RENUNGAN ULANG TAHUN KETUJUH PULUH
Penguasa Gereja : Timotius Pang
Bersyukur ke atas berkat Tuhan kerana memelihara tunas awal pekerjaan suci bercampak, bertumbuh dengan subur dan teguh. Pada setiap hari, terdapat anugerah yang tidak berkesudahan. Tuhan menggenapkan kehendakNya yang indah agar kesyukuran, kehangatan, kesukacitaan yang menghiburkan memenuhi seluruh gereja.
Mengingatkan kembali ketika firman benar disebarkan masuk ke dalam negeri Sabah, kerja-kerja suci bergerak dengan lancar dan telah mendirikan gereja yang pertama iaitu benih pertama Gereja Yesus Benar di Sabah – Gereja Sandakan. Pada ketika itu, kesetiaan pemercaya berkenan kepada Tuhan, kasih mereka diberkati Tuhan. Berita baik ini disebarkan sehingga ke merata-rata tempat di seluruh negeri. Paulus berkata : “ melupakan apa yang di belakang, mengarahkan diri ke hadapan”. Kemunculan gereja hari ini adalah kerana pemeliharaan, perlindungan serta pimpinan Tuhan. Kita tidak boleh berpuas hati sekadar merenung ‘kejayaan’ yang lampau sehinggakan tidak ingin maju lagi. Sebaliknya harus lebih-lebih lagi berusaha memberikan persembahan dan mendisplinkan diri pada masa sekarang.
Gereja Elopura adalah gereja kedua di kawasan Sandakan. Oleh sebab keadaan ekonomi yang tidak memuaskan, ramai belia telah berpindah dan meninggalkan kawasan ini untuk melanjutkan pelajaran atau mencari nafkah hidup di tempat lain. Oleh itu, pemercaya yang masih tinggal tidak ramai. Jawatankuasa Eksekutif gereja telah menetapkan masa tiga tahun bagi mengumpulkan persembahan bagi tabung pembinaan gereja. Bersyukur kepada Tuhan, para pemercaya berdasarkan hati yang mengasihi Tuhan telah menyumbangkan tenaga mereka dalam pembinaan gereja melalui persembahan secara sukarela dan telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 1.04 juta. Setelah melalui belas bulan pembinaan, sebuah bangunan yang gagah telah berdiri di tepi lebuh raya yang sibuk menjunjung tinggi nama Tuhan.
Walaupun di kawasan Sandakan terdapat dua buah gerja, tidak lama kemudian akan mempunyai pengurusan dan Jawatankuasa Eksekutif yang berasingan. Diharapkan saudara saudari dalam Tuhan tahu melakukan serta berpegang teguh pada firman, mempunyai kelakuan serta nama yang baik, memelihara kekudusan agar orang dapat membezakan bahawa kita adalah pemercaya gereja benar dan nama Tuhan dapat dimuliakan. Kita harus memiliki semangat yang dapat bertahan dari awal hingga ke akhir, berusaha dengan gigih, sehati sejiwa mendirikan sebuah gereja mulia yang beriman, berpengharapan, mempunyai kasih dan dipenuhi dengan keharuman kristus. Semoga kemuliaan, kehormatan, puji-pujian diberikan kepada Bapa di syurga. Amin.