Views: 180

Raja Yotam

[Zhuang Mou Wen]

[1]      Latarbelakang Raja Yotam

  1. Maksud Yotam ialah ‘Tuhan Allah sempurna’.
  2. Menjadi raja atas Yehuda menggantikan ayahnya, Azarya (Uzia) [II Raj 15:5, 7)
  3. Ia merupakan tokoh yang sezaman dengan nabi Yesaya dan nabi Hosea (Yes 1:1; Hos 1:1)
  4. Ia berumur dua puluh lima tahun pada waktu ia menjadi raja dan enam belas tahun lamanya ia memerintah di Yerusalem (II Raj 15:32, 33)

[2]      Rekod Peperangan Raja Yotam: Menewaskan bani Amon (II Taw 27:5-9)

[3]     Kekurangannya

Bukit-bukit pengorbanan tidak dijauhkannya, umat masih mempersembahkan dan membakar korban di bukit-bukit itu (II Raj 15:34, 35)

[4]     Kelebihannya

Ia melakukan apa yang benar di mata Tuhan, tepat seperti yang dilakukan ayahnya (II Raj 15:34)

[5]     Pengajaran

i. Yang diminta daripada Allah terhadap dia ialah mempunyai nama yang sepadan dengan perbuatan, sempurna di dalam segala perilaku, sempurna sama seperti Allah adalah sempurna (Mat 5:48)

ii. Raja Yotam tidak memasuki Bait Suci, juga tidak menasihati umat supaya berbuat baik (II Taw 27:2)

¨ Seandainya barisan pemimpin gereja sendiri tidak percaya dan bersandar kepada Tuhan dan tidak giat, bagaimanakah jemaat dapat menjadi baik juga? (I Ptr 5:1-3; Ibr 13:17)

iii. Kemudian ia mengarahkan diri ke jalan benar Allah. Lalu ia menjadi kuat dan makmur (II Taw 27:6)

¨ Teladanilah ia menuruti firman kebenaran agar semakin hari semakin makmur (III Yoh 2-4; II Kor 4:16)

iv. Ia mengalahkan musuh – bani Amon (II Taw 27:5-9)

Umat Kristian sepatutnya mengalahkan musuh rohani iaitu Iblis dan nafsu jahat (I Yoh 5:4; 2:14)

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *