Kebajikan, Pertolongan dan Timbang Rasa
| |

Kebajikan, Pertolongan dan Timbang Rasa

Kebajikan, Timbang Rasa, Belas Kasihan, Pertolongan dan lain-lain adalah perkataan yang menyatakan kasih di antara sesama manusia. Sekiranya masyarakat manusia ini tidak terdapat perbuatan ini maka hidup adalah lebih sukar. Di dalam kehidupan manusia adakala kaya, miskin, lancar dan putus asa. Ketika di dalam kesusahan tetapi tidak mendapat pertolongan dari orang lain, kemungkinannya akan putus asa dan menjadi ganas serta hilang keyakinan diri. Oleh itu manusia patut saling membantu.

I. DI ANTARA MEMBERI DAN MENERIMA

Di dalam dunia terdapat ramai orang yang miskin di dalam segi jasmani dan kebendaan. Maka tidak mungkin bagi kita memberikan bantuan kepada semuanya. Yang patut kita laksanakan dahulu ialah menolong saudara kita. Biasanya ibubapa berharap anak-anaknya hidup senang dan begitu juga dengan Tuhan yang mengharapkan para pemercaya dapat saling membantu agar kehidupan tidak kekurangan. Dengan itu bagi pemercaya yang kaya membantu pemercaya yang miskin akan mendapat perkenan Tuhan. Tuhan menyuruh kita mestilah menolong saudara yang miskin. Kasihnya amat besar terhadap orang miskin ( Im 19 : 9 – 10 , Ul 15 : 1 – 11 ; 24 : 19 – 22 ). Malahan Tuhan Yesus menasihati orang agar menjual segala miliknya dan dibahagikan kepada orang miskin ( Mat 19 : 21 ; Mrk 10 : 21 ). Para rasul juga menasihati pemercaya agar menolong orang-orang miskin ( Gal 2 : 10 ; Flp 2 : 4 ; I Tim 5 : 10 ; Yak 1 : 27 ).

Setiap pemercaya patut berbelas kasihan dan bertimbang rasa untuk melakukan kebajikan. Janganlah kerana kehidupan kita juga memerlukan bantuan orang lain, maka kita tidak lagi berkewajipan membantu orang lain. Melakukan kebajikan janganlah tunggu sampai kita menjadi kaya. Jikalau diri kita mampu menyara hidup bererti juga mampu membantu orang miskin, sama seperti jemaat di Makedonia yang berusaha menolong orang miskin, malahan “melampaui kemampuan mereka” ( II Kor 8 : 1 – 4 ). Soalnya adalah samada kita mempunyai belas kasihan dan timbang rasa untuk melakukan kebajikan. Ada seorang yang dalam perjalanan jatuh ke tangan penyamun yang merompak dan juga memukulnya sampai setengah mati. Kebetulan ada seorang Imam dan Lewi yang melewatinya tetapi mereka langsung tidak tergerak hatinya oleh belas kasihan . Akan tetapi apabila orang Samaria melalui tempat itu, tergeraklah hatinya oleh belas kasihan dan bersimpati dengannya, lalu mengorbankan diri unntuk menyelamatkannya ( Luk 10 : 30 – 37 ). Ada orang yang hidup miskin tetapi dapat menolong orang lain. Terdapat juga orang kaya tetapi tidak menolong orang lain. Yang tidak berbelas kasihan bererti  di dalam hati tidak ada kasih. Orang yang begitu tidak akan diberkati Tuhan ( Mat 25 : 31 – 46 ). “Siapa menutup telinganya bagi jeritan orang lemah, tidak akan menerima jawapan kalau ia sendiri berseru-seru.” ( Ams 21 : 13 ).

Yang lebih kaya patut lebih banyak melakukan kebajikan kerana yang kaya dan berkemampuan adalah pemberian Tuhan kepada kaya dan berkemampuan adalah pemberian Tuhan kepada manusia agar mereka mempergunakannya di dalam pekerjaan suci dan membantu orang miskin dan bukanlah untuk manusia sendiri menikmatinya. Sekiranya tidak melakukan kebajikan, bukan sahaja Tuhan tidak mencurahkan kasih karunia tetapi mungkin suatu hari nanti Tuhan akan menarik balik kekayaannya. Walaupun menolong orang lain akan mengurangkan harta diri namun Tuhan pasti berkenan kepada kesetiaan dan kasihmu, ataupun akan menyerahkan lebih banyak harta kekayaan kepadamu. “Ada yang menyebar harta, tetapi bertambah kaya, ada yang menghemat secara luar biasa, namun selalu berkekurangan. Siapa banyak memberi berkat diberi berkelimpahan, siapa memberi minum, ia sendiri akan diberi minum? ( Ams 11 : 24 – 25 ).

Bagi yang tidak mengharapkan bantuan orang lain adalah paling baik tetapi sekiranya terdapat masalah di dalam ekonomi, patutlah berterima kasih dan menerima bantuan orang lain, dengan demikian barulah sesuai dengan kehendak Tuhan. Jikalau menolak maksud baik orang lain dan dengan tidak sengaja terhalang peluang orang lain untuk melakukan kebajikan, inipun tidak mendatangkan manfaat. Ada orang yang menganggap menerima bantuan orang lain merupakan sesuatu yang memalukan, atau menyatakan ia adalah kelakuan yang tamak; sebenarnya tidak sedemikian, kerana ‘Keseimbangan’ adalah kehendak yang tentukan Tuhan bagi pemercaya ( II Kor 8 : 14 ). Orang yang tidak ingin menerima bantuan orang lain, berkemungkinannya ia juga tidak berhasrat membantu orang lain. Masakan ada yang membantu orang lain tetapi tidak mahu menerima bantuan? Dengan itu bukanlah dirinya tidak melakukan kebajikan dan pada masa yang sama menghalang orang melakukan kebajikan? Dalam segala hal hendaklah memikirkan kepentingan orang ramai dan janganlah sekali-kali mengutamakan diri sendiri. Cuba renungkan, jika diri sendiri menolak bantuan, apakah akan menyebabkan ahli keluarga jatuh dalam kesusahan? Jangan memikirkan diri sendiri dapat menahan kerumitan tetapi hendaklah mempertimbangkan keperluan ahli keluarga. Hanya, bagi yang menerima pertolongan orang lain, janganlah melupakannya. Sebaliknya berusaha dari seorang penerima menjadi seorang pemberi dan ini adalah cara berbalas budi yang terbaik. Dengan itu, janganlah berpuas hati dengan mengharapkan bantuan orang lain. Bagi orang malas yang hidup dengan bersandarkan orang lain, maka seumur hidup pun tidak dapat menjauhkan diri dari kemiskinan.

II. SIKAP YANG PATUT ADA BAGI PENDERMA

1. Sifat yang bertimbang rasa dan kewajipan diri

Kita boleh sentiasa membayangkan diri kita berada di dalam kesusahan, bukankah akan mengharapkan pertolongan orang lain, maka sifat bertimbang rasa akan terlahir secara otomatik. Di dalam aspek yang lain, menolong orang lain merupakan kewajipan pemercaya yang diperintahkan oleh Tuhan. Kita tanpa sebab tidak membantu orang lain tetapi jangan tanpa sikap bertimbang rasa dan berkewajipan sebaliknya dengan secara terpaksa melakukan kebajikan dan ini tidaklah termasuk kebaikan. “…supaya yang baik itu jangan engkau lakukan seolah-olah dengan paksa, melainkan dengan sukarela.” ( Fim 14 ). Jangan kita menolong orang lain berdasarkan hati yang bertimbang rasa tetapi tanpa perasaan kewajipan ataupun sebaliknya kita patut menolong orang lain berdasarkan hati yang bertimbang rasa dan berkewajipan yang ikhlas. “Siapa yang membagi-bagikan sesuatu hendaklah ia melakukannya dengan hati yang ikhlas,…..sesiapa yang menunjukkan kemurahan , hendaklah ia melakukannya dengan sukacita.” ( Rm 12 : 8 ), “Dan sekalipun aku membagi-bagikan segala sesuatu yang ada padaku tetapi jika aku tidak mempunyai kasih, sedikitpun tidak ada faedahnya bagiku.” ( I Kor 13 : 3 ).

2. Segenap tenaga memberi  pertolongan

Pemercaya hendaklah melakukan kebajikan, dan ia bukan sekali-sekala saja. Membantu orang lain biarlah jangan melampaui kemampuan diri agar lain kali tidak kehilangan peluang melakukan kebajikan. Akan tetapi hendaklah dengan segenap tenaga. Maria telah dengan segenap kemampuan meminyaki tubuh Tuhan sebagai persiapan untuk penguburanNya ( Mrk 14 : 8 ); Begitu juga dengan pemercaya Makedonia walaupun amat miskin namun melakukan kebajikan dengan melampaui kemampuan mereka. Selain daripada itu, penderma hendaklah melihat keperluan si penerima. Sekiranya tidak mencukupi adalah tidak baik, tetapi janganlah memberi  dengan banyak dalam sekali agar si penerima yang lemah rohaninya tidak akan membinasakan diri sehingga lain kali apabila menerima derma dengan jumlah yang berkekurangan, si penerima bukan saja tidak berterima kasih malahan akan membenci si penderma.

3. Melakukan kebajikan dengan sembunyi dan tidak mengharapkan pembalasan

Jikalau penderma mengharapkan balasan daripada penerima ia bukan dipanggil sebagai kebajikan tetapi adalah pertukaran, jual-beli, peminjaman dan lain-lain. Dengan itu hendaklah lebih banyak melakukan kebajikan bagi orang yang tidak mempunyai apa-apa untuk membalas ( Luk 14 : 12 – 14 ). Haruslah memandang perbuatan ini adalah sepatutnya dan bukan suatu kebajikan bahkan hendaklah melakukannya dengan bersembunyi. Jikalau perbuatan kebajikan dihebohkan, kita akan menerima pujian orang ramai, ini bererti kita telah mendapat balasan maka Bapa di syurga tidak akan mengingatinya lagi.

Bagi orang yang bertimbang rasa dan berbelas kasihan menolong orang lain akan menyebarkan harta dan mengorbankan semangatnya.namun orang yang demikian akan diberkati Tuhan dengan berkelimpahan ( Ams 11 : 24 – 25 ; 28 : 27 ; Mzm 18 : 25 ).

Orang yang suka menderma, doanya akan sampai ke hadirat Tuhan ( Ruj : Kis 10 : 2 – 4 ). Oleh kerana Dorkas selalu melakukan kebajikan dan menderma, walaupun mati ia dibangkitkan kembali ( Kis 9 : 36 – 42 ). Oleh kerana Zakheus membagi-bagikan setengah daripada hartanya kepada orang miskin. Seisi keluarganya mempunyai bagian di dalam anugerah keselamatan ( Luk 19 : 1 – 10 ). Ia seumpama menyembur minyak wangi pada orang lain, diri sendiri juga dapat mencium kewangiannya. Melakukan kebajikan mendatangkan sukacita pada orang lain dan menyenangkan hati diri sendiri.

“Peringatkanlah agar mereka itu berbuat baik, menjadi kaya dalam kebajikan, suka memberi  dan membagi.” ( I Tim 6 : 18 ). Bahasa asal bagi menderma dengan rela hati bermakna bersama-sama merasai kemiskinan, suka bersama-sama menanggung penderitaan; Maka haruslah di dalam segala hal bersama-sama menanggung kesusahan, saling mengambil peduli malahan hendaklah giat melakukan pekerjaan suci Tuhan dan kebajikan kerana “Yang ku kehendaki adalah belas kasihan dan bukan persembahan.” ( Mat 12 : 7 ).

Doa Orang Benar
|

Doa Orang Benar

Ayat kitab: Yak 5:16; 1Yoh 5:14

Pendahuluan: ‘Orang benar’ yang dimaksudkan

(1) Orang yang percaya kepada Tuhan. (Rm 3:22-26, Kej 15:6)

(2) Orang yang berbuat kebenaran. (1Yoh 3:7)

(3) Orang yang menurut kehendak Tuhan. (1Yoh 5:14)

 

  • Doa Abraham. (Kej 18:22-32)

a) Dengan belas kasihannya memohon sebanyak enam kali bagi kota-kota dosa.

b) Tidak pernah memohon untuk sendiri dalam seumur hidupnya.

i) Tidak memohon walaupun ingin mendapat anak, hanya berpuas hati. (Kej 15:1-3)

ii) Tidak memohon bagi perkahwinan anaknya, hanya berserah. (Kej 24:1-7)

  • Doa Musa. (Kel 32:30-32)

Mengorbankan diri untuk memohon bagi rakyat sebangsanya yang berdosa. Rela namanya dihapuskan, tetapi lagi diperingati!

  • Doa Ayub. (Ayb 1:20-21)

Bertahan dalam penderitaan, doa bersyukur dan memuji Tuhan, doa sedemikian lebih berkuasa daripada mana-mana doa! Tuhan menjadikan dia terlepas dari penderitaannya, sehingga namanya lebih besar, kekayaannya berganda, mendapat semula anak-anak (menjadi lebih kudus), lebih panjang umur!

 

  • Doa Hana. (1Sam 1:10-18)

Doa menangis terhadap Tuhan dan menyuarakan isi hati. Walaupun dia tidak beranak tetapi dia tidak seperti Rahel yang memarahi suami. Walaupun dia disakit hati oleh orang lain, dia tidak bertengkar, hanya memohon kepada Tuhan dengan sepenuh hati supaya Tuhan mengabul doa.

 

  • Doa Elia. (1Raj 18:41-45)

Tidak terikut arus orang, menyukai Tuhan dengan hati. Dia tekun memohon dengan iman. Memohon kepada Tuhan menurunkan hujan sebanyak tujuh kali, dikabullah doanya!

 

  • Doa Kristus Yesus. (Mat 26:39,42; Luk 23:33-34, 40-43)

Tuhan sebagai firman menjadi manusia, ini adalah teladan kepada manusia. Dia digelar orang benar. (Luk 23:47; Mat 27:19).

a) Doa supaya kehendak Tuhan dijadikan. (Mat 26:39,42)

b) Doa bagi pengampunan dosa manusia (Luk 23:33-34, 40-43), akhirnya salah seorang penjahat bertaubat.

 

Kesimpulan:
Doa orang yang benar sangat besar kuasanya, kita dibenarkan oleh iman, haruslah melakukan kebenaran menjadi seorang benar, berdoa kepada Tuhan dengan hati yang benar.

 

Doa Tuhan Yesus
|

Doa Tuhan Yesus

Pendahuluan: Tuhan Yesus telah meninggalkan teladan yang baik bagi kita dari segi berdoa, sebagai murid-murid Yesus, kita harus mencontohi doaNya.

  • Sebelum mula memberitakan injil (Mat 4:1-2; Luk 4:1-2)

Selepas Yesus menerima baptisan, Dia doa berpuasa untuk kerja pemberitaan injil. Yesus dapat kemenangan dalam pencubaan iblis adalah kerana bersandar kepada kekuatan doa berpuasa. (Luk 4:14-15)

  • Semasa sibuk dalam pekerjaan (Mrk 1:35)

Semasa sibuk dalam pekerjaan, Yesus juga berdoa, memohon bantuan Bapa syurga. Oleh itu, makin kita sibuk, makin harus berdoa.

  • Semasa orang ramai memaksa Dia menjadi raja (Yoh 6:15)

Alkitab berkata: “Setalah Ia berpisah dari mereka, Ia pergi ke bukit untuk berdoa.” Pada masa itu, Yesus mengenyangkan lima ribu orang dengan lima roti dan dua ikan, dengan itu orang ramai ingin mengangkat Dia menjadi raja, tetapi tujuan Yesus datang bukan untuk menjadi raja dunia, oleh itu dia menyingkir ke gunung untuk berdoa (Yoh 18:33-37). Mungkin ada orang menganggap, Yesus menjadi raja dan Dia boleh menggunakan kuasa tersebut untuk memberitakan injil, bukankah lebih baik? Tetapi ini bukan kehendak Tuhan, oleh itu Yesus menolaknya, berundur ke gunung untuk berdoa.

  • Semasa memilih rasul-rasul (Luk 6:12-13)

Yesus tahu apa-apa dalam hati manusia, dan mengetahui sesiapa yang tidak percayaNya (Yoh 2:23-25, 6:64), oleh itu Dia berdoa bermalam-malaman barulah memilih dua belas rasul, Yesus tahu bahawa kedua belas rasul itu berkaitan dengan berjaya atau tidak jemaat pada masa kelak.

  • Berdoa bagi murid-muridNya (Yoh 17:20-26)

Isi kandungan doa Yesus merangkumi: supaya murid-murid menjadi satu, boleh bersama-sama dengan Tuhan di syurga pada masa kelak, kasih Tuhan selalu berserta dengan mereka. Oleh itu, kita juga harus membantu doa bagi kerja gereja, Tuhan pasti mendengar doa kita.

  • Doa di taman Getsemani (Mat 26:36-44)

Yesus berdoa tekun tiga kali bagi penderitaan salib yang dihadapi, peluh Yesus semasa doa seperti titik-titik darah yang bertitisan ke tanah (Luk 22:43-44). Betapa tekunnya doa Yesus! Doa Yesus yang penurut merupakan teladan yang dicontohi. Ibr 5:7 ditujukan kepada doa Yesus di Getsemani, “permohonan dengan ratap tangis” merupakan bukti Yesus berdoa dengan tekun.

  • Berdoa di atas kayu salib bagi orang yang menganiayaiNya

Semasa Tuhan Yesus di atas kayu salib, Dia pernah berkata tujuh ayat, salah satu ialah:”Ya Bapa, ampunilah mereka, sebab mereka tidak tahu apa yang mereka perbuat” (Luk 23:34). Yesus mengajar kita mengasihi musuh  kita dan berdoa bagi mereka yang menganiaya kita (Mat 5:44). Selepas Tuhan Yesus berangkat ke syurga, Stefanus, yang merupakan orang pertama mati syahid juga memohon bagi orang yang menganiaya lalu meninggal dunia (Kis 7:57-60). Mereka yang boleh berdoa bagi orang yang menganiaya, ialah orang milik Tuhan, tidak hairanlah orang yang di Mahkamah Agama melihat muka Stefanus sama seperti muka Malaikat (Kis 6:15)

 

Harta Benda Yang Dibawa Keluar Dari Mesir
|

Harta Benda Yang Dibawa Keluar Dari Mesir

Sewaktu Tuhan memanggil Musa, telah dimaklumkan bahawa Dia akan membuka jalan, agar orang Israel dapat membawa bersama emas perak dan pakaian dari Mesir (Kel 3:22); sebelum ketibaan tulah terakhir, sekali lagi dengan khasnya memesan kepada Musa supaya disuruh orang Israel, meminta daripada orang Mesir emas dan perak sebelum meninggal tempat itu (Kel 11:2); dan para umat berbuat seperti yang dipesankan Musa, membawa bersama harta benda Mesir (Kel 12:35).

Tempat yang ditujui orang Israel adalah tanah Kanaan yang berlimpah dengan kebendaan, sepatutnya tidak kekurangan apa-apa harta benda. Jalan padang gurun yang akan ditempuhi orang Israel, akan dibebani dan disukari dengan emas dan perak yang dibawa, juga tidak ada apa-apa kegunaan. Namun, mengapakah Tuhan dengan khasnya mengaturkan umat pilihan Israel membawa bersama harta benda dari Mesir?

Rupa-rupanya satu perkara yang amat penting, yang perlu dilakukan sesudah keluar dari tanah Mesir, iaitu membina Kemah Pertemuan, agar Tuhan menyertai dan memimpin perjalanan mereka ke tanah Kanaan. Pembinaan Kemah Pertemuan ini memerlukan emas dan perak dalam kuantiti yang amat banyak (Kel 25:1-9, 35:4-9).

Namun sayang sekali, ada orang yang memakai anting-anting emas pada telinga sendiri, juga dibentuknya dengan pahat, anak lembu emas untuk disembah, menyebabkan kemurkahan Tuhan yang pertama sesudah keluar dari tanah Mesir, dan dihukum Tuhan (Kel 32:1-29).

Sebagai umat pilihan pada hari ini, kita hanyalah beridentitikan tetamu di dunia, selain daripada keperluan harian: pakaian, makanan dan tempat tinggal, Tuhan juga memberikan kita harta benda dari dunia. Kita seharusnya mengambil pengajaran daripada orang terdahulu, memahami isi hati Tuhan, mempersembahkannya untuk Bait Suci terkemudian — pelbagai kerja suci dalam pembinaan gereja benar, mengumpulkan harta di syurga (Mat 6:19-20), supaya anugerah Tuhan melimpah di antara kita dengan banyak dan berkekalan. Janganlah menjadikannya sebagai peralatan untuk menonjolkan diri, lebih-lebih lagi menjadikannya sebagai Mamon untuk disembah (Mat 6:24), dan mengakibatkan diri ditolak oleh Tuhan.

Walaupun Tuhan
|

Walaupun Tuhan

“Dan walaupun Tuhan memberi kamu roti dan air serba sedikit, namun Pengajarmu tidak akan menyembunyikan diri lagi, tetapi matamu akan terus melihat Dia.” (Yes 30:20)

Ada sebuah cerita: Ada satu kerang berkata kepada satu kerang yang lain: “Saya ini amatlah menderita! Pasir yang berat dan bulat itu membuatkan aku sangat menderita.” Kerang yang satu lagi menjawab dengan megah: “Syukurlah, dalam badan aku tidak ada kesakitan disiksa oleh butir pasir, dalam dan luar badanku dalam keadaan amat baik.” Pada waktu itu, ada seekor ketam yang melewati sana dan berkata kepada kerang yang angkuh: “Ya! Kamu memang amat selesa, namun hasil daripada kesabaran menahan penderitaan kawanmu itu, adalah demi menghasilkan sebutir mutiara yang tiada bandingan keindahannya!”

Kayu salib dalam kehidupan umat Kristian, bagaikan sebutir “pasir” yang tidak menyenangkan. Ia meransang kita, agar digerakkan semua fungsi hidup, untuk melapisinya, mencernakannya, sabar terhadapnya, memperbaikinya; sesudah itu, menjadi akhlak yang tidak bercacat cela seperti mutiara.

Hidup yang bernilai adalah tercipta daripada penderitaan, besar kecil nilainya adalah secara perbandingan dengan jangkamasa singkat atau panjang penderitaan yang ditanggung — terhadap Musa, kehidupan selama 40 tahun di padang gurun; terhadap Ayub, pengujian yang berat; terhadap Yusuf, dijual, menjadi hamba abdi, masuk ke dalam penjara, telah menghasilkan fungsi pembentukan mutiara.

Bagaimanakah dengan diri kita?

Adakah kita sentiasa meluahkan ketidakpuasan dan sungut-sungutan terhadap Tuhan kerana perkara-perkara yang tidak mujur dalam kehidupan? Asalkan diri kita dapat merasakan nilai penderitaan, barulah dapat lebih mendekati Tuhan. Tuhan kita adalah Tuhan murah kasih dan mencurahkan pelbagai penghiburan, dalam segala penderitaan, Dia pasti akan menghiburkan kita, agar kita dapat ditenangkan hati untuk menerima “butir pasir” yang tidak menyenangkan dalam kehidupan kita. Maka, kepercayaan sesudah pengalaman itu, pastinya bersinar terang seperti mutiara.

Kasih yang Diperingati
|

Kasih yang Diperingati

Ayat Alkitab: (1 Korintus 13: 3)

 

Pendahuluan:

Kasih adalah berasal dari Tuhan, setiap yang mempunyai kasih berasal dari Tuhan, dan mengenali Tuhan. Kasih ini adalah yang tidak berberat sebelah, yang suci, yang sesungguhnya, asli, dan sempurna. Manakala kasih duniawi kebanyakan adalah yang mementingkan diri sendiri, yang palsu, yang tidak asli, dan adanya kecacatan, serta tidak diingati Tuhan. Bagaimankah harus diperlakukan oleh umat Kristian dalam melaksanakan kasih yang diperingati?

 

  • Kasih yang mengorbankan diri. (1 Yohanes 3: 16)

▲Kerelaan hati mengorbankan diri, memberikan nilai yang praktikal dan perbuatan, barulah dapat menyatakan kasih yang diperingati.

▲Pengorbanan janda di Sarfat dalam kelaparan, memberikan Elia roti dan air. Akhirnya ibu dan anaknya dapat meneruskan kehidupan mereka kerana tindakan demikian, kerana diperingati oleh Tuhan. (1 Raja-raja 17: 10-16)

▲ Kasih bukan hanya ada pada pertuturan, atas lidah, lebih-lebih lagi memerlukan kejujuran dan kelakuaan. (1Yohanes 3: 18)

  • Kasih yang memikir bagi keadaan orang lain. (1 Korintus 10: 24)

▲Perempuan Sunem telah banyak memikir bagi Elisa, dan membuat persediaan bagi keperluannya. Terlebih dahulu, dia memikirkan tentang makanan bagi Elisa, lepas itu memikir tentang tempat rehat bagi Elisa:  membuat sebuah kamar, tempat tidur, sebuah meja, sebuah kerusi, supaya dia dapat mempelajari firman Tuhan serta berehat. Akhirnya kasihnya diperingati, abdi Tuhan memberkatinya dan dia mendapat seorang anak lelaki yang bangkit dari mati. (2 Raja-raja 4: 13-37)

  • Menumpang orang dengan kasih atas nama Tuhan. (Matius 10: 40-42)

▲Tidak mengharapkan supaya diperingati, menumpang orang dengan kasih (diperingati tanpa disedari). (Ibrani 13: 2)

▲Melakukan kebaikan secara diam-diam, tidak mendapat kemuliaan dari manusia. (Matius 6: 1-4)

▲Abraham member layanan kepada tiga orang tetamu yang tidak dikenal, tanpa disedarinya dia melayani Tuhan dan malaikat. Dia diberkati Tuhan dan mendapat seorang anak lelaki pada tahun yang datang. (Kejadiaan 18: 1-15)

 

Kesimpulan:

Sekiranya umat kristian rela melaksanakan kasih, maka akan diperingati Tuhan. Haruslah menabur dalam hati, gereja dan dunia, maka kelak menuai buah kebenaran, memuliakan Tuhan dan memanfaatkan manusia.