Iman Kepercayaan Yang Tak Berubah
| | |

Iman Kepercayaan Yang Tak Berubah

Iman Kepercayaan Yang Tak Berubah

[Lai Yin Fu]

Prakata

  1. Pemercaya benar memiliki kepercayaan benar ~ percaya bahawa Yesus adalah Allah, Juruselamat, sambil mengharap-nantikan kebahagiaan kekal Kerajaan Sorga.
  2. Yesus Kristus tetap sama sampai selama-lamaya (Ibr 13:8), umat Kristian sepatutnya memiliki iman kepercayaan yang tetap.
  3. Iman yang benar kena melalui pengujian (I Ptr 1:7), iman kepercayaan yang benar haruslah dapat bertahan menghadapi pelbagai macam keadaan pengujian [boleh dibahagikan kepada dua kali khotbah]

I.  Sewaktu Tidak Kelihatan Orang Lain ~ Apakah Melupakan Tuhan?

Δ       Pada waktu dinasti Han, Yang Chen, seorang hakim yang bersih, tidak menerima suap, berkata kepada mereka yang menerima suap: “Kau tahu, aku tahu, langit tahu, bumi tahu, janganlah bertindak bodoh”.

1.   Oleh kerana iri hati, Kain telah membunuh adiknya (Kej 4:8-10) ~ tiada pihak ketiga di ladang.

2.   Akhan mengambilkan barang-barang yang dikhususkan untuk dihapuskan lalu membawa kecelakaan ~ kekalahan teruk di Kota Ai, kematian tiga puluh enam orang; ia bersama seisi rumahnya turut dibunuh (Yos 6:18-19, 24; 7:5, 19-26)

Δ       Mata Tuhan ada di segala tempat, membalaskan setiap orang setimpal dengan perbuatannya. (Ams 15:3; Rm 2:6)

II.  Sewaktu Godaan Datang ~ Apakah Takut Akan Allah?

Δ       Keinginan memberangsangkan seseorang berbuat dosa (Yak 1:14-15)

  1. Yusuf tabah menghadapi godaan puannya yang datang setiap hari dan ia terpelihara kerana takut akan Allah (Kej 39:1-2, 7-12)
  2. Daud terkalahkan oleh godaan lalu melakukan perzinahan, kemudian melakukan pembunuhan (II Sam 11:2-5, 14-15)

Δ       Tunduk pada Roh Kudus beroleh hidup kekal; justeru, jangan padamkan Roh (Gal 6:7-8; I Tes 5:19)

III.  Sewaktu Mengalami Kesusahan ~ Apakah Memarahi Tuhan?

Δ       Manusia dalam tubuh jasmani, memang tidak terelak dari masa-masa sukar dan sengsara.

  1. Seluruh tubuh Lazarus penuh borok-borok, mengemis seumur hidup, tak juga meninggalkan Allah, setelah mati dibawa ke pangkuan Abraham (Luk 16:2-22)
  2. Habakuk bersukacita kerana Tuhan walaupun menghadapi kelaparan (Hab 3:17-19)

Δ       Biar apa jua keadaannya, bersukacitalah di dalam Tuhan dan tahu merasa cukup (Flp 4:10-13)

IV.  Sewaktu Berjaya Dan Berhasil ~ Apakah Bersyukur Kepada Tuhan?

Δ       Umat manusia selalunya apabila dalam keadaan berhasil akan merasa seronok sehingga melupakan diri dan bertindak bodoh

  1. Sewaktu hamba tua Abraham berjaya mencari jodoh bagi Ishak, ia bersyukur dan sujud menyembah Allah (Kej 24:26-27, 50-52)
  2. Tujuh puluh murid-murid sewaktu diutus bekerja, mereka gembira kerana Iblis takluk pada mereka; namun Tuhan Yesus mengingatkan: “Bersukacitalah kerana namamu ada terdaftar di Sorga” (Luk 10:17-20)

Δ       Barangsiapa yang bermegah, hendaklah ia bermegah di dalam Tuhan (I Kor 1:31)

V.  Sewaktu Ada Perubahan Pada Manusia Atau Pada Sesudah Perkara ~ Apakah Tetap Mempercayai Allah?

Δ       Manusia amatlah lemah, di mana iman senang bergoyah, kepercayaan senang berubah semata-mata kerana sepatah kata, sesuatu perkara, seseorang lain ataupun sesuatu keadaan.

  1. Celakalah dunia dengan segala penyesatannya: memang penyesatan harus ada, tetapi celakalah orang yang mengadakannya (Mat 18:7)
  2. Para pendeta bukanlah Kristus, janganlah sekali-kali meninggalkan Tuhan disebabkan perselisihan antara satu dengan yang lain (I Kor 1:10-13).

Δ       Yesus Kristus adalah satu-satunya dasar iman kepercayaan.

VI.  Sewaktu Ditimpa Penganiayaan ~ Apakah Bersandar Pada Tuhan Dengan Tidak Takut?

Δ       Iblis sama seperti singa yang mengaum-aum dan mencari orang yang dapat ditelannya.

  1. Tiga sahabat Daniel, walaupun menghadapi ancaman mati kerana melanggar perintah raja, namun masih mempertahankan ‘iman seandainya tidak’ ~ rela mati daripada mengalah (Dan 3:15-18).
  2. Petrus disebabkah lemah buat seketika dan takut mati, maka pada waktu Tuhan ditangkap, ia hanya ikut dari jauh-jauh dan menyangkal Tuhan sebanyak tiga kali (Luk 23:54-62).

Δ       Sedarlah dan berjaga-jagalah! Serahkanlah segala kekuatiranmu kepada Tuhan dan lawanlah Iblis dengan iman yang teguh (I Ptr 5:7-9).

VII.  Sewaktu Penderitaan Menimpa ~ Apakah Mencurigai Kasih Allah?

Δ       Manusia menimbulkan kesusahan bagi dirinya, seperti bunga api berjolak tinggi (Ayb 5:7).

  1. Kehilangan harta, kematian orang: Ayub memahami bahawa Allah yang memberi, Allah yang mengambil (Ayb 1:20-22)
  2. Seluruh tubuh penuh borok-borok, isteri pula mencaci-maki: Ayub memahami firman tentang menerima apa yang baik dari Allah, juga menerima yang buruk (Ayb 2:6-10)
  3. Daniel, disebabkan mahu mendekat pada Tuhan, tidak takut mengengkari perintah raja. Sewaktu dilempar ke dalam gua singa, ia dilindungi Tuhan dan selamat (Dan 6:11, 20-24)

Δ       Bersukacitalah dalam pengharapan, sabarlah dalam kesesakan (Rm 12:12)

VIII.  Sewaktu Hidup Mewah Dan Kaya ~ Apakah Berjaga-Jaga Memegang Firman?

Δ       Manusia ini selama berada dalam kemakmuran dan kesenangan tidak akan sedar tentang kesusahan dan penderitaan.

  1. Sewaktu usia tuanya, raja Salomo disebabkan mengasihi perempuan-perempuan asing, telah digodai untuk membina patung berhala dan bukit-bukit pengorbanan, lalu berbuat dosa terhadap Tuhan dan mengakibatkan negaranya ditawan (II Raj 11:1-4, 10-11)
  2. Oleh iman, Musa rela meninggalkan istana dan menderita sengsara bersama-sama umat Allah (Ibr 11:24-27)
  3. Ester sebagai seorang ratu, mengenalpasti akan kewajipan menyelamatkan kaum sebangsa (Est 4:13-17)

Δ       Janganlah lupa akan segala kebaikan Tuhan (Mzm 103:2)

Penutup

Siapakah yang akan memisahkan kita dari kasih Kristus? Bersandar kepada Tuhan, kita akan lebih dari pada orang-orang yang menang (Rm 8:35-37)