Perasaan Selepas Menyertai Kumpulan Sukarela Ibu Gereja Sabah
| |

Perasaan Selepas Menyertai Kumpulan Sukarela Ibu Gereja Sabah

Sdri. Tang En Tze

Haleluya, dalam nama Tuhan Yesus Kristus, saya mengongsikan kasih karunia Tuhan. Syukur kepada pengaturan Tuhan yang baik, saya berpeluang untuk menyertai Rombongan Visi Sukarela (VMT) Sabah pergi ke Filipina untuk membantu kerja Kursus Teologi Jangka Pendek pada 15~22 Mac 2009. Perkara-perkara yang dapat saya belajar selepas menyertai VMT adalah seperti berikut.

Pada 15 Mac 2009 (Ahad), saya bertolak dari Sandakan ke Kota Kinabalu pada waktu pagi. Kemudian, saya dan ahli-ahli VMT bertolak dari Kota Kinabalu ke Filipina pada waktu petang. Kami tiba di Lapangan Terbang Clark, Filipina pada pukul 5.30 petang. Selepas itu, kami manaiki bas dan teksi selama 2 jam setengah ke Gereja Manila. Kami tiba di Gereja Manila pada pukul 8.00 malam. Semasa tiba di gereja, perkara petama yang kami lakukan adalah sehati berdoa untuk bersyukur kepada Tuhan. Walaupun kami tiba di sebuah tempat yang asing dengan letih dan lapar, tetapi semasa berdoa, kami menggunakan bahasa Roh yang sama, kepercayaan kami adalah sama, kami semua adalah anak-anak Bapa Syurga. Pada masa itu, saya dapat merasai “Kita adalah sekeluarga di dalam Tuhan.” Oleh itu, doa kami penuh dengan kesyukuran, sukacita dan kesejahteraan.

Keesokan hari, kami bertolak ke Lapangan Terbang Manila pada pukul 5 pagi. Kami menaiki kapal terbang dari Manila ke Bacolod. Kemudian, kami menaiki “Jeepney” ke Gereja Mansilingan. Kami tiba di Gereja Mansilingan pada pukul 12 tengah hari. Pemercaya di sana melayan kami dengan ghairah dan lemah-lembut. Selain itu, mereka juga tekun berdoa. Terdapat pemercaya berdoa di dalam gereja sebelum pukul 6 pagi.

Terdapat seorang saudari yang sangat mengasihi Tuhan di Gereja Mansilingan. Beliau ialah Saudari Tessie. Semasa gereja mengadakan aktiviti, beliau bangun awal-awal pagi selepas tidur 4 atau 5 jam. Kemudian, beliau berjalan kaki selama 20 minit ke gereja untuk menyediakan sarapan, makanan tengah hari, makanan malam dan sebagainya. Oleh itu, Tuhan memberkatinya dengan khas sehingga anak-anaknya sangat berkebolehan. Antaranya, seorang anak perempuannya yang bernama Teresa, pernah menjadi pensyarah di Amerika Syarikat dan menguntung Dollar Amerika lalu membeli sebuah rumah banglo di Mansilingan untuk didiami ahli-ahli keluarganya. Jelaslah bahawa Tuhan tidak berhutang kepada orang yang mengasihiNya. Sebaliknya, Tuhan akan memberkati mereka secara besar-besaran.

Selain itu, satu lagi segi yang patut saya pelajari ialah pemercaya di sana sangat menitikberatkan Hari Sabat. Satu jam sebelum Kebaktian Hari Sabat bermula, terdapat pemercaya tiba di gereja dengan berpakaian sopan dan kemas untuk menerima berkat Hari Sabat. Terutamanya guru-guru pendidikan agama. Mereka awal sampai ke gereja untuk mengemaskan bilik darjah. Guru yang sama memimpin kelas pendidikan agama pada setiap minggu. Namun, dia tidak bersungut-sungut. Sebaliknya, dia melakukannya dengan sukacita. Saya bertanya dengan hairan: “Jika kamu jatuh sakit, siapakah yang menggantikan anda?” Dia tersenyum dan menjawab: “Saya tidak pernah jatuh sakit sehingga tidak dapat pergi ke gereja.” Selepas mendengar jawapannya, saya berasa sangat bersyukur kepada Tuhan kerana ini adalah berkat Tuhan.

Pada hari terakhir Kursus Teologi Jangka Pendek, penuntut-penuntut mengedarkan kad jemputan di dua buah kampung yang berhampiran dengan gereja untuk menjemput mereka menyertai Kebaktian Penginjilan Melalui Kidung pada malam itu. Syukur kepada Tuhan, pada malam itu, Tuhan telah menggerakkan hati lebih daripada 30 orang pencari injil untuk datang ke gereja. Kebanyakan mereka adalah kanak-kanak.

Akhir kata, penyertaan VMT membolehkan saya merasai kasih karunia Tuhan yang berkelimpahan. Ini amat memanfaatkan saya sehingga saya berasa berat hati untuk balik ke rumah.

Pada setiap tahun, Ibu Gereja Sabah akan mengutus Rombongan Visi Sukarela (VMT) ke Filipina untuk membantu pelbagai kerja suci. Contohnya, melatih pianist, pemimpin dan pekerja suci, mengadakan Hari Kanak-kanak, Hari Belia, Kebaktian Penginjilan Melalui Kidung dan lain-lain. Saudara-saudari dialu-alu untuk menyertai VMT. Sesiapa yang berminat, sila hubungi Koordinator VMT Zon Timur, Saudari Tracy Tang Choi Ngan (Alamat Emel: tcngan@yahoo.com Nombor telefon: 014-655 8124) Keterangan lanjut adalah seperti berikut.

Pasukan Sukarelawan Ibu Gereja Sabah ke Filipina
TARIKH: JULAI, OKTOBER
TEMPAT: Manila, Mansilingan
PERBELANJAAN: Lebih kurang RM600, Lebih kurang RM1,000
(Tiket Bagi Kapal Terbang & Kereta, Persembahan Dan Lain-Lain)

Kiranya Tuhan memperkukuh kerja yang dilakukan oleh kami dan memperingati jerih-payah yang dicurahkan dalam Tuhan oleh para sukarelawan.

Bahagian 2:  Persembahkan Persembahan Sukarela Merayakan Hari Raya Tujuh Minggu
| | | |

Bahagian 2: Persembahkan Persembahan Sukarela Merayakan Hari Raya Tujuh Minggu

Nas Kitab: Kitab Ulangan fasal 16 ayat 9-12

Prakata:

Kemudian haruslah engkau merayakan Hari Raya Tujuh Minggu bagi Tuhan, Allahmu, sekadar persembahan sukarela yang akan kauberikan sesuai dengan berkat yang diberikan kepadamu oleh Tuhan, Allahmu (Ul 16:10)

 I.             Cara Merayakan (Ul 16:12)

  1. Tujuh minggu harus kauhitung: pada waktu orang mulai menyabit gandum yang belum dituai, haruslah engkau mulai menghitung tujuh minggu itu (9)
  2. Persembahkan persembahan sukarela (10)
  3. Bersukaria di hadapan Tuhan (11)

Δ       Pada hari hulu hasil, pada waktu kamu mempersembahkan korban sajian baru kepada Tuhan …… (Bil 28:26)

Δ       Yang terbaik dari buah bungaran hasil tanahmu haruslah kaubawa ke dalam rumah Tuhan, Allahmu (Kel 29:19)

II.          Makna Merayakannya (Ul 16:10-12)

1. Persembahkan pesembahan sukarela tanda bersyukur

Δ       Sekadar persembahan sukarela yang akan kauberikan kepada Allah (Ul 16:10)

Δ       Sebab daripadaMulah segala-galanya (I Taw 29:14)

2. Bersukaria dengan semua orang

Δ       Engkau, anak laki-laki serta anakmu perempuan, hamba-hamba, orang Lewi, orang asing, anak yatim dan janda haruslah bersukaria di hadapan Tuhan (Ul 16:11)

Δ       Berkongsi-nikmatkan hasil jerih payah dengan anak-anak (Mzm 128:1-6)

Δ       Nikmatilah hidup dengan isteri yang kaukasihi (Pkh 9:9)

Δ       Tuhan menjaga orang-orang asing, anak yatim dan janda (Mzm 146:9)

3. Peringati waktu-waktu dulu menjadi hamba

Δ       Haruslah kauingat, bahawa engkaupun dahulu budak di Mesir (Ul 16:12)

Δ       Demikian diselamatkanNya mereka dari tangan pembenci, ditebusNya mereka dari tangan musuh (Mzm 106:10)

III.       Kesimpulan

Δ       Haruslah engkau melakukan ketetapan ini dengan setia (Ul 16:12)

Bahagian 17: Pemberian Sukarela Dan Upah
| | | |

Bahagian 17: Pemberian Sukarela Dan Upah

Bahagian 17: Pemberian Sukarela Dan Upah

Nas kitab: 9:6

[1]      Ketetapan Upah (6)

‘Orang yang menabur sedikit, akan menuai sedikit’.

‘Orang yang menabur banyak, akan menuai banyak’.

‘Camkanlah itu’.

[2]      Persembahkan Menurut Kerelaan Hati (7)

“Hendaklah masing-masing memberikan menurut kerelaan hatinya”.

Δ Berbuat menurut tahap kerelaan sendiri.

“Jangan dengan sedih hati”.

Δ Tidak merasa sedih hati setelah memberi pesembahan, melainkan pertahankan kemurahan hati itu.

“Atau kerana paksaan”.

Δ Jangan kerana inginkan kemuliaan dan kehormatan, atau takut sendiri ketinggalan di belakang, juga bukan kerana didesak maupun dipaksa.

“Sebab Allah mengasihi orang yang memberi dengan sukacita”.

[3]     Diperkenan Dan Penerimaan Upah (8-9)

“Dan Allah sanggup melimpahkan segala kasih karunia kepada kamu”.

  1. “Supaya kamu senantiasa berkecukupan” (8b).

“Di dalam segala sesuatu” (8c).

“Malah berkelebihan di dalam pelbagai kebajikan” (8d).

Δ “Menjadi kaya dalam kebajikan, suka memberi dan membagi, dan dengan demikian mengumpulkan suatu dasar yang baik bagi dirinya di waktu yang akan datang untuk mencapai hidup yang sebenarnya (I Tim 6:18,19).

Δ Banyak benih, buah akan bertambah-tambah (10).

“Ia yang menyediakan benih bagi penabur dan roti untuk dimakan” (10a).

Δ Maksudnya: yang rela menabur (memberi sedekah) demi Tuhan, Tuhan akan bekalkan benih untuknya.

“Dan melipatgandakannya”.

Δ Yaitu siapa yang mempunyai, kepadanya akan diberi lagi sehingga ia berkelimpahan (Mat 13:12).

“Dan menumbuhkan buah-buah kebenaranmu”.

Δ Kasihmu makin melimpah dalam pengetahuan yang benar dan dalam segala macam pengertian (Flp 1:9) serta penuh dengan buah kebenaran yang dikerjakan oleh Yesus Kristus untuk memuliakan dan memuji Allah (Flp 1:11; Kol 1:10,11).

  1. “Kamu akan diperkaya dalam segala macam kemurahan hati (11a).
  2. “Yang membangkitkan syukur kepada Allah oleh kerana kami” (11b).

Δ Ada yang menyebar harta, tetapi bertambah kaya; ada yang menghemat secara luarbiasa, namun selalu kekurangan. Siapa banyak memberi berkat, diberi kelimpahan; siapa memberi minum, ia sendiri akan diberi minum (Ams 11:24-25).

[4]     Pengalaman: “Syukur Kepada Allah Kerana KaruniaNya Yang Tak Terkatakan itu!” (15)

  1. Orang-orang kudus dibantu: “Pelayanan kasih ini mencukupkan keperluan-keperluan orang-orang kudus” (12).
  2. Allah dimuliakan: “Melimpahkan ucapan syukur kepada Allah” (12b).

“Dan sebab kamu telah tahan uji dalam pelayanan itu, mereka memuliakan Allah kerana ketaatan kamu dalam pengakuan akan Injil Kristus dan kerana kemurahan hatimu dalam membagikan segala sesuatu dengan mereka dan dengan semua orang” (13).

  1. Kebajikan diperingati pemercaya: “Sedangkan di dalam doa mereka, mereka juga merindukan kamu  oleh kerana kasih karunia Allah yang melimpah ke atas kamu” (14).

Kata penutup:

“Syukur kepada Allah kerana karuniaNya yang tak terkatakan itu” (15).

Allah menjadikan para penyumbang wang sendirinya mengecapi karunia Allah yang tak terkatakan itu, juga menjadikan mereka yang dibantu, turut mengecapi karunia Allah yang tak terkatakan. Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia (Rm 8:28).