Apa Yang Dikehendaki Tuhan Darimu?
| |

Apa Yang Dikehendaki Tuhan Darimu?

“Hai manusia, telah diberitahukan kepadamu apa yang baik. Dan apakah yang dituntun Tuhan daripadamu; selain berlaku adil, mencintai kesetiaan,dan hidup dengan rendah hati di hadapan Allahmu?” -Mikha.6:8

Banyak orang mungkin bertanya-tanya mengapa Allah tidak lagi memimpin kita seperti dahulu Ia memimpin bangsa Isreal di masa Perjanjian Lama. Di masa itu, bila mereka memohon petunjuk Allah, Ia akan mengungkapkan kehendakNya entah secara langsung, atau melalui nabi-nabi. Masihkah Ia memimpin kita?

Tentu saja, ya. Dimasa ini, Allah secara langsung memimpin kita melalui firmanNya yang tentera di dalam Alkitab. Kita tinggal membacanya.

Dan apakah yang dikehendaki Allah dari kita? Jawaban yang diberikan atas pertanyaan ini adalah “berlaku adil,mencintai kesetiaan, dan hidup dengan rendah hati di hadapan Allahmu” (Mik.6:8) Ayat ini dapat digunakan sebagai sebuah semboyan dalam kehidupan kita sebagai pengikut Kristus, memberikan arah bagaimana menangani berbagai jenis keadaan di dalam kehidupan kita sehari-hari.

Ketika kita berhubungan dengan orang lain dalam masyarakat atau di gereja, apakah kita merenungkan apabila perbuatan yang kita lakuakn itu adil? Atau apakah kita seringkali melakukan hal-hal dengan cara yang egois? Bila kita menemukan seseorang yang membutuhkan pertolongan, apakah dengan siap sedia kita menunjukkan kemurahan kepadanya atau kita menahan diri dan mengabaikannya?

Kita menghadapi berbagai macam hal dan masalah di dalam kehidupan. Kadang-kadang kita tidak tahu bagaimana caranya menghadapi keadaan tertentu. Yang dapat kita lakukan adalah bertanya: “Apakah yang Allah ingin aku lakukan dalam keadaan seperti ini?” Haruskah kita mengikuti apa yang Allah inginkan dari kita, atau apakah kita mengikuti saja kehendak hati kita? Apakah kita cukup rendah hati untuk tunduk kepada kehendak Allah?

Sebagai orang Kristian, mengetahui kehendak Allah bagi kita haruslah menjadi tujuan. Melakukan hal-hal yang diinginkan Allah dari kita akan menyenangkanNya, dan hati kita akan bersukacita dan dipenuhi dengan kedamaian. Bertindaklah dengan adil, cintailah kemurahan hati dan berjalan dengan rendah hati bersama Tuhan kita. Mari kita senantiasa mengingati firman ini dan menggunakannya untuk menuntun kita dalam kehidupan, kerana itu akan menjadi lampu bagi kaki dan terang bagi jalan kita.

Renungan:

Apakah prinsip lain yang penting, yang anda terapkan dalam kehidupan anda agar dapat menolong anda mengerti apa kehendak Allah bagi diri anda?

Segala Kemuliaan Adalah Milik Allah
| |

Segala Kemuliaan Adalah Milik Allah

“Kerana itu yang penting bukanlah yang menanam atau yang menyiram,melainkan Allah yang memberi pertumbuha” – I Korintus.3:7

Ketika teman dekat kita menjadi percaya, bukankah itu adalah perasaan yang menyenangkan?Atau bagaimana dengan perasaan puas dan hangat yang menyelimuti anda ketika melihat usaha anda berbulan-bulan mengadakan Kebaktian Kebangunan Rohani, seminar, atau pertunjukan paduan suara akhirnya berjalan dengan baik?

Saudara-saudari seiman mungkin menepuk pundak anda, memuji pelayanan, kesungguhan anda, dan mengagumi komitmen anda dalam pelayanan. Dan sebagai jawabannya,anda menceritakan mereka panjang lebar perjalanan usaha anda mengenalkan teman dekat anda kepada kebenaran, atau menjelaskan bagaimana anda menghadapi tentangan-tentangan dan ujian cobaan saat melakukan pelayanan itu.

Itu dia. Sebuah hal yang anda lupakan, lupa anda sebutka di tengan-tengan semua perhatian itu. Anda menyingkirkan Allah dan menempatkanNya di kursi belakang. Allah yang memanggil teman anda ke dalam kandangNya; Allah yang memberikan anda kesempatan melayaniNya, Allah yang menyiapkan Kebaktian Kebangunan Rohani, seminar, dan pertunjukan pujiaNya.

Paulus mengingatkan jemaat Korintus demikian: “Kerana itu yang penting bukanlah yang menanam atau yang menyiram,melainkan Allah yang memberi pertumbuhan” (I Kor.3:7) Mungkin kita sungguh-sungguh bekerja keras, menceburkan diri kita sepenuhnya dalam pelayananNya. Namun Tuhanlah yang membuat semua itu mungkin. TanganNya lah yang membentuk keberhasilan gereja dan ujung-ujungnya, Tuhanlah yang layak mendapatkan segala puji dan kemulian.

Jadi, ketika lain kali seorang teman mahu datang ke Kebaktian Kebangunan Rohani, atau seseorang memuji anda kerana pekerjaan baik yang anda lakukan, ingatkanlah mereka(dan juga anda!) bahawa anda hanyalah benjana bagi Dia, dan kemuliaan ini adalah milikNya.

Renungan:

Seorang saudara seiman memuji pelayanan anda di gereja: apakah reaksi anda? Apakah yang anda katakana kepadanya?

Pernahkah anda merasa bangga atau menikmati pujian-pujian yang diberikan orang lain kerana pelayanan anda? Bagaimanakah caranya anda mengembalikan kemuliaan-kemuliaan itu kepada Allah?

Kidung Untuk Tuhan
| |

Kidung Untuk Tuhan

“Berkata-kata seorang kepada yang lain dalam mazmur,kidung puji-pujian nyanian rohani.Bernyanyi dan bersoraklah bagi Tuhan dengan segenap hati.” – Efesus.5:19

Saat berkunjung ke rumah nenek, aku bertanya kepadanya, apakah yang biasanya ia lakukan setiap hari. Di antara kegiatan-kegiatan yang ia sebutkan adalah “membaca Alkitab” dan “memainkan alat muzik”, Di meja makan terdapat sebuah pipa kayu bergelantungan di dalamnya. Dengan menggoyangkan setiap pipa seperti sebuah loceng, sebuah nada berbunyi. Aku tidak sungguh-sungguh tertarik dengan nada-nada yang ia mainkan, ataupun sungguh-sungguh mendengarkannya, sampai ketika di tengah permainan lagu itu aku menyedari apakah yang sebenarnya sedang dinyanyikan nenekku dengan alat muzik itu.

Itu adalah lagu “Tekun Berdoa” Kemudian ia memainkan beberapa nada dengan harmonikanya.  “Yesus Disalib”, “Menuju ke Syurga” dan beberapa lagu lain. Semuanya lagu-lagu kidung. Aku dapat menduga bahawa hanya lagu-lagu kidunglah yang ada di kepalanya dan ia senang sekali memainkan lagu untuk Tuhan.

Muzik adalah sebuah bentuk ungkapan perasaan dalam kehidupan kita, entah melalui ipod di waktu kita jalan-jalan sore atau dari radio di mobil kita. Muzik seperti apakah yang biasanya ada dalam kepala kita dan didendangkan melalui mulut kita? Di manakah firman Allah kita tempatkan dalam lagu-lagu yang kita dengarkan?

Muzik adalah bagian yang penting dalam pemyembahan kepada Allah dalam kehidupan sebagian besar orang-orang kudus di masa lalu. Daud adalah seorang pemuzik yang berbakat, yang sering menciptakan lagu untuk Tuhan, menyanyikan dan menulis banyak lagu untuk memuji dan mengagungkan, dan bersuka dalam kebenaran Allah. Pada Mazmur.119:54, Daud menulis, “ketetapan-ketetapan Mu adalah nyanian mazmur bagiku di rumah yang kudiami sebagai orang asing.”

Bagi kita-kita yang hanya menyanyikan lagu kidung saat berkebaktian seminggu sekali, melibatkan Allah lebih banyak dalam kehidupan sehari-sehari adalah hal yang perlu kita lakukan. Kita harus belajar untuk lebih suka dalam firman yang diucapkan Allah dan mengurangi lirik-lirk yang diilhami oleh manusia.

Pertemuanku dengan nenek telah mengungkapkan nilai muzik yang diilhami oleh firman Allah. Lagipula, lirik-lirik lagu ini adalah kata-kata yang akan membawakan kita sukacita dan ketenteraman di sepanjang hari kita. Lirik-lirik ini jugalah yang akan kita nyanyikan selama-lamanya di Syurga.

Renungan:

Ambillah waktu sejenak untuk melihat lagu-lagu seperti apa yang seringkali anda dengar. Seberapa banyak di antara itu semua, yang berpusat pada Allah?

Tuhan Telah Menyembuhkan Mataku
| |

Tuhan Telah Menyembuhkan Mataku

Oleh: Sdra. Lee Chin Vui

Dalam nama Tuhan Yesus Kristus saya menyampaikan kesaksian. Nama saya Lee Chin Vui, pemercaya yang berasal dari Gereja Yesus Benar Penampang. Kejadian ini berlaku semasa saya masih belajar di bangku sekolah rendah, iaitu ketika berada dalam tahap 2 (tahun 4-6).  Kejadian ini berlaku antara tahun 1998-2000.

Pada ketika itu, hari sedang hujan. Saya dan beberapa kawan saya pergi ke Centre Point dengan menaiki kereta salah seorang kawan saya. Setelah sampai ke destinasi, saya dan kawan-kawan pun turun dari kereta dan menuju ke pintu masuk bangunan Centre Point.

Semasa menuju ke pintu masuk, tanpa disangka saya telah tergelincir ke lantai luar bangunan Centre Point yang basah akibat air hujan, lalu terjatuh ke lantai sehingga kepala dan tengkuk saya terhantuk dengan kuat sekali.

Selepas kejadian itu, penglihatan saya terus menjadi kabur, lalu perlahan-lahan menjadi gelap. Saya telah meminta kawan saya agar memapah saya ke Burger King dan duduk sebentar. Saya memberitahu mereka bahawa saya pening tetapi sebenarnya saya tidak dapat melihat agar mereka tidak bimbang.

Saya cuba membuka mata saya luas-luas tetapi masih tidak dapat melihat. Lalu saya teringat satu kejadian dalam drama tv iaitu seseorang boleh menjadi buta kerana saraf penglihatannya terganggu akibat kepala yang terhantuk dengan kuat. Oleh itu, saya menjadi takut kerana bimbang perkara ini terjadi ke atas diri saya.

Tetapi, syukur puji Tuhan, kerana tiba-tiba saya teringat akan nasihat guru pendidikan agama saya iaitu supaya menyebut ‘Haleluya’ apabila menghadapi kesusahan kerana Tuhan pasti akan membantu. Tanpa berfikir banyak, sayapun menyebut ‘Haleluya’ berulang-kali dalam hati saya.

Selepas itu, penglihatan saya menjadi terang semula secara perlahan-lahan. Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana telah menyelamatkan saya.  Jika bukan kerana kuasa penyembuhan Tuhan yang agung, mungkin saya sudah menjadi buta. Kesaksian saya sampai di sini saja. Semoga nama Tuhan dapat dimuliakan. Amen.

Tuhan, Allahku, kepada-Mu aku berteriak tolong, dan Engkau telah menyembuhkan aku. (Mazmur 30:3)

Terpujilah TUHAN, kerana Ia telah mendengar suara permohonanku. (Mazmur 28:6)

Penyembuhan Tuhan Yang Ajaib
| |

Penyembuhan Tuhan Yang Ajaib

​Sdri. Salvetah Sala

Dalam nama Tuhan Yesus menyampaikan kesaksian.

Semasa saya mengandung anak yang keempat, pada usia kandungan 7 bulan saya telah berjumpa dengan doctor untuk pemeriksaan kandungan. Selepas pemeriksaan, doktor mencadangkan agar saya menjalani BTL (ikat rahim) selepas bersalin memandangkan sudah berusia 35 tahun dan tidak baik untuk mengandung lagi. Ini kerana banyak risiko bagi wanita yang mengandung melebihi umur 35 tahun. Doktor menasihatkan saya supaya jangan lagi berkira-kira, mesti berhenti lalu menulis ‘For BTL’ dengan dakwat merah di depan kad klinik saya. Apabila bercerita dengan rakan seusia saya yang juga mengandung pada masa itu dan mempunyai jumlah anak yang sama dengan saya, mereka tidak diarah oleh doktor untuk menjalani BTL pun.

Syukur puji Tuhan, pada 26hb November 2008 saya melahirkan anak tanpa bermasalah. Sesudah anak dilahirkan, dalam beberapa jam kemudian anak saya asyik muntah lendir sahaja. Doktor pakar bayi telah dipanggil untuk memeriksa dan mengambil ujian darah bagi anak saya. Selepas itu jururawat berusaha menjalankan suction sedut lendir dari mulut anak saya dan berjaya melakukannya. Selepas anak saya membuang air kencing, saya dan anak dibenarkan untuk pulang ke rumah. Tidak lama kemudian, doktor Pakar Neonat menghubungi wad bersalin supaya tidak membenarkan saya balik dan perlu ditahan di bahagian neonat kerana ada jangkitan kuman dikesan dalam darah platlet anak saya. Pada masa itu saya, suami dan anak-anak saya membawa perkara ini ke dalam doa sahaja dan meminta para seiman di gereja untuk membantu doa.

Selepas 7 hari ditahan di hospital, ubat antibiotik juga telah mencukupi dan sepatutnya boleh pulang ke rumah, tetapi doktor masih tidak membenarkan kami pulang kerana tahap billirubin (kuning) anak saya telah mencapai 395. Saya sebagai ibu yang baru bersalin merasa tertekan dengan keadaan sebegini kerana tubuh sendiri sudah begitu lemah, malahan terpaksa menjaga bayi saya secara berterusan di dalam wad dan merasa lebih tertekan apabila melihat bayi disuntik dan diambil darahnya berkali-kali. Saya memohon kebenaran untuk pulang ke rumah daripada doktor dengan berkali-kali tetapi tidak dibenarkan. Saya berfikir, sekiranya saya berada di rumah, saya akan berasa selesa untuk berdoa. Setelah 4 hari berlalu, paras billirubin anak saya hanya turun sedikit sahaja. Akhirnya doktor membenarkan kami pulang ke rumah dengan syarat mesti datang pada keesokan harinya untuk pemeriksaan darah bayi lagi. Sebaik saja balik ke rumah, saya bertekad untuk tidak datang ke wad lagi. Saya sudah tidak sanggup lagi melihat bayi saya disuntik berkali-kali dalam satu masa. Saya yakin Tuhan itu sentiasa beserta sekiranya kita memohon dengan bersungguh-sungguh. Saya berserah kepada Tuhan sahaja untuk menjaga bayi saya. Sejak hari itu, saya tidak kembali ke hospital lagi dan syukur pada Tuhan anak saya sentiasa dalam keadaan yang sihat sehinggalah sekarang.

Sebulan kemudian, iaitu pada January 2009, saya berjumpa dengan doktor pakar untuk menjalankan BTL seperti yang telah diarahkan. Semasa berjumpa dengan doctor untuk pemeriksaan, dia melakukan scanning untuk memastikan kedudukan rahim. Wajah doctor itu berkerut sambil memberitahu ada mengesan ketumbuhan di bahagian kiri ovari saya sebesar 5.6cm. Sekali lagi saya merasa teruji. Doktor mengatakan bahawa saya terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan tersebut dan sekali gus ikat rahim.

Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana saya tidak mengalami sebarang masalah sewaktu mengandung walaupun ketumbuhan itu sudah lama berada di ovari saya. Saya pun tidak tahu ketumbuhan tersebut ada di ovari saya. Selama ditahan di wad, saya bersyukur kerana suami saya sabar menjaga bayi yang kecil walaupun saya tahu dia tertekan juga dengan masalah yang asyik datang. Pembedahan dijalankan dengan selamat. Syukur puji Tuhan.

3 bulan selepas pembedahan, bulan Mac 2009, saya diminta untuk berjumpa dengan doktor bagi memeriksa keadaan ovary . Bila scanning dilakukan, sekali lagi doctor mengesan ada ketumbuhan sebesar 2.5cm. Doktor berasa agak terkejut tetapi memberitahu bahawa ketumbuhan itu hanyalah jenis cyst yang tidak merbahaya. Doktor tidak meyarankan saya untuk dibedah kerana pembedahan pertama tidak lama, belum sampai setahun. Dia hanya membenarkan saya dibedah pada bulan November 2009. Apabila saya mendengar ada lagi ketumbuhan, saya berasa tertekan, sekalipun ia hanyalah ketumbuhan yang biasa. Tetapi untuk menjalani pembedahan berulang kali adalah hal yang tidak baik. Setiap malam saya tidak dapat tidur dengan lena kerana memikirkan banyak perkara. Suami menasihati saya supaya menyerahkan semuanya kepada Tuhan kerana tidak ada perkara yang mustahil bagi Tuhan. Saya sangat yakin dengan perkataan itu dan hanya berserah kiranya semua itu adalah ketentuan daripada Tuhan, biarlah Dia sendiri yang mengaturkannya. Pada bulan Ogos, selepas diperiksa dan mendapati ketumbuhan itu sudah sebesar 3cm .

Pada bulan Oktober, unit pendidikan Bumiputera gereja Keningau merancang untuk mengadakan aktiviti perkhemahan kali pertama bagi murid-murid pendidikan pada bulan Disember dan saya adalah salah seorang petugas dalam aktiviti perkhemahan tersebut. Tetapi bila teringat bahawa saya akan dibedah pada pertengahan November, mungkinkah saya dapat menyertai mereka? Saya memberitahu suami, sekiranya 3 minggu selepas saya dibedah dan merasa baik, saya akan menyertai untuk membantu perkhemahan tersebut. Setiap kali saya memohon kepada Tuhan agar memberi petunjuk dan membenarkan saya melaksanakan tugas saya dahulu.

Pada pertengahan November, saya dikehendaki masuk ke dalam wad. Sewaktu menjalani scanning, doctor tidak nampak ada sebarang ketumbuhan yang jelas. Pada petang hari itu, pakar bedah datang menemuramah kami. Pada waktu petang, saya diarah oleh doctor supaya minum air yang banyak sehingga penuh pundi kencing agar ketumbuhan itu boleh dilihat dengan jelas. Pada jam 4 petang, doctor datang sekali lagi untuk memastikan kedudukan ketumbuhan tersebut. Doktor masih juga tidak dapat melihat sebarang ketumbuhan yang jelas .

Pada jam 7 malam, saya menghantar mesej kepada rakan-rakan koir Horeb supaya membantu doa untuk saya. Kebetulan pada malam itu pendeta Erastus menelefon saya. Saya minta bantu doa dari pendeta. Pada jam 9 malam sebelum di arah supaya berpuasa, sekali lagi doktor tersebut datang menjalani scanning terhadap saya, dia masih tidak berpuas hati. Saya diminta untuk minum air yang banyak sekali lagi. Pada malam itu, saya hanya kenyang dengan air sehingga memenuhi pundi kencing saya. Bila menjalani scanning, doctor mengesahkan ketumbuhan itu benar-benar tidak ada di ovari saya. Akhirnya malam itu juga doctor membatalkan pembedahan saya. Doktor pun merasa hairan, ke manakah perginya ketumbuhan itu? Saya sendiri pun merasa hairan. Tetapi, hati saya berasa sangat bersyukur kerana semuanya itu adalah keajaiban dari Tuhan. Pada pagi keesokan hari, saya dibenarkan untuk keluar wad. Jururawat dan rakan di sebelah katil pun bertanya kepada saya, macam mana ketumbuhan tersebut boleh hilang? Mereka bertanya apakah yang saya makan untuk menghilangkan ketumbuhan tersebut. Saya hanya menjawab: “makan saya seperti biasa, tetap kerana kita bersandar pada Tuhan ”.

Dengan banyak perkara yang dialami selama itu, saya dapat menikmati kasih Tuhan terhadap keluarga saya. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan kerana Dia telah mendengar doa saya. Terima kasih juga kepada teman seiman yang sentiasa membantu saya di dalam doa. Bagi Tuhan, tidak ada perkara yang mustahil dan saya sentiasa merasa betapa indahnya dan beruntungnya kita yang hidup di dalam Tuhan.

Semoga nama Tuhan sentiasa dimuliakan. Haleluya!

Kasih Tuhan Banyak Sehingga Tidak Terucap
| |

Kasih Tuhan Banyak Sehingga Tidak Terucap

Sdra. Liu Dek Kim

Dalam nama Tuhan Yesus menyampaikan kesaksian. Saya ialah saudara Liu Dek Kim, berumur 59 tahun, berasal dari gereja Penampang. Sekarang saya ingin menceritakan kasih karunia Tuhan Yesus dan mengongsikan kasih Tuhan.

Pada bulan November 2006, saya bekerja di sebuah kuari batu. Saya baru membeli sebuah mesin mengorek batu. Saya melihat ada sekeping papan besi di atas lantai, lalu saya ingin turun dari mesin mengorek batu untuk mengalihkan papan besi itu. Semasa saya melompat dari mesin tersebut, saya mendapati ada selonggok ketulan batu di lantai. Tulang belakang saya akan terkena pada ketulan batu tersebut. Pada saat yang bahaya itu, sangka saya habislah kali ini. Tanpa diduga, seolah-olah ada seseorang yang memapah saya dan badan saya hanya terkena sedikit pada batu. Tidak ada luka sedikit pun pada badan saya. Saya berasa ajaib kerana Tuhanlah yang telah menyelamatkan saya.

Ada satu kali ketika saya bekerja di Sipitang, saya mengorek batu dan memuatkannya ke dalam lori. Semasa memuat hampir 3-4 biji batu, tiba-tiba ada sebuah batu yang besar, berada pada ketinggian lebih kurang 6 kaki terjatuh dari mulut pengorek batu di bahagian belakang mesin. Dengan serta-merta saya menyebut ‘haleluya’ lalu batu itu jatuh ke tempat lain dan tidak mengena saya. Saya berfikir, jika bukan kerana pemeliharaan dari Tuhan, semestinya saya akan mati atau cedera parah. Tidak mungkin akan selamat.

Pada 11 Mei 2008, semasa kebaktian kebangunan rohani di gereja Penampang, saya tampil ke depan untuk memohon Roh Kudus. Syukur kepada Tuhan, saya dipenuhi Roh Kudus dalam doa kali itu sehingga mengalirkan air mata. Saya bersyukur kepada Tuhan atas kasih-Nya yang besar. Sebelum ini, iman saya lemah dan jarang menghadiri kebaktian. Tetapi semejak hari itu di mana saya hampir tercedera oleh batu besar itu, saya merasakan oleh sebab Tuhan menyertai saya barulah saya terselamat. Oleh itu, saya harus bergiat. Mengenang kembali pada masa dahulu saya telah bersalah terhadap Tuhan Yesus. Setiap kali ada roh jahat yang mengganggu saya. Tetapi setelah saya menerima Roh Kudus, si iblis tidak datang mengganggu saya lagi.

Saya masih ingat, 2 minggu selepas saya menerima Roh Kudus, lebih kurang jam 3 pagi, semasa saya baru bangun dari tidur, tiba-tiba saya melihat cahaya terang yang besar, menerangi bilik saya sehingga saya tidak dapat membuka mata.

​Pada tahun 2004 jam 5 pagi, saya memandu kereta dari Penampang ke Tamparuli untuk bekerja. Ketika berada di Jalan Tuaran batu 16, saya terserempak dengan sekawanan kerbau yang sedang melintas jalan raya. Disebabkan perkara ini berlaku secara tiba-tiba, saya tidak sempat menekan brek, lalu kereta saya meluru ke arah seekor kerbau. Saya cuba memperlahankan kereta dan menyeru ‘haleluya’. Akhirnya, saya tidak terlanggar kerbau itu. Saya keluar dari kereta untuk melihat. Saya mendapati ada kesan tanah daripada badan kerbau itu tadi pada pintu kereta saya ketika cuba untuk mengelak kerbau tersebut. Syukur kepada Tuhan kerana menyelamatkan saya dari malapetaka ini.

Anak saya yang bernama Sheng Quan, telah menghidapi penyakit yang teruk pada tahun 2005. Pada mulanya, ia adalah jangkitan pada tisu ototnya. Dia mengalami kesakitan tulang belakang sehingga tidak dapat berjalan. Setelah menjalani pemeriksaan X-ray, didapati ada nanah di dalamnya. Maka, doktor menyuruh supaya dia tinggal di hospital untuk pemerhatian selanjutnya. Selepas tinggal 6 hari, punca penyakitnya masih belum dapat dikesan. Doktor berkata bahawa dia ingin mengambil sum-sum tulang anak saya untuk diperiksa, tetapi saya tidak bersetuju. Oleh itu, kami pun memindahkannya ke hospital SMC (Sabah Medical Centre). Pada masa itu, dia tidak dapat mengawal perkumuhan air kencing dan air besar lagi, malahan berjalan pun perlu dipapah. Sekiranya tersentuh sedikit, dia akan menjerit kesakitan.

Pada waktu itu, dia bertugas di Ambank. Pengurus di Ambank mengingatkan isteri saya supaya berdoa untuk anak kami. Oleh itu, kami pun berdoa untuk anak kami dan juga meminta gereja membantu doa. Selepas itu, doktor SMC menjalani pembedahan untuknya, tetapi penyakitnya masih berterusan selama sebulan. Syukur kepada Tuhan, akhirnya dia telah menjadi sembuh. Tuhan telah menyembuhkannya dan sehingga kini, penyakitnya tidak lagi berulang dan kini dia telah berumah tangga. Isterinya ialah saudari Su Ming Hui.

Semoga segala kemuliaan diberikan kepada Tuhan.