Peranan Yang Dimainkan Oleh Golongan Belia
Kebelakangan ini, bilangan simpatisan yang menjadi pemercaya dalam Kelas Menengah Atas (atau Kelas Belia) semakin bertambah ramai seiring dengan perkembangan gereja. Perkembangan ini merupakan satu perkara yang melegakan. Ini adalah kerana golongan belia adalah peneraju sesebuah keluarga, sosial dan negara dan bakal menggantikan tugas yang dtinggalkan. Oleh yang demikian, perkembangan dan kemajuan sesebuah keluarga atau negara amat berkait rapat dengan golongan ini.
Ada pepatah yang berbunyi “Keruntuhan dan kemajuan sesebuah negara adalah terletak di dalam tangan rakyatnya”. Begitu juga dengan umat Allah, khususnya golongan belia yang berperanan menjadi penggerak utama dalam perkembangan kerja suci gereja. Kemajuan dalam kerja suci amat bergantung kepada pekerjaan suci belia. Sungguhpun pekerjaan suci Gereja Benar memerlukan peyertaan Roh Kudus, namun janganlah melupakan ajaran Tuhan iaitu “Tuaian memang banyak, tetapi pekerja sedikit kerana itu mintalah kepada tuan yang empunya tuaian, supaya Ia mengirimkan pekerja-pekerja untuk tuaian itu” (Mat 9:36-38). Andai kata, mereka yang bekerja dalam ladang adalah terdiri daripada golongan yang muda dan berhikmat, maka sudah pastinya hasil yang diperolehi juga besar, begitu juga dengan kemerosotan dan perkembangan sesebuah negara. Ada tertulis dalam Alkitab“Mahkota orang tua adalah anak cucu dan kehormatan anak ialah nenek moyang mereka” (Ams 17:6).
Jika sesebuah keluarga dapat melahirkan generasi muda yang baik, maka sudah tentu dapat membanggakan keluarga tersebut. Begitu jug, jika gereja dapat mengasuh dan menghasilkan ramai belia yang baik, beriman teguh, penuh hikmat dan kekuatan, dapat mempertahankan kebenaran, taat kepada perintah Tuhan, mempunyai kehangatan dan keghairahan dalam usaha melayani Tuhan, maka sudah tentu gereja akan bertambah maju dan dapat memuliakan Tuhan. Dengan itu, belia-belia seiman harus mahir untuk mengetahui dan menyedari amanat sendiri, dan juga menginginkan pekerjaan yang indah, serta memahami peranan yang harus dimainkan dalam perlaksanaan kerja suci agar menjadi perabot Tuhan untuk maksud yang mulia.
1. Amanat Gereja:
• Sebelum menerokai peranan yang boleh dimainkan oleh belia-belia seiman dalam pekerjaan suci, maka haruslah diketahui dahulu amanat-amanat yang dipikul oleh gereja-gereja di atas bumi ini. Terdapat banyak jenis pekerjaan suci di dalam gereja, tetapi ia boleh dirumuskan ke dalam 2 kumpulan utama seperti berikut:
a. Pergilah ke seluruh dunia, beritakanlah injil kepada segala makhluk (Mrk 16:15).
• Dunia ini dibanjiri dengan banyak masalah (dari masalah umum kepada masalah individu). Pada zaman silam, manusia beranggapan dapat mencari jalan untuk menyelesaikan masalah mereka tetapi pada masa kini, bahkan pengharapan untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut pun tidak ada. Apakah punca-punca sebenar masalah ini? Bukankah disebabkan mereka telah menghindari Kristus (Yoh 8:24). Dengan itu, hanyalah injil Kristus sahaja satu-satunya pengharapan dunia.
• Pada zaman kini, pemerintahan negara yang berideologi kuku besi telah mengambil tindakan untuk menyekat kemasukan penginjil-penginjil ke negara mereka. Negara Komunis bertindak dengan giat untuk menganayai umat Kristus. Demikian juga halangan dan desakan dari negara Islam dan Buddha. Oleh yang demikian, bukankah kita bertanggungjawab untuk meminta Tuhan membuka pintu dan jalan pemberitaan injil? Siapakah yang rela diutus jika Tuhan bersedia membantu kita membuka pintu dan jalan pemberitaan injil ini? Kita tahu jika jiwa rohani seseorang dapat diselamatkan, ia sama dengan memperoleh seluruh dunia. Memandangkan inilah hakikatnya, maka bukankah golongan belia harus menerokai pekerjaan ini?
b. Gembalakan domba-domba Tuhan (Yoh 21:15-17).
• Gereja ditebus Kristus dengan darah-Nya sendiri. Oleh itu, pemercaya yang telah menerima anugerah keselamatan Tuhan hendaklah memahami betapa bernilainya kedudukan diri di dalam mata Tuhan. Dengan itu, jagalah dirimu dan jagalah seluruh kawanan, kerana kamulah yang ditetapkan oleh Roh Kudus menjadi pemilik untuk menggembalakan jemaat Allah (Kis 20:28).
• Sebagai seorang pelajar Kelas Menengah, kita wajib mengetahui makna gereja dan kepentingannya, serta bertekad untuk melayani Tuhan dalam gereja sejak kecil dengan berdasarkan kasih Kristus, berkepalakan Kristus dan berganding dengan anggota- anggota tubuh lain untuk menyelesaikan dua tugas pelayanan utama yang diamanatkan Tuhan kepada kita dengan sedaya upaya.
2. Peranan dalam pekerjaan suci.
• Golongan belia adalah pengganti untuk kedua-dua amanat utama gereja ini. Setiap belia harus mempunyai tanggapan bahawa pemberitaan injil dan pembangunan gereja adalah tanggungjawab sendiri, serta berusaha dengan gigih dalam pelaksanaan kerja suci gereja (Yoh 15:16; I Kor 9:16).
• Belia-belia dari kelas menengah ini memainkan pernan sebagai “pengganti” dalam pekerjaan suci gereja. Belia-belia harus jelas memahami bahawa ketiadaan hidup yang berkelimpahan akan menyebabkan mereka tidak layak untuk melayani Tuhan sama seperti sepohon pokok yang tidak diberi perhatian sejak ia bertunas maka pasti ia tidak akan menjadi pokok yang besar. Begitu juga dengan nyawa rohani. Walaupun golongan belia harus banyak bekerja untuk Tuhan dengan rela,dan menginginkan karunia Tuhan (seperti; berkhotbah, menterjemah, dan bermain organ), iaitu kerja-kerja yang dilakukan mereka yang sangat dipakai oleh Tuhan, namun jika asuhan dan pendidikan yang bernyawa diabaikan, dan menyebabkan tumbesaran yang tidak normal, maka mereka tidak akan menjadi pengganti yang baik. Oleh itu, semasa berada di alam persekolahan pada peringkat menengah ini, mereka perlu melengkapkan diri dengan banyak membaca Alkitab, mengkaji kebenaran dan memahami segala doktrin (II Tim 3:14-17; Luk 2:46-49), serta mempelajari pelbagai pekerjaan suci dari penatua, diaken dan pendeta, dan menjadi seorang penolong baik mereka (Kel 33:11; Mrk 5: 36-43). Malah, belia-beli harus berusaha sungguh-sungguh untuk menyempurnakan rohani mereka supaya mereka dapat menjadi teladan kepada jemaat dalam iman, dalam kekudusan, dalam kerendahan hati, dalam kesetiaan, dalam kasih dan dalam segala-gala hal, sambil mengharapkan diri menjadi pengganti yang dipandang layak untuk dipakai Tuhan. (1 Tim 4: 11-12; 2 Tim 2: 21).
• Selain itu, janganlah pelajaran mereka diabaikan, melainkan harus ada keseimbangan antara kepercayaan dengan pelajaran. Khususnya bagi seorang pelajar, dia harus mengetahui bahawa dia perlu sungguh-sungguh belajar bukan hanya untuk masa depan diri melainkan juga untuk Tuhan. Tambahan pula, sukatan pelajaran sekolah menengah ini adalah pengetahuan am yang harus dimiliki oleh setiap orang. Pengetahuan ilmiah yang baik ini dapat membantu untuk melakukan pekerjaan suci gereja. Oleh yang demikian, pelajaran dan kepercayaan boleh dikatakan saling membantu dan saling dibentuk bersama. Semoga belia-belia dalam kelas
menengah ini akan mengambil berat kedua-dua aspek ini supaya dapat menjadi seorang pengganti yang berpotensi pada usia yang muda.
3. Kesedaran akan peranan diri
• Pohon zaitun, pohon ara dan pohon anggur tahu akan tujuan Tuhan mencipta mereka (Hak 9:8-13). Justeru itu, bagi kita yang telah dipilih oleh Tuhan harus lebih mengetahui tentang peranan dan tanggungjawab diri sendiri dalam gereja. Syarat-syarat yang tidak boleh terkurang untuk menyempurnakan kedua-dua amanat besar gereja ini adalah kekuasaan Tuhan, tenaga manusia, kewangan dan sebagainya. Antara yang sangat diperlukan ialah lebih ramai yang mempersembahankan diri dan menjadi teman sekerja Tuhan.
• Apabila Musa dewasa, dia faham akan kehendak Tuhan. Dia tahu Tuhan ingin menggunakannya, lalu dia rela dan sanggup menolak disebut sebagai anak puteri Firaun, menyangkal segala harta benda dan kenikmatan di istana Mesir kerana dia lebih rela mengorbankan diri dan mengalami penderitaan bagi Tuhan untuk melaksanakan kerja penyelamatan terhadap sebangsanya (Ibr 11:24-26).
• Sebagai golongan belia di dalam Tuhan, kemungkinan anda sudah melibatkan diri dalam pekerjaan suci gereja pada masa sekarang, tetapi anda juga harus memahami apa yang Tuhan hendak kamu lakukan pada masa depan. Mungkin Tuhan mengehendaki kamu mempersembahkan diri untuk-Nya? Ataupun melakukan pekerjaanmu dalam dunia dan mempersembahkan sepersepuluhan kepada-Nya sambil menggunakan masa di luar kerjamu untuk membantu kerja suci? Semoga Tuhan akan memberi petunjuk tentang posisi yang harus kamu berada, dan kamu juga taat kepada seruan Tuhan serta melayani-Nya dengan setia dan ikhlas.
4. Terdapat banyak lagi pekerjaan yang penting dan dapat dipercayakan kepada belia-belia yang masih belum melibatkan diri dalam kerja suci.
Berikut disampaikan beberapa jenis pekerjaan sebagai rujukan.
• Golongan belia digalakkan melibatkan diri dalam berbagai jenis pekerjaan suci sebelum mereka memegang sesuatu jawatan yang penting dalam gereja. Di sini terdapat beberapa faktor yang diberi sebagai rujukan:
a. Pekerjaan pendidikan agama.
Pada masa ini, kebanyakan tugas bahagian pendidikan agama kanak-kanak adalah terletak di bahu belia kelas menengah dan ke atas. Kualiti seseorang guru mempunyai pengaruh yang besar terhadap kualiti seorang murid, manakala kejayaan dan kegagalan pendidikan agama pula sangat mempengaruhi masa depan gereja (Ams 22:6; II Tim 1:3-5). Oleh itu, generasi muda mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan tugas ini dan juga mengaspirasikan tugas ini kepada generasi seterusnya. Dengan itu, bukankah belia-belia lebih harus berusaha banyak mempertingkatkan dan memantapkan diri?
b. Perkembangan kerja pelayanan belia.
Golongan belia adalah sumber kecergasan gereja dan juga badan utama pekerjaan suci gereja. Golongan belia mempunyai cita-cita, semangat tinggi, keikhlasan, pengetahuan baru, dan juga potensi yang tidak terbatas. Oleh itu, suatu tempat yang penuh dengan belia-belia yang aktif akan memperlihatkan suatu keadaan yang penuh dengan semangat dan tenaga.
Jika ketiadaan belia-belia yang aktif pula, maka akan kelihatan tenaga belia berceraian, tidak bermaya dan patah semangat. Jadi, masa depan gereja amatlah membimbangkan. Oleh itu amatlah penting bagi golongan muda yang sudah dewasa untuk mengaspirasikan tunas- tunas muda tentang bagaimana menerima asuhan dan nasihat, serta berganding dengan mereka dalam pelaksanaan kerja suci.
Belia-belia dari setiap gereja tempatan boleh menubuhkan unit-unit berikut mengikut keperluan dan persetujuaan AJK gereja supaya dapat melibatkan diri dalam kerja suci dengan lebih awal.
i. Kerja pelayanan di sekolah.
Pada masa kini, kebanyakan IPT telah menubuhkan persahabatan IPT. Sekiranya gereja mampu, bolehlah dikumpulkan semua pelajar sekolah menengah menjadi suatu persekutuan supaya mereka dapat bergaul dan belajar antara satu sama lain, serta membawa rakan- rakan sekolah mereka berpaling kepada Tuhan.
ii. Kerja pelayanan dalam informasi.
Peranan bahagian ini adalah bertanggungjawab untuk menghubungi seiman-seiman yang sedang mengadakan kursus latihan tentera atau melanjutkan pelajaran di luar negeri dan meneguhkan iman mereka supaya keimanan mereka sentiasa maju dan dapat bersinar terang bagi Tuhan. Pada masa yang sama, bahagian ini juga memastikan seiman-seiman dari gereja-gereja tempatan yang sedang menuntut di kawasan yang berdekatan, atau sedang mengikuti kursus latihan tentera, ataupun sudah bekerja selalu berhubung antara satu sama lain, serta mengadakan kebaktian khas untuk mereka pada masa yang sesuai demi membangunkan iman dan akhlak mereka.
iii. Kerja pelayanan dalam kesusasteraan.
Satu tugas yang dapat kita lakukan adalah bersungguh-sungguh menyumbang karya untuk terbitan-terbitan gereja. Menyumbang karya ini bukanlah hal yang susah. Ramai orang dapat melakukan tugas ini, hanya bergantung kepada kerelaan orang tersebut untuk melakukkannya. Asalkan kita melakukannya dengan segenap hati dan kekuatan, maka barulah kita tak usah malu di hadapan Tuhan. Selain menyumbang karya, terdapat lagi kerja- kerja yang lain dalam kesusasteraan ini seperti grafik, penterjemahan dan sebagainya.
iv. Kerja pelayanan dalam penginjilan.
Kerja pelayanan ini termasuklah penginjilan secara kesusasteraan menerusi penyebaran risalah injil dan bahan cetakan gereja. Setiap gereja tempatan harus membuat pembahagian mengikut kawasan secara terancang, dan menugaskan belia (dua orang dalam satu kumpulan) untuk mengedarkan risalah injil dari rumah ke rumah, supaya kewajiban kita untuk menginjil kepada kawan sebangsa yang mengenal huruf dapat ditunaikan dengan lebih awal. Selain itu, boleh juga merancang belia-belia untuk mengadakan penginjilan dan penginjilan melalui kidung. Menurut kajian statistik, zaman remaja dari umur 13-18 tahun merupakan masa yang paling baik untuk membangunkan dasar iman kepercayaan. Sebagai seorang pelajar sekolah menengah, kita harus menggunakan kesempatan yang ada untuk bekerja kepada Tuhan, dan banyak mempelajari tugas membawa orang berpaling kepada Tuhan, maka sudah pasti bermanfaat untuk kemajuan rohani kita.
v. Kerja pelayanan dalam lawatan.
Lawatan akan membolehkan kita saling membantu dan saling membangun, serta selanjutnya membangunkan gereja. Tugas ini sesuai dilakukan oleh penuntut-penuntut sekolah menengah, terutama bagi guru-guru yang menggembala domba-domba Tuhan, mereka lebih harus memahami keadaan kawanan domba, barulah mereka dapat memainkan peranan mereka sebagai seorang penggembala dengan baik agar gereja akan bercorak kekeluargaan.
vi. Kerja pelayanan dalam puji-pujian.
Nyanyian pujian merupakan suatu elemen penting dalam proses upacara kebaktian. Jika golongan belia benar-benar dapat menyanyi kidung dengan segenap hati untuk memuji Tuhan, maka akan membuatkan kebaktian dalam gereja sampai ke tahap yang benar-benar menyembah Tuhan dalam roh dan kebenaran. Semoga golongan belia dapat mengerti dan menguasai tujuan menyanyi pujian.
• Selain daripada 6 aspek kerja pelayanan yang telah dibincangkan di atas, terdapat lagi kerja pelayanan lain seperti membersihkan dan mengemaskan kawasan luar dan dalam gereja, mengawal lalu-lintas kenderaan semasa kebaktian, menyambut dan melayan, memimpin latihan kidung, memainkan organ atau menterjemah; melakukan pelbagai jenis kerja persediaan semasa kebaktian kebangunan rohani dan penginjilan, dan lain-lain lagi seperti pengurusan perpustakaan gereja dan kerja bimbingan dan kaunseling. Kita harus menanggung bersama dan melakukan kerja pelayanan dengan sedaya upaya kerana jerih payah kita tidak menjadi sia-sia dalam persekutuan dengan Tuhan.
5. Bagaimana menjadi teman sekerja golongan senior?
• Paza zaman sekarang terdapat ramai belia memandang rendah golongan yang lebih tua disebabkan mempunyai pelajaran yang lebih tinggi sikit daripada mereka. Kejadian ini telah menyebabkan mereka tidak lagi menghormati golongan tua sudah lanjut usia, bersifat bebal dan sukar untuk bergaul. Tabiat yang sedemikian tidak seharusnya wujud!. Untuk memperolehi kerjasama dengan golongan tua ini, golongan belia yang sebagai pengganti baru hendak memerhatikan beberapa perkara penting yang dinyatakan seperti berikut:
a. Jangan memandang diri lebih daripada yang sepatutnya.
Teman sekerja yang muda sering menunjukkan kecergasan dan semangat yang berkobar- kobar, dan senang dipengaruhi oleh sesuatu idea atau pemikiran baru (termasuk yang baik dan buruk). Oleh itu, mereka sering mempunyai percanggahan konsep dengan golongan senior. Namun, sesuatu konsep yang baru tidak semestinya betul sepenuhnya, dan suatu konsep lama tidak semestinya juga salah sepenuhnya. Golongan belia harus selalu merujuk pandangan dan cadangan daripada golongan senior, dan bekerjasama dengan mereka dengan berdoa memohon pedoman dari Roh Kudus agar yang ‘baru’ ini tidak terlampau bersemangat sehingga membawa kesan di sebaliknya pula.
b. Jangan memandang apa yang tidak patut dilihat.
Pemuda sering berasa kecewa dan tawar hati apabila menghadapi tekanan dan tamparan dalam tugas, sehingga ada di antara mereka berasa rendah diri dan kehilangan keyakinan diri lalu melupakan segala kuasa dan karunia adalah berasal dari Tuhan. Oleh itu, orang- orang muda harus tidak putus-putus menghitung kasih karunia Tuhan, dan pada masa yang sama mencontohi Paulus yang sering memegahkan kelemahan diri di hadapan Tuhan. Dengan itu, adalah dipercayai kuasa Tuhan akan menjadi kekuatan kita dan membuatkan kita sehati dan sepakat dengan golongan senior.
c. Menghayati keperipadian golongan tua.
Kita harus bersikap tolenrasni terhadap perbezaan diri kita dengan orang lain. Ini adalah kerana perbezaan latar belakang dan kebiasaan hidup mencetuskan perbezaan keperibadiaan tiap-tiap individu. Namun demikian, kedua-dua perbezaan ini bukanlah tidak dapat wujud dalam satu masa yang sama dan tidak boleh mengasingkannya secara keras ke dalam kumpulan yang benar dan tidak benar, atau betul dan salah. atamenyalahkan mana- mana pihak. Dapatkah anda menilai mana satu pihak yang benar dan mana satu pihak yang salah terhadap mendengar muzik pop atau mendengar muzik klasik? Asalkan ada kasih, maka perbezaan ini dapat ditutupi bersama. Oleh itu, keperibadian setiap individu mengandung kelebihan masing-masing. Haruslah kita saling menghayati antara satu sama lain. Biarlah Tuhan merubah segala kekurangan orang lain yang susah diatasi. mempunyai sifat kebaikan dan kelemahan. Kita harus menjaga imejnya, janganlah mengkritiknya dengan sesuka hati.
d. Memahami keperluan dan pengertian orang tua dalam kerja pelayanan.
Saling memahami adalah syarat utama dalam proses bersatupadu. Oleh itu, perlu belajar bagaimana caranya untuk memahami keperluan dan permintaan mereka dalam perlaksanaan sesuatu kerja serta bersiap sedia memberi kerjasama kepada mereka. Di samping itu, menghormati mereka seperti menghormati bapa atau sahabat kita. Seperti pertalian persahabatan di antara Paulus dengan Timotius.
6. Beberapa cadangan.
Golongan belia seiman memikul kewajipan sebagai pengganti baru untuk mempertahankan kebenaran gereja benar. Oleh yang demikian, mereka perlu memiliki hikmat rohani untuk mengenali Tuhan terlebih dahulu pada masa melibatkan diri dalam kerja suci. Bagaimana memohon dan memperolehi hikmat rohani ini? Terdapat beberapa cadangan yang diberi seperti berikut, walaupun perkara ini sering dibangkitkan tetapi ia adalah kata-kata iklhas yang timbul dari hati.
a. Banyak berdoa.
Doa menjadi pergaulan rohani di antara manusia dengan Tuhan. Sumber kekuatan dari Sorga hanya dapat disambung menerusi doa, dan barulah seseorang itu penuh dengan iman dan kekuatan rohani. Pada masa dulu, sebelum Tuhan Yesus memberitakan injil keselamatan kepada dunia, Dia telah berpuasa selama empat puluh hari dan empat puluh malam untuk memohon kekuatan dan menjadi contoh yang baik. Pada hari ini, jika anda ingin bekerja bagi Tuhan, bagaimana pula anda dapat mengabaikan doa dan memutuskan sumber kekuatan ini? Oleh itu, doa merupakan satu keperluan yang tidak boleh diabaikan. Kita harus menetapkan masa untuk berdoa dalam sepanjang hari, bejaga-jaga dalam doa serta mengumpulkan tenaga dan semangat sambil menantikan kesempatan untuk melakukan kerja Tuhan. Tambahan pula, kita akan memahami lebih banyak rahsia kebenaran apabila kita kepenuhan Roh Kudus.
b. Menggunakan lebih banyak masa membaca Alkitab.
Firman Tuhan adalah pelita di depan kaki, terang di atas jalan dan lebih-lebih ia juga adalah senjata yang serba berkuasa untuk mengalahkan musuh jahat iaitu syaitan. Apabila Tuhan Yesus menghadapi pencobaan si jahat sebanyak tiga kali, Dia mematahkan setiap pencobaan itu dengan firman Allah sebagai kunci kemenangan. Jika kita ingin mengetahui
segala tipu muslihat si iblis dan ingin mengalahkannya, maka kita harus berusaha membaca Alkitab dan menyimpan segala firman Tuhan di dalam hati. Jika kita ditanya tentang soal kebenaran dan langsung tidak tahu menjawabnya, ini telah mebuktikan kita lemah dalam dasar kebenaran, dan dengan mudah sekali kita diserang dan digulingkan oleh musuh kita. Bagaimana pula boleh dikatakan kita ini dapat bekerja untuk Tuhan?
c. Mengingat ayat Alkitab dengan hati.
Kebanyakan pemercaya dulu berpendapat bahawa “saya jarang menginjil.” Oleh itu, mereka hanya membuka Alkitab apabila diberitahu oleh pendeta dan tidak pernah memberi perhatian untuk mengingatinya. Jika pada suatu hari nanti, anda diarahkan untuk memimpin kebaktian atau ingin mempertahankan kebenaran di depan rakan-rakan dari agama lain, maka pada waktu itu anda tentu akan mengeluh dan menyesal sekali kerana tidak mengingat ayat-ayat tersebut meskipun telah memahaminya. Keadaan ini sudah tentu sudah terlambat. Oleh yang demikian, selagi otak kita masih berfungsi hendaklah kita melatih diri supaya kita dapat mengingat lebih banyak kisah-kisah penting atau ayat-ayat Alkitab yang penting. Jika kita tidak berdaya untuk mengingat setiap ayat, maka sekurang-kurangnya kita tahu tercatat dalam mana satu buku dan fasal.
d. Mengenalpasti masalah-masalah.
Dalam kebaktian belia, sentiasa ada tajuk-tajuk perbincangan yang bercorak “perbahasan, perbincangan, pengkajian” tentang firman. Kadang-kadang juga ada sesi yang mengenai “bimbingan kehidupan” dan “kemusyikilan Alkitab” yang dipimpin oleh pendeta, diaken atau penatua. Segala maklumat yang diberikan itu patut dicatat dan diingat kerana kemungkinan besar pada masa-masa yang akan datang kita dibawa oleh saudara-saudari atau kawam sim baptisan untuk membincangkan kebenaran. Jika anda selalu mengambil berat akan masalah iman kepercayaan, maka pasti anda akan dapat memberikan satu penjelasan yang baik terhadap kebenaran. Pada masa itu, kita ibarat seorang saudagar yang memiliki sebuah gudang yang dipenuhi dengan banyak hasil dan boleh dijual dengan harga yang tinggi.
e. Mencegah ancaman ragi dari agama lain.
Berjaga-jaga dan berwaspadalah semasa membaca buku-buku penerbitan daripada gereja lain. Golongan belia bersifat rajin belajar, bernaluri ingin tahu dan suka membaca buku yang ternama. Ada juga di kalangan belia-belia seiman yang mencintai kebenaran gemar membaca terbitan-terbitan dari gereja lain. Mereka asyik berpendapat bahawa saling mengetahui antara satu sama lain akan memberi kelebihan. Walaupun demikian, kita perlu berhati-hati kerana jika pemercaya tidak mempunyai dasar kebenaran yang kukuh dan tidak mahir membaca Alkitab, maka mudah sekali iman mereka menjadi goyah ditiup oleh angin ajaran sesat. Kalau demikian, bagaimana mungkin mereka dapat membangunkan diri dan menyelamatkan jiwa orang lain. Lazimnya, manusia lebih terikat kepada pendirian dan pandangan diri. Oleh yang demikian, hendaklah diri kita dilengkapi dengan kebenaran terlebih dahulu sebelum mengkaji pengajaran orang lain supaya kita tidak mengalami kerugian atau menghadapi sesuatu yang akan memudaratkan kita meskipun tidak memperolehi manfaat daripadanya.
f. Bersungguh-sungguh mempelajari bahasa asing.
Kita memerlukan bahasa sebagai pengantara atau media untuk memberitakan injil ke setiap penjuru dunia. Terdapat pelbagai bahasa dalam dunia ini, ini menyebabkan kita susah untuk mempelajari suatu bahasa tersebut. Kira pemercaya rela bekerja dengan Tuhan untuk menyelamatkan segala bangsa, maka harus berusaha dengan lebih sungguh-sungguh untuk mempelajari bahasa asing kerana jika sesuatu tugas ingin dilakukan dengan baik, maka kita perlu menajamkan alat (bahasa) tersebut. Pada masa kini, bahasa Inggeris dan bahasa Amerika telah menjadi bahasa antarabangsa. Oleh itu, kita harus mempelajarinya dengan baik selagi berada di alam sekolah. Kita harus menghargai masa dan banyak berusaha untuk mempelajarinya. Kemungkinan di antara kita ada yang kurang yakin terhadap diri tetapi kita harus bertekad dan tekun berusaha sama seperti batang besi itu akan dijadikan jarum yang halus setelah lama digosok, kerana di mana ada usaha, di situ akan ada penghasila. Yang terpenting adalah kita harus mempunyai keberanian ingin cuba bercakap dan menulis maka kita pasti akan berjaya pada akhirnya. Dengan itu, kita akan berasa sukacita jika kita dapat menggunakannya untuk memuliakan nama Tuhan dan membawa manfaat kepada orang lain.
Kesimpulan
Golongan belia patut melibatkan diri dalam kerja pelayanan dengan lebih awal kerana ia sungguh dapat membantu belia mengenali diri sendiri dan memahami amanat pada zaman mereka. Pada masa yang sama, mereka juga akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan hubungan yang tidak henti- henti berubah semasa mengambil bahagian dalam kerja pelayanan, supaya kerohanian mereka akan lebih matang dan dapat menjadi pengganti gereja yang mantap dan dapat dipercayai.
Oleh itu, kita harus melaksanakan kerja suci yang telah diaturkan oleh pihak gereja dengan segenap jiwa daya usaha. Kita akan menyedari ketidaksempurnaan diri dalam proses pelayanan dan menyedari bahawa kita memerlukan kemajuan. Asalkan kita sanggup menerima bimbingan dan asuhan gereja dengan rendah hati, maka hati dan sikap akan beransur-ansur menjadi matang samlah seperti kata Alkitab,“Sampai kita semua telah mencapai kesatuan iman dan pengetahuan yang benar tentang anak Allah, kedewasaan penuh, dan tingkat pertumbuhan yang sesuai dengan kepenuhan Kristus. Sehingga kita bukan lagi anak-anak yang diombang-ambingkan oleh rupa-rupa angin pengajaran, oleh permainan palsu manusia dalam kelicikan mereka yang menyesatkan”. Semoga belia-belia dalam Gereja Benar ini dapat mencapai tahap seiras dengan rupa bentuk Kristus menerusi latihan kehidupan dalam iman kepercayaan, agar kita tidak mensia-siakan hidup dan segala kasih karunia yang diberikan oleh Tuhan kepada kita, melainkan kita benar-benar memainkan peranan diri kita dengan baik dan menjadi pelakon yang paling berjaya di atas pentas kehidupan manusia.