Bagaimanakah Mencegah Ketidakharmonian dalam Perkahwinan
|

Bagaimanakah Mencegah Ketidakharmonian dalam Perkahwinan

A.    Janganlah mengabaikan pasangan di sisi kita

  1. Sunyi sepi: Manusia hidup di dunia ini, yang pentingnya bukan sahaja perlu tahu untuk dikasihi orang lain, malah juga haruslah tahu bagaimana untuk menunjukkan/menaruh kasih kepada orang lain, barulah ia menjadi perkara yang bernilai (Kid 3:1-5).
  2. Membosankan: Manusia hidup di dunia ini seharusnya tahu bagaimana untuk memperolehi firman kebenaran dalam keadaan yang tiadanya pilihan supaya dapat terus hidup (Kid 4:16).
  3. Tidak dapat berkomunikasi: Tidak menyembunyikan hal sebenar, tidak menipu, tidak merugikan/menganiayai orang lain, idea/pemikiran sendiri tidak tersembunyi di dalam hati, perasaan keterasingan dapat diselesaikan menerusi komunikasi.

B. Berusaha untuk menyesuaikan kehidupan

  1. Menghormati: Kita adalah “dipadankan oleh Tuhan” dijadikan sebagai konsep yang utama.
  2. Mengasihi: Haruslah mengutamakan hubungan suami isteri berbanding perkara yang lain.

 ◎ Jikalau orang panjang umurnya, biarlah ia bersukacita di dalamnya (Kis 11:8).

C. Saling mendorong, saling mengambil berat 

  1. Memupuk minat yang sama, mewujudkan kesukacitaan dalam tubuh dan jiwa.
  2. Prihatin terhadap kelemahan fizikal dan mental orang lain, sehingga membawa tubuh dan jiwa yang sihat (Rm 12:9, 15, Gal 6:1-4).
  3. Tulus ikhlas dan saling membantu, mengampuni dan menghiburnya, serta tidak lagi menegurnya (2 Kor 2:6-8).

D. Takut akan Tuhan, saling menghormati (Ef 5:33).

  1. Pasti memperolehi pujian (Ams 31:30-31).
  2. Bersama-sama berkongsikan kasih karunia dalam kehidupan (1 Ptr 3:7).
  3. Hidup dengan bahagia (Pkh 9:9).
  4. Berkat anak-anak (Ams 31:28).

Kebahagiaan kehidupan suami isteri (Ams 31:28-29).

Pencegahan Terhadap Hubungan Luar Nikah
|

Pencegahan Terhadap Hubungan Luar Nikah

A. Punca Berpotensi bagi Hubungan Di Luar Nikah

  1. Ketidakharmonian Keluarga: Kebencian (Ams 10:12), Kecemburuan (Kid 8:6), Ketidakpuasan hati.
  2. Penuh perasaan, suami/isteri tidak bertimbang rasa, sukar untuk bertahan terhadap kesunyian (1 Kor 7:3).
  3. Di tempat kerja, menaruh perasaan kasih terhadap rakan sekerja setelah berkenalan untuk satu tempoh masa.

B. Lima Tempoh Bagi Hubungan Di Luar Nikah

  1. Tempoh Pujian: Dipuji oleh pihak yang berlainan jantina, sehingga berasa gembira, dan mudah menghasilkan perasaan suka terhadapnya.
  2. Tempoh Bekerja Bersama-sama: Bekerja bersama-sama dengan pihak yang berlainan jantina, saling membantu, bertimbang rasa dan mengambil berat, lama-kelamaan akan menaruh perasaan terhadap rakan sekerja setelah berkenalan untuk satu tempoh waktu.
  3. Tempoh Emosi: Kesibukan dalam kerja akan mengabaikan kehidupan perkahwinan, sehingga  diabaikan dan berasa tidak puas hati.
  4. Tempoh Melepaskan Tekanan: Berasa tidak puas hati untuk suatu jangka masa yang lama, berasa sunyi sepi dan keseorangan, hati penuh dengan rasa kebencian, dan mengambil kesempatan untuk melepaskan tekanan.
  5. Tempoh Kejam: Sengaja menimbulkan pergaduhan, sehingga keadaan menjadi buruk dan tidak dapat diselamatkan lagi, akhirnya meninggalkan keluarga, melarikan diri dari rumah, dan terjadinya keruntuhan perkahwinan.

C. Cara Pencegahan

  1. Takut akan Tuhan (1 Ptr 3:2,4-5).
  2. Memelihara/menjaga hati (Ams 4:23).
  3. Jarang berpisah (1 Kor 7:5).

◎  Akwila dan Priskila (Kis 18:2-3).

  1. Bertimbang rasa (1 Ptr 3:7).

◎  Elkana dan Hana (1 Sam 1:4-8).

  1. Memenuhi kewajiban sebagai suami/isteri (1 Kor 7:3).
  2. Murah hati (Luk 6:27, 31, 36-38).

 

Semua Orang Harus Penuh Hormat Terhadap Perkahwinan
|

Semua Orang Harus Penuh Hormat Terhadap Perkahwinan

Perkahwinan merupakan perkara yang penting dalam sepanjang hayat manusia, umat Kristian haruslah menghormati perkahwinan (Ibr 13:4). Ibu bapa juga seharusnya mengambil berat tentang perkahwinan anak-anak mereka.

A. Sistem Perkahwinan yang diasaskan oleh Tuhan

  1. Sistem “satu suami satu isteri/monogami” (Kej 2:18,21-24, Mrk 10:6-9).
  2. Dalam zaman Perjanjian Lama, perkahwinan dengan orang yang tidak percaya (kafir) adalah dilarang (Ul 7:1,3, Neh 13:23-25).
  3. Dalam zaman Perjanjian Baru, perkahwinan dengan orang yang tidak percaya (kafir) juga adalah dilarang (2 Kor 6:14, 1 Kor 7:39).
  4. Tidak boleh bercerai selepas berkahwin (Mrk 10:9,11-12).

B. Mengapakah tidak boleh berkahwin dengan orang yang tidak percaya/kafir?

  1. Kemungkinan akan meninggalkan Tuhan dan berbuat dosa (Ul 7:4, Neh 13:26-27).
  2. Menjejaskan pelayanan dalam keluarga, contohnya berkebaktian, berdoa, pelayanan dan kerja suci yang lain.
  3. Ketidaktenteraman keluarga (Kej 26:34-35, 27:46).

C. Bagaimanakah menghormati perkahwinan?

  1. Ibu bapa dan pemimpin gereja haruslah mengambil berat akan perkahwinan anak-anak dan pemercaya (Kej 24:1-4).
  2. Ibu bapa haruslah banyak membantu doa bagi perkahwinan anak-anak mereka (Kej 24:12-14).
  3. Jika tidak dapat mencari pasangan di dalam Tuhan, maka rela memilih tidak berkahwin, dan tidak ingin berkahwin dengan orang kafir (1 Kor 7:8).
  4. Pihak berkenaan perlulah memahami kehendak Tuhan, dan percaya terhadap pengaturan Tuhan (Kej 24:57-58).

Kesimpulan:

Ibu bapa, telangkai dan pihak berkenaan perlulah memegang firman Allah, maka Tuhan pasti akan memimpin dan mengatur, barulah perkahwinan berbahagia.

Kehidupan Perkahwinan Yang Bahagia
|

Kehidupan Perkahwinan Yang Bahagia

A. Mengapakah kadar penceraian masyarakat kini meningkat dengan cepatnya? Adakah umat kristian boleh bercerai?

1.Tuhan Yesus berkata: “Apa yang telah dipersatukan Allah, tidak boleh diceraikan manusia.” (Mat 19:3-9)

2.“Isteri tidak boleh menceraikan suaminya, dan suami juga tidak boleh menceraikan isterinya.” (1 Kor 7:10-13)

3.Umat kristian tidak boleh selalunya berkata-kata tentang “bercerai”, ini adalah perkara yang tidak dikenankan oleh Tuhan.

B. Lima Prinsip Utama Pengurusan Kehidupan Perkahwinan Yang Bahagia

1.Haruslah berusaha untuk menyelesaikan masalah/kesukaran yang dihadapi: Perang dingin dan bercerai bukannya cara yang sesuai.

2.Menjalin hubungan suami isteri yang baik hendaklah diutamakan.

3.Membuat perancangan kewangan keluarga yang baik secara berdikari: Membuat perancangan kewangan yang berdikari.

      • Merancang sumber kewangan:
      • Keperluan isteri? Pendapatan yang tetap? Pendapatan yang lain?
      • Berbelanja mengikut pendapatan :
      • Prinsip kehidupan yang ringkas dan berjimat-cermat:
      • Perancangan keperluan asas harian yang sistematik dan teliti.
      • Penguasaan diri (2 Ptr 1:4-6), berjimat-cermat dan tidak membazir (Mrk 6:41-43).

4.Elakkan menjadikan “Patut difahami” sebagai mod komunikasi yang tetap.

Sebelum berkahwin, betapanya bertimbang rasa dan taat, mendengar dengan sabarnya dan bertoleransi. Setelah berkahwin, seolah-olah semuanya sudah diselesaikan. Pemikiran “Patut difahami” dijadikan sebagai mod komunikasi yang tetap, lama-kelamaan akan menjadi “harapan dalam hati”, dan akhirnya akan menjadi perkara yang seharusnya berlaku.

5.Berusaha mengendalikan keseronokan dalam kehidupan(Pkh 9:9)

      • Bersama-sama melakukan perkara yang sama: Berkebaktian, pelayanan di dalam gereja, dan kerja suci yang lain.
      • Adanya humor. Menambahkan “kelucuan”.
      • Tiada kemarahan bagi laki-laki (1 Ptr 2:8).
      • Perempuan haruslah lemah lembut (Ef 4:1-2), dan berpakaian sesuai, terutamanya ketika di dalam rumah.
      • Mewujudkan suatu keadaan tempat tinggal yang bersih dan kemas, dan ditambahkan sedikit perhiasannya.
      • Mengekalkan hati yang bersukacita (Flp 4:4).
      • Janganlah khuatir (Mat 6:25, 27-29).
      • Berfikiran optimistik.
      • Janganlah memperbesarkan perkara yang kecil.
      • Saling mengasihi: Mengasihi sampai kepada kesudahannya. Mengasihinya dengan hati yang tulus ikhlas (1 Ptr 4:8).
      • Dapat bersabar tanpa sebarang syarat.
      • Dapat mengampuni tanpa hadnya (Mat 18:21-22).
      • Saling menghormati: Jangan lupa untuk mengucapkan “Minta Maaf, Terima Kasih, Sila” dan sebagainya.
      • Jangan lupa untuk memujinya (Ams 31:28).

C. Kesimpulan

1. Kehidupan perkahwinan umat kristian seharusnya bahagia (Ams 31:10-31).

2. Pasangan suami isteri Kristian haruslah dapat memuliakan Tuhan dalam kehidupan perkahwinan mereka.

3. Harus berusaha menjalani kehidupan perkahwinan yang bahagia.

Firman Tentang Perkahwinan Pertama
|

Firman Tentang Perkahwinan Pertama

Nas Alkitab: Menerusi perkahwinan manusia yang pertama (Kej 2:18-25), kita dapat memahami firman kebenaran tentang perkahwinan.

A. Kedudukan/Peranan Tuhan dalam perkahwinan (Kej 2:18, 20-22)

  1. Tuhan merupakan pengasas perkahwinan.
  2. Tuhan merupakan saksi perkahwinan.
  3. Tuhan merupakan telangkai.
  4. Tuhan sendiri yang memimpin upacara perkahwinan.

Pengajaran:

  1. Haruslah berkahwin di dalam Tuhan (Ul 7:3, Ezr 9:12, 10:30, 2 Kor 6:14, 1 Kor 7:39).
  2. Tidak boleh memilih secara rawak (Kej 6:1-2).
  3. Tidak boleh bercerai (Mat 19:6, Mrk 10:9).
  4. Harus dihormati oleh setiap orang (Ibr 13:4).

B. Teori Tuhan mengasaskan perkahwinan (Kej 2:24)

  1. Manusia akan meninggalkan ibu bapa
    “Meninggalkan” bukannya membiarkan, ia bermaksud :
    A. Berdikari dari segi Alkitab,
    B. Berdikari dari segi konsep,
    C. Berdikari dari segi tanggungjawab,
    D. Berdikari dari segi iman kepercayaan.
  2. Bersatu dengan isteri

    (a) Perkahwinan adalah dipadankan oleh Tuhan, manusia tidak boleh bercerai (Mat 19:6, Mrk 10:9).
    (b) Tuhan memesan: “isteri tidak boleh menceraikan suaminya, dan suami tidak boleh menceraikan isterinya.” (1 Kor 7:10-11).

  3. Dua orang menjadi satu daging

    Suami mengasihi isteri sama seperti tubuhnya sendiri (Ef 5:28), menurut penjelasan mengenai menjadi satu daging seperti yang dicatatkan dalam 1 Korintus, fasal 6, ayat 16 hingga 17, iaitu menjadi (a) satu tubuh (16),  (b) menjadi satu daging (16), (c) bersatu di dalam Roh (17).

C. Permintaan Tuhan Terhadap Perkahwinan

1. Terhadap Laki-laki (Kej 2:22)
“Dibangun-Nyalah seorang perempuan, lalu dibawa-Nya kepada manusia itu” iaitu telah diamanatkan oleh Tuhan untuk menjaganya, oleh itu:

A. Suami hendaklah mengasihi isteri (Ef 5:25-29), sebagaimana Kristus mengasihi jemaat – Kasih yang mengorbankan diri, sama seperti tubuhnya sendiri – Kasih yang mementingkan diri sendiri.

B.  Hiduplah bijaksana dengan isteri (1 Ptr 3:7).

C.  Haruslah menghormati isteri (1 Ptr 3:7).

D.  Janganlah berlaku kasar terhadapnya (Kol  3:19).

2. Terhadap Perempuan (Kej 2:18,20)
Tuhan Allah berfirman: “Tidak baik, kalau manusia itu seorang diri saja. Aku akan menjadikan penolong baginya, yang sepadan dengan dia.”

A.  Perempuan yang diciptakan ini adalah untuk membantu lelaki menguruskan hal-ehwal keluarga (Ams 31:15, 21,27).

B.  Mendidik anak-anak (Ams 31:1-2, 29:15).

C.  Sokongan/bantuan dalam iman kepercayaan (Rm 16:3-5).

D.  Hiburan/bantuan dari segi jiwa rohani (Ayb 2:9, 19:17,19).

Kesimpulan:

Memandangkan bahawa perkahwinan adalah diasaskan oleh Tuhan, maka umat Kristian seharusnya menghormati perkahwinan, sama seperti menghormati Tuhan. Janganlah mencontohi duniawi, dan menganggap perkahwinan sebagai suatu permainan. Dengan memegang firman Tuhan, barulah dapat diberkati Tuhan dan memuliakan Tuhan serta memanfaatkan manusia.

Konsep Perkahwinan Milik Rohani
|

Konsep Perkahwinan Milik Rohani

“Laki-laki dan perempuan seharusnya berkahwin setelah menjadi dewasa.”  Setiap belia akan menghadapi masalah perkahwinan, hal sedemikian juga tidak terkecuali bagi saudara-saudari yang muda di dalam gereja. Perkahwinan umat Kristian bukan sahaja berkaitan dengan kebahagiaan kehidupan seseorang, juga berkaitan dengan keselamatan iman kepercayaan seseorang, malah berkaitan juga dengan anugerah keselamatan Tuhan dan kemajuan serta kemunduran gereja.

A. Maksud Perkahwinan

Setelah Allah mencipta moyang, yakni Adam, didapati bahawa tidak baik kalau manusia itu seorang diri saja, maka telah menjadikan seorang teman/pasangan baginya – Hawa, ini boleh dikatakan bahawa Tuhan merupakan telangkai, saksi perkahwinan dan yang memimpin upacara perkahwinan bagi pasangan suami isteri yang pertama untuk manusia (Kej 2:18-25). Perkahwinan yang kudus dan ilahi sekurang-kurangnya harus mempunyai tiga maksud seperti yang berikutnya:

1. Melahirkan keturunan ilahi bagi mewarisi iman kepercayaan (Mal 2:15).

2. Saling menghiburkan, menasihati dan membantu (Kej 2:18).

(a)    Dalam aspek semangat: Saling menghiburkan, memiliki rasa kesuaman/kehangatan (Pkh 4:9-12).

(b)   Dalam aspek kerja: Saling membantu dalam menjalani kehidupan (Kej 2:15, 20).

(c)    Dalam aspek iman kepercayaan: Sehati dalam menerima kasih karunia Tuhan (1 Ptr 3:7).

3.Dapat mengenali misteri mengenai Kristus dan gereja (Ef 5:22-23).

Dalam kasih sesama suami isteri, kita dapat menerima firman kebenaran mengenai hubungan yang rapat antara Kristus dan gereja serta Kristus dan jemaat.

B. Perkaitan Rapat Antara Perkahwinan dan Anugerah Keselamatan Tuhan

1. Tuhan menggenapkan rancangan anugerah keselamatan menerusi perkahwinan.

(a)   Kelahiran Daud menerusi perkahwinan antara Rut dan Boas (Luk 4:22).

(b) Tanda mujizat Kana “air menjadi anggur”, menunjukkan Tuhan campur tangan dan mengambil berat akan perkahwinan manusia (Yoh 2:1-11).

(c)    Perkahwinan melambangkan hubungan antara Kristus dan jemaat (Kid 8:6-7, Why 19:7-9).

(d)   Perkahwinan menyatakan/mendedahkan misteri anugerah keselamatan Tuhan (Ef 5:31-32).

2. Syaitan menggagalkan anugerah keselamatan dengan cara membinasakan perkahwinan manusia.

(a)  Merosakkan sistem perkahwinan “satu suami satu isteri/monogami” yang ditetapkan oleh Tuhan (Kej 4:19).

(b)   Menggoda keturunan ilahi untuk berbuat dosa melalui cara perkahwinan (Kej 6:2-3).

(c)  Menggoda umat pilihan untuk berbuat dosa oleh perempuan yang tidak percaya/kafir (Bil 25:1-9).

(d)   Menjadikan manusia gagal dalam perkahwinan, dan seterusnya kehilangan anugerah keselamatan (Mat 19:9, 1 Kor 5:1-5).

3. Perkahwinan berkait rapat dengan kemajuan dan kemunduran gereja.

(a)  Gereja merupakan rumah Allah, pemercaya merupakan ahli dalam keluarga ini (1 Tim 3:15).

(b)   Boleh menjadikan keluarga bercorak iman kepercayaan dan gereja (Kis 18:2-3).

(c)  Membina jemaat dalam keluarga, boleh memimpin orang percaya kepada Tuhan (Rm 16:15).

C. Jenis Perkahwinan

  1. Jenis Asli: Adam dan Hawa –  Taat kepada pengaturan Tuhan (Kej 2:21-23).
  2. Jenis Tradisional: Ishak dan Ribka – Setelah diperkenalkan oleh hamba setia, berkahwin dahulu dan kemudian barulah jatuh cinta antara satu sama lain (Kej 24:3-4, 63-67).
  3. Jenis Bebas: Yakub dan Rahel – Jatuh cinta dalam pandangan pertama, jatuh cinta terlebih dahulu dan kemudiannya berkahwin (Kej 31:38-41).
  4. Jenis Memuaskan Keinginan Daging: Simson – Memilih pasangan berdasarkan kehendak sendiri, memuaskan keinginan daging (Hak 16:1-31).
  5. Jenis Paksaan: Amnon dan Sikhem – Memperkosa pihak lain dengan berdasarkan keberanian (2 Sam 13:1-28, Kej 34:1-3).
  • Gereja seharusnya menggalakkan cara perkahwinan jenis asli dan tradisional, namun kebanyakan belia kini lebih suka memilih cara perkahwinan bebas. Gereja dan ibu bapa haruslah memberikan bimbingan yang betul kepada mereka, mengingati mereka agar menjaga kekudusan, dan tidak menjejaskan pembelajaran dan pekerjaan masing-masing. Sesudah tibanya masa yang sesuai, haruslah membiarkan mereka berkahwin dengan secepat mungkin.

D. Konsep Perkahwinan Umat Kristian

Setiap orang berharap diri sendiri memiliki perkahwinan yang bahagia, untuk mencapai hasrat ini, syarat yang utama adalah perlu mematuhi ketetapan perkahwinan yang ditetapkan/diasaskan oleh Tuhan. Ketetapan adalah seperti yang berikutnya:

  1. Perkahwinan diasaskan oleh Tuhan, merupakan satu perjanjian yang kudus, dan tidak boleh dipandang rendah dengan sewenang-wenangnya (Kej 2:22-24, Mrk 10:9).
  2. Tidak boleh berkahwin dengan orang yang tidak percaya/kafir (Ul 7:3-4, 2 Kor 6:14).
  3. Tidak boleh menceraikan suami/isteri, dan berlaku kasar terhadap suami/isteri (Mal 2:16).
  4. Ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak melakukan prinsip berkahwin di dalam Tuhan (Kej 28:1-4).

E. Konsep Salah Yang Menjejaskan Perkahwinan

1. Mengejar romatis secara berlebih-lebihan.

Berharap perkahwinan sendiri boleh menjadi sama seperti yang ditulis dalam novel dan televisyen, yang penuh dengan romantis, boleh mendapat “putera atau puteri idaman” yang sesuai dengan kehendak kita. Jelas kelihatan, sesungguhnya “harapan” sedemikian adalah tidak realistik.

2. Permintaan/Syarat yang Terlalu Tinggi.

Belia-belia masa kini sangat menekankan empat aspek ketika memilih pasangan mereka, iaitu “wajah yang serupa pelakon, tubuh yang serupa olahragawan, adanya taman di dalam rumah, dan adanya dolar Amerika Syarikat di dalam bank”. Standard/Piawaian sedemikian adalah sukar untuk dicapai dalam kehidupan realiti kini.

3. Ikut Perasaan.

Sama seperti lirik yang dinyanyikan – “ikut perasaan”, setiap hari bertukar pasangan yang baru, dan akan melepaskan/meninggalkan orang yang dipikat sebelum ini. Mereka mendukung pemikiran “Mencari pemilikan untuk seketika waktu, dan tidak mencari hidup bersama-sama untuk selama-lamanya”. Amat tidak bertanggungjawab terhadap soal percintaan dan perkahwinan.

4. Terlalu Berhati-Hati.

Alkitab mencatatkan: “tiada ketakutan dalam kasih”. Sesudah menyerahkan soal perkahwinan kepada Tuhan, bersandar kepada iman dan doa, bergaul dan memilih dengan beraninya, janganlah berasa terlalu takut, sehingga kehilangan banyak peluang, dan akhirnya menjadi menyesal.

 5. Sukar mencari jodoh/pasangan yang sesuai di dalam gereja.

Saudara-saudari yang muda sering berkata bahawa “sukar mencari jodoh/pasangan yang sesuai di dalam gereja”. Adakah hakikatnya sedemikian? Sesungguhnya tidak. Belia yang berkata sedemikian hanya mementingkan rupa wajah, tahap pendidikan atau kekayaan pihak lain, dan mengabaikan kualiti dalam iman kepercayaan. Bagi umat kristian, “kesesuaian” yang paling besar adalah memiliki iman kepercayaan yang sama – ini merupakan unsur yang utama dalam perkahwinan umat kristian.

6. Nasihat dan peringatan golongan senior di gereja sudah ketinggalan zaman

Kini, ramai belia yang berpendapat bahawa nasihat mengenai perkahwinan yang dikemukakan oleh golongan senior di gereja kepada mereka sudah ketinggalan zaman, tidak bersesuaian dengan trend dunia. Sebenarnya, golongan senior merupakan seorang yang berpengalaman dalam perkahwinan, mempunyai pengenalan dan pengalaman yang banyak terhadap perkahwinan. Jika belia dapat merujuk kepada peringatan yang diberi oleh mereka, maka dipercayai bahawa sudah tentu adanya manfaat bagi mereka. Jika tidak mendengar nasihat dan berkeras untuk melakukannya, maka akan menerima balasan dalam darah dan air mata.

F. Cara Pemilihan Pasangan/Jodoh Di Dalam Tuhan

  1. Serahkannya ke dalam tangan Tuhan, banyak berdoa dan bersandar kepada Tuhan, memohon Tuhan untuk memimpin dengan tumpukan  perhatian yang sepenuhnya.
  2. Banyak menyertai kerja suci, meningkatkan peluang untuk berkenalan dan bergaul sesama saudara-saudari.
  • Mematuhi pengaturan Tuhan, rela menerima “Adam” atau “Hawa” yang diaturkan/dipadankan oleh Tuhan.