Views: 104

[4] Memanifestasikan Kebaikan Injil (2:11-21)

Prakata

  1. Dalam hal menegur rasul besar, Paulus menyatakan kelayakannya sebagai rasul.
  2. Menegaskan kalau Injil berubah, sia-sialah Kristus mati, dan sia-sia jugalah kepercayaan manusia.

[1]      Berani Membela Injil (Gal 2:11-14)

i. Menentang Petrus (11-12)

  1. Petrus berbuat salah: Paulus menentangnya secara terang-terangan
  2. Petrus mengetahui erti kasih karunia yang sebenarnya (Kis 10:9-18; Mrk 7:19; Ef 2:13-15)
  3. Takut kepada orang-orang dari kalangan Yakobus

-Orang-orang yang mencanangkan sunat datang dari Yerusalem.
-Kerana takut kepada mereka: Merosak semangat kesatuan (I Kor 10:17), menyangkal kebenaran (Kis 10:9-18).

ii. Orang yang lainnya turut berlaku munafik (13): Terpengaruh oleh Petrus

  1. Barnabas juga turut terseret oleh kemunafikan mereka.
  2. Merasa malu kerana Injil adalah dosa besar.

iii. Menyingkapkan kemunafikannya di hadapan orang banyak (Mat 14; 18:17; I Tim 5:20)

  1. Kerana Petrus tidak berjalan dengan tulus: Orang yang berada di dalam kasih karunia malah berkompromi kepada hukum Taurat.
  2. Orang yang hidup di dalam kasih karunia mana boleh memaksa orang lain hidup di dalam hukum Taurat lagi? Berbuat menurut keinginan daging?

[2]      Menegaskan Pentingnya Injil (Gal 2:15-16)

  1. Walaupun orang Yahudi bukan bangsa kafir (15), mereka diselamatkan juga harus melalui iman.
  2. Dibenarkan kerana iman (16).
  3. Manusia datang ke hadapan Allah kerana iman, dibenarkan oleh kerana iman dalam Kristus.
  4. Kami (orang Yahudi) juga dibenarkan kerana iman: Orang Yahudi juga dibenarkan oleh kerana iman dalam Kristus.
  5. Setiap orang harus dibenarkan kerana iman, tiada seorangpun yang dibenarkan oleh kerana melakukan hukum Taurat

Δ Melakukan hukum Taurat tidak dapat dibenarkan: Kerana mengandalkan cara-cara manusia tidak akan dapat mengalahkan dosa.

Δ Perbuatan Petrus sepertinya mengacaukan kasih karunia.

[3] Bersaksi Tentang Kebaikan Injil (Gal 2:17-21) – Pengalaman Paulus

i. Apakah Kristus pelayan dosa? (17-18)

  1. Kristus menghendaki bangsa Yahudi dan bangsa bukan Yahudi menjadi satu; menjadi satu kerana dibenarkan oleh kerana iman.
  2. Apakah berdosa kalau berada bersama jemaat bukan Yahudi? (17) Bangsa bukan Yahudi dibenarkan kerana iman, apakah mereka tetap orang berdosa?

Δ Jika perbuatan Petrus benar, bererti keselamatan Kristus menjadi sia-sia.

ii. Setelah menerima keselamatan masih melakukan hukum Taurat, ia adalah orang berdosa (18), kerana telah kehilangan iman.

  1. Hendaklah mati oleh hukum Taurat (19a).
    1. Hukum Taurat hanya membuat orang menjadi lemah: Pengalaman yang lalu (Rm 7:18-19).
    2. Hukum Taurat membunuh orang (menghukum orang) (Rm 3:23; 7:1).
    3. Hendaklah mati oleh hukum Taurat: Tidak lagi berbuat oleh hukum Taurat. Sebelum mengakui dosa dan ketidakmampuan diri sendiri tidak akan bersandar kepada Allah (I Tim 1:15).
  1. Hendaklah hidup di dalam Kristus (19b-21)
    1. Hidup untuk Allah:
      1. Disalibkan bersama dengan Kristus: Terpisah dari dosa dan dibenarkan, yakni menerima baptisan (Rm 6:3-8)    15
      2. Kristus hidup didalam aku: Kristus menjadi tuan, biarkan Roh Kudus diam di dalam hati (Rm 8:9)

iii. Hidup oleh iman dalam Anak Allah.

-Percaya Ia mengasihi aku dan menyerahkan diriNya untuk aku: DarahNya berkhasiat, kasih karuniaNya tak terlupakan (II Kor 5:14).

-Percaya bahwa kasih Tuhan dapat mengubah hidup manusia (Kol 1:27; Ef 3:20; II Ptr 1:4), memiliki sifat Allah.

  1. Tidak berani meremehkan kasih karunia Allah
    1. Tidak hidup menurut daging: Menunjukkan tidak berbuat menurut hikmat dunia.
    2. Tidak berdasarkan perbuatan baik atau pengekangan diri: Menunjukkan tidak berbuat menurut cara manusia
    3. Kalau dibenarkan kerana melakukan hukum Taurat, buat apa percaya Yesus.

Kata Penutup

Orang benar akan hidup oleh iman (Rm 1:17), menunjukkan manusia dibenarkan buakn kerana melakukan hukum Taurat, melainkan kerana percaya kepada Tuhan Yesus. Kerana kasih dan penyelamatan Kristus telah menggenapi hukum Taurat (Rm 4:16; 13:8; Mat 5:17-19).

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *