Views: 97
Pendahuluan:
Akibat daripada nenek moyang yang telah membelakangi perintah Tuhan dengan berdosa, manusia terjerumus ke dalam kehidupan yang dipenuhi oleh kesengsaraan, keresahan, kesingkatan hayat dan kesia-siaan. Bukan sahaja menyebabkan manusia tersandung ke dalam dosa, malah perlu menerima penghukuman yang kekal di neraka. Itulah yang paling malang. Kita dapat memahami rencana si Iblis dan kelemahan manusia dengan mengkaji perbuatan dosa oleh nenek moyang. Pada masa yang sama, kita memperolehi pengajaran utuk berwaspada.
Ayat alkitab : Kej 3:1-6
1. Iblis mempergunakan kelicikan ular: Perempuan berkawan dengan ular.
- Berkawan sesuka hati mendatangkan kecelakaan. (Ams 18 :24)
2. Percakapan yang menimbulkan rasa sangsi Hawa: “Allah berfirman”.
- Orang yang bimbang sama dengan gelombang laut yang diombang-ambingkan, orang yang mendua hati tidak akan tenang. (Yak 1:6-8) — yang menyebabkan orang tidak tahu untuk membezakan yang betul dan salah, yang baik dan jahat.
3. Hawa tidak mengerti perintah Allah: Mengubahkan firman Allah. (2-3)
- Allah berfirman : “Sebab pada hari engkau memakannya, pastilah engkau mati.” (Kej 2:16-17), tetapi Hawa berkata: “Raba buah itu, nanti kamu mati.” (Dia menokoktambah dan mengubah firman Allah.)
* Barangsiapa yang melupakan pengajaran Allah akan dibinasakan. (Hos 4:6)
4. Menerbalikkan salah dan betul untuk mengelirukan: Sekali-kali kamu tidak akan mati. (4)
- Firman Tuhan hanya ada “Ya”, tidak wujud dikatakan “Ya”, tetapi “Tidak”. (2 Kor 1:18-20)
5. Menimbulkan rasa ingin tahu: Mata akan terbuka. (5)
- Nabi tua berbohong kepada abdi Allah untuk membawanya makan dan minum. Oleh itu, dia telah menyebabkan abdi Allah memberontak titah Tuhan dan akibatnya, abdi Allah diserang seekor singa. (1 Raj 13:6-24)
6. Menimbulkan rasa ingin menang: Waktu memakannya, mata akan terbuka. (5)
- Kain adalah abang yang memegahkan dirinya. Dengan itu, beranggapan bahwa dia dapat mengalahkan adiknya. Tetapi Kain menjadi sangat panas dan mukanya muram kerana Tuhan mengindahkan korban persembahan adiknya. (Kej 4:3-5)
7. Hawa nafsu mata: Sedap kelihatannya – melihat. (6)
- Daud berjalan-jalan di atas sotoh istana, tampak kepadanya seorang perempuan sedang mandi yang kemudiannya menyebabkan dia berzinah dan membunuh. (1 Sam 11:2-5, 14-15)
8. Hawa nafsu darah daging: Buah pohon itu baik untuk dimakan – dimakan. (6)
- Esau menjualkan hak kesulungannya untuk sepiring makanan. (Ibr 12:16-17)
9. Keangkuhan hidup masa kini: Memberi pengertian. (6)
- Saul menjadi angkuh dan bangkit amarahnya sehingga mendengki Daud dan ingin membunuhnya selepas terdengar pujian perempuan-perempuan. (1 Sam 18:6-12)
10. Perbuatan berdosa: Lalu ia mengambil. (6)
- Kain memukul adiknya lalu membunuhnya semasa mereka sedang berkata-kata. (Kej 4:8)
11. Perhubungan: Isteri memberikan buah itu kepada suami. (6)
- Raja Ahab menuruti nasihat Izebel untuk membunuh Nabot dengan menggunakan saksian dusta yang dibuat ke atasnya bagi tujuan merampaskan kebun anggurnya. Kemudian, Raja Ahab menanggung akibat perbuatannya. (1Raj 21:1-10,19)
12. Kepercayaan atas perhubungan: Suami pun memakannya. (6)
- Permintaan untuk mendapatkan kepala Yohanes Pembaptis oleh anak perempuan Herodias yang tidak tahu membezakan betul dan salah, telah menganiayai orang benar dan kudus. (Mrk 6:22-25)
Penutup :
Telitikan serta fahamkan proses dan sebab perbuatan dosa nenek moyang supaya manambahkan hikmat kita untuk mengelakkan diri daripad kerja-kerja Iblis.
Dengan itu, kita dapt berjaga-jaga dan berdoa, supaya jangan jatuh ke dalam pencobaan. (Mat 26:41)
