Views: 114


1. TEORI DAN KONSEP PENDIDIKAN ORANG-ORANG IBRANI

Berdasarkan apa yang dinyatakan oleh seorang rabi, “melambatkan pendidikan anak-anak adalah seperti menguburkan mereka”, kita dapati, di antara bangsa-bangsa pada zaman dahulu, jarang-jarang  terdapat bangsa yang begitu mementingkan pendidikan anak-anak seperti bangsa Yahudi. Sekiranya objektif utama pendidikan adalah untuk membentuk personaliti seseorang, maka konsep, teori dan kaedah pendidikan orang-orang Yahudi adalah yang paling maju dan sesuai dibandingkan dengan pendidikan zaman sekarang. Pada dasarnya, pendidikan bangsa Ibrani ialah bercorak pendidikan agama dan teori-teorinya berprinsipkan [ takut akan Tuhan adalah permulaan pengetahuan ] ( Ams 1 : 7 ).

Mereka beranggapan, perbuatan manusia adalah yang paling nyata dan bernilai untuk menilai personaliti seseorang. Simeon, anak Gamaliel berkata, “Bukan saja belajar, melainkan yang paling penting ialah mempraktikannya”.

2. PENDIDIKAN UMUM DAN PENDIDIKAN KELUARGA  

Orang-orang Ibrani tinggal di Tanah Kanaan, justru itu, tidak mungkin mereka tidak dipengaruhi oleh Babel dan Mesir, terutamanya bahasa dan tulisan berbentuk baji Babel merupakan pengantaraan bagi bangsa-bangsa yang berada di tanah Kanaan dan bangsa-bangsa berjiranan, ianya juga merupakan bahasa dan penulisan yang digunakan oleh para pemimpin untuk menyampaikan pandangan dan pendapat sendiri serta mencerita atau melapor pendapat rakyat. Justru itu, kurikulum pendidikan orang-orang Ibrani mesti merangkumi pembelajaran bahasa dan kesusasteraan. Namun demikian, selain daripada pegawai-pegawai tertinggi dan orang-orang yang terpelajar, yang menggunakan bahasa kesusasteraan ini, orang-orang yang lain amat kurang ( Hak 8 : 14 ). Ketika politik pemerintah sudah stabil, terutamanya pada zaman Salomo, pentadbirannya dijalankan dengan rapi dan berurus niaga dengan negara-negara lain, maka pandidikan demikian adalah lebih umum dan biasa didapati.

Berkenaan dengan aspek sekolah dan guru-guru, tiada sebarang bukti dan maklumat berkenaannya bermula dari zaman dulu hingga orang Israel ditawan. Walaupun diketahui ada “sekolah nabi-nabi” namun tiada bukti dan maklumat yang nyata untuk membuktikannya. “Ruang kuliah” yang dinyatakan dalam Perjanjian baru ( Kis 19 : 9 ), hanya satu tempat di Efesus di mana guru-guru Ibrani menyampaikan kuliah mereka. Anak-anak keluarga Ibrani dididik di rumah dengan ibu bapa sebagai guru mereka. Apografi kata-kata Hikmat Salomo menyatakan : “Tiada ahli keluarga yang tidak dipercayai”. Ini disebabkan, pengenalan akan Jalan Tuhan dan melakukannya haruslah pertama-tamanya bermula di rumah sendiri. Walaupun bangsa Ibrani telah kehilangan negara sendiri dan ditawan ke negara lain serta melalui kehidupan nomad, namun dalam keseluruhan catatan sejarah jarang-jarang didapati satu bangsa yang lain,yang dapat mengekalkan iman kepercayaan yang tulen seperti bangsa Ibrani. Kesemua ini adalah usaha dan sumbangan dari pendidikan agama yang tegas yang dilakukan di dalam keluarga mereka.

Di rumah, mereka perlu terlebih dahulu mengajar anak-anak berkenaan kebenaran agama yang dipercayai dan disembah oleh nenek moyang mereka ( Ul 6 : 20-25 ); kemudian mendidik mereka berkenaan makna, tujuan dan cara-cara mengadakan perayaan-perayaan yang diadakan secara tahunan — ini merupakan gabungan pendidikan sejarah  dan keagamaan yang ditanamkan pada anak-anak sendiri. Justru ini, sampai pada hari ini mereka masih mengekalkan tradisi-tradisi — setengah-setengahnya masih mengikut tradisi lama dari Alkitab Perjanjian Lama — mempunyai teori dan pemikiran yang tinggi dalam kepercayaan dan perbuatan mereka. Dengan demikian, makna kehidupan mereka ialah berbuat menurut kehendak Tuhan.

Pertama-tamanya, mereka mesti mempelajari hukum-hukum Taurat dalam Alkitab (Perjanjian Lama). Ibu bapa akan menjelaskan hukum-hukum tersebut kepada anak-anak berdasarkan tahap pemahaman dan pengalaman mereka; kemudian membimbing mereka untuk mempraktikkan hukum-hukum yang dipelajari ( Ul 6 : 6-7 ). Ibadah dan latihan dalam rumah merupakan kewajipan yang harus ditunaikan oleh ibu bapa terhadap Tuhan. Biasanya anak-anak lelaki akan memakai jubah yang berjumbai biru dan terdapat 4 kotak kulit kecil yang mempunyai kata-kata kudus terikat di lengan dan dahi ( Kel 13 : 9 ). Ini menunjukkan betapa giat dan sungguh-sungguhnya sesebuah keluarga itu mengajarkan hukum-hukum Taurat.

Justru itu [ memahami kitab sejak kecil ] merupakan satu perkara yang biasa. Apabila keluar atau pulang ke rumah, adanya yang mempunyai tabiat meletakkan tangan di tiang pintu rumah dan membaca. Pada hari Jumaat, hari Sabat akan bermula pada waktu senja maka mereka akan melakukan hal-hal ibadah dan sembahyang. Sebelum anak-anak tahu memikirkan perkara-perkara tersebut, ibu bapa akan mula-mula mengajar mereka hal-hal takut akan Tuhan dan melayani Tuhan supaya mereka melakukannya dalam kehidupan seharian mereka.

3.PENDIDIKAN DALAM RUMAH IBADAT 

Dalam sejarah pendidikan bangsa Ibrani, tradisi [ pendidikan dalam Rumah Ibadat ] adalah bermula dari satu corak pendidikan yang diamalkan pada zaman dulu — iaitu Ezra dan Nehemia mengumpulkan umat ( Nehemia bermula dari fasal 8 ) dan mahu mereka menjadikan [ Kitab Taurat Musa ] sebagai norma dan standard kehidupan mereka.

Justru itu, amalan masyarakat Yahudi bukanlah menurut kata-kata imam atau nabi melainkan memegang segala hukum Taurat dengan sepenuhnya sehingga kehidupan bangsa Yahudi pada keseluruhannya adalah teratur dan tertib. Dengan demikian satu kemudahan yang paling sesuai untuk mendidik, membentuk dan memenuhi permintaan amalan terhadap bangsanya ialah [Rumah Ibadat] dan ini merupakan permulaan tempat kebaktian pendidikan agama.

Dalam Kitab Perjanjian Baru, pengkhotbah atau penafsir di rumah ibadat adalah [pengajar] yang mengajar orang-orang ramai ( Mat 4 : 23 ; Mrk 1 : 21 ). Semenjak dulu sampai sekarang, pendidikan orang-orang muda bangsa Ibrani tidak terasing dari rumah ibadat sehingga mereka ditanamkan sikap yang ghairah dan perasaan yang dalam terhadap Hukum Taurat. Jenis Wellhausen ( seorang pakar Alkitab Negara Jerman “sebolar” bagi pengaji bahasa “Sam”) berkata : Alkitab adalah buku teks pendidikan agama, tempat berhimpun ialah sekolah ……..Kepercayaan tidak boleh diasingkan dari pendidikan, orang-orang yang tidak pandai membaca bukanlah orang Yahudi, ini boleh dikatakan permulaan pendidikan berkumpulan.

Gerakan pendidikan yang baru ini dilakukan dalam kaedah seorang guru atau orang terpelajar mengajar sekumpulan orang ; Misalnya di bawah didikan seorang ahli Taurat seperti Ezra ( Ez 7 : 6 ), ataupun di bawah didikan rabi ( orang yang berhikmat ) yang mempunyai pengaruh yang besar dalam hal-hal agama. Corak pendidikan demikian sangat giat dilakukan sebelum diserang dan dibinasakan oleh kerajaan Persia ( 430 – 330 sebelum masihi ). Pada peringkat awal, ahli-ahli Taurat dan para rabi mempunyai arah dan tujuan yang sama dalam hal-hal yang penting. Waluapun kedua-dua kumpulan ini pada dasarnya tidak sama namun melalui satu tempoh perubahan sehingga ke zaman Selah, kedua-dua kumpulan tersebut disatukan sehingga ahli-ahli Taurat juga diakui sebagai seorang rabi.

Berkenaan nasihat-nasihat rabi di aspek pendidikan agama atau teori-teori pendidikan, mula-mula mereka akan membaca kitab Amsal yang menulis atau menggambarkan latihan-latihan pengujian dalam kehidupan manusia serta member tunjuk ajar tentang pengetahuan dan kebiasaan-kebiasaan kehidupan serta jalan-jalan yang bijak untuk menguruskan hal-hal dalam kehidupan; Kesemua ini adalah punca dan sumber segala hal kehidupan manusia dan ianya bermula dari konsep pendidikan.

4.PENDIDIKAN YAHUDI PERINGKAT AKHIR

Setelah kedatangan orang-orang Yunani, corak dan kaedah pendidikan Yunani telah menjadi tenaga dan penggerak pendidikan yang baru di Palestine. Mengikut rekod Yusuf bangsa Yahudi, mengikut corak pendidikan Yunani bermula di Yerusalem pada tahun 220 sebelum masihi. Pengajar yang tidak mempedulikan “tren” pada masa itu telah berkata “membuat buku tak akan ada akhirnya dan banyak belajar melelahkan badan ( Pkh 12 : 12 ). Bolehkah kita memahami bahawa pengajaran pengetahuan adalah begitu hebat pada masa itu. Selepas itu, mengikut perintah Antiogo Ephyne, hukum Taurat yang “tertulis” umum dibaca di kalangan rakyat dan dikaji serta dipraktikkan.

Dari zaman Macabeus sampai ke zaman kebinasaan negara Yudea (70 selepas masihi) secara ringkas, ianya merupakan perkembangan peringkat awal pendidikan. Sebahagian besar pendidikan ini berkembang luas di bawah tunjuk ajar keluarga Macabeus. “Scholar” yang paling terkenal pada masa itu adalah Simon Bell Staccor, adik raja Pemaisuri Arena. Ada kata-kata memberitahu dia telah menetap akta-akta bahawa “kanak-kanak mesti masuk ke sekolah permulaan”. Dari informasi-informasi yang diperolehi, bukan sahaja dia mendirikan sekolah tetapi memaksa mereka ke sekolah dan telah menjadi pendidikan sukarela pada hari kelak.

Pada amnya, sekolah digelar sebagai [ Rumah Alkitab ]. Sekolah ini adalah berlainan sama sekali  dengan [ Rumah Belajar ] orang-orang tua atau sekolah-sekolah tinggi yang diadakan untuk orang-orang terpelajar. Namun demikian, kesemuanya adalah berkaitan rapat dengan rumah ibadat; [ Rumah Alkitab ] adalah lebih kecil namun corak pembinaannya adalah sama dan kesemuanya mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri.

Guru-guru di peringkat awal merupakan pengajar satu kumpulan besar dan merupakan kerja yang berperingkat rendah. Pada masa Tuhan Yesus, Dia digelar [ Pengajar ], mengajar di desa-desa sekitaran Galilea dan Yudea ( Luk 5 : 17 ). Kanak-kanak yang berumur dari 6 tahun ke atas akan didaftar masuk ke dalam sekolah dalam rumah-rumah ibadat yang berdekatan. Kanak-kanak lelaki akan mendemaklasikan ( chant/recite ) kata-kata nasihat yang dipelajari di rumah ( Dengarlah, hai orang Isreal….. Ul 6 : 4 ), ayat-ayat dalam kitab Mazmur atau ayat-ayat Alkitab lain yang dipilih. Setelah masuk sekolah mereka mesti belajar membaca  dan satu-satunya buku teks mereka ialah Alkitab; terutamanya kitab Taurat yang biasanya bermula dari fasal pertama kitab Imamat.

Setelah pandai membaca, guru-guru akan menyalin ayat-ayat Alkitab yang dihafal oleh kanak-kanak lalu mengajar mereka berkenaan perkaitan antara kesusasteraan dengan bahasa. Cara mengajar yang utama ialah mendengar kemudian mengingat apa yang diajar melalui cara menghafal. Ini disebabkan para guru Yahudi sangat yakin akan sesuatu yang dikatakan dalam pepatah Latin : “Hafalan yang berulang-ulang adalah dasar penbelajaran”. Murid-murid akan duduk di sisi katil guru, seperti Paulus duduk di sisi Gamaliel ( Kis 23 : 3 ). Kesemua bahan-bahan teks yang dipelajari adalah berpusatkan membaca, menulis, dan mengira (yang paling asas). Ketika murid-murid mula membaca, seperti yang dilakukan dalam sekolah-sekolah Yunani, mereka menggunakan cerpihan-cerpihan belanga untuk menulis dan kemudiannya menyalin di atas papan lilin tulis yang rata ( Luk 1 : 63 ), mereka menulis dengan sebatang rod logam yang tajam atau alat tulis logam. Ini adalah seperti menulis di atas roti yang telah disapu dengan majerin yang tebal. Selepas mahir menulis dan ada kemajuan, barulah dibenarkan menulis di atas kertas yang diperbuat daripada tumbuhan.

Orang-orang Yahudi hanya membekalkan pendidikan yang umum kepada anak-anak lelaki tetapi anak-anak perempuan tidak diberikan pendidikan. Mereka akan tumpukan perhatian untuk belajar di rumah hal-hal berkenaan menenun, memintal dan menjahit. Namun, mereka harus juga menghafal ayat-ayat Alkitab seperti anak-anak lelaki. Justru itu, Maria dapat menggunakan ayat-ayat Perjanjian Lama untuk memuji dengan bebas. Maka, ramai orang mengaku kalah jika dibanding dengan pilihan dan pengetahuan atau pengalaman Maria.

Mereka menganggap lelaki hanya memerlukan pendidikan sekolah yang asas dan itu sudah mencukupi. Pendidikan tentang pekerjaan harus diajar oleh bapanya di rumah. Tetapi bagi orang yang ingin mencebur diri di dalam bidang pendidikan atau mengkaji hukum, haruslah ia belajar di sekolah yang lebih tinggi atau universiti. “Hiller” dan “Samed” adalah yang paling terkenal di peringkat universiti.  Paulus yang berasal dari Tarsus adalah murid Gamaliel, di mana Gamaliel itu adalah cucu bagi “Hiller” (Kis 22 : 3 ). Mereka perlu menerangkan Alkitab di “Rumah Balajar”. Pada masa itu, mereka harus mengambil perkara-perkara yang paling tidak penting itu sebagai topik unik untuk dikaji. Begitu juga,mereka harus mencari jawapan yang paling sesuai bagi topik-topik yang dikaji.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *