawaan terhadap kita, iaitu kita putus asa dan berasa takut kepada pencubaan-pencubaan iblis, kita akan seperti kegagalan Petrus iaitu menyangkal Yesus tiga kali. Oleh itu, kita melawannya dengan iman yang teguh seperti pemercaya purba juga menanggung penderitaan yang sama (1 Ptr 5:9). Meneladani perbuatan Paulus yang tidak takut (Rm 8:31-39).

  • Jangan menurut kehendak manusia (Mat 16:21-23)

Petrus menghalang Yesus tidak pergi ke Yerusalem adalah menurut kehendak manusia. Oleh itu, Yesus mengetahui bahawa Petrus digunakan iblis dan menghalau ia keluar. Janganlah kita menurut kepada kehendak manusia tetapi menurut kepada kehendak Tuhan, memusatkan Tuhan, mengikut Kehendak Tuhan.

  • Jangan menuruti daging (Rm 8:5-6)

Menuruti daging adalah perseteruan dengan Tuhan, orang yang milik daging tidak dikenan Tuhan (Rm 8:7-8). Iblis selalu menggunakan kelemahan daging supaya pemercaya berdosa maut. Oleh itu, haruslah menurut dan mengikuti Roh Kudus, berdoa berjaga-jaga, memohon kepenuhan Roh Kudus (Mat 26:41; Ef 5:18), barulah dapat mengalahkan musuh (Rm 8:13)

Proses Dan Pengajaran Bapa Leluhur Berdosa
|

Proses Dan Pengajaran Bapa Leluhur Berdosa

Kehidupan manusia yang menderita  penuh dengan kelelahan, susah hati, singkat dan sia-sia adalah akibat bapa leluhur telah melanggar perintah Tuhan dan jatuh dalam dosa.  Malangnya, bukan sahaja seluruh manusia terjerumus dalam dosa, bahkan orang dosa akhirnya akan masuk  ke nereka menghadapi hukuman kekal.  Dengan itu,  pengkajian tentang proses bapa leluhur jatuh dalam dosa  akan dapat memahami  muslihat Iblis dan kelemahan sifat manusia, seterusnya mempelajari pengajaran  tentang berjaga-jaga dan berwaspada.

Ayat Alkitab: (Kej 3:1-6)

  • Ibilis mempergunakan ular yang cerdik untuk merosakkan : Perempuan bergaul dengan ular (1)
    •   Ada teman yang mendatangkan kecelakaan (Ams 18:24).
  • Menggoda Hawa dalam perbualan supaya  menimbul kecurigaan : “Tentulah Allah berfirman” (1).
    • Hati yang bimbang sama seperti gelombang laut yang diombang-ambingkan, orang yang mendua hati tidak akan tenang dalam hidup (Yak 1:6-8). – Mengakibatkan kita tidak dapat membedakan yang baik dan yang jahat.
  • Hawa tidak memahami perintah Tuhan : Mengubah firman Tuhan (2-3).
    • Tuhan berfirman: “Pada hari engkau memakannya, pastilah engkau mati”, tetapi Hawa berkata: “Jangan kamu makan ataupun raba buah itu, nanti kamu mati” (menambah dan mengurangkan firman Tuhan).
    • Jangan melupakan pengajaran Allah,  umat binasa kerana tidak mengenal Allah (Hos 4:6).
  • Kekeliruan kerana seakan-akan benar namun adalah salah : Sekali-kali kamu tidak akan mati (4).
    • Firman Tuhan  bukanlah “ya” dan “tidak”, tetapi sebaliknya di dalam Dia hanya ada “ya”(2 Korintus 1: 18-20).
  • Menimbulkan sifat ingin tahu :  Pada waktu kamu memakannya matamu akan terbuka (5).
    • Kerana sifat ingin tahu, nabi tua berbohong kepada abdi Allah, menggoda dia kembali  ke rumah makan roti minum air. Oleh kerana membelakangi perintah Tuhan maka ia mati diterkam singa  (1Raj 13:6-24).
  • Menimbulkan sifat suka menang : Menjadi seperti Allah tahu tentang yang baik dan yang jahat (5).
    • Kain adalah  abang, dia menganggap dirinya lebih unggul daripada orang lain pasti dapat mengalahkan adiknya. Itulah sebabnya dia menjadi sangat panas dan mukanya muram apabila Tuhan mengindahkan korban persembahan Habel tetapi tidak mengindahkan korban persembahannya ( Kej 4:3-5).
  • Keinginan mata : Sedap kelihatannya(6) – Ingin melihat.
    • Ketika Daud berjalan-jalan di atas sotoh istana, tampak kepadanya dari atas sotoh itu seorang perempuan sedang mandi,  ini telah menyebabkan dia berzinah dan membunuh(2 Sam 11:2-5, 14-15).
  • Keinginan daging : Baik untuk dimakan(6) – ingin makan.
    • Esau menjual hak kesulungannya untuk sepiring makanan (Ibr 12: 16-17).
  • Keangkuhan hidup kini : Mmemberi  pengertian (6).
    • Kerana pujian perempuan yang kurang berpengetahuan telah membangkitkan amarah raja Saul, dia membenci Daud disebabkan keangkuhan dan kedengkian, maka  roh jahat berkuasa atasnya sehingga dia kerasukan roh jahat dan sentiasa ingin membunuh Daud (1 Sam 18 :6-12).
  • Aksi berbuat dosa : Mengambil dari buahnya dan dimakannya(6).
    • Kain bercakap dengan Habel,  memukul adiknya dan membunuhnya (Kejadian 4:8).
  • Pemberian berlandaskan emosi : Diberi juga kepada suaminya untuk dimakan ((6).
    • Raja Ahab berasa kesal hati dan gusar kerana tamak akan kebun anggur Nabot, dia mendengar muslihat dari  ratu Izebel  iaitu mencari orang lain bersaksi dusta untuk membunuh Nabot  seterusnya merampas kebun anggurnya; akhirnya, dia telah ditimpa malapetaka (1 Raj 21:1-10, 19).
  • Kepercayaan berlandaskan hubungan persaudaraan : suaminya pun memakannya (6).
    • Anak perempuan Herodias tidak dapat membezakan yang baik dan yang jahat, mendengar kata-kata ibunya meminta kepala Yohanes Pembaptis dari raja, akibatnya membunuh orang yang baik dengan kejam (Mrk 6:22-25).

 Kesimpulan:

Memahami proses dan fakta bapa leluhur jatuh dalam dosa supaya berhikmat untuk mencegah pekerjaan Iblis.  Berjaga-jagalah dan berdoalah, supaya kamu jangan jatuh ke dalam pencobaan. (Mat 26:41)