Proses Dan Pengajaran Nenek Moyang  Berbuat Dosa
| | |

Proses Dan Pengajaran Nenek Moyang Berbuat Dosa

Proses Dan Pengajaran Nenek Moyang Berbuat Dosa

[Lai Yin Fu]

Prakata

Kehidupan lautan pahit manusia penuh dengan jerih payah, kegelisahan; tambahannya adalah singkat dan sementara serta penuh kesia-siaan. Kesemuanya adalah berpunca daripada nenek moyang berbuat dosa melanggar perintah Allah. Bukan saja mengakibatkan manusia sejagat jatuh ke dalam dosa, bahkan pada akhirnya, orang-orang dosa akan masuk neraka menerima hukuman neraka, betapa malang!  Dengan mengkaji secara teliti nenek moyang berbuat dosa maka kita akan memahami taktik muslihat Iblis dan kelemahan manusia dan darinya kita boleh belajar ajaran-ajaran mengawasi dan menjaga diri.

Nas Kitab:  Kej 3:1-6

I.             Iblis Memperalatkan Ular Yang Licik ~ Perempuan Bersahabat Dengan Ular (1)

Δ       Bergaul dengan sembarangan mendatangkan kecelakaan (Ams 18:24)

II.          Membangkitkan Kecurigaan Hawa Dalam Perbualan ~ ‘Tentulah Allah Berfirman’ (1)

Δ       Orang yang bimbang sama dengan gelombang laut, yang diombang-ambingkan kian ke mari oleh angin; orang yang mendua hati tidak akan mempunyai pendirian tetap (Yak 1:6-8) ~ sehingga tidak reti membezakan antara yang baik dengan jahat.

III.    Hawa Tidak Jelas Mengenai Perintah Allah ~ Lantas Mengubahkan Perkataan Allah (2-3)

Δ       Yang difirmankan Allah ialah: “Pada hari engkau memakannya, pastilah engkau mati” (Kej 2:16-17), tetapi Hawa pula berkata: “…….. ataupun raba buah itu, nanti kamu mati” [menambahi dan mengubahkan perkataan Allah]

 Δ       Jangan lupakan hukum Allah; umat binasa kerana tiada pengenalan dan pengertian (Hos 4:6)

IV.       Penyesatan Antara Betul Atau Salah ~ Sekali-Kali Kamu Tidak Akan Mati (4)

Δ       Firman Allah hanyalah ‘ya’, sekali-kali tidak ada ‘ya’ atau ‘tidak’ (II Kor 1:18-20)

V.       Memberangsangkan Perasaan Ingin Tahu ~ Setelah Makan, Mata Akan Menjadi Terang (5)

Δ       Perasaan ingin tahu nabi tua menyebabkan ia menipu abdi Allah dan menggodainya untuk ikut kembali ke rumahnya dan makan minum di situ. Ini menyebabkan abdi Allah mengubah maksud dan arah asalnya. Akibatnya dia melanggar perintah Allah dan mati diterkam singa  (I Raj 13:6-24).

VI.          Memberangsangkan Hati Ingin Menang ~ Ingin Menjadi Seperti Allah Yang Tahu Akan Yang Baik Dengan Jahat (5)

Δ       Kain sebagai abang beranggapan diri sendiri lebih utama dari orang lain, bahawa ia pasti melebihi adiknya; justeru, apabila Allah berkenan kepada persembahan adik dan tidak berkenan padanya, terus hatinya menjadi panas dan muka muram (Kej 4:3-5)

VII.       Keinginan Mata ~ Sedap Kelihatan (6) ~ Ingin Melihat

Δ       Daud berjalan-jalan di atas sotoh istana, terlihat seorang perempuan cantik sedang mandi, mengakibatkan ia berbuat zinah dan membunuh (II Sam 11:2-5, 14-15)

VIII.    Keinginan Daging ~ Baik Untuk Dimakan (6) ~ Ingin Makan

Δ       Oleh sedikit makanan, Esau telah menjualkan hak kesulungannya (Ibr 12:16-17)

IX. Keangkuhan Hidup ~ Memberi Pengertian (6)

Δ       Puji-pujian naif kaum perempuan telah menyebabkan raja Saul menjadi marah; disebabkan perasaan congkak dan iri hati, mulailah ia membenci Daud menaruh niat jahat di hati, sehingga ia berkata-kata sembarangan, beriktiar mahu membunuh Daud (I Sam 18:6-12)

X.     Tindakan Berbuat Dosa ~ Mengambil Dari Buahnya Dan Dimakannya (6)

Δ       Kain berkata-kata dengan adiknya, tiba-tiba memukulnya lalu membunuhnya (Kej 4:8)

XI.       Mengalah Kerana Sentimen ~ Diberikannya Kepada Suami Dan Suaminya Pun Memakannya (6)

Δ       Raja Ahab yang mengingini kebun anggur Nabot merasa kesal dan gusar lalu menerima dan mendengar muslihat Izebel, membelakangi hati nurani dengan mencari saksi dusta untuk mencari alasan membunuh Nabot lalu merampas kebun anggur, namun menimpakan kecelakaan atas diri sendiri (I Raj 21:1-10, 19).

XII.    Kepercayaan Kaum Kerabat ~ Suaminya Pun Memakannya (6)

Δ       Anak perempuan Herodias tidak reti membezakan antara betul dengan salah, lalu mendengar perkataan ibunya, memintakan kepala Yohanes Pembaptis lalu menyebabkan kematian seorang yang setia dan baik (Mrk 6:22-25).

Penutup

Dengan mengkaji secara teliti proses dan sebab-musabab nenek moyang berbuat dosa, maka kita akan beroleh hikmat menghindari pekerjaan Iblis, agar kita berjaga-jaga dan berdoa pada setiap hari supaya jangan jatuh ke dalam pencobaan (Mat 26:41)

Proses & Pengajaran Nenek Moyang Berdosa
|

Proses & Pengajaran Nenek Moyang Berdosa

Pendahuluan:

Akibat daripada nenek moyang yang telah membelakangi perintah Tuhan dengan berdosa, manusia terjerumus ke dalam kehidupan yang dipenuhi oleh kesengsaraan, keresahan, kesingkatan hayat dan kesia-siaan. Bukan sahaja menyebabkan manusia tersandung ke dalam dosa, malah perlu menerima penghukuman yang kekal di neraka. Itulah yang paling malang. Kita dapat memahami rencana si Iblis dan kelemahan manusia dengan mengkaji perbuatan dosa oleh nenek moyang. Pada masa yang sama, kita memperolehi pengajaran utuk berwaspada.

Ayat alkitab : Kej 3:1-6

1. Iblis mempergunakan kelicikan ular: Perempuan berkawan dengan ular.

  • Berkawan sesuka hati mendatangkan kecelakaan. (Ams 18 :24)

2. Percakapan yang menimbulkan rasa sangsi Hawa: “Allah berfirman”.

  • Orang yang bimbang sama dengan gelombang laut yang diombang-ambingkan, orang yang mendua hati tidak akan tenang. (Yak 1:6-8) — yang menyebabkan orang tidak tahu untuk membezakan yang betul dan salah, yang baik dan jahat.

3.   Hawa tidak mengerti perintah Allah: Mengubahkan firman Allah. (2-3)

  • Allah berfirman : “Sebab pada hari engkau memakannya, pastilah engkau mati.” (Kej 2:16-17), tetapi Hawa berkata: “Raba buah itu, nanti kamu mati.” (Dia menokoktambah dan mengubah firman Allah.)

* Barangsiapa yang melupakan pengajaran Allah akan dibinasakan. (Hos 4:6)

4. Menerbalikkan salah dan betul untuk mengelirukan: Sekali-kali kamu tidak akan mati. (4)

  • Firman Tuhan hanya ada “Ya”, tidak wujud dikatakan “Ya”, tetapi “Tidak”. (2 Kor 1:18-20)

5. Menimbulkan rasa ingin tahu: Mata akan terbuka. (5)

  • Nabi tua berbohong kepada abdi Allah untuk membawanya makan dan minum. Oleh itu, dia telah menyebabkan abdi Allah memberontak titah Tuhan dan akibatnya, abdi Allah diserang seekor singa. (1 Raj 13:6-24)

6. Menimbulkan rasa ingin menang: Waktu memakannya, mata akan terbuka. (5)

  • Kain adalah abang yang memegahkan dirinya. Dengan itu, beranggapan bahwa dia dapat mengalahkan adiknya. Tetapi Kain menjadi sangat panas dan mukanya muram kerana Tuhan mengindahkan korban persembahan adiknya. (Kej 4:3-5)

7. Hawa nafsu mata:  Sedap kelihatannya – melihat. (6)

  • Daud berjalan-jalan di atas sotoh istana, tampak kepadanya seorang perempuan sedang mandi yang kemudiannya menyebabkan dia berzinah dan membunuh. (1 Sam 11:2-5, 14-15)

8. Hawa nafsu darah daging: Buah pohon itu baik untuk dimakan – dimakan. (6)

  • Esau menjualkan hak kesulungannya untuk sepiring makanan. (Ibr 12:16-17)

9. Keangkuhan hidup masa kini: Memberi pengertian. (6)

  • Saul menjadi angkuh dan bangkit amarahnya sehingga mendengki Daud dan ingin membunuhnya selepas terdengar pujian perempuan-perempuan. (1 Sam 18:6-12)

10. Perbuatan berdosa: Lalu ia mengambil. (6)

  • Kain memukul adiknya lalu membunuhnya semasa mereka sedang berkata-kata. (Kej 4:8)

11. Perhubungan: Isteri memberikan buah itu kepada suami. (6)

  • Raja Ahab menuruti nasihat Izebel untuk membunuh Nabot dengan menggunakan saksian dusta yang dibuat ke atasnya bagi tujuan merampaskan kebun anggurnya. Kemudian, Raja Ahab menanggung akibat perbuatannya. (1Raj 21:1-10,19)

12. Kepercayaan atas perhubungan: Suami pun memakannya. (6)

  • Permintaan untuk mendapatkan kepala Yohanes Pembaptis oleh anak perempuan Herodias yang tidak tahu membezakan betul dan salah, telah menganiayai orang benar dan kudus. (Mrk 6:22-25)

Penutup :

Telitikan serta fahamkan proses dan sebab perbuatan dosa nenek moyang supaya manambahkan hikmat kita untuk mengelakkan diri daripad kerja-kerja Iblis.

Dengan itu, kita dapt berjaga-jaga dan berdoa, supaya jangan jatuh ke dalam pencobaan. (Mat 26:41)