Views: 115
Selamat dan Sukses
Pentahbisan Gereja Baru
Gereja Yesus Sejati, Kuching
29 Mei 2004
“ Berkembang Terus,
Sesuai Kepenuhan Roh Kudus”
( Efesus 4 : 13 )
Salam Dari :
DRS. HENDRY JURNAWAN, SH , MM
& Keluarga
Views: 115
Selamat dan Sukses
Pentahbisan Gereja Baru
Gereja Yesus Sejati, Kuching
29 Mei 2004
“ Berkembang Terus,
Sesuai Kepenuhan Roh Kudus”
( Efesus 4 : 13 )
Salam Dari :
DRS. HENDRY JURNAWAN, SH , MM
& Keluarga
Gereja Tinuhan telah ditubuhkan pada 6 Februari 1956. Sdra Kadir, seorang Ketua Kampung, mempunyai seorang anak perempuan yang mati selepas melahirkan anak. Bayi yang hidup itu selalu sakit dan kurus sehingga seperti tulang dan kulit tetapi jenis penyakitnya tidak diketahui.
Pada masa itu, banyhak tanda ajaib dan mujizat sangat nayata di Gereja Wangkod dan seorang pemercaya memberitahu Sdra Kadir bahawa bayi tersebut akan sembuh jika dia dibaptiskan. Sdra kadir bersetuju tetapi dia sendiri tidak mahu dibaptiskan. Bayi telah dibaptiskan oleh Dn John Chin di Gereja Wangkod dan melalui kuasa Tuhan, dia disembuhkan dan menjadi sihat. Perkara ini menggerakkan hati Sdra Kadir dan kemudian dia pun percaya dan dibaptiskan. Oleh itu, bilangan pemercaya bertambah setiap hari melalui pengaruh Sdra Kadir sebagai Ketua Kampung.
Pada masa itu tiada rumah doa di Tinuhan. Oleh itu, para pemercaya menghadiri Kebaktian di Wangkod yang dijalankan oleh Sdra Apuk Gimba (Kini Dn Thomas). Apabila pemercaya bertambah dan beberapa saudara di Wangkod telah berpindah ke Tinuhan. Barulah sebuah gereja berukuran 9.1m x 6.1m (30 kaki x 20 kaki) didirikan di Kg Tinuhan dengan bantuan besar daripada pemercaya-pemercaya di Kg Wangkod.
Beliau di sini merupakan tulang belakang kemajuan gereja. Mereka mula menjadi aktif pada penghujung tahun 1982. Sebuah gereja baharu berharga $75,065 termasuk perabot dan alat-alat kelengkapan yang berukuran 18.3m x 12.2m (60 kaki x 40 kaki) telah dibina dan ditahbiskan pada 1986.
Terdapat kerjasama yang baik di antara diaken, ibu bapa dan belia dalam kerja suci. Syukur kepada Tuhan atas berkatNya.
Pada 1986, terdapat 105 pemercaya termasuk 2 diaken. Selain dari kebaktian Sabat, kebaktian juga diadakan setiap malam. Terdapat juga kebaktian belia, kajian Alkitab, belajar berkhutbah, lawatan dan latihan koir belia dan kanak-kanak. Kelas Pendidikan Agama berjumlah lima buah dengan 38 kanak-kanak dan 20 guru. Penguasanya ialah Sdri Rostina Dn Thomas. Ahli-ahli Jawatankuasa adalah yang berikut:
Hal Ehwal Agama: Thomas Gimba, Pinehas Sombulan (Timbalan)
Hal Ehwal Am : Pinehas Sombulan, Markus Lipuk (Pembantu)
Bendahari: George Thomas, Hongsui Gelong (Pembantu)
Setiausaha: Jane Salunda, Shoney Gelong (Pembantu)
RUMAH DOA BRUNEI
Brunei Darussalam ialah sebuah Negara kecil terletak di sebelah barat-laut Borneo Utara. Negara ini kaya dengan sumber minyak. Ianya dibawah penjajahan British sebelum mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1984.
Sejak lepas Peperangan Dunia Kedua sehingga kini, gereja di Brunei Darussalam tidak dapat berkembang maju kerana beberapa faktor.
Dalam tahun 1957, sebuah rumah doa didirikan di Bandar Seri Begawan, ibu kota Brunei, apabila mendiang keluarga Dn Cephas Chong berpindah ke sana. Jemaat ketika itu termasuk Dns Anna Tsen serta anak lelakinya, Sdri Yap Loi Tshin, beberapa saudara-saudari lagi termasuk keluarga Dn Chong, sejumlah lebih kurang 10 orang.
Apabila keluarga Dn Caphas Chong berpindah kembali ke Sabah dalam tahun 1960, kediaman Sdri Yap Loi Tshin telah dijadikan rumah doa sehingga sekarang.
Rumah doa di Bandar Seri Bengawan kini adalah dibawah penguasaan Ibu Gereja Sabah. Pendeta-pendeta dihantar ke sana dari semasa ke semasa untuk menggembala jemaat di situ. Saudara-saudari di situ juga sering datang ke Sabah untuk menyertai aktiviti-aktiviti Pendidikan Agama, Kursus Latihan Teologi Belia serta aktiviti-aktiviti gereja lain. Semoga Tuhan memimpin rumah doa ini supaya ianya akan maju di masa hadapan mengikut kehendakNya.
Ponontomon merupakan salah satu kampung di bawah naungan Tenom. Sebilangan besar penduduknya adalah petani. Orang yang pertama mempercayai Injil Benar dan membawanya balik ke kampungnya ialah Sdra Asuk bin Usone. Pada suatu hari dalam tahun 1962, beliau pergi ke Kampung Sungai Apih untuk melawat adik perempuannya yang telah berkahwin dengan seorang saudara seiman dari sana. Apabila Sdra Sahoh Ahar, seorang dari Gereja Yesus Benar mengetahui bahawa Sdra Asuk ada di situ, ia mengambil kesempatan untuk menyaksikan Injil Kebenaran kepadanya. Syukur kepada Tuhan kerana telah membuka hati Sdra Asuk untuk mempercayai Injil Benar dan ia telah dibaptiskan di Gereja Sungai Apih.
Setelah Sdra Asuk kembali ke kampungnya, dia pun menyaksikan Injil Benar kepada penduduk-penduduk di Kampung Ponontomon. Ia memberi penduduk kampung bahawa jika sekiranya ada orang yang ingin dibaptiskan Sdra Sahoh sanggup datang untuk membaptiskan mereka. Syukur kepada Tuhan kerana lebih 30 orang termasuk kanak-kanak telah datang ke Kampung Sungai Apih meminta untuk dibaptiskan.
Oleh kerana para pemerfcaya begitu ramai, Sdra Sahoh sering melawat Kampung Ponontomon untuk melakukan kerja penggembalaan serta menyaksikan Injil Benar sehingga bilangan pemercaya semakin bertambah. Selain daripada Sdra Sahoh, Dn Philip Tyan dan Sn Samuel Chin sering datang melawat pemercaya di sini.
Tanda-tanda mujizat telah menyebabkan bertambahnya bilangan pemercaya. Seroang Sdra Ambiton telah jatuh sakit teruk kerana disambar petir yang menyebabkan sebahagian anggota tubuhnya menjadi kejang. Tetapi setelah dibaptiskan dan dibantu doa, penyakitnya telah disembuhkan.
Rumah Sdra Asuk telah digunakan untuk menjadi rumah doa selama 2 bulan. Pada 26 Januari 1963, sebuah bangunan gereja berukuran 12.2m x 6.1m (40 kaki x 20 kaki), dengan bantuan kerja dari Ibu Gereja telah didirikan. Gereja kedua yang berukuran 13.4m x 6.7m (44kaki x 22kaki) yang beratap zink, berdinding papan dan berlantai simen telah dibangunkan kemudian.
Pada masa ini, gereja tersebut digunakan untuk Kebaktian bagi penduduk-penduduk Kg Ponontomon dan Kg Anambai. Selain daripada kebaktian Sabat, Kebaktian malam juga diadakan pada Hari Khamis. Kini, ada 4 kelas Pendidikan Agama dengan 39 kanak-kanak dan 6 guru. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada:
Hal Ehwal Agama: Sapau bin Ampika, Kuriting bin Anguin (Naib)
Hal Ehwal AM : ANgkasang bin Mohos, Amol (Pembantu)
Bendahari: Saibuh bin Angaboh
Setiausaha: Kusnah bte Mamut, Suliman bin Sapau (Pembantu)
Sungai Paal terletak di km 16 sebelah selatan Tenom. Pada awal tahun 1955, Dn James Pung dan Sdra Kichik, serta keluarga mereka seramai 18 orang telah meninggalkan Klias dan berpindah ke tanah yang dimiliki oleh Ladang Lagut, satu estet untuk bercucuk tanam. Pada masa itu, Dn John Chin dari Lembaga Cawangan dan Dn Timothy Ho dari Beaufort mendengar bahawa di tempat estet itu ada pemercaya- pemercaya, lalu mereka membuat lawatan ke situ dan mendapati bahawa terdapat 20 lebih orang pemercaya. Deengan itu, mereka menubuhkan sebuah rumah doa di rumah Dn Pung dan kebaktian Sabat dipimpin olehnya. Pada 1957, keluarga Sdra Fung Min Sang berpindah ke Sungai paal untuk menanam padi dan jagung.
Pada penghujung 1958, Dn Philip Tyan dihantarkan di Sg Paal untuk menginjil. Syukur kepada Tuhan, pada 23 Oktober 1958, seorang yang bernama Chong Kai Wee telah percaya Kebenaran dan dibaptiskan. Rumah Sdra Chong dijadikan rumah doa. Kebaktian Hari Sabat diadakan di situ. Kerja suci sangat maju.
Pada 5-7 Februari 1960, Kebaktian Kebangunan Rohani pertama telah diadakan. Dengan penyerahan Roh Kudus, bilangan yang dibaptiskan kian bertambah. Pada masa itu, terdapat ruang rumah doa di rumah Sdra Chong tidak mencukupi. Sdra Chew Chen Cho mencadangkan pembinaan sebuah bangunan gereja. Sdra Fung Min Sang dengan murah hati mempersembahkan tanahnya yang seluas 0.2 hektar (1/2 ekar) untuk tapak bangunan gereja. Sdra Chew Dan semua pemercaya bekerjasama mendirikan bangunan gereja.
Syukur kepada Tuhan, bangunan gereja telah siap didirikan dan ditahbiskan pada 7 April 1961, dan satu Kebaktian Kebangunan Rohani diadakan.
Kemudian, Dn James Pung dan keluarga berpindah ke Tawau dan tiada lagi ketua bagi gereja. Oleh itu, pihak Ibu Pejabat telah mengirimkan Dn Mark Chin untuk mengangkat penatua / diaken-diaken / diakenis berikut untuk menguruskan gereja: Sdra Chew Chen Cho sebagai Dn Thmoas Chew, Sdra Chang Seng Shsu sebagai Dn Thaddaeus Chang; dan Sdra Fung Min Sang sebagai Penatua Zephaniah Fungl Sdri Chin Yun Len sebagai Dns Dorcas Chin. Pada masa ini kerja suci berkembang dengan baiknya, dengan kehadiran banyak mujizat dan tanda ajaib.
Akan tetapi, memandangkan keperluan untuk mencari nafkah hidup, semua diaken meninggalkan Sg Paal seorang demi seorang ke bandar besar. Oleh itu, tiada lagi orang menggembalakan gereja lalu gereja menjadi lemah hari demi hari. Dalam keadaan yang demikian, Sdra Chong Yun Hiong dari Gereja Pahat bersukarela untuk datang membantu kerja suci bagi beberapa tahun.
Jawatankausa Gerja adalah seperti berikut:-
Hal Ehwal Agama: Wong Shau Vui, Tham Yun Foh (Timbalan)
Hal Ehwal Am: Yong Lan Fui
Bendahari: Lee Sui Choon, Wong Wui Cho (Pembantu)
Setiausaha: Wong Yun Cheong
BANGUNAN MANUSIA TUHAN YANG MENJAGA
Kemah doa Kuching adalah satu-satunya titik pemula pengabaran Injil di ibukota negara bagian Sarawak Malaysia. Sepuluh tahun yang lalu, terdengar ada sejumlah saudara setempat haus akan Tuhan, karena mendengar kabar gembira, masuk Gereja Sejati. Namun dalam sepuluh tahun ini, masih dalam tahap pembukaan lahan, sekalipun beberapa kali telah penaburan biji, ada terjatuh ditanah tandus, ada yang mulai bertunas, mati kering dijemur terik matahari ada benih tertiup angin, ada yang dimakan burung, ada yang terhimpit semak duri, sepanjang masa biji itu ditanamkan kurang ada hasilnya, seperti tanaman dipadang gurun sulit tumbuh berkembang.
Puji syukur pada Tuhan, berkat ketekunan dan tidak putus berdoanya saudara-saudari dan Roh Tuhan mulai bekerja berdasarkan panggilan berkatNya, saatnya telah tiba, dalam waktu yang sama dan tempat yang berbeda telah dipilihlah umat yang diinginkanNya. Tanpa adanya perjanjian sebelumnya, sejumlah saudara saudari kembali ke Kuching ladang Tuhan mulai bekerja. Maka mulai sekarang terciptalah kesempatan didaerah ini dimulai penyebaran injil diladang yang potensi nan subur.
Demi membina iman kepercayaan pokok sebagai kebutuhan jemaat maka disewanya sebuah tempat yang kecil sebagai tempat kebaktian, kemudian mendapat berkat dari Tuhan, tak disangka diperoleh sebuah lahan yang sangat cocok untuk dijadikan Gereja.
Dengan dibelinya Gereja baru pada lokasi yang cocok, kita semua harus tingkatkan iman dan semangat jadikanlah tempat kebaktian yang ideal. Dalam proses perjalanan ini memang sempat terpikir kesulitan dana dan masalah lain. Tapi Tuhan tiada henti-hentinya memberkati dan membimbing serta menggerakan hati saudara-saudari seiman dalam dan luar negeri penuh dukungan dan memberikan persembahan ( Hagai 2 : 7 ). Akhirnya mampu membeli Gereja ini, dan mulai sekarang Kuching memiliki kesempatan. Sungguh suatu perolehan yang tidak muda, tentu inilah bukti kasih dan berkat Tuhan yang berlimpah, dan tetapi yang terpenting tugas dan tanggung jawab yang lebih besar penyebaran kabar gembira, mencari jiwa keselamatan manusia yang diserahkan Tuhan kepada saudara-saudari. Manfaatkanlah Gereja baru ini sebagai berkat dan muliakanlah nama Tuhan bersaksi untuk Tuhan, sebarkan Firman Tuhan kemana-mana, seperti Tuhan Yesus sendiri, Petrus, Yohanes, Paulus manfaatkan Gereja bersaksi dan menyebarkan firman Tuhan dan kerajaan Allah kemana saja.
Oleh karena itu sebelum gereja ditahbiskan kita harus merencanakan dan mengadakan persiapan segala sesuatu sabaik mungkin, setelah pentahbisan gereja, kita tetap harus doa mohon Tuhan menyertai. Hal ini harus tidak beda seperti Gereja zaman para rasul. Ada petugas sedang menginjil ( Roma 10 : 14 ) tetapi bersamaan itu pula, sangat perlu adanya Roh Kudus bekerja, membuka isi hati manusia, membimbing orang percaya Yesus Saat sekarang, banyak pekerjaan Gereja ( tidak bedanya pengembalaan kedalam maupun penginjilan keluar ) kita semua memerlukan adanya orang aktip bekerja merancang dan melaksanakan, adanya bimbingan dari Tuhan ( Mazmur 127 : 1 ). Sangat perlu jemaat menanam menyiram air dan memenuhi keinginan Tuhan agar hidup berkembang ( I Kor 3 : 6-9 ).
Kiranya berkat Tuhan yang melimpah untuk Gereja terus menerus berkembang dan dewasa. Terpujilah nama Tuhan Amin.
Pdt. Thomas Fung
Gereja Perth, Australia
Gereja Purun terletak di kawasan pantai di bahagian pedalaman. Pada tahun 1974, Sdra Jungin Apok dengan seisi keluarga berpindah dari Lupak ke Kampung Purun. Walaupun semua ahli keluarga dibaptis, Sdra Junggin Apok tidak menyebarkan Injil di sekeliling tempat kediaman atau memimpin Kebaktian Sabat untuk keluarganya disebabkan kekurangan pengalaman serta pengetahuan rohani.
Dalam tahun 1980, orang yang pertama dibaptiskan di Purun ialah Sdra Juis bin Mani diikuti oleh beberapa orang dalam Julai 1982.
Pada 13 Oktober 1982, 7 orang telah dibaptis oleh Pdt Titus di Kampung Purun, termasuk saudara-mara Junggin. Apabila bilangan bertambah, mereka mula berhimpun di ruamh Sdra Opok bin Intan setiap Hari Sabat. Tempat ibadah bertukar ke rumah Sdra Junggin apabila Sdra Opok meninggal dunia. Kenudian, rumah Sdra Mani digunakan untuk Kebaktian Sabat, kerana ruangan rumahnya lebih besar. Akan tetapi disebabkan Kg Purun masih kekurangan pemimpin anggota yang cekap untuk memimpin kebaktian maka Sdra Panak Liamat dari Menunggang dijemput membantu memimpin Kebaktian Sabat setiap minggu.
Kini, bilangan pemercaya berjumlah 38 orang. Dalam 1985, sebuah gereja yang sederhana besarnya telah dibina. Tanah tapak gereja telah didermakan oleh Sdra Mani dengan bantuan kewangan dari Ibu Gereja dan juga Sdra Chong Chee Leh. Penguasa Gereja ialah Sdra Mani. Baru-baru ini Sdra Atim Kaling dari Menunggang juga datang untuk membantu memimpin Kebaktian Sabat.