Amsal mengandungi 8 bahagian yang ketara perbezaannya, di mana masing-masing mempunyai kepanjangan dan ciri-ciri yang sungguh tidak seimbang dan kebanyakan bahagiannya ditandakan dengan tajuk-tajuk dan pengenalan yang berasingan.
[1] Fasal 1-9 “Pujian Hikmat”
Di sini pengarang berbicara sebagai seorang ayah kepada seorang murid atau pengikut yang imaginasi di mana ia memberi amaran tentang bahaya dan godaan di samping mempelawa dengan penuh keikhlasan untuk mendengarkan kata-kata nasihat dan menyerukannya kepada tuntutan-tuntutan Hikmat untuk menjadi pemimpin dan sahabatnya.
1.1-6 Adalah petikan untuk membentuk pengenalan kepada kata-kata galakan yang berikut juga kepada Amsal yang terkandung dalam fasal 10ff di mana tujuan serta nilainya turut dinyatakan.
Kata-kata membangunkan tersebut boleh dibahagikan kepada 15 perenggan di mana setiap satunya mempunyai satu tema yang tertentu:
(1) 1.17-19 Satu amaran hendaklah menentang godaan dan melawan perlakuan jenayah-jenayah keganasan.
(2) 1.20-33 Penolakan Hikmat atas orang-orang yang membencinya.
(3) Fasal 2 Usaha mengajar hikmat sebagai jalan ke arah akhlak dan takut akan Tuhan.
(4) 3.1-20 Berkat-berkat yang akan diperolehi atas ibadah kepada Tuhan dan upah Hikmat yang akan diganjarkan kepada barangsiapa yang berusaha mencarikannya.
(5) 3.21-26 Hikmat sebagai perlindungan kepada setiap yang memilikinya.
(6) 3.27-35 Anjuran kemurahan hati dan integriti.
(7) 4.1-5.6 Bimbingan seorang ayah kepada anaknya.
(8) 5.7-20 Berkenaan menghormati dan mentaati ikatan-perkahwinan.
(9) 6.1-5 Tindakan kurang bijak menjadi penanggung orang lain.
(10) 6.6-11 Nasihat kepada orang-orang malas.
(11) 6.12-19 Amaran-amaran tentang komplotan-komplotan jahat.
(12) 6.20-85 Amaran terhadap perzinahan.
(13) Fasal 7 Lanjutan subjek yang sama cuma amaran ditujukan kepada satu ilustrasi.
(14) Fasal 8 Perbicaraan Hikmat, mengistiharkan sifat mulia dan agungnya serta karunia-karunia yang ia sedia berikan kepada manusia.
(15) Fasal 9 Hikmat dan Kebebalan, masing-masing dipersonifikasikan dan berkontras antara satu sama yang lain.
[2] 10.1-22.1 Bertajuk “Amsal-Amsal Salomo”
Bahagian kitab ini mempamerkan bentuk yang sangat tetap. Setiap ayat mempunyai satu peribahasa atau kata amsal yang lengkap manakala setiapnya merangkumi dua rangkai kata (i.e. ahli-ahli atau bahagian-bahagian) di mana setiapnya mempunyai tiga atau empat perkataan. Amsal-amsal tidak disusun dengan cara yang tertentu dan adalah berkaitan dengan satu subjek yang sama (misalnya 16.10,12-15 berkenaan raja-raja, 18.6f berkenaan orang-orang bodoh). Semuanya menunjukkan satu atau lebih perkataan yang tipikal) (Cth: 10.6f ~ orang benar; 11f ~ menyembunyikan; 14f ~ kebinasaan; 16f, 18f; 12.5-7; 15.8; 15.33-16.7,9,11 Yahweh).
Isi kandungan adalah serba beraneka dan tonnya adalah jelas, riang dan gembira. Seandainya yang baik dengan yang jahat dan yang msikin dengan yang kaya saling bertemu (sesuatu yang pasti berlaku di masyarakat), walaupun apa jua aspek kehidupan yang lebih bahagia akan berdominan; kekayaan akan menyerlah dan akhlak-akhlak akan dibalas dengan kekayaan. Di antara tema-tema yang penting:
(1) Manusia diganjarkan (dalam kehidupan) menurut perbuatan dan kerja mereka (2,3,6,7,25,27,30; 11.4,5,6, dan berulang-ulang)
(2) Kontras antara yang bijak dengan yang bodoh (tujuan mereka yang berlainan dan kumpulan pergaulan mereka yang berlainan), yang kaya dengan yang miskin dan yang rajin dengan yang malas (10.4,5; 12.24; 13.4 dll.).
(3) Si pencemooh (13.1; 14.6; 15.12 dll) atau “si bodoh’ adalah orang yang kekurangan persepsi untuk memimpinnya ke arah hal ehwal kehidupan yang baik sama ada kerana kelemahan karaktor atau kerana kedegilannya. Dengan demikian ia asyik menjadi objek sindiran dan cemooh rakan-rakannya.
(4) Kekayaan dianggapkan sebagai satu kelebihan untuk pemiliknya (10.15; 13.8; 14.20; 19.4; 22.7), tetapi tidak sedemikian kiranya ia digunakan ke arah kefasikan (10.2) ataupun sekiranya digunakan sebagai objek keyakinan diri secara membuta (11.28).
(5) Kebanggaan adalah subjek kepada 13.10; 16.18f; 21.44 dan lain-lain.
(6) Prihatin atas orang-orang miskin dipuji 14.31; 17.5; 19.17.
(7) Bibir atau lidah (10.19,32; 12.18; 15.1.4,7,26; 16.2;17.27f; 18.20f; 20.19.
(8) Kerugian menjadi seorang penanggung dibentangkan dalam 11.15; 20.16.
(9) Seorang isteri yang baik digambarkan sebagai pemberian terbaik dari Tuhan (12.4; 18.22; 19.140); tetapi sebaliknya seorang isteri yang kurang bijak atau yang suka bertengkar digambarkan dengan penuh sindiran dan hinaan (11.22; 19.13; 21.9-19).
(10) Nilai autoriti ibu bapa diakui (13.24; 19.18; 22.6,15) dan hasrat ingin menghormati ibu bapa adalah sangat dipuji (13.1; 15.5; 19.26; 20.20).
(11) Raja dibentangkan dalam keadaan yang sangat dikagumi dan dipuji atas keadilan dan mencintai kebenaran (14.35; 16.10,12,13; 20.8; 22.11), hikmatnya (20.26), belas kasihan dan kesetiaannya (20.28), ketaatannya terhadap pimpinan Tuhan (21.1), dipandang penuh kekaguman dan kehormatan (16.14,15; 19.12; 20.2). Kemakmuran bangasnya adalah kemegahannya (14.28) di mana kekayaan serta kemakmuran adalah berhasil dari pada kebenarannya (14.34). Catatan-catatan berkenaan raja yang dinyatakan dalam koleksi ini adalah girang dan gembira; tiada butir-butir tidak baik yang mencemari karaktornya.
[3] 22.17-24.22
Di sini 22.17-21 membentuk satu pengenalan menarik perhatian kepada teguran dan peringatan (kata-kata orang bijak) yang menyusulinya.
[4] 24.23-34
Satu lampiran kepada No. 3; Diberikan tajuk “Ini juga merupakan kata-kata orang-orang bijak”. Di ayat 30-34, orang-orang yang malas (yang disindir lebih dari sekali di No.2) adalah dijadikan sebagai satu subjek dalam hujah-bela (apologue) (cth: naratif didaktik, fabel membawa pengajaran moral, atau satu alegori), yang dibentangkan berdasarkan pengalaman pengarang sendiri (cf 7.6-23. Mzm 37.35f; Ayb 5.3-5).
[5] Fasal-fasal 25-29
Juga diberikan tajuk ‘Amsal-Amsal Salomo yang dikumpulkan pegawai-pegawai Hizkia, raja Yehuda’, merupakan satu lampiran kepada No. 2. Seperti No. 2 amsal-amsal di sini juga dikumpulkan mengikut kata-kata petunjuk (seperti 25.8f ~ bela; 25.11f ~ emas; 26.1f ~ seperti…demikian), dan satu subjek berkenaan komuniti seperti di 25.1-7 (berkenaan raja-raja), 26.3-12 (yang ‘bodoh’), 26.13-16 (berkenaan yang malas), 26.23-26,28 (tentang puji-pujian yang palsu). Berkontras dengan bentuk antitetik di No. 2, fasal-fasal 28-29 dan terutamanya bentuk-bentuk dalam fasal 25-27 adalah bersifat komparatif.
Rumusan tema-tema yang prominen adalah seperti berikut:
(1) Seorang raja yang mengusahakan kebaikan hal ehwal rakyatnya dan keperluan untuk memecatkan menteri-menteri yang jahat (28.1-4; 28.2) ~ juga berkenaan malapetaka menimpa sesebuah negara sewaktu pihak-pihak lawan merebut takhta kerajaan.
(2) 28.12,15f, 28; 29.2,4,16 memancarkan satu penderitaan yang dialamai di bawah tindasan tangan pemerintah-pemerintah jahat.
(3) 25.6ff, 29.14 mengandungi satu maxim perlakuan di hadirat seorang raja dan jaminan takhta yang kukuh kepada raja yang baik dan adil.
(4) Amsal-amsal keagamaan jarang-jarang kedapatan, tetapi para nabi sebagai elemen dalam sesebuah negara adalah jelas kelihatan di 29.18.
(5) ‘Si bodoh’ menjadi subjek kepada serangan bertubi-tubi sindiran dan cemooh, 26.1,3-12 (di mana orang yang malas diperdayakan delusi; cf. 27.22). Di 26.3-11.
(6) Industri pertanian disemai di 27.23-27.
(7) Sesetengah amsal-amsal dijadikan maxim perbuatan (seperti di No 3 dan 4). Cth., 25.6f, 8, 9f, 16f, 21f (kasih seorang musuh): di dalam kes-kes tersebut, nasihat-nasihatnya ditekankan dengan motif yang bijak dan cermat. Panggilan ‘anakku’ muncul sekali di 27.11.
[6] Fasal 30 Perkataan Agur bin Yake
(1) 30.1b-4 Menyatakan satu pandangan yang skeptik bahawa tidak mustahil untuk mengenali Tuhan.
(2) 30.5-6 Satu rayuan kepada Tuhan untuk menyatakan DiriNya.
(3) 30.7-9 ialah satu doa supaya tidak tergoda sehingga menjadikan terlalu paslu dan ekstrim akan kekayaan duniawi sehingga meninggalkan dan tidak menghormati CDU.
(4) 30.10-33 mengandungi sembilan kumpulan amsal (di mana angka ‘empat’ adalah tertonjol, cf. ‘enam’ di 6.16-19): ayat 10 satu amaran kepada seorang penfitnah; ayat 11-14 empat tanda satu angkatan yang jahat; ayat 15-16 empat perkara yang tidak terpuaskan; ayat 17 kesudahan takdir seorang anak yang tidak taat; ayat 18-20 empat perkara yang tidak terfahami; ayat 21-28 empat perkara yang tidak tertahan; ayat 24-28 empat binatang yang cekatan; ayat 29-31 empat perkara yang menampakkan penampilan bergaya; ayat 32-33 satu amaran terhadap perpecahan.
[7] 31.1-9 Perkataan Lemuel, seorang raja.
Perkataan-perkataan ini merupakan satu maxim kekeluargaan yang disampaikan kepada raja Lemuel oleh bonda raja. Dia memberi amaran kepadanya terhadap nafsu keghairahan dan kegemaran yang melampau terhadap arak, di samping harus berprihatin akan keperluan-keperluan orang-orang miskin.
[8] 31.10-31
Gambaran seorang perempuan yang berbudi, tidak ada tajuknya dan ayat-ayatnya disusun mengikut huruf abjad.