Korban Yang Dipersembahkan Kepada Tuhan
|

Korban Yang Dipersembahkan Kepada Tuhan

Pendahuluan : Tuhan penuh belas kasihan dan anugerah, Dia memberikan segala sesuatu kepada umat manusia, agar kita menerima anugerahNya dengan cuma-cuma. Pada zaman dahulu, manusia demi menunjukkan kesyukuran kepada Tuhan, selalu mendirikan mezbah untuk mempersembahkan korban; hari ini , kita juga harus memahami bagaimana untuk membalas budi Tuhan dengan mempersembahkan korban kepada Tuhan.  Maka, apakah korban yang diminta  oleh Tuhan ?

  • Korban syukur ( Mzm 50 : 14 , 23 )

Manusia selalu tidak menghargai kebahagiaan yang mereka sedang miliki, selalu sama seperti ikan emas yang di dalam akuarium, menganggap makanan harian yang diterima adalah yang sepatutnya, tetapi tidak tahu untuk bersyukur tentang penjagaan dan pemberian makanan tuannya. Walaupun manusia merupakan makhluk yang tertinggi tetapi juga naïf seperti ikan kecil.  Menjadi umat Kristian merupakan suatu berkat bagi kita, kerana Tuhan adalah Bapa kita, kita telah dilimpahi anugerah Tuhan yang besar dalam kehidupan, adakah kita selalu menghitungkan berkat Tuhan  (Mzm 103 : 1 – 6 ), mempersembahkan korban syukur kepada Tuhan?

  • Korban Pujian ( Ibr 13 : 15 )

Memuji merupakan salah satu isi kandungan dalam kehidupan kepercayaan kita, muzik dan nyanyian mazmur merupakan bahagian yang utama dalam penyembahan zaman perjanjian lama.  Pada perjanjian baru, muzik juga memainkan peranan yang penting dalam penyembahan, melalui kidung kita memuji Tuhan dan berhubung secara rohani dengan  Tuhan, memuji Tuhan dapat merangsangkan kita untuk merenungkan dan mengucap syukur tentang keagungan Tuhan.  Dalam Mazmur bilangan 146 – 150 , semuanya dimulakan dan diakhiri dengan ‘Haleluya’, ini memberitahukan kita satu mesej :”kita harus memuji Tuhan.”  Tuhan layak menerima puji-pujian kita, kita harus menyanyikan mazmur bagi Tuhan yang hidup selama-lamanya ( Mzm 95 : 1 – 2 , 96 : 1 – 2 ).

  • Korban Hati yang Patah ( Mzm  51 : 19 )

Korban yang dipersembahkan manusia kepada Tuhan ada yang memohon berkat, ada juga memohon pengampunan dosa . “Hati yang patah dan remuk” merupakan korban penebusan yang memohon pengampunan dosa.  Disebabkan kelemahan manusia, maka selalu mempunyai pelanggaran di hadirat Tuhan, maka harus selalu menyelidiki sendiri dan bertaubat kepada Tuhan.

  • Korban Ketaatan

Taat adalah menurut perintah Tuhan tanpa syarat, tidak ada maksud sendiri, hanya bertindak mengikut maksud Tuhan, Tuhan Yesus disebabkan penderitaan yang diterimaNya telah belajar taat (Flp 2 : 6 – 10). Abraham menurut perintah Tuhan, maka Tuhan memberikan berkat yang besar kepadanya; tetapi Saul kerana mencabar Tuhan, tidak memegang perintah Tuhan, maka ditolak Tuhan, akhirnya menerima kesudahan yang malang. Orang yang menaati perintah akan diberkati Tuhan, korban ketaatan adalah yang diterima Tuhan.

  • Korban Kebajikan

Bagi pandangan orang biasa, lebih berbahagia jika menerima lebih banyak, tetapi bagi umat Kristian, lebih berbahagia jika banyak memberi, Alkitab berkata:” Orang yang menabur banyak , akan menuai banyak, orang yang menabur sedikit, akan menuai sedikit.” ( 2 Kor 9 : 6 – 11 ).  Memberi persembahan juga merupakan pertunjukan iman , Mal  3  :  10  berkata :”Bawalah seluruh persembahan persepuluhan itu ke dalam rumah perbendaharaan……..mencurahkan berkat kepadamu sampai berkelimpahan.”  Dalam hal memberi  persembahan persepuluhan, ramai orang telah mengalami janji Tuhan , semakin memberi  persembahan kepada Tuhan, Tuhan semakin memberikan kekuatan dan anugerah kepada mereka.

  • Korban Persembahan Tubuh Hidup

Melayani Tuhan merupakan hal yang sepatutnya dilakukan.  Terdapat 2 makna perlayanan kepada Tuhan

  1. Melibatkan pekerjaan gereja secara langsung : Terdapat banyak kerja di gereja yang memerlukan pekerja untuk menyiapkannya, Tuhan juga memberikan banyak kasih karunia kepada jemaat , tujuanNya demi membangunkan jemaat, maka berharap lebih ramai seiman yang dapat digerakkan oleh kasih Tuhan, memohon karunia–karunia  Roh  yang membangun jemaat dari Tuhan ( 1 Kor 14 : 12 ) , banyak bekerja bagi Tuhan.

Melibatkan pekerjaan gereja secara tidak langsung:  Tidak kira dalam unit kerja atau dalam rumah, harus melaksanakan kerja dengan segenap hati, memuliakan Tuhan dan memanfaatkan manusia dalam unit kerja, ini juga melakukan kerja Tuhan ( Kol 3 : 18 – 24 ).  Tujuan melayani Tuhan adalah untuk membalas kasih Tuhan, sikap perlayanan kepada Tuhan harus dengan segenap hati dan hati yang takut akan Tuhan.

Mendapat Ketenangan Dalam Tuhan
|

Mendapat Ketenangan Dalam Tuhan

Kitab Bacaan : Mat  11 : 28 – 30

Pendahuluan : Dari 3 ayat suci ini, kita dapat melihat janji Tuhan kepada orang yang datang mendekatiNya , ayat 28 merupakan janji Tuhan kepada semua orang yang letih lesu dan berbeban berat, Tuhan berkata: “Marilah kepadaKu, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan kepadamu.” Ayat 29 – 30 merupakan janji Tuhan kepada pekerja suci, Tuhan berkata : “Pikullah kuk yang Kupasang dan belajarlah padaKu, kerana Aku lemah lembut dan rendah hati dan jiwamu akan mendapat ketenangan. Sebab kuk yang Kupasang itu enak dan bebanKu pun ringan.” Kita sebagai hamba Tuhan mendapat janji Tuhan yang berganda, kita pasti mendapat ketenangan dalam Tuhan jika kita melakukan hal menurut perintah Tuhan.

  1. Apa itu ketenangan
    1. Ketenangan tubuh jasmani: Enam hari harus melakukan segala pekerjaan, hari ketujuh meletakkan beban berat, menikmati ketenangan Tuhan  (Kel 20 : 8 – 11). Serahkan beban kehidupan penyakit tubuh jasmani kepada Tuhan (Flp 4:6 – 7)
    2. Ketenangan rohani : Serahkan segala kekuatiran kepada Tuhan, sebab Tuhan memelihara kita (1 Ptr 5:7). Dosa kejahatan dapat dibersihkan oleh darah Tuhan yang bernilai, kerohanian yang duka dapat dihiburkan oleh Tuhan Yesus, kita dapat menikmati damai sejahtera dan sukacita daripada penyertaan Tuhan.
    3. Ketenangan jiwa : Orang yang mati dalam Tuhan, telah beristirehat dari jerih lelah, jiwa kembali kepada Tuhan menikmati ketenangan (Why 14:13 , Ibr 4:9 – 11).  Bersama dengan Tuhan buat selama-lamanya , tiada letih lesu, ratap tangis, penyakit dan kematian.
    4. Bagaimana mendapat ketenangan dalam Tuhan
      1. Datang kepada Tuhan, Tuhan akan memberi  kelegaan kepada kita ( Mat 11 : 28 )
        1. Datang kepada Tuhan ( Yoh 16 : 33 )
  • Orang yang tidak rela mendekati Tuhan , bagaimana mendapat ketenangan dalam Tuhan?
    1. Tuhan memberi kelegaan kepada kita ( Kej 2 : 1 – 3 )
  • Sesiapa pun tidak dapat memberi  kelegaan kepada kita, hanya dengan bersandar kepada Tuhan baru memperoleh kelegaan.
    1. Harus pikul kuk Tuhan dan belajar pada Tuhan, maka jiwamu akan mendapat ketenangan.
    2. Memikul kuk Tuhan.
    3. Kuk Tuhan adalah enak dan beban Tuhan adalah ringan. ( Mat 11 : 30 )

Sewaktu kita merasai beban kita terlalu berat sehingga tidak berdaya memikulnya, merasai kuk yang dipasang terlalu sukar, harus kita menyelidiki kuk yang dipasang merupakan kuk Tuhan atau kuk manusia ? Kuk yang dipasang oleh manusia sememangnya suatu beban berat (Kel 1 : 11 – 14).  Maka, melakukan kerja suci harus memikul kuk yang dipasang oleh Tuhan, baru dapat menikmati ketenangan.

  1. Jangan memikul kuk seorang diri dalam kerja suci.

Seperti Musa juga sukar untuk memikul beban berat seorang diri (Kel  18 : 13 – 26).2 Kesudahan memikul kuk seorang diri menjadikan diri sendiri dan saudara-saudari lelah6, orang yang melihat dari tepi juga akan menegur hal demikian tidak baik ( Kel 18 : 17 – 18).

  1. Teman sekerja harus memikul kuk Tuhan bersama-sama ( Flp 4 : 3 )

Melayani Tuhan dengan sehati dan bekerjasama dalam pekerjaan, teman sekerja pasti dapat merasai semakin melayani semakin manis rasanya.  Melayani Tuhan dengan sehati, hanya terdapat jerih payah dalam pekerjaan dan tiada kebimbangan dan kerisauan, juga mendapat pengalaman bahawa jerih payah dalam Tuhan tidak sia-sia (1 Kor 15 : 58). Terdapat tidak sedikit teman sekerja yang merasai melayani Tuhan sangat letih, sebab yang paling utama ialah tiada sehati antara teman sekerja, juga ditambahkan kurang perancangan dalam kerja suci, banyak hal tidak dapat diselesaikan tepat pada waktunya, pada masa ini jika pekerja suci dapat belajar daripada Tuhan Yesus, mempunyai hati yang lemah lembut dan rendah hati, menyelesaikan masalah tepat pada waktunya, maka Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk memupuk kemajuan gereja ( Rm  8 : 28 ; Kis 6 : 1 – 7 ).

  1. Belajar teladan Tuhan
    1. Lemah lembut.  Orang yang lemah lembut baru mendapat ketenangan dalam hati.

Hati Tuhan Yesus lemah lembut dan rendah hati, tidak mengucapkan sepatah kata celaan pun di atas kayu salib, rela menderita bagi kita.  Orang yang lemah lembut baru dapat tinggal tenang, orang yang  demikian  baru  mendapat  kekuatan  baru  (Yes 30 : 15).  Orang yang berhati lemah lembut, kata-katanya juga lemah lembut, dapat dibawa bincang dengan orang lain dalam pekerjaan, maka dapat bekerjasama dengan sukacita melalui perbincangan yang baik (Kol 4 : 6 ; Ams 25 : 15 , 15 : 22), semua orang bersukacita baru dapat menikmati ketenangan dalam hati yang diberikan Tuhan. Orang yang senang naik angin, perkataannya pun pedas, senang membangkitkan pertengkaran sewaktu perbincangan dalam mesyuarat, susah mencapai kata sepakat dalam banyak hal, lama-kelamaan, teman sekerja tidak rela menyertai mesyuarat, maka kerja suci akan dihalang, hati semua orang tidak mendapat ketenangan.

  1. Rendah hati. ( bukan menunjukkan perbuatan rendah hati )

Tuhan Yesus meninggalkan teladan melayani orang dengan rendah hati kepada kita, membasuh kaki murid-murid ( Yoh 13 : 1 – 17 ).  Kita harus membelajari kerendahan hati Tuhan, selaku pekerja suci, tidak kira apa jenis kerja yang disediakan gereja kepada kita, kita harus taat dengan rendah hati.  Jika menganggap ini adalah perkara yang hina, tidak harus dilakukan oleh saya, jadi sewaktu anda melakukan kerja, hati tidak akan mendapat ketenangan dari Tuhan. Tuhan menentang orang yang congkak, tetapi mengasihani orang yang rendah hati  ( Yak  4 :  6 ).

Kesimpulan : Seorang pekerja suci harus terlebih dahulu menikmati ketenangan dari Tuhan, kemudian baru berkongsi kebaikan Injil dengan orang lain. Jika pekerja suci belum merasai ketenangan yang manis dalam Tuhan, maka harus menyelidiki diri sendiri, melihat masih ada apa masalah dalam perlayanan, adakah kita belum menyerahkan beban berat dan kekuatiran kepada Tuhan ?  Atau teman sekerja tidak dapat sehati memikul kuk yang dipasang Tuhan dalam perlayanan?  Atau sewaktu teman sekerja memikul kuk yang dipasang Tuhan, belum belajar meneladani Tuhan?  Harus mencari sebab tepat pada waktunya, menyelaraskan sikap perlayanan, menikmati ketenangan yang diberikan Tuhan, menyampaikan saksian yang baik bagi Tuhan.

Bahagian 4:Jangan Menghadap Hadirat Tuhan dengan Tangan Hampa
| | | | | |

Bahagian 4:Jangan Menghadap Hadirat Tuhan dengan Tangan Hampa

Ayat Alkitab: Ulg 16: 16-17

Pendahuluan :
Tiga kali setahun setiap laki-laki di antaramu harus menghadap hadirat Tuhan, Allahmu, ke tempat yang akan dipilih-Nya, yakni pada hari raya Roti Tidak Beragi, pada hari raya Tujuh Minggu,dan pada hari raya Pondok Daun. Janganlah ia menghadap hadirat Tuhan dengan tangan hampa (Ul 16:16).

A. Jangan dengan tangan hampa (Ul 16:16)

1. Elkana mempersembahkan korban setiap tahun kepada Tuhan (1Sam 1:3).

  • Doa Hana, isterinya, diberkati dan mendapat anak lelaki (1Sam 1:17-20).

2. Persembahan korban Hizkia ketika pertabalan (2 Taw 29:20-30).

  • Dalam setiap usaha yang dimulainya untuk perlayanannya terhadap rumah Allah, dan untuk perlaksanaan Taurat dan perintah Allah, ia mencari Allahnya. Semuanya dilakukannya dengan segenap hati, sehingga segala usahanya berhasil (2 Taw 31:21).

 3. Maria mengurapkan Tuhan Yesus ketika berjumpa dengan-Nya (Mat 26:6).

  • Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya di mana saja Injil ini diberitakan di seluruh dunia, apa yang dilakukannya ini akan disebut juga untuk mengingati dia.” (Mat 26:13).

B. Mempersembahkan hadiah ( Ul 16:17)

1.  Menurut kemampuan sendiri.

  • Tuhan memuji janda yang mempersembahkan dua peser (Mrk 12:41-44).

2. Berdasarkan berkat yang diberikan.

  • Mengenai persembahan persepuluhan dan persembahan khusus (Mal 3:8).

3. Merupakan pemberian Tuhan.

  • Tetapi dia tidak insaf bahwa Akulah yang memberikan kepadanya gandum, anggur dan minyak, dan yang memperbanyak bagi dia perak and emas. (Hos 2:7-13)

Kesimpulan:

Hendaklah masing-masing memberikan menurut kerelaan hatinya, jangan dengan sedih hati atau kerana paksaan, sebab Allah mengasihi orang yang memberi dengan sukacita.

 

Adakah Terdapatnya Tuhan?
| |

Adakah Terdapatnya Tuhan?

BAB I
ADAKAH TERDAPATNYA TUHAN?

Teori Evolusi Darwin telah menyebabkan banyak cendiakawan menyangkal akan kewujudan Tuhan ataupun sekurang-kurangnya konsep Kristian terhadap Tuhan. Namun, dalam kegopohan mereka menuntut bahawa Tuhan sudah mati, kebanyakan mereka gagal menimbang butir-butir berikut yang menyokong dengan kerasnya akan kewujudan Tuhan:

  • Pembentukan alam semesta
  • Sistem suria
  • Naluri manusia untuk menyembah Tuhan
  • Kehadiran kehidupan
  • Penggenapan nubuat-nubuat di dalam Alkitab
  • Tanda-tanda mujizat
  • Pencurahan Roh Kudus

(A) Dari pembentukan alam semesta kita mengetahui akan adanya kewujudan Tuhan.

“Sebab setiap rumah dibangun oleh seorang ahli bangunan tetapi ahli bangunan segala sesuatu ialah Tuhan” (Ibrani 3:4)

Ayat Alkitab ini memberitahu kita bahawa rumah yang begitu kecilpun ada ahli bangunannya; apatah lagi dengan matahari, bulan, bintang-bintang dan segala kehidupan di dunia. Tidakkah mereka juga mempunyai ahli bangunannya ataupun penciptanya? Kerumitan untuk membuat segala makhluk yang hidup dan menjadi tuan alam semesta ini adalah melebihi pembinaan sesebuah rumah.

Oleh itu, seorang rasul Yesus berkata: “Sebab apa yang tidak nampak daripadaNya – kekuatanNya yang kekal dan keilahianNya – dapat nampak kepada pikiran dari karyaNya sejak dunia diciptakan, sehingga mereka tidak dapat berdalih” (Roma 1:20).

Kejituan Saintifik dalam Alkitab Berkenaan Alam Semesta & Bumi

1. Bumi adalah sfera.

 “Dia yang bertakhta di atas bulatan bumi…” (Yesaya 40:22)

Pada 700 tahun Sebelum Masihi, seorang nabi Ibrani yakni Yesaya memperkatakan apa yang tidak diketahui orang biasa sehinggalah ke abad yang kelima belas. Sebelum pengenalan kompas dan pelayaran Columbus serta Magellan, manusia percaya bahawa bumi adalah datar.

2. Bumi bergantungan di angkasa.

“Tuhan membentangkan utara di atas kekosongan, dan menggantungkan bumi pada kehampaan.” Ayub 26:7

Kenyataan saintifik ini telah ditemui oleh Sir Isaac Newton pada tahun 1678 Selepas Masihi. Akan tetapi, kemungkinan buku Ayub ini telah ditulis lebih awal dari tahun 1500 Sebelum Masihi. Pada masa ini, pandangan manusia pada umumnya adalah bahawa bumi ini adalah datar dan bersandar pada seekor penyu besar yang berenang secara perlahan-lahan mengharungi lautan besar.

3. Bintang-bintang yang tidak terhitungkan.

“…Cobalah lihat ke langit, hitunglah bintang-bintang, jika engkau dapat menhitungnya… demikianlah banyaknya nanti keturunanmu.” (Kejadian 15:5)

Alkitab juga merujuk bilangan keturunan Abraham adalah seperti debu tanah di bumi (Kejadian 13:16; Yeremia 33:22; Ibrani 11:12). Oleh itu, Tuhan membayangkan keturunan Abraham seperti bintang-bintang di atas langit ataupun pasir lautan yang tidak terhitungkan.

Ptolemy, seorang ahli falak yang terkenal, menuntut bahawa jumlah bintang-bintang adalah tepat pada angka 1,056 pada tahun 150 Selepas Masehi.

4. Terdapatnya gunung-ganang dan jurang di dalam lautan.

“Lalu kelihatanlah dasar-dasar laut, alas-alas dunia tersingkap ……” (2 Samuel 22:16)

“Aku tenggelam ke dasar bumi …..” (Yunus 2:6)

Secara tradisional, sehingga kira-kira satu abad yang lalu, manusia meninjau lautan ini sebagai satu mangkuk gergasi berair. Mereka percaya bahawa dasar lautan melandai dari pinggir laut hinggalah ke tengah, di mana ia adalah yang paling dalam. Kemudian, manusia menyangka bahawa lantai lautan akan berterusan meningkat sehingga ke seberang. Namun, seawal tahun 1015 Sebelum Masihi, pengarang buku Samuel menggambarkan lautan seperti yang kita ketahui – mempunyai gunung-ganang dan lembah.

5. Kesemua benda-benda hidup membiak mengikut jenis mereka.

“Maka Tuhan menciptakan binatang-binatang laut yang besar dan segala jenis makhluk hidup yang bergerak, yang berkeriapan dalam air, dan segala jenis burung yang bersayap… Hendaklah bumi mengeluarkan segala jenis makhluk yang hidup, ternak dan binatang melata dan segala jenis binatang liar …” (Kejadian 1:21, 24)

Teori Aristotle dalam tahun 350 Sebelum Masihi telah mendominasikan dunia saintifik berabad-abad lamanya. Mereka membahas bahawa anasir-anasir buruk seperti serangga, katak serta makhluk air yang kecil berasal dari lopak lumpur. Hanya dalam tahun 1862 Louis Parteur membuktikan bahawa tidak adanya generasi yang spontanis.

(B) Dari Sistem Suria Kita Mengetahui Akan Adanya Tuhan.

Para saintis memberitahu kita bahawa kumpulan Celestial mempunyai orbit tetap mereka yang tersendiri dan frekuensi pergerakan mereka di mana mereka tidak pernah ketinggalan satu saatpun dalam pergerakan mereka yang selamanya pelanggaran-bebas. Di samping itu, perubahan pada empat musim serta fenomena alam yang lain, bukannya berada dalam keadaan yang tertib secara kebetulan. Ini adalah disebabkan Tuhan yang Mahakuasa “menopang segala yang ada dengan firmanNya yang penuh kekuasaan” (Ibrani 1:3).

Di suatu persimpangan trafik, hanya lampu-lampu isyarat ataupun seorang pegawai polis yang mengarahkan trafik supaya ia dalam keadaan yang tertib. Dalam alam semesta yang begitu maha luas, bagaimanakah harmoni boleh wujud seandainya tidak ada orang yang mengawal ketertiban segala sesuatu? Ini tidak boleh dilaksanakan oleh sembarangan orang. Orang yang paling layak untuk menjadi pengawal alam semesta mestilah terdiri dari orang yang mempunyai pengetahuan yang sempurna mengenai segala sesuatu. Oleh itu, selain daripada Tuhan, adakah terdapatnya orang yang pernah menuntut menjadi arkitek alam semesta? Tidak. Hanya Alkitab sahaja yang membuat pengisbatan yang demikian: “Sebab beginilah firman TUHAN, yang menciptakan langit, – Dialah Tuhan – yang membentuk bumi dan menjadikannya dan yang menegakkannya, – dan Ia menciptakannya bukan supaya kosong, tetapi Ia membentuknya untuk didiami-: “Akulah TUHAN dan tidak ada yang lain.” (Yesaya 45:18).

(C) Dari Naluri Manusia Untuk Menyembah Tuhan Kita Mengetahui Akan Adanya Tuhan.

Pada keseluruhan sejarah, para penjelajah pernah menemui kebudayaan yang tidak pernah berhubungan dengan dunia luar. Namun, setiap satu puak ataupun manusia mempunyai berlainan cara untuk menyembah tuhan ataupun sekumpulan dewa serta dewi. Dengan tidak menghiraukan perbezaan kewarganegaraan, bangsa, kebudayaan ataupun cara-cara penyembahan, terdapatnya satu kelaziman di antara kita semua – kita semua mempunyai naluri untuk menyembah tuhan. Mengapakah demikian? Alkitab memberitahu kita, “Kerana apa yang dapat mereka ketahui tentang Tuhan nyata bagi mereka, sebab Tuhan telah menyatakannya kepada mereka” (Roma 1:19). Dengan kata yang lain, Tuhan telah menanamkan naluri semula jadi di dalam setiap insan untuk menyembahNya.

Terdapatnya segelintir manusia yang tidak percaya Tuhan disebabkan mereka telah masuk ke dalam pengaruh pendidikan yang kurang berwajar di mana ia telah membutakan mereka daripada melihatkan kebenaran untuk sementara waktu. Ini bukannya Tuhan tidak memberikan mereka suatu alam untuk menyembah Dia. Kita dapati bahawa kebanyakan mereka yang tidak percaya Tuhan secara tiba-tiba akan menyeru nama Tuhan apabila suatu bencana besar menindih ke atas mereka. Pada masa itulah seseorang individu akan sedar bahawa daya kuasanya adalah terhad. Nalurinya menyeru kepada Penguasa untuk meminta pertolongan walaupun bibirnya menafikan kewujudan akan Pemerintah Yang Terunggul.

(D) Dari Kehadiran Kehidupan, Kita Mengetahui Akan Adanya Tuhan.

Kehadiran kehidupan sendiri dapat membujuk seseorang untuk merenung soalan-soalan berkenaan Tuhan. Kita tidak memilih untuk datang ke dalam dunia ini. Kecuali kes membunuh diri, kita tidak mengetahui bilakah kita akan menutup mata buat kali yang terakhir. Tambahan pula kita tidak mengetahui dari mananya sumber kehidupan ini terbit.

Kehidupan adalah suatu misteri. Ia adalah sesuatu yang sukar difahami – kita tidak dapat melihat, mendengar ataupun meraba “kehidupan”. Akan tetapi, kehadirannya adalah bukti dalam segala kehidupan. Jikalau kita mengatakan bahawa makananlah yang memberikan kita khasiat untuk menyokong kehidupan, mengapakah kita begitu berbeza dari orang lain walaupun kita memakan makanan yang sama? Tidakkah kesemua makhluk hidup seperti tumbuh-tumbuhan, serangga dan haiwan-haiwan lain bertindak balas dengan berbeza sekali terhadap makanan yang sama? Apabila kita memberikan makanan serta minuman yang sama kepada dua jenis tanaman, satu akan menghasilkan bunga ros manakala yang satu lagi akan menghasilkan bunga bakung. Jadi, apakah unsur yang membuatkan hati kita berdenyut dan darah kita mengalir, ataupun tunas-tunas berkecambah dan bunga-bungaan berbunga?

Kehidupan mengeluarkan tenaga. Apabila kehidupan tinggal di dalam suatu organisma, ia berterusan mengeluarkan tenaga dan melalui sistem metabolisme. Apabila kehidupan meninggalkan sesuatu organisma, kesemua aktiviti-aktiviti berhenti sama sekali. Ia mulai merosot dan akhirnya kembali menjadi debu tanah. Dari mananya tenaga ini berasal?

Kehidupan menyatakan keajaiban-keajaiban. Kesemua benda-benda hidup boleh membesar dan reprodus di bawah syarat-syarat yang tertentu. Sebaliknya, mesin-mesin buatan tangan manusia tidak dapat menghasilkan ataupun menggandakan biarpun bahan-bahan bakar ditambahkan dengan banyak sekali. Manusia mungkin dapat membinasakan kehidupan dengan menggunakan kekerasan. Namun demikian, dengan adanya teknologi yang tercanggih, para saintis pada hari ini masih tidak berjaya dalam penciptaan kehidupan. Tidak kira doktor-doktor perubatan yang berkelengkapan dengan alat-alat perubatan zaman canggih ataupun dengan data yang terkini yang boleh mengekalkan nyawa seseorang sampai selama-lamanya.

Kehadiran kehidupan adalah suatu misteri dan melampaui pengertian kita yang terbatas. Hanya Tuhan sahaja yang boleh melangsaikan misteri-misteri berkenaan kehidupan yang dinyatakan tadi. Dia adalah yang MahaTahu. Dia mengetahui dengan tidak terhitungnya apa yang kita dapat dari kebolehan kita yang terhad. Alkitab memberitahu kita bahawa “di dalam tanganNya (tangan Tuhan) terletak nyawa segala yang hidup dan nafas setiap manusia” (Ayub 12:10). Inilah saksamanya mengapa kita perlu mengetahui tentang Tuhan sekalipun berada di dunia ini. Seandainya kita ingin memahami tentang diri kita dan segala sesuatu yang berada di sekeliling kita, maka kita harus datang ke sumber segala kehidupan – Tuhan.

Wahai para pembaca yang dikasihi, sila renungkan isu ini: Di mananya sumber kehidupan segala sesuatu yang hidup jika tidak adanya Tuhan yang menciptakan serta memeliharakan kehidupan?

(E) Dari Penggenapan Nubuat-Nubuat Di Dalam Alkitab, Kita Mengetahui Akan Adanya Tuhan.

“Yang memberitahukan dari mulanya hal yang kemudian dan dari zaman purbakala apa yang belum terlaksana, yang berkata: KeputusanKu akan sampai, dan segala kehendakKu akan Kulaksanakan.” Yesaya 46:10

Ayat Alkitab ini memberitahu kita bahawa Tuhan mampu menunjukkan dengan awalnya apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Kita dapat melihat dari contoh-contoh yang berikutnya di mana Tuhan telah menggenapkan setiap nubuat menurut perkataanNya.

Nabi Yesaya bernubuat bahawa Mesias akan dilahirkan oleh seorang perawan (Yesaya 7:14). Tujuh ratus tahun kemudiannya, perawan Maria telah melahirkan Kristus Yesus (Matius 1:18-23).

Mikha bernubuat bahawa Mesias akan dilahirkan di Betlehem (Mikha 5:1). Tujuh ratus tahun kemudiannya, Yesus Kristus telah dilahirkan di Betlehem (Matius 2:1-11).

Raja Daud bernubuat bahawa Mesias akan menderita kesakitan yang azab dan gerombolan penjahat akan menusuk tangan dan kakiNya (Mazmur 22:13-19). Seribu tahun sesudah Raja Daud, Yesus Kristus mati dengan kedua-dua tangan serta kakiNya dipakukan ke atas kayu salib (Yohanes 19:17-18, 37).

Bersertakan dengan nubuat-nubuat tentang Yesus yang dinyatakan di atas, di sini juga ada beberapa nubuat mengenai Israel.

Nabi Yeremia telah awal-awal memberi amaran tentang Nebukadnezar, raja Babel, di mana ia akan mengistiharkan peperangan terhadap Yerusalem. Orang-orang Babel akan membinasakan Bait Suci dan memperhambakan orang-orang Yehuda. Selepas 70 tahun penawanan, orang-orang Yahudi akan dibebaskan dan mereka akan kembali ke Yerusalem untuk membangun semula bait mereka (Yeremia 25:9-12; 29:10). Sesungguhnya dalam tahun 606 Sebelum Masihi, orang-orang Babel menawan orang-orang Yahudi. Dalam tahun 536 Sebelum Masihi, Koresy, raja Persia mengizinkan orang-orang Yahudi pulang ke negeri asal mereka (2 Tawarikh 36:17-23; Ezra 1:1-5).

Orang-orang Israel seringkali membunuh para nabi malah menolak penyelamatan Kristus. Oleh sebab perkara ini, Yesus terlebih dahulu memberitahu tentang keruntuhan Yerusalam di mana orang-orang Yahudi akan kehilangan negara mereka dan diselerakkan (Matius 23:27-38; 24:1-2). Akan tetapi, apabila waktunya sudah tiba, Tuhan masih mengasihani mereka dan mengumpul mereka kembali dari setiap penjuru dunia ke negeri mereka untuk membangunkan bangsa Israel yang baru (Yehezkiel 39:28-29). Menurut rekod-rekod sejarah, orang-orang Roma mengepung Yerusalem pada tahun 70 Selepas Masihi dan telah membinasakan Kota Suci dengan sehabisnya-habisnya. Dalam tahun 1948 Selepas Masihi, kira-kira selepas 2000 tahun, Israel dibangunkan dengan herannya dan sekali lagi menjadi sebuah negara.

Contoh-contoh di atas mambentuk hanya sebahagian kecil dari nubuat-nubuat di dalam Kitab Suci. Tidak ada seorang manusiapun yang boleh terlebih dahulu meramal tentang masa depan dengan tepatnya serta melalui suatu jangka masa yang panjang. Dengan sebab itulah, para Kristian memandang Tuhan sebagai yang MahaTahu iaitu Dia mengetahui segala sesuatu.

(F) Dari Tanda-Tanda Mujizat Kita Mengetahui Akan Adanya Tuhan.

Tanda mujizat adalah kerja kuasa mutlak semula jadi. Tuhan yang menciptakan alam semesta adalah Tuhan yang Maha Kuasa (Kejadian 17:1). Walaupun kita tidak dapat melihat ataupun merabaNya, Dia menggunakan tanda-tanda mujizat untuk membuktikan kewujudanNya, untuk memimpin manusia agar menyembahNya dan percaya kepadaNya. Contohnya, lebih dari 2,000 tahun yang lalu, Dia menurunkan sepuluh tulah demi membebaskan orang-orang Israel dari tangan orang-orang Mesir (Keluaran fasal 7-12). Untuk menyelamatkan orang-orang Israel dari pedang orang-orang Mesir, Dia membelahkan air Laut Merah supaya mereka dapat menyeberang di atas tanah kering (Keluaran 14:10-31). Demi menyelamatkan orang-orang Israel dari mati kebuluran di padang gurun, Dia menghujankan manna dari langit untuk empat puluh tahun dengan tidak henti-hentinya (Keluaran 16:35; Nehemia 9:20-21). Selain daripada tanda-tanda mujizat yang di atas, Alkitab juga ada merekodkan banyak lagi tanda-tanda mujizat di dalam Perjanjian Lama. Kesemua peristiwa ini melampaui daya kuasa manusia.

Dalam zaman Perjanjian Baru, Tuhan meggunakan rasul-rasulNya untuk melakukan tanda-tanda mujizat seperti mengusir setan serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit agar mereka semua yang masuk ke dalam Kristus dapat memperolehi damai sejahtera (Kisah Para Rasul 3:2-8; 5:12-16; 8:5-8; 14:8-18; 16:16-18; 19:11-12).

Sama seperti sekarang juga, tanda-tanda mujizat yang serupa dengan Gereja peringkat awal masih wujud di dalam Gereja Yesus Benar. Semenjak penubuhannya, Tuhan telah melakukan banyak tanda mujizat dan mengubahkan kehidupan beribu-ribu pemercaya. Tuhan menggunakan penilik jemaat dan para pemercaya untuk menyembuhkan penyakit, untuk memperbaiki “Peredaran Semula jadi”, untuk mengubah pemikiran manusia, membolehkan manusia melihat penglihatan dan melakukan peristiwa-peristiwa kuasa ghaib semula jadi termasuk membangkitkan orang mati. Kesemua kuasa ghaib semula jadi ini datang dari tangan Tuhan Yang Esa.

(G) Tuhan Mendedahkan DiriNya Sendiri Melalui Roh Kudus.

Manusia mempunyai roh-roh manusia manakala Tuhan mempunyai Roh Tuhan iaitu Roh Kudus. Meskipun kita tidak dapat melihat Tuhan, kita mengetahui bahawa terdapatnya Tuhan melalui pengalaman kita ataupun menyaksikan orang lain menerima Roh Kudus. Apakah rupanya menerima Roh Kudus? Alkitab merekodkan bahawa sewaktu Petrus sedang memberitakan Injil di rumah Kornelius, Roh Kudus turun ke atas semua orang yang mendengarkan pemberitaan itu (Kisah Para Rasul 10:44). Bagaimanakah Petrus tahu bahawa Roh Kudus sudah diturunkan ke atas mereka semua? Alkitab memberitahu kita bahawa mereka mendengar orang-orang itu “berkata-kata dalam bahasa roh” (Kisah Para Rasul 10:46). Oleh itu, kita dapat memastikan samada orang itu ada Roh Kudus atau tidak dengan berdasarkan kepada berkata-kata dalam bahasa roh itu.

“Berkata-kata dalam bahasa roh” merupakan bukti untuk seseorang menerima Roh Kudus dan Roh Kudus merupakan bukti akan kewujudan Tuhan. Dengan demikian, Alkitab mengatakan: “Kerana itu karunia bahasa roh adalah tanda, bukan untuk orang yang beriman, tetapi untuk orang yang tidak beriman” (1 Korintus 14:22). Ini bererti bahawa berkata-kata dalam bahasa roh adalah bukti untuk orang kafir mengetahui bahawa Roh Tuhan boleh turun ke atas manusia. Bagi pemercaya pula, Tuhan memberikan suatu petunjuk yang lebih nyata: “Dan demikianlah kita ketahui bahawa Tuhan ada di dalam kita, yaitu Roh yang telah Ia karuniakan kepada kita” (1 Yohanes 3:24).

Pencurahan Roh Kudus musim akhir membawakan penubuhan Gereja Yesus Benar. Kebanyakan pemercaya dalam gereja ini telahpun menerima Roh Kudus dan berkata-kata dalam bahasa roh di mana ia adalah serupa dengan situasi para rasul untuk membuktikan kejituan Alkitab.

ROH KUDUS PADA MASA PERJANJIAN BARU

Seperti yang direkodkan di dalam Buku Kisah Para Rasul, Roh Kudus telah diturunkan ke atas para rasul buat kali yang pertama (Sila rujuk Kisah Para Rasul fasal 2). Pada Hari Pentakosta, terdapat banyak kejadian yang ganjil berlaku. Orang-orang Yahudi yang melihat dan mendengar murid-murid yang berkepenuhan dengan Roh Kudus menyangka mereka sudah mabuk. Pada masa itulah gereja pertama mulai berakar dan bertumbuh. Roh Kudus bekerja dengan begitu penuh kuasa di antara orang-orang dengan tanda-tanda mujizat yang menghairankan. Hasilnya, beribu-ribu orang datang percaya kepada Tuhan.

Siapakah Engkau? Ya, Tuhan !
|

Siapakah Engkau? Ya, Tuhan !

Ayat suci : (Kis 9: 1-9) Pengalaman mengenai Saulus dipilih oleh Tuhan.

Latar belakang Saulus

(i) Seorang permercaya agama Yahudi yang soleh.

(ii) Seorang pengawai tinggi.

(iii) Seorang yang mempunyai pengetahuan tinggi, memahami segala hukum taurat.

 Kepercayaan Saulus

(i) Beragama Yahudi, membaca kitab perjanjian lama dan menyembah Tuhan yang Esa.

(ii) Menjadi giat kerana iman kepercayaan sendiri.

(iii) Percaya kepada Tuhan namun tidak mengenali siapakah Yesus sebenar.

(iv) Ingin menjadi giat bagi Tuhan, tetapi mengancam dan membunuh Jemaat benar. Ia menghalang injil dan menghalang Tuhan.

(v) Kepercayaan yang sia-sia, yang diturunkan oleh nenek-moyang,  mengikuti kebiasaan-kebiasaan yang diturunkan dan tidak mengikuti kebenaran Tuhan. Kini, ia dipanggil oleh Tuhan, maka ia berusaha untuk mengejarkan supaya mengenali Tuhan.

  • Dalam batin kerohaniannya, ia mencari : Siapakah Engkau? Ya Tuhan!

(a) Menunjukkan kesedarannya dalam kepercayaan.

(b) Menunjukkan ia mencari Tuhan dengan rendah-hati.

(c) Menunjukkan hatinya yang bersungguh-sungguh untuk mengasihi Tuhan.

(d) Memang benar, jalan kepercayaannya salah dahulu.

(e) Tahu nama Tuhan tetapi tidak mengenali siapakah Tuhan sebenarnya.

Kita harus mengenal pasti bahawa Tuhan yang dipercayai untuk memperoleh keselamatan dari Tuhan. (Yes 55: 6-7; Hos 6: 1-3) 

(I) Tuhan adalah Roh.(2Kor 3: 17; Why 22: 6; Yoh 4: 24)

(i) Menolak Roh Kudus bemaksud menolak Tuhan. Orang Yahudi adalah satu peringatan.

(ii) Menerima Roh Kudus dapat dilihat. (Kis 19: 1-7;  16-18; 10: 46; 2:33 )

(iii) Roh Kudus merupakan bukti untuk memasuki kerajaan sorga. (Efs 1 : 13-14)

(iv) Roh Kudus adalah slogan kesejahteraan.( Why 7 : 1-3)

(v) Roh Kudus adalah bukti menandakan kita milik Kristus.(Rm 8: 9)

(vi) Roh Kudus adalah bukti kebangkitan zaman akhir. (Rm 8 : 11)

(vii) Roh Kudus adalah saksi bersama dengan Tuhan. (1Yoh 3 : 24)

  • Orang yang sesungguhnya mengenali Tuhan iaitu mengenali Roh KudusNya.

(II) Jemaat merupakan tubuh Tuhan. (Efs 1: 23)

(i) Tubuh Tuhan hanya satu : walaupun demominasi agama kristian banyak, namum tubuh Tuhan hanya satu.

(ii) Mempunyai tiga syarat dalam tubuh Tuhan :

(a) Di mana ada tubuh, di situ ada rohnya. (Roh Kudus) (Rm 8:9)

(b) Di mana ada tubuh, di situ ada perkataannya. (Injil yang lengkap) (Kol 1 : 25; Kis 20: 27)

(c) Di mana ada tubuh, di situ akan menyatakan kekuatannya.

  • (Mujizat-mujizat Tuhan) (Mrk 16 : 17-18)

(iii) Percaya kepada Tuhan tetapi tidak menganut ke dalam gerejaNya, ia masih belum mengenali Tuhan.

(iv) Sesiapa yang menganiya GerejaNya, ia menganiya Tuhan.

(v) Taat dan mengambil berat tentang JemaatNya bermaksud menghormati dan mengasihi Tuhan.

(III) Tuhan adalah firman. (Yoh 1: 1; 14: 6)

(i) Sesiapa yang menolak perkataan dari mulutNya, ia menolak Tuhan. (Yoh 12 : 48)

(ii) Firman Tuhan, terdapat dua bahagian :

(a) Bersifat doktrin. (segi penyelamatan)

(b) Bersifat pengajaran. (segi penyempurnaan rohani)

  • Tidak seharusnya menambah atau mengurangkannya. (Ams 30 : 5-6); Why 22 :18-19)

(IV) Tuhan adalah kasih. ( 1 Yoh 4 : 8-16)

(i) Tuhan mangasihi manusia sehingga mengaruniakan anakNya yang tunggal.(Yoh 3: 16; 1Yoh 4: 9)

(ii) Seorang yang mengenali Tuhan iaitu tahu mengasihi Tuhan dan sesama manusia.

(iii) Kasih adalah terbesar dari semua karunia. (1 Kor 13 : 1-4)

Kesimpulan :  (Hos 6; 1-3; Mat 7: 21-24; Ayb 22: 21)

 

Keluarga Yang Dikasihi Tuhan
|

Keluarga Yang Dikasihi Tuhan

Hidup manusia seperti lautan pahit, kalau ada kasih barulah ada kehangatan . 

Dikasihi manusia adalah suatu kebahagiaan hidup kini; yang dikasihi Tuhan pula dapat menikmati hidup kekal kerajaan syurga.

Yesus mengasihi Marta, adiknya dan Lazarus (Yoh 11:5).

 

(1) Marta

A. Percaya bahawa Tuhan Yesus adalah Kristus, pasti dapat memanggil Lazarus bangkit dari kematian. (Yoh 11:21-27)

  • Janganlah seperti Thomas yang tidak percaya kerana tidak pernah jumpa cahaya kemuliaan, penglihatan, Tuhan Yesus dan syurga. (Yoh 20:24-25,29)

B. Giat melayani Tuhan. (Luk 10:38,40)

  • Haruslah melayani Tuhan dengan rajin dan dengan roh yang bernyala-nyala. (Roma12:11)
  • Setiap orang harus saling melayani berdasarkan karunia yang dianugerahkan oleh Tuhan. (1petrus 4:10-11).

(2) Maria

A. Segenap hati, segenap kekuatan mengasihi Tuhan, mempersembahkan minyak narwastu murni yang mahal harganya. (Yoh 12:1-8)

  • Harus mengasihi Tuhan tepat waktunya (Markus 16:1-6), membuat persembahan dengan segenap kekuatan, mengagungkan Tuhan (1 kor 11:15), dan mengasihi Tuhan dengan segenap hati.

B. Suka akan kebenaran, duduk dekat kaki Tuhan dan turut mendengarkan perkataanNya. (Lukas 10:39,42).

  • Firman Tuhan itu pelita bagi kaki, terang bagi jalan, maka haruslah kita menghauskannya dan mengejarkannya. (Maz 119:105, 9-11,147, 148)
  • Menghampiri untuk mendengar adalah lebih baik dari pada mempersembahkan korban yang dilakukan oleh orang-orang bodoh, ini ditujukan kepada ibadah yang bersifat lahiriah saja ataupun kepada yang hanya mendengar firman tetapi tidak melakukan firman. (Pengkhotbah 5:1)

(3) Lazarus

A. Jikalau Lazarus tahu bersandar dan berdoa kepada Tuhan dengan iman sewaktu sakit, pasti boleh memperoleh suatu kesaksian yang indah, dengan itu ianya dapat memuliakan Tuhan dan juga membangunkan manusia lain.

B. Nyawa diancam kerana membuat kesaksian yang hidup. ( Yohanes 12:9-11).

  • Menderita bersama-sama dengan Tuhan, supaya kita juga dipermuliakan bersama-sama dengan Dia. (Roma 8:17)
  • Haruslah ceritakan kepada angkatan yang kemudian puji-pujian kepada Tuhan dan kekuatan-Nya dan perbuatan-perbuatan ajaib yang telah dilakukan-Nya terutama saksian yang hidup, supaya iman kepercayaan cucu-cicit dapat diteguhkan. (Mazmur 78:4)
  • Seperti Yosua yang bertekad : “Aku dan seisi rumahku, kami akan beribadah kepada Tuhan”(Yosua 24:14-15). Supaya keluarga anda menjadi keluarga yang disayangi oleh Tuhan.
  • Seisi keluarga percaya kepada Tuhan dan dilimpahi dengan anugerah, menikmati berkat dari Tuhan kerana mengasihi Tuhan, diselamatkan kerana memegang firman.

C. Menderita sakit demi memuliakan Tuhan. (Yohanes 11: 1-4)