Harun : Imam Besar yang Penakut dan Lemah
|

Harun : Imam Besar yang Penakut dan Lemah

Kata Pendahuluan : Sungguh Harun dikenali agung sebagai Imam Besar utama,  namun tidak tahu seni “menolak” mengakibatkannya mengalami kegagalan besar dalam hidup, tidak ada pendirian sendiri dan sikap mengikut orang lain, berbuat dosa bersama orang lain dan juga ditegur bersama dengan orang lain.

A.   Membuat Anak Lembu Tuangan (Kel 32).

  • Sebabnya :
    • Musa lama di atas Gunung Sinai. (1)
    • Bangsa Israel sudah mulai berminat terhadap peribadahan kepada berhala. (1 kalimat akhir)
    • Harun tidak berkata “TIDAK”. (2)
  • Kesudahannya :
    • Berdosa terhadap Allah. (7- 10)
    • Iman terhadap Allah menjadi iman terhadap anak lembu tuangan.
    • Bangsa dihukum Allah. (35)
  • Kesimpulan :
    • Tidak mengikuti kehendak Allah sebaliknya mengikut maksud manusia. (Mat 16 : 12)
    • Orang yang tahu kebenaran tidak semestinya berbuat mengikut kebenaran.

B.   Peristiwa Mata Air Meriba. (Bil 20 : 1-13)

  • Sebabnya :
    • Semua bangsa bersunggut-sunggut kerana tiada air minuman. (2–5)
    • Musa memukul bukit batu dengan geram, tidak menghormati Allah. (10-12)
    • Harun tidak bertanggungjawab dalam membimbing dan menyedarkan (tidak menunjuk sikap sepatutnya).
  • Kesudahannya :
    • Dihukum bersama manusia tidak dapat masuk ke Tanah Kanaan. (12)
  • Kesimpulan : “Bertahan sampai pada kesudahannya akan selamat”. (Mat 24 : 13)

C.   Pengajaran :

  • Harus menuruti Roh Kudus, mohon Tuhan berkenan agar dapat berbuat menurut Kebenaran.
  • Kini “Orang Berakal Budi” terlalu ramai, di manakah orang yang sebenarnya. (Am 5:13)

Sahabat Orang Berdosa ~ Yesus
| | | | |

Sahabat Orang Berdosa ~ Yesus

Ada tertulis dalam Alkitab  : “Dunia tidak ada orang benar, seorangpun tidak”( RM 3 : 9-10). Oleh itu Kristus Yesus datang ke dunia untuk menyelamatkan orang berdosa, Dia telah mengorbankan nyawanya demi sahabat yang berdosa. ( 1Tim 1 : 15 ; Yoh 15 : 13 ).

  • Mengapa Tuhan menjadi sahabat orang berdosa ?
    1. Berharap orang berdosa akan bertobat. ( Mat 4 : 17; Luk 19 : 7-9 )
    2. Menyatakan kasih Allah. ( Yoh 3 : 16 ; 1Yoh 4 : 9 )
    3. Memberikan nyawaNya untuk orang berdosa. ( Yoh 15 : 13 )
    4. Bagaimanakah Tuhan menjadi sahabat orang berdosa ?
    5. Sentiasa mendekati orang berdosa dan menyampaikan firman. ( Luk 15 : 1 )
    6. Kadangkala duduk makan bersama orang berdosa. ( Mat 9 : 10 )
    7. Menyembuhkan penyakit orang berdosa. ( Mat 4 : 24 ).
  • Sikap yang patut ditunjukkan orang berdosa ?
      • Bertobat percaya kepada Yesus. ( Mat 4 : 17 ; Kis 26 : 20 )
      • Dibaptis untuk kelahiran kembali. ( Yoh 3 : 5 ; Mat 16 : 16 )
      • Harus berada di rumah Tuhan. ( Ef 2 : 19 ; 1Tim 3 : 15 )

Kesimpulan :
Tuhan akan menyelamatkan semua yang percaya malah sentiasa berdoa memohon demi mereka. ( Ibr 7 : 25 )

 

Membincang Pelayanan Doa dari “Kisah Para Rasul”
|

Membincang Pelayanan Doa dari “Kisah Para Rasul”

  • Sebab berdoa (Tujuan dan isi kandungan berdoa)

a) Tidak memahami kehendak Tuhan. (Kis 1:24-26)

Jika kita ada yang tidak faham tentang kebenaran semasa mendengar firman, membaca Alkitab, haruslah berdoa memohon bantuan Tuhan.

b) Memohon pencurahan Roh Kudus. (Kis 1:14-15, 2:1)

Atau ditumpangkan tangan memohon Roh Kudus. (Kis 8:14-17)

c) Membantu doa bagi orang yang dalam penderitaan dan kesusahan. (Kis 9:40)

d) Membantu doa bagi pekerja suci dan kerja suci. (Kis 12:5)

e) Membantu doa bagi pengukuhan gereja. (Kis 14:23)

 

  • Orang yang berdoa

a) Jemaat (Pemercaya). (Kis 1:14-15, 2:1,41-42, 12:5)

b) Pekerja suci. (Kis 3:1, 16:25)

c) Simbaptisan. (Kis 10:1-4)

 

  • Sikap berdoa

a) Sehati dan bertekun dalam doa. (Kis 1:14-15, 12:5)

b) Bersyukur dan gembira. (Kis 4:24)

c) Berdoa dan menyanyikan puji-pujian dalam penjara. (Kis 16:25)

d) Sentiasa berdoa. (Kis 10:2)

 

  • Hasil berdoa

a) Pencurahan Roh Kudus. (Kis 2:1-4)

Tempat berdoa bergoyang. (Kis 4:31)

b) Melakukan mujizat dan berkuasa.

i) Naik ke bait Tuhan berdoa pada pukul tiga petang dan melakukan mujizat. (Kis 3:1)

ii) Membangkitkan Dorkas melalui doa. (Kis 9:40)

iii) Menyembuhkan penyakit. (Kis 28:8)

c) Saleh berdoa, diingati Tuhan. (Kis 10:1-4)

d) Mendapat penglihatan semasa berdoa, diutus Tuhan, membuka pintu pemberitaan injil kepada orang kafir. (Kis 10:9, 13:2-3)

e) Jemaat membantu doa bagi Petrus, malaikat menampakkan diri dan menyelamatkan Petrus. (Kis 12:5)

f) Berdoa dapat membuka pintu penjara dan belenggu terlepas. (Kis 16:25-26)

 

Halangan Dalam Doa
|

Halangan Dalam Doa

Pendahuluan: Doa dapat sampai ke hadapan Tuhan kerana tujuan doa kita (Why 8:4). Tuhan ialah pendengar doa (Mzm 65:3, 6:10), kenapa doa tidak kesampaian, kerana terdapat halangan.

  • Tidak menumpukan perhatian: walaupun memejamkan mata, tetapi hati pula berselerak.

a) Kita biasa memikirkan hal duniawi, tidak merenungkan hal rohani.

b) Selalu merenungkan firman dan perbuatan Tuhan. (Mzm 1:2; 119:147-148)

c) Semasa berdoa, memohon bantuan Tuhan supaya menumpukan perhatian dalam doa.

  • Iman tidak mencukupi.

a) Iman merupakan jalan berhubung dengan Tuhan.

b) Tidak mengenal Tuhan dengan jelas: tidak dapat menerima dan percaya dengan sepenuhnya terhadap mahakuasa, mahakasih serta keajaiban penembusan Tuhan.

c)  Berdoa dengan meragui. (Yak 1:6-8)

  • Tidak bermatlamat. (Flp 3:13-14; 1Kor 9:26-27)

a) Tidak tahu matlamat, tidak boleh maju.

b) Tidak kira bersyukur, berdoa, memohon, atau berhubung rohani meluahkan isi hati, harus bermatlamat.

  • Hati berkeadaan huru-hara. (Luk 10:41-42)

a) Kesuntukan masa, melakukan dengan sebarangan.

b) Susah untuk mendalami, menjadi kebiasaan, akhirnya berasa tawar dalam doa.

  • Tamak dan memohon dengan sebarangan. (Yak 4:2-4)

a) Inginkan dunia, hanya memohon hal duniawi. (Yer 45:5; 1Yoh 2:15; Flp 3:19)

b) Memohon perkara di atas, hal rohani. (Kol 3:1-4)

c) Memohon kepenuhan Roh Kudus dan penyertaan Tuhan. (Ef 5:18)

  • Kelakuan tidak baik. (Am 15:29; 28:9)

a) Kelakuan biasa membelakangi kebenaran, tidak menyelidiki. (Rat 3:40-45)

b) Tidak mengakui dosa, walaupun doa bertaubat, Tuhan tidak mendengarnya. (Ams 1:23-31; 28:13)

Kesimpulan: Jika ingin doa sampai kepada Tuhan dan diingati, semasa berdoa, mesti berhati-hati dengan langkah kaki, menghapuskan segala halangan. (Yak 4:8; Ibr 12:14)

Bangunlah Dari Tertidur Lena
|

Bangunlah Dari Tertidur Lena

Dalam kehidupan kita sepatutnya ada masa pengistirehatan yang normal, misalnya tidur, dan bangun mengikut masa, tidak ada sesiapa yang ingin melihat fenomena yang sedemikian, iaitu tidak sedar dari tidur (kematian). Ada seorang kawan sekampung, ketika dia dalam usia yang muda, berkeadaan badan sihat, kerjayanya berjaya dan berkembang, tidak ada sesiapa yang tersangka bahawa pada suatu malam, sesudah selesai membersihkan diri, dia berbaring tidur. Pada keesokan hari, dia tidak tersedar dari tidur. Sekiranya hidup adalah sedemikian, apatah lagi jiwa rohani?

Ada satu pepatah yang mengatakan: Tidak meletup dalam ketenangan, maka mati dalam ketenangan. Jikalau diaplikasikan ke dalam kepercayaan: Tidak tersedar dari tidur lena, maka binasa dalam tidur lena.

Kita boleh mendapat iktibar daripada tokoh-tokoh purba kala. Ketika Elia melawan nabi-nabi palsu, dia penuh dengan semangat keadilan, tidak ada sebarang ketakutan, benar-benar giat demi Tuhan. Namun, apabila Izebel mengarahkan nyawanya diambil, dia telah melarikan diri, keberanian yang ada sebelum itu telahpun lenyap. Dia menyembunyikan diri di dalam sebuah gua, Tuhan bertanya: “Apakah kerjamu di sini, hai Elia?” Dia menjawab: “Aku bekerja segiat-giatnya bagi TUHAN, Allah semesta alam.” Tuhan mengingatkan dia: “Perjalananmu nanti terlalu jauh bagimu.” Setelah mendengarnya, maka segeralah dia terjaga dari ‘tidur lena’. (I Raj 19:19) mencatatkan : “Elia pergi dari sana”.

Kepercayaan tidak boleh tertidur lena, sebaik sahaja tertidur lena, maka akibatnya adalah tidak dapat terbayangkan. Sekiranya gereja tertidur lena, maka kerja-kerja suci tidak dapat diterokai, takhta kasih karunia akan dialihkan oleh Tuhan; seandainya rakan sekerja tertidur lena, maka gereja akan sama seperti kolam air mati, si iblis mengambil kesempatan, domba-domba akan ditelan.

Hari kiamat telah mendekat, hari kedatangan kali kedua Tuhan akan segera tiba, kita hendaklah membuat segala persiapan, seperti nabi Amos yang mengingatkan kita untuk demikianlah “bersiap sedia menyambut Tuhan”. “Segala perkara akan teguh sekiranya bersedia, dibinasakan tanpa persediaan.” Kita hendaklah membelajari lima orang gadis yang bijaksana, menyediakan minyak dalam buli-buli, dipenuhi roh kudus, menantikan kedatangan semula Tuhan dengan kesalehan!

 

Otniel – Perintis Bagi Hakim-hakim
| |

Otniel – Perintis Bagi Hakim-hakim

Zaman hakim-hakim boleh dikatakan satu zaman kegelapan di dalam sejarah Israel. Setiap kali umat Israel melakukan perkara yang jahat di mata Tuhan, maka Tuhan akan melalui bangsa kafir untuk menghajar mereka. Akan tetapi apabila mereka mengakui kesalahan, bertobat dan memohon rahmat, Tuhan akan membangkitkan hakim untuk menyelamatkan mereka. Kesemua hakim berjumlah 12 orang. Ada yang terdiri daripada orang kampung dan suri rumah biasa…, tidak terdapat bakat yang istimewa. Cara mereka mengalahkan musuh ialah dengan menggunakan tempat penghalau lembu, tulang rahang keldai…, Tuhan menggunakan mereka untuk membawa pemulihan bagi bangsa itu.

Ayat Alkitab : Hak 1 : 11 – 15 ; 3 : 8 – 11 ; Yos 15 : 13 – 19 .

Matlamat : (1 ) Singa Tuhan ( 2 ) Kuasa Tuhan.

Otniel – Singa Tuhan, namanya benar-benar seumpama orangnya. Ketika orang Israel paling memerlukan pertolongan, Tuhan mengutus hambanya untuk melaksanakan kerja penyelamatan. Hamba ini adalah dibangkitkan oleh Tuhan ( Hal 3 : 9 ), ia ternyata seperti raja atas segala binatang yang amat gagah sehingga menyatakan kuasa Tuhan.

Terdapat dua sebab utama yang membawa kejayaan kepadanya :

I. PERTOLONGAN TUHAN

“Roh Tuhan menghinggapi dia dan ia menghakimi orang Israel, ia maju berperang.” ( Hak 3 : 10 )

“Bukan dengan keperkasaan dan bukan dengan kekuatan melainkan dengan roh Tuhan.” ( Zak 4 : 6 )

Yesus : “Kamu akan menerima kuasa kalau Roh Kudus turun ke atas kamu.” ( Kis 1 : 8 )

Bersandar kepada pencurahan dan kepenuhan roh Tuhan adalah cara untuk mencapai kejayaan dalam melaksanakan pekerjaan.

II. SYARAT BAGI MANUSIA

1. Pengaruh dari para lanjut umur

Kaleb yang beriman dan gagah berani telah menjadi pengintai di bawah didikan Musa selama 40 tahun. Imannya yang gagah berani telah meredakan angin dan awam, namun malangnya ia telah dikaitkan oleh pengintai-pengintai lemah yang lain . Meskipun umurnya telah menjangkau umur 85 tahun, namun masih gagah dan dapat maju menyerang Hebron ( Yos 15 : 13 ). Oleh kerana lain jiwa yang ada padanya, ia mendapat pujian dari Tuhan  ( Bil 14 : 24 ).

Otniel adalah anak saudara Kaleb. Ia telah dibesarkan dalam keturunan yang baik dan mendapat banyak nasihat.

Bagi Timotius, bukankah ia serupa dengannya?” Imanmu yang tulus ikhlas, iaitu iman yang pertama-tama hidup di dalam nenekmu Lois dan di dalam ibumu  Eunike dan yang yakin hidup juga di dalam dirimu.” ( II Tim 1 : 5 ).

Dengan itu kedudukan para lanjut umur di dalam keluarga patut bagi kita menegaskannya sekali lagi kerana ia merupakan penasihat yang menyokong kita dari belakang. Bahkan melalui dia yang berasalnya keturunan yang baik di mana tidak boleh dipandang rendah.

2. Berjuang diri sendiri

Kaleb berkata : “Siapa yang menggempur Kiryat-Sefer dan merebutnya, kepadanya akan kuberikan Akhsa, anakku, menjadi isterinya.” Dan Otniel, anak Kenas saudara Kaleb, merebut kota itu, lalu Kaleb memberikan kepadanya Akhsa, anaknya menjadi isterinya ( Yos 15 : 16 – 17 ).

Tentu sekali Kaleb tidak akan sembarangan memberikan anak perempuannya untuk dijadikan isteri orang lain. Ia mengemukakan syarat ini kerana ia tahu Kota Kiryat- Sefer sukar digempur. Biasanya jikalau disediakan ganjaran, pasti ada pahlawan yang wujud untuk merebutnya. Otniel dengan tidak lengah-lengah lagi maju ke depan dan tidak membiarkan Kaleb yang setiap kali mendapat nama.

Sekiranya ada orang yang sama seperti Otniel yang berani menghadapi cabaran yang susah iaitu dengan berani menghadapi cabaran yang susah iaitu dengan berani maju ke depan maka pastilah dapat mencipta masa depan ynag cerah.

Otniel, sememangnya adalah singa Tuhan yang gagah dan berani.

3. Bantuan isteri

Ketika Akhsa berkahwin, ia menasihati suaminya meminta ladang dari ayahnya. Di samping itu, ketika ia turun dari keledai, Kaleb bertanya kepadanya, “Ada apa?” jawabnya : “Berikanlah kepadaku hadiah, telah kauberikan kepadaku tanah yang gersang, berikanlah juga kepadaku mata air.” Lalu diberikannyalah kepadanya mata air yang di hulu dan mata air yang di hilir ( Yos 15 : 18 – 19 ).

Akhsa memujuk suaminya meminta ladang dari ayahnya manakala dirinya meminta mata air. Ini membuktikan mata hatinya terang dan tahu mengumpulkan makanannya pada waktu panen ( Ams 6 : 6 – 8 ).

Ladang adalah keperluan kehidupan. Sekiranya hanya ada ladang saja tanpa mata air untuk menyuburinya, apakah gunanya ladang itu? Dengan itu bukan saja ada ladang, tetapi juga mata air barulah tiada kekurangan.

Sememangnya Akhsa adalah isteri yang baik, baru saja bernikah telah mengutamakan urusan rumahtangga suaminya. Ia telah merancangkan hal yang jauh bagi rumahtangga dirinya iaitu dengan menyediakan dasar kehidupan yang teguh. Tidak hairanlah ketika Otniel menjadi hakim, ia tidak pernah merisaukan masa depannya “maju berperang” ( Hak 3 : 10 ), sehingga negeri Israel menikmati keamanan selama empat puluh tahun lamanya. Pada zaman purba hamba Tuhan begitu giat melakukan pekerjaan suci dan mencapai hasil yang cemerlang, apakah tidak terdapat sebabnya?

Kesimpulannya, bagi sepasang suami isteri ini, yang seorang berani mati bagi isteri (menyerang kota) dan seorang lagi berani hidup bagi suami ( meminta ladang). Suami isteri yang saling mengasihi pasti amat berbahagia di dalam hidup.

Bagi pekerjaan Tuhan, sebenarnya ia sendiri boleh menyelesaikannya, akan tetapi  ia menyerahkannya kepada kita. Dengan itu haruslah kita insaf untuk melaksanakan pekerjaan suci hendaklah mendapat kerjasama dari pihak Tuhan dan manusia. Hendaklah kita meneladani Otniel dengan sepenuh hati bersandar kepada Tuhan dengan terus-menerus berjuang!