Gereja Bawang ditubuhkan pada tahun 1957. Ahli yang pertama Gereja Kampung Bawang adalah seorang saudari bernama Lingkin. Dia menjadi seorang pemercaya melalui saksian dari beberapa ahli di Kampung Kapa. Sebelum Sdri Lingkin dibaptiskan dia menghadapi bantahan dari keluarga terutama suaminya. Namun demikian Sdri Lingkin berpegang teguh dalam imannya dan akhirnya dibaptiskan oleh Dn Ungkui dari Tamparuli.
Selepas Sdri Lingkin menjadi ahli Gereja Yesus Benar, Tuhan juga telah membuat hati orang ramai melalui mujizat dan tanah ajaib. Oleh itu, ramai orang dibaptiskan termasuklah Sdri Lingkin sendiri yang telah percaya dan dibaptiskan 3 tahun kemudian.
Disebabkan bilangan pemercaya bertambah maka mereka berbakti di sebuah rumah di Bontoi, Tamparuli. Akan tetapi rumah itu, terlalu jauh dari Kampung Bawang. Akibatnya, mereka telah memilih rumah Sdra Uggao sebagai rumah doa. Pada masa itu, ahli-ahli berjumlah 90 orang.
Dua tahun kemudian, pada tahun 1960, mereka telah berjaya membina sebuah gereja berukuran 6.1m x 4.9m (20 kaki x 16 kaki) di tanah Sdra Uggao. Oleh kerana gereja terlalu kecil dan tidak dapat menampung bilangan pemercaya yang semakin bertambah maka pada 1964, gereja dirobohkan dan sebuah gereja baru yang lebih besar berukuran 9.1m x 6.1m (30 x20 kaki) dibina di tapak yang sama. Setengah ekar (0.2 hektar) tanah disembahkan oleh Sdra Uggao untuk digunakan. Malangnya, disebabkan beberapa faktor perselisihan faham berlaku dalam hal pembahagian tanah maka tanah itu dikembalikan kepada pemiliknya. Disebabkan gereja tersebut didirikan atas tanah Kerajaan yang dekat dengan jalan raya, maka pemercaya-pemercaya dari gereja-gereja yang berhampiran juga senantiasa datang dan mengunjungi Gereja Bawang.
Pada 17 & 18 April 1984, sebuah gereja baharu berukuran 10.7m x 7.3m (35 kaki x 24 kaki) bertapak di atas sebuah bukit yang indah telah ditahbiskan kepada Tuhan bersempena dengan kebaktian kebangunan rohani.
Pada masa sekarang, ada sejumlah 120 orang anggota dari 17 keluarga. Selain daripada Kebaktian Sabat, Gereja Bawang juga mengadakan kebaktian khas pada Ahad jam 4-5 petang. Pendidikan Agama mengadakan mengandungi kelas kanak-kanak dan kelas belia. Penguasanya ialah Sdra Markus Andreas dibantu oleh Sdri Mary Gintan. Jawatankuasa Gereja terdiri daripada yang berikut:-
Hal Ehwal Agama : Andreas Liamat, Dusir bin Sandaan (Naib)
Hal Ehwal Am : Andreas Liamat, Guntak Gukum (Pembantu)
Bendahari : Gompodus Gumayau
Setiausaha : Markus Andreas