Bantuan Ibu Bapa Terhadap Perkahwinan Anak-anak

Bantuan Ibu Bapa Terhadap Perkahwinan Anak-anak

Sesungguhnya, anak-anak lelaki adalah milik pusaka dari pada TUHAN, dan buah kandungan adalah suatu upah. (Mzm127: 3) Di dalam dunia ini, Tuhan mengkehendaki supaya ibu bapa bertindak sebagai pengurus anak-anak, oleh itu ibu bapa mempunyai kewajipan untuk menguruskan pusaka ini dengan baik, termasuklah dari segi tubuh, akhlak, pendidikan, pekerjaan, perkahwinan, kepercayaan anak-anak dan sebagainya. Dalam soal perkahwinan, anak-anak memerlukan tunjuk ajar daripada ibu bapa untuk membantu anak-anak menguruskan perkahwinan, ia merupakan suatu peringkat yang sangat penting dalam kehidupan. Jika demikian, bagaimanakah seharusnya ibu bapa membantu dalam perkahwinan anak-anak?

A. Mempunyai pengertian yang  jelas tentang kebenaran

Ibu bapa terlebih dahulu diri sendiri haruslah mempunyai pengenalan yang jelas terhadap kebenaran dalam perkahwinan, barulah dapat membimbing perkahwinan anak-anak dengan tepat. Jika tidak, ia hanyalah orang buta menuntun orang buta (Luk 6:38), dan tidak akan mendapat hasil yang baik.

1. Perkahwinan di dalam Tuhan merupakan kehendak Tuhan (2 Kor 6:10).

Kehendak manusia boleh dituruti dan juga boleh diingkari, namun kehendak Tuhan adalah sama sekali baik (Kej 50:20; Rom12:2), yang memberikan kebaikan kepada manusia. Oleh itu, manusia patut menurutinya (2 Taw 12:14). Di samping itu, Tuhan juga menuntut supaya manusia berpegang pada kehendak-Nya (Mikha 6:8).

2. Peintah Tuhan itu diberikan demi kasih-Nya kepada anak-anak (1 Tim 1:5).

Segala perbuatan Tuhan adalah sungguh bererti, juga adalah baik untuk kita (Mzm 16:2; 84:11). Oleh itu, kita harus menuruti perintah Tuhan, Alkitab mencatatkan bahawa mendengarkan lebih baik daripada korban sembelihan (1 Sam 15:23).

3. Berbahagialah mereka yang mendengarkan firman Allah (Luk11: 27-28).

Segala berkat Tuhan dicurahkan kepada barangsiapa yang  mendengarkan suara TUHAN (Ul 28:2,8). Alkitab mengatakan bahawa kuasa pemberi berkat ada pada Tuhan (Kej 49:25). Berkat yang sesungguhnya dan yang tetap tidak berubah ada pada Tuhan ( Mzm 73:26), manusia tidak dapat memperolehnya dengan bersandar pada diri sendiri.

B. Tindakan Bantuan (Kej 24:1-5; 37,38)

1. Mengajarkan kebenaran yang berkaitan dengan perkahwinan dalam Alkitab kepada anak-anak tepat pada masanya (Ul 6:6-7). Memupuk jiwa rohani anak-anak, supaya mereka belajar untuk tunduk kepada Tuhan, dan juga boleh memberitahu mereka tentang contoh-contoh realiti dalam kehidupan.  Abraham dalam Alkitab merupakan seorang ayah yang arif dari segi mengajar anak-anak.

2. Mengajar anak-anak agar berserah pada Tuhan dalam hal perkahwinan, selalu berdoa bersama dengan anak-anak demi hal tersebut, memohon pimpinan dan aturan jodoh yang sesuai (Kej 24:12-15).

3. Membantu anak-anak menghubungi dengan Kordinator Perkahwinan (‘Marriage Coordinator’) ataupun teman-teman sekerja penatua dan diakon, supaya mereka dapat mencarikan jodoh yang takut akan Tuhan dan berakhlak baik (Kej 24:13-14).

4. Tidak boleh menuruti kehendak anak-anak sepenuhnya (Kej 24: 6-8). Ini adalah kerana anak-anak tidak mempunyai pengalaman dari segi ini, senang saja mereka akan bertindak menurut kehendak manusia dan darah daging, sehingga mereka menyimpang dari kebenaran Alkitab, tidak mendapat berkat tetapi sebaliknya menimbulkan kecelakaan (Ul 7: 3-4; Mal 9: 12-24; Yosua 23: 12-13). Oleh itu, para ibu bapa haruslah mempunyai pandangan dan pendirian sendiri.

5. Jadikanlah kegagalan dari ketidakbahagiaan perkahwinan yang dihadapi oleh mereka yang kahwin-mengahwini orang kafir sebagai peringatan. Berikan pertimbangan yang sewajarnya tentang budaya, umur, pekerjaan dan sebagainya, sebaik-baiknya kurangkan atau jangan menyebut tentang aspek fizikal (material).

C. Memahami Kebaikan Berkahwin Di Dalam Tuhan

1. Hanyalah dengan berkahwin dalam Tuhan, barulah kepercayaan anak-anak mendapat jaminan; sebaliknya, sebaik sahaja anak-anak kahwin dan mengahwini orang kafir, maka akan wujudnya risiko, iaitu dia akan dipengaruhi untuk menyembah berhala dan allah lain (Ul 7: 3-4).

2. Selalunya ibu bapa berharap agar anak-anak taat pada mereka supaya mereka dapat menikmati usia tua mereka, namun sebenarnya hanyalah orang yang takut akan Tuhan akan memiliki ketaatan yang sesungguhnya dan yang berkekalan (Kej 24: 14-20; Ams30: 30). Ibu bapa bagi anak-anak yang kahwin mengahwini dengan orang kafir tidak akan dapat menikmati hidup mereka dengan sebaik-baiknya (Kej 24: 34-35).

3. Kepercayaan bagi keturunan yang berkahwin di dalam Tuhan akan berterusan, malah akan diberkati Tuhan (Kel 20:6).

Firman Tentang Perkahwinan

Firman Tentang Perkahwinan

Pembacaan Kitab: 3 Yohanes; 2 Tim 2.

Ayat Alkitab: Hendaklah kamu semua penuh hormat terhadap perkahwinan dan janganlah kamu mencemarkan tempat tidur, sebab orang-orang sundal dan pezinah akan dihakimi Allah. (Ibr 13: 4)

Perkahwinan merupakan perkara yang penting dalam hidup manusia, dan disebut sebagai perkara yang penting dalam sepanjang hayat,ia sepatutnya dihormati semua orang. Akan tetapi, terdapat ramai orang yang tidak menghormati perkahwinan pada akhir zaman ini, dan seterusnya membangkitkan penceraian, bersekedudukan, perkahwinan percubaan, mempunyai hubungan sulit selain suami isteri, ibu tunggal serta pelbagai  perkara yang kotor dan malang, tetapi perbuatan-perbuatan ini telah dikelirukan oleh “konsep moral baru” yang bertentangan dengan Alkitab sebagai tingkah laku “terbuka”. Maka ini telah mengakibatkan kewujudan ramai mangsa tingkah laku terbuka ini. Kita haruslah menuruti firman Tuhan, dan menghormati perkahwinan.

A Sistem Perkahwinan

1.  Ditubuhkan oleh Tuhan sendiri.

Dan dari rusuk yang diambil TUHAN dari manusia itu, iaitu Adam, dibangun Tuhan seorang perempuan, lalu dibawa-Nya kepada manusia itu, dipersatukan sebagai pasangan suami isteri pertama manusia. Tuhan Yesus juga memperakui bahawa suami isteri yang telah dipersatukan Allah, tidak boleh diceraikan manusia (Kej 2:22-24; Mat 19:4-6).

2.  Tuhan sendiri sebagai saksi perkahwinan.

Kita menghormati peraturan undang-undang dan adat istiadat yang sihat di kalangan manusia, menjemput seorang dari golongan senior untuk menjawat kerja sebagai saksi perkahwinan, akan tetapi orang yang menjadi saksi tersebut mestilah menjadi saksi perkahwinan dalam nama Tuhan Yesus, maka pada dasarnya Tuhan sendiri yang menjadi saksi perkahwinan tersebut (Mal 2:14).

3.  Tujuan Tuhan menubuhkan Perkahwinan.

(a)  Supaya manusia berteman, ada penolong, mendapat penghiburan (Kej 2:18; 24:67 ).

(b)  Untuk mendapat keturunan yang ilahi, memerintah atas bumi (Mal 2:15; Kej 1:28).

BSemua orang harus penuh hormat terhadap perkahwinan

Perkahwinan yang sah adalah yang suci, dan yang bersukacita; ini adalah kerana ia ditetapkan dan diberkati oleh Tuhan sendiri. Sebaliknya perkahwinan yang tidak sah adalah yang najis, yang menderita; ini adalah kerana ia dihalangi dan dibenci oleh Tuhan. Oleh itu pemercaya harus menghormati perkahwinan.

1.  Mengenai waktu.

(a) Sebelum perkahwinan: Orang yang menghormati perkahwinan akan mementingkan kekudusan sebelum berkahwin, sebelum berkahwin (termasuk suami isteri yang telah bertunang) sama sekali tidak boleh melakukan hubungan yang melampaui hubungan antara kawan (hubungan seks). Untuk mengelakkan hal ini berlaku, lelaki dan perempuan yang belum berkahwin tidak patut berpacaran berdua-duaan di tempat yang sunyi;  lebih-lebih lagi tidak patut melakukan perkara-perkara yang membelakangi Tuhan dan merosakkan tertib masyarakat dengan mengikuti konsep terkini yang salah seperti “bersekedudukan”,  “perkahwinan percubaan”  dan sebagainya.  Hubungan seks antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin ini dipanggil orang-orang “sundal” ataupun “cabul”, orang-orang yang melakukannya akan dihakimi oleh Tuhan dan tidak mendapat bagian dalam kerajaan Allah (Ibr 13:4; 1 Kor 6:9-10).

(b)  Upacara perkahwinan: orang yang menghormati perkahwinan akan mementingkan satu-satunya upacara yang berlaku hanya sekali dalam kehidupan, yakni upacara perkahwinan. Orang yang menjaga kekudusan diri sebelum berkahwin sahaja yang boleh menjalankan upacara perkahwinan secara besar-besaran dalam gereja serta menerima berkat daripada Tuhan dan saudara-saudari.

(c)  Selepas berkahwin: orang yang menghormati perkahwinan mementingkan sistem “satu suami satu isteri /monogami” (bersesuaian dengan pengajaran dalam Alkitab dan juga undang-undang) (1 Tim 3: 2, 12). Tidak “berkahwin lagi/ bigami”, dan tidak “tinggal berpisahan” atau “bercerai” (1 Kor 7:10-11; Mat 19:5-6). Selain berkahwin lagi, hubungan seks bersama jantina berlainan misalnya dengan pelacur serta mempunyai hubungan sulit dengan orang lain selain suami/isteri sendiri adalah dipanggil sebagai “perzinahan”. Pezinah akan dihakimi Tuhan dan tidak mendapat bahagian dalam kerajaan Allah (Ibr 13:4; 1 Kor 6:9-10).

2.  Mengenai jodoh pasangan.

(a)  Menghormati Tuhan: memandangkan sistem perkahwinan ditubuhkan dan disaksikan oleh Tuhan sendiri, maka orang yang hormat pada Tuhan sudah tentu akan menghormati perkahwinan. Dengan kata yang lain, penghormatan terhadap perkahwinan merupakan penampilan praktikal menghormati Tuhan (Mal 2:14).

(b)  Menghormati ibu bapa (Di dalam Tuhan) : Tuhan menghendaki supaya kita hormat pada ayah dan ibu, mentaati merupakan salah satu perkara yang diperlukan dalam soal menghormati ayah dan ibu. Orang yang menghormati ayah dan ibu juga akan menghormati pendapat ayah dan ibu dalam soal perkahwinan. Pendapat yang diberikan oleh ayah dan ibu (sekiranya mereka merupakan ayah dan ibu yang takut pada Tuhan, dan mempunyai hikmat dan pandangan rohani) hasil daripada pengalaman mereka yang berkelimpahan dalam masyarakat ini sememangnya adalah sungguh bernilai, maka adalah patut untuk kita menghormati mereka. Ishak dan Yakub merupakan teladan yang baik bagi kita (Ef 6:1; Kej 24,28:1-7).

(c)  Menghormati antara satu sama lain: pasangan perkahwinan juga merupakan anak Tuhan, sekiranya kita menghormati Tuhan, maka juga harus menghormati anak-anak Tuhan, yakni pihak yang lain. Dalam proses perbincangan perkahwinan, haruslah menghormati keluarga dan individu pihak yang lain, berunding dengan ikhlas dan sopan, dan tidak patut membuat pemilihan di antara beberapa orang bagaikan memilih bahan belian; melainkan patut berunding berdepan muka secara ikhlas, sekiranya tidak menjadi, haruslah membuat satu penamatan yang baik sebelum mencari jodoh seterusnya. Apa yang harus diperhatikan semasa pergaulan sebelum kahwin adalah akhlaknya, jangan membuat permintaan yang tidak sopan. Lebih-lebih lagi, haruslah menghormatinya selepas berkahwin, dengan itu, barulah ia dapat memuliakan Tuhan, dikenankan dan diberkati-Nya.

* Orang yang menghormati perkahwinan haruslah mencari pasangan jodoh di dalam Tuhan. Jika berkahwin dengan pasangan yang berlainan kepercayaan, maka sudah tentu akan timbulnya perselisihan di antara suami isteri dalam kehidupan praktikal selepas berkahwin melainkan jika anda melepaskan prinsip kepercayaan yang asal, misalnya corak kehidupan seharian, pekerjaan, kepercayaan dan pendidikan anak-anak dan sebagainya, masing-masing melibatkan suatu tempoh masa yang lama pada masa akan datang. Oleh itu, jika berkahwin dengan orang yang tidak percaya pada Tuhan (kafir), ini bukan sahaja akan menimbulkan kehuru-haraan dalam agama kepercayaan, malah dalam kehidupan praktikal menjadi tidak bahagia. Yang paling menyedihkan adalah terdapat ramai belia yang belum berkahwin tidak memahami perkara ini (kerana tidak mempunyai pengalaman sedemikian); sampailah mereka merasakan pengalaman tersebut selepas mereka berkahwin, barulah mereka menyesal, akan tetapi waktu itu sudahpun terlambat. Haruslah kita ingat bahawa: “Berjalankah dua orang bersama-sama, jika mereka belum berjanji? (Amos 3:3; Neh 13:24; Mal 2:11-12; Mrk 10:11-12; 1 Kor7:2-5, 10-16).

C Kedudukan suami isteri

1.  Suami dan isteri adalah satu daging.

Pandangan Alkitab terhadap suami isteri bukannya “lelaki diagungkan manakala perempuan direndahkan”, juga bukannya “lelaki dan perempuan adalah setaraf”. Pasangan Adam, moyang kita bukannya dibangunkan secara sendirinya, tetapi dibangunkan daripada tubuh laki-laki, malah selepas mendewasa, kedua-duanya akan bersatu, sehingga kedua-duanya itu menjadi satu daging (Ef 5:31). Demikianlah mereka bukan lagi dua, melainkan satu (Mrk 10:8). Perbandingan kedudukan sama ada siapa yang tinggi atau rendah hanya dapat dibuat jika terdapat 2 orang, tetapi memandangkan suami isteri telah menjadi satu, maka perbandingan adalah tidak diperlukan.

* Memandangkan suami isteri telah menjadi satu, maka hak kuasa dan tanggungjawab dalam perkahwinan juga adalah sama (1 Kor 7:2-5, 10-16).

2.  Suami adalah kepala, isteri adalah tubuh.

Walaupun suami isteri telah menjadi satu, hak kuasa dan tanggungjawab dalam perkahwinan adalah sama, akan tetapi, demi mempertahankan tatatertib sesebuah keluarga, Alkitab mencatatkan: Kepala dari tiap-tiap laki-laki ialah Kristus, kepala dari perempuan ialah laki-laki (suami) dan Kepala dari Kristus ialah Allah (1 Kor 11:3), dan dikatakan bahawa suami adalah kepala, manakala isteri adalah tubuh. Manusia tidak boleh kekurangan kepala, pada masa yang sama juga tidak boleh kekurangan tubuh badan; walaupun kepala merupakan tuan atas seluruh tubuh, banyak perkara yang penting diuruskan oleh kepala, akan tetapi kita tetap tidak dapat menafikan bahawa sumbangan daripada tubuh terhadap seluruh manusia tidaklah kurang daripada kepala (Ef 5:23, 28).

D Layanan yang seharusnya sesama suami isteri

1.  Suami harus mengasihi isterinya.

(a) Suami harus mengasihi isterinya sebagaimana Kristus telah mengasihi jemaat dan telah menyerahkan diri-Nya baginya (Ef 5:25).

(b) Suami harus mengasihi isterinya sama seperti tubuhnya sendiri (Ef 5:28-29).

(c) Hiduplah bijaksana dengan isterimu, hormatilah mereka, janganlah berlaku kasar terhadap dia (1 Pet 3:7; Kol3:19).

*Hormatilah isteri, tanpa marah dan tanpa perselisihan, supaya doamu jangan terhalang (1 Pet 3:7 kalimat akhir; 1 Tim 2:8).

2.  Isteri harus tunduk kepada suami.

(a) Isteri harus tunduk kepada suamimu seperti kepada Tuhan, sebagaimana jemaat tunduk kepada Kristus, demikian jugalah isteri kepada suami dalam segala sesuatu (Ef 5:22-24).
(b) Juga harus tunduk kepada suami yang tidak percaya kepada Tuhan (1 Pet 3:1-6).
(c) Juga harus tunduk kepada suami yang bengis (rujuk: 1 Pet 2:18, 20).

(d) Isteri janganlah mengajar dan memerintah laki-laki (1 Tim 2:12).
*Isteri perlu tunduk kepada suami, supaya jika ada di antara mereka yang tidak taat kepada Firman, walaupun mereka tidak mendengar firman, mereka juga tanpa perkataan dimenangkan oleh kelakuan isterinya (1 Pet 3:1).

*Perhiasan isteri haruslah manusia batiniah yang tersembunyi dengan perhiasan yang tidak binasa yang berasal dari roh yang lemah lembut dan tenteram, dengan sopan dan sederhana, tetapi hendaklah ia berdandan dengan perbuatan baik, seperti yang layak bagi perempuan yang beribadah (1 Pet 3:4; 1 Tim 2:9-11).

* “Pertengkaran seorang isteri” adalah seperti tiris yang tidak henti-hentinya menitik (Ams 19:13; 21:9-19; 25:24; 27:15).

Manusia sentiasa memberi penekanan kepada tradisi, menghormati adat resam masyarakat tempatan. Pada asalnya, adat resam negara kita agak konservatif, tetapi seiring dengan perubahan daripada masyarakat pertanian kepada masyarakat perindustrian, di samping itu juga dipengaruhi oleh kesan Eropah dan Amerika Syarikat, maka ini menyebabkan rakyat bertukar fikiran terhadap banyak konsep nilai; terutamanya perubahan pandangan terhadap perkahwinan yang mendadak dan mengejutkan. Sekiranya kita tidak membaca kitab dan berdoa selalu, maka senang saja akan dipengaruhi oleh konsep baru yang kelihatan benar tetapi hakikatnya tidak benar,   kemudiannya malang sekali menuju ke jalan salah (Kol 2:8). Kiranya Tuhan memimpin, supaya setiap seiman dapat menghormati firman Tuhan, menghormati perkahwinan, agar dapat melalui kehidupan perkahwinan yang bahagia.

Pengaruh Negatif Mengahwini Orang Kafir

Pengaruh Negatif Mengahwini Orang Kafir

1. Mempengaruhi Gereja.

Tidak kurang seiman yang setelah mengahwini orang kafir, kedua-dua suami dan isteri tidak dapat bersatu hati beribadah dan melayani Tuhan, maka pihak yang percaya pada Tuhan akan kian kehilangan hati yang giat, malahan meninggalkan Tuhan dan mengikuti patung berhala. Terdapat seiman yang giat melakukan kerja suci pada masa dulu, telah berhenti daripada bekerja untuk Tuhan disebabkan perkahwinannya (Ul 7: 3-4). Kita memang sedia tahu bahawa adalah tidak mudah untuk memimpin seseorang untuk berbalik kepada Tuhan, mengasihi Tuhan dengan giat serta memupuknya menjadi pekerja gereja (2 Kor 12:15). Sekiranya perkara ini terjadi kerana mengahwini orang kafir, alangkah besarnya kerugiannya kepada gereja.

2. Mempengaruhi pembangunan keluarga dan pengukuhan perkahwinan.

Kehidupan keluarga yang bahagia membawakan kegembiraan dan kenikmatan yang tidak terhingga kepada manusia, juga merupakan sesuatu yang tidak dapat digantikan dengan kebendaan apa-apapun. Manakala usaha dan pengurusan kedua-dua orang bersama adalah diperlukan untuk membangunkan keluarga seperti ini. Akan tetapi, dua orang yang berlainan agama adalah sukar untuk saling berpadanan, dan sangat sukar untuk mencapai hasil yang memuaskan dan sama tidak kira dari segi pembangunan ekonomi ataupun pengurusan keluarga. Kehidupan kedua-dua orang yang memiliki isi kandungan, cara pengendalian, konsep nilai, dan standard moral yang berbeza, ditambah dengan tidak dapat saling memahami, saling menutupi/ bertoleransi, bertolak ansur dan berkomunikasi dengan menggunakan firman Tuhan, akan mengakibatkan suami isteri tidak sehaluan, sehingga bermusuhan antara satu sama lain.

3. Mempengaruhi individu masing-masing.

Pengaruh daripada kehidupan keluarga merupakan pengaruh yang terbesar kepada manusia, adalah sukar untuk pasangan suami isteri berhubung secara jujur jika keluarga tidak mempunyai kepercayaan yang sama. Dalam banyak perkara, mereka akan bersikap berat mulut atau tidak kesampaian matlamatnya sebaik sahaja membuka mulut. Oleh itu, mereka akan sentiasa menyimpan kemarahan dan kepedihan dalam hati, maka tentunya tidak akan mempunyai angin/mood yang baik, selalu bermuram muka, malahan tidak dapat tidur dengan nyenyak dan sama sekali tiada kegembiraan (Ams 15:17). Segala perkara akan kehilangan tarikannya jika dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai mood yang baik. Oleh itu, dia tidak akan dapat melakukan sesuatu pekerjaan dan perkara dengan baik. Pada masa yang sama, dia juga tidak dapat mendirikan hubungan yang baik dengan orang di sekelilingnya.

4. Mempengaruhi Generasi seterusnya.

Jika satu pihak tidak percaya, nampaknya sangat sukar untuk satu pihak yang lain untuk percaya dengan baik, di samping itu juga ianya lebih-lebih lagi tidak berkekuatan untuk mewariskan/memperturunkan kepercayaan kepada generasi yang seterusnya (Ul 6:5-9). Ini merupakan suatu kerugian yang besar kepada keturunan anak-anak kita (Kel 20:5-6). Kepercayaan keluarga yang tidak harmoni tidak dapat membawakan suasana kehangatan yang diperlukan sepanjang tumbesaran anak-anak, kini, tidak kurang belia-belia yang terserong dan gagal dalam akhlak, pelajaran, kelakuan dan kebiasaan, ini adalah berkaitan dengan persekitaran kehidupan keluarga dan pendidikan, sememangnya “kasihan sungguh anak-anak di bawah kolong langit”! Ada yang berjaya kerana keluarga, ada juga yang binasa kerana keluarga (Kel 2:1-9).

Kesimpulan

Kegagalan perkahwinan seseorang akan mengakibatkan pengaruh negatif yang sebesar ini, kita tidak boleh tidak berjaga-jaga (Ef 5:15)! Kiranya Tuhan mengaruniakan hikmat kepada kita supaya kita dapat mengejar dan mendirikan kebahagiaan.

Masalah Hidup Bujang
|

Masalah Hidup Bujang

Mencari Teman

Firman Tuhan jelas menunjukkan kepada bahawa kebanyakan manusia harus berkahwin. Ketika Tuhan menempatkan Adam di Taman Eden, Tuhan tidak berniat membiarkan dia keseorangan lalu berkata, “Tidak baik, kalau manusia itu seorang diri saya.” Lantaran itu memang tidak bersalah jika orang bujang berharap (ingin) berkahwin kerana itu telah ditetapkan oleh Tuhan. Ada orang yang menerima kurnia untuk hidup bujang tetapi ada pula yang dikurniakan untuk berkahwin. Seseorang itu telah berdosa, jika ia telah menerima kurnia hidup bujang tetapi tetap mahu berkahwin atau bersungut-sungut tentang nasibnya. Sama juga, jika seorang itu telah menerima kurnia untuk berkahwin tetapi tidak menggunakannya, dia juga telah berdosa. Oleh itu setiap orang harus mencari karunianya yang datang dari Tuhan dan hidup deminya. Karunia Tuhan itu tidak diberikan dengan sebarangan, manusia juga tidak boleh sebarangan menggunakan, apabila telah sedar akan karunia kita haruslah berusaha menggunakannnya, untuk melayani dan memuliakan Tuhan. Tujuan Tuhan memberi kasih karunia kepada manusia adalah demi mengenapkan kehendakNya serta memberkati umatNya sehingga mendapat faedah. Umat Tuhan harus mengaku bahawa karunia daripada Tuhan yang dibahagikan menurut kehendakNya itu adalah sesuai dan hanya mereka belum lagi melihat faedah karunia tersebut. “Bahawa Tuhan turut bekerja dalam segala sesuatu ( termasuk karunia Tuhan untuk hidup bujang atau berkahwin ) untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Tuhan.” (Rm 8 : 28)

Umat Kristian yang keseorangan (bujang) sentiasa tidak berpuas hati dengan keadaan hidup mereka, ingin kahwin dan sentiasa bersusah hati terhadap keadaan diri mereka sendiri. Bagaimaankah memperbaiki keadaan yang sering kelihatan terjadi ini ?

Terdapat beberapa perkara yang harus dilakukan. Pertama jemaat harus mengaku bahawa peluang yang diberikan kepada umat Kristian yan muda yang belum berkahwin itu untuk bersama-sama adalah terlalu sedikit, jemaat harus bertobat (insaf) kerana perkara ini serta melakukan perkara yang berpadanan dengan pertobatan hati. Termasuk mula menyediakan dengan baik aktiviti-aktiviti bagi mereka yang hidup seorang diri seperti “Persahabatan Belia”, “Perhimpunan Bersukacita Bersama”, “Perhimpunaan Persaudaraan” – serta memberi perkhidmatan temu janji bagi pemercaya dan cara-cara yang baru demi membantu belia yang belum berkahwin mendapat jodoh yang padan (sesuai). Ibu bapa juga harus memikul tanggungjawab untuk membantu ataupun keluarga boleh menyediakan pelbagai tempat agar anak-anak dapat bertemu. (Sila ruj. I Kor 7 : 36, Ibu bapa memikul tanggungjawab yang penting dalam hal ini). Sekarang mempunyai banyak perkara yang boleh dilakukan.

Tetapi apa yang harus dilakukan bagi lelaki dan perempuan yang seorang diri? (Masalah perempuan lebih besar). Terutamanya perempuan Kristian yang belum berkahwin, apakah yang harus dilakukan? Ini merupakan masalah yang istimewa dan harus dihadapi secara langsung.

Terlebih dahulu, dia harus sedar akan kasih karunianya sendiri, kemudian dengan teliti menyelidiki diri sendiri berdasarkan I Kor fasal 7, ayat-ayat Alkitab ini menyatakan kebaikan seorang tetap diam seorang diri pada waktu penganiayaan (26–27). Ia boleh menyelidiki karunia diri sendiri, seperti hawa nafsu (2, 8–9). Perkahwinaan merupakan perkara yang biasa jika dalam keadaan yang aman (tiada penganiayaaan). Oleh itu biasanya gadis mempunyai karunia untuk berkahwin. Dalam keadaan demikian, ia harus mengembangkan karunia ini dan menggunakannya. Seterusnya kita akan lebih banyak membincang dalam segi ini. Sekirannya seorang gadis pernah mengalami karunia untuk hidup seorang diri, ia harus rela berbuat demikian dan bersedia berbuat demikian serta menyediakan diri dalam pekerjaan Tuhan dengan melakukan pekerjaan yang nyata diberikan Tuhan kepadanya. Dia seharusnya tidak takut menghadapi masa depan, juga harus faham bahawa ketika Tuhan memanggil anak-anaknya, sudah tentu akan memberi kekuatan kepada mereka dan membantu mereka demi menyelesaikan kehendakNya. Tetapi sekiranya seorang gadis itu telah berumur 26 – 27 tahun dan berharap berkahwin tetapi tidak dapat mencari seorang saudara seiman dalam Tuhan, apakah yang harus dilakukan? Sekiranya dia menganggap dirinya mempunyai karunia untuk berkahwin, sekurang-kurangnya ada tiga perkara yang harus dilakukannya.

1. Berdoa untuk hal ini, kamu membantah dan berkata, “Saya telah berdoa, adakah saya harus berdoa untuk hal ini sepanjang hari? Saya tahu kamu telah berdoa tetapi bukan setakat itu sahaja. Biasanya saudari yang belum berkahwin mempunyai sikap yang tidak bersesuaian dengan Alkitab, mereka fikir hanya berdoa sahaja dan gerak-gerinya yang lain tidak rohani. Ketika kamu berdoa bagi makanan seharian, adakah kamu berpeluk tangan sahaja dan duduk di bawah pokok untuk menanti buah-buahan jatuh dari langit? Kamu menjawab, “Bukan, tentu sekali bukan.” Baik, setelah berdoa, kamu pergi bekerja, makanan yang kamu makan setiap hari itu merupakan tindak balas daripada doamu, dan biasanya dia memberi jawapan melalui pekerjaanmu. Sebenarnya kamu harus berkata dalam doa, “Oh Tuhan! Berilah peluang untuk saya bekerja, berikanlah saya kesihatan untuk bekerja serta memberkati pekerjaan saya.” Kemudian doa itu harus ditambah dengan usaha, “Jika seorang tidak mau bekerja, jangan ia makan.” (II Tes 3 : 10). Sekiranya ia berdoa dengan mengatakan, “Berikanlah kami makanan pada hari ini.” Namun dia masih harus pergi bekerja. Begitu juga dengan gadis yang seorang diri. Dia seharusnya berdoa tetapi juga harus berusaha mencarinya (saudara), iaitu seperti dua butir berikut.

2. Buat persediaan diri bagi perkahwinan: Sekiranya kamu pasti bahawa Tuhan ada mengaruniakan kasih karunia untuk berkahwin kepadamu, haruslah kamu mula memelihara karunia tersebut. Cara melakukannya sekurang-kurangnya ada 3 perkara: Pertama, dengan sepenuhnya menunjukkan kebolehan dalam mengurus kerja rumahtangga, belajar memasak, menjahit serta mendampingi anak-anak kecil dan lain-lain. Kedua, mengusahakan diri supaya kelihatan lebih menarik. Sekiranya kamu mahu berpuasa, haruslah berpuasa dengan baik-baik. Jika kamu tidak tahu bagaimana memilih pakaian yang sesuai, ataupun tidak tahu apakah jenis hiasan rambut yang sesuai, haruslah belajar. Walau bagaimanapun janganlah hanya mementingkan perhiasan sahaja, hanyalah usahakan diri menjadi seorang yang lebih menarik. Sungguhpun mahu rupa kelihatan menarik (Why 21 : 2 ; 19 : 7 – 8), ini menunjukkan pengantin perempuan berhias untuk pengantin lelaki. Tetapi janganlah terlalu mementingkan aspek fizikal sehinggakan hanya mengutamakan kecantikan dalam hidup. Sila baca (Ams 31 : 30 dan I Ptr 3 : 3 – 5). Di sini telah mendatangkan butir ketiga yang terpenting, memelihara sikapmmu sebagai perempuan Kristian yang mempunyai tenaga hidup. Seorang umat Kristian yang bernyawa mempunyai kecantikan batiniah. Bagi seorang saudara Kristian (iaitu orang yang diharapkan kamu) adalah lebih menarik daripada seorang yang mempunyai rupa luar yang di dalamnya adalah kekosongan belaka. Sekiranya seorang saudari mempunyai kebolehan dalam mengurus rumahtangga dan rupa paras yang elok serta juga merupakan umat Kristian yang bernyawa ia tentu merupakan seorang gadis yang sangat menarik.

3. Maju menuju ke arah tujuan, “Apa” dengan terkejut kamu berkata, “Tidak mungkin saya sendiri yang harus pergi mencari seorang saudara?” Biar saya tanya balik, “Kamu tidak haruskah pergi bekerja mencari rezeki ?” Ingin menjadi seorang setiausaha, bukan saja harus berdoa tetapi harus menyediakan diri menjadi seorang setiausaha yang baik, pada masa yang sama, ia harus mencari satu pekerjaan, sama juga kamu harus mencari seorang suami. Tetapi bagaimana melakukannya merupakan suatu masalah yang besar. Terlebih dahulu, saya memberi amaran, kamu jangan menceburi persatuan perempuan seorang diri, di sini hanya menimbulkan masalah sahaja dan bukan merupakan cara untuk melaksanakannya. Ini hanya menimbulkan penderitaan, kekecewaan dan kamu tidak mempunyai masa melakukan perkara ini. Kamu seharusnya bekerja, sekiranya kamu telah menceburkan diri dalam persatuan demikian segeralah mengundurkan diri.

Pergilah ke tempat yang mempunyai saudara seiman, memilih suatu pekerjaan yang mempunyai hubungan dengan saudara seiman, tanpa mempertikaikan tentang gaji kurang. Juga harus mengikuti Persahabatan Belia dan Kelas Pengkajian Alkitab, agar berpeluang bertemu dengan saudara seiman. Sesungguhnya ini bukan merupakan tujuan tunggal kita megikutinya; (sekurang-kurangnya bukan tujuan utama), tetapi tidak dapat dinafikan bahawa ia merupakan salah satu sebab kamu mengikutinya. Kamu juga boleh menjemput pendeta menolong kamu; mencari saudari Kristian yang sesuai dalam perkahwinan. Keluarga Kristian di dalam gereja boleh juga menjemput saudara-saudari yang sesuai ke rumah mengikut kebaktian keluarga. Di samping itu, kamu juga bertanya kepada saudari yang kamu hormati yang telah berkahwin. Tentang kamu menghormati saksian keluarga Kristian mereka dan bertanya kepada mereka bagaimana menyelesaikan masalah ini. Dengan berbuat demikian kamu mungkin akan mendapat pendapat yang dapat membantumu.

Tidak kira apa yang kamu lakukan, haruslah mengutamakan keadaan kamu pada masa ini serta memperbaikinya dan juga harus menentukan apa yang kamu lakukan adalah memuliakan Tuhan dan memegang firmannya. Sekiranya Tuhan memberi kamu karunia untuk berkahwin dan kamu sendiri juga memelihara kebolehan mengurus rumahtangga, berusaha menjadikan diri sendiri lebih indah dan menarik, dipenuhi dengan kehidupan Kristus – kesemua ini kamu serahkan dalam doa di dalam Roh – maka ini merupakan sebab (alasan) yang dapat dipercayai bahawa Tuhan akan bila-bila masa mengutus seorang saudara yang sesuai kepadamu. Kemudian kamu boleh mempercayainya dengan tenang, menanti Tuhan bekerja. Kemungkinan Dia ingin menyediakan kamu dalam pelbagai segi, cuma kamu sendiri tidak faham.

Walaupun dalam penantian, kamu mengalami kekecewaan; tetapi sekiranya kamu sudah berusaha dan berdoa serta juga telah menyerahkannya ke dalam tangan Tuhan yang berhikmat. Maka dengan penuh yakin dapat menentukan bahawa akibatnya pasti dapat memuliakan Tuhan dan kamu sendiri akan diberkati.

Kesimpulannya: Sedar (insaf) akan karuniamu dan mengembangkannya serta menampakkan karuniamu.

Perkataan padan (bagai pinang dibelah dua) merupakan perkataan yang merbahaya, dalam Alkitab tidak menggunakan perkataan ini, biasanya ia dapat dilihat dalam hasil karya pada zaman sekarang serta sangat popular diperbincangkan, ertinya menyebabkan orang salah faham dan bersesuaian dengan Alkitab. Konsep “Saling Padan”, tidak kira digunakan dalam diri pemercaya Kristian atau bukan pemercaya Kristian, kemungkinan mengakibatkan nasib yang buruk.

Apakah erti “ Saling Padan” ini ? Biasanya ketika manusia menggunakan perkataan ini, ertinya menunjukkan kepadanan sikap, minat atau latar belakang bagi dua orang. Oleh itu ia dianggap kemungkinan memperolehi kebahagiaan dalam perkahwinan mereka lebih besar daripada orang yang tidak padan. Dalam Alkitab tidak dapat menjumpai bukti yang dapat membuktikan itu adalah benar. Cuba renungkan, mungkinkah kerana ekonomi mereka sama atau kedua-dua mereka suka bermain tenis atau bapa dari kedua-dua pihak suka memakai pakaian yang sama ketika bekerja ini dapat menjaminkan kebahagiaan dalam perkahwinan? Konsep ini tidak bersesuaian (menurut) dengan dasar Alkitab. Konsep “Padan” ini harus diselidiki semula.

Kenyataan dalam Alkitab menunjukkan tiada dua orang yang saling padan, tidak kira sama ada latar belakang mereka adalah sama. Kita dilahirkan oleh orang yang berdosa, ini menunjukkan dengan berdasarkan sikap kita, kita tidak dapat berpadanan dengan orang lain. Jika dua orang ingin dipadankan, terlebih dahulu harus menguduskan diri dan bersandar kepada Roh Kudus.  Melalui karunia Tuhan. Lama kelamaan akan saling berpadanan antara satu sama lain.

Jika demikian, bagaimana memilih teman? Hanya ada dua permohonan yang tidak boleh dikurangkan: 1) Pihak jodoh adalah pemercaya seiman, 2) Haruslah kamu berdua rela menggunakan firman Tuhan, cara Tuhan untuk menunjukkan kamu berdua makin lama makin dapat berhadapan dengan masalah, membincang masalah dan menyelesaikannya. Dalam perkahwinan, jika dalam segi ekonomi, bangsa, umur dan lain-lain berpadanan memang baik, tetapi ini bukan yang utama; sebenarnya itu hanya merupakan faktor sampingan sahaja dalam perkahwinaan. Faktor utama adalah kedua mereka itu menerima anugerah keselamatan. Kedua ialah dapat menggunakan cara yang bersesuaian dengan Alkitab untuk mengatasi masalah. Orang yang mempunyai kemampuan yang demikian sungguhpun mereka mempunyai latar belakang yang berbeza juga dapat sedar bahawa mereka sedang saling menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik. Masalah suka atau tidak bukan masalah yang penting. Sekiranya tidak mengharapkan kekuatan yang berdasarkan Alkitab dalam mengatasi masalah, mereka tetap tidak dapat dipadankan walaupun latar belakang kedua-dua orang yang berdoa sama.

Lantaran itu, sebelum menentukan sama ada berkahwin atau tidak; terlebih dahulu menguji diri sendiri: Adakah kita dapat bersama-sama menghadapi masalah dan mengatasinya? Umat Kristian berbuat demikian kerana tiada satu perkara lain yang lebih penting daripada perkara ini. Tidak kira telah berapa lama kamu menghadapi masalah, yang penting ialah , “Bolehkah kamu menggunakan cara Tuhan untuk menyelesaikan masalah?” Sekiranya pihak jodoh tidak rela menghadapi masalah serta menyelesaikannya dan tidak rela bersama dengan kamu menggunakan cara dalam Alkitab untuk memuliakan Tuhan tetapi pergi mencari “Pakar Tanya”, maka jangan bergaul lagi dengannya. Sekiranya ia tetap tidak berubah maka jangan berancang berkahwin dengannya, juga memberitahu dia sebab-sebab kamu tidak dapat bergaul lebih rapat; sekiranya ia tetap seperti dulu tidak mahu berdasarkan ketetapan dalam Alkitab untuk menyelesaikan masalah, maka carilah jodoh yang lain.

Sekiranya berharap berdasarkan ketetapan dalam Alkitab untuk menyelesaikan masalah tetapi kekurangan kekuatan melakukannya, sebabnya mungkin salah satu dari antara dua sebab ini: 1) Pihak jodoh bukan dengan hati yang rela mempelajari cara-cara Tuhan untuk menyelesaikan masalah ataupun tekad ini tidak cukup kuat. Sekali lagi menitikberatkan bahawa jangan bergaul dengannya jika keadaannya langsung tidak berubah. 2) Kemungkinan pihak jodoh tidak tahu bagaimaan mengubahnya. Alangkah baiknya jika baik, asalkan berusaha bersama maka lama-kelamaan pasti akan mencapai tujuannya. Dalam keadaan ini haruslah bersabar dan berusaha mendapatkan bantuan yang betul. Tetapi sebelum pihak jodoh menunjukkan apa-apa perubahan atau kemajuan, jangan berkahwin dengannya. Ingat, kerana Tuhanlah yang mengerjakan di dalam kamu baik kemahuan maupun pekerjaan menurut kerelaanNya. ( Flp 2 : 13 ; II Kor 8 : 10 )

Tentu sekali , segala ini berlaku ke atas dirimu, kecuali kamu juga berharap menggunakan ketetapan Alkitab untuk mengatasi masalah dalam pelbagai perkara dalam kehidupan manusia. Sekiranya kamu belum lagi bersedia, kamu masih belum sesuai untuk berkahwin.

Sumber: Buku Kehidupan Keluarga Umat Kristian

Perkahwinan
|

Perkahwinan

1.KELUARGA MEMBERATKAN MATERNAL (PIHAK IBU)

Pada zaman purba, kebanyakan kaum mengamalkan masyarakat yang mementingkan ibu. Dalam masyarakat yang begini, anak yang dilahirkan adalah kepunyaan pihak ibu. Suami adalah kepunyaan isteri dan keturunan keluargaan biasanya diwarisi dari pihak ibu juga.

Dalam Perjanjian Lama, Yakobus telah mengahwinkan Rahel dan beranak, tetapi Laban menganggap cucu itu seperti anaknya sendiri (Kej 31:31,43). Begitu juga dengan Musa, di mana Rehuel suka Musa tinggal bersamanya dan berikan anaknya kepada Musa (Kel 2:21). Tambahan pula, semasa Sikhem ingin mengahwini anak Yakub, Dina, dia harus menurut adat pihak perempuan, disunat (Kej 34:15). Dari contoh-contoh ini, bolehlah difahami bahawa pengaruh pihak ibu adalah lebih kuat. Gundik Gideon adalah orang Sikhem dan anaknya Abimelekh pun jadi orang Sikhem juga (Hak 8:31;9:1-5).

“Seorang laki-laki akan meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya” (Kej 2:24). Orang yang memakai ayat ini tidak setuju dengan adat-istiadat dulu dan alasannya ialah semua sistem maternal telah dihapuskan semasa menulis buku ini. Adat memberatkan pihak ibu adalah paling umum di Arab. Bukan sahaja orang Arab, tetapi boleh juga dilihat adat ini di antara keturunan Sem. Pihak wanita akan menjadi tuan ramah atau pihak wanita yang menetapkan kedudukan cucu-cicit. Oleh itu, pengaruh ibu lebih besar daripada bapa dalam menghalang perkahwinan atau bertanggungjawab dalam perkahwinan juga. Ini juga telah mempengaruhi poligami, kerana semua isteri adalah satu kumpulan kecil tetapi mereka akan menjadi besar jika mereka bersatu.

2.PENENTUAN KUASA SUAMI   

Biasanya, isteri adalah hak milik suami. Suami adalah Baal isterinya (Hos 2:16) atau tuan. Isteri adalah “jodoh” suami (Yes 62:4). Anak yang dilahir adalah kepunyaan suami dan hanya suami berhak menceraikan isterinya.

Dalam zaman kucar-kacir, isteri adalah orang tawanan dari peperangan (Hak 5:30). Isteri hanya bahan untuk meriangkan suami, mesin beranak, hamba abdi dan harta untuk kecongakan lelaki. Sebaik sahaja wanita ditawan dan dibawa pulang, lelaki itu serta-merta boleh menjadi suaminya, tetapi mereka harus mencukur rambut dan memotong kuku mereka. Mereka harus menanggalkan pakaian semasa mereka ditawan dan bertangisan untuk kematian ibubapa selama satu bulan, barulah mereka dapat memasuki perkhawinan. Kemudian, jika suami tidak suka isterinya, dia boleh bebasnya isterinya, tetapi tidak boleh jualnya seperti hamba abdi (Ul 21:11-14).

Dalam catatan Hakim-hakim Pasal 21, wanita akan keluar menari-nari semasa perayaan, tetapi lelaki akan bersembunyi di kebun anggur mereka dan mencari isteri lalu merampaskan mereka. Perkara ini telah berubah ansur-ansur sehingga menjadi satu adat bagi generasi yang muda. Misalnya,kaum Batin yang mempunyai adat merampas pengantin, iaitu sahabat handai mempelai akan berlawan dengan mempelai. Mereka pura-pura ingin merampas pengantin. Kemudiannya, adat ini telah menjadikan mempelai itu harus membeli isterinya dan barulah mereka dapat berkahwin. Akhirnya, terjadilah harus bertunang dengan isteri sebelum berkahwin.

Adalah begitu penting sekali bagi keluarga bahawa bolehkah seorang wanita memperanak seorang perwira yang gagah. Oleh itu, haruslah berfikir masak-masak sebelum berkahwin. Biasanya pihak lelaki akan memberi banyak emas kahwin kepada ibu bapa pihak perempuan.

3.POLIGAMI   

Orang Yahudi mempunyai adat seorang suami berkahwin dengan beberapa orang isteri. Dalam Perjanjian Lama, tidak mempunyai poligami. Sebab-sebab yang menjadikan poligami ada beberapa butir :-

i. Untuk meningkatkan produktiviti dan taraf peperangan di dalam satu kaum, mereka mengharapkan boleh dapat lebih ramai cucu-cicit. Jika isteri pertama tidak mampu beranak, maka tugas ini dapat ditanggung oleh isteri kedua atau ketiga. Ini adalah disetujukan oleh orang ramai. Contohnya, Abraham pun mengahwini Hagar selain daripada isterinya Sarai.

ii. Apabila seorang lelaki berkedudukan tinggi, dia perlu ramai orang kepunyaan untuk menjaga kedudukan dan harta-bendanya seperti Raja Salomo.

iii. Disebabkan sistem hamba abdi, hampir semua hamba abdi wanita harus menjalankan tugas sebagai gundik di belakang khalayak ramai.

iv. Disebabkan peperangan yang tidak berputus-putus, populasi wanita telah melebihi lelaki. Oleh itu, sistem poligami adalah yang sementara sahaja.

Kecuali keadaan khas, semua sebab-sebab tersenarai di atas, harus mereka membayar “emas kahwin” yang banyak dan ini merupakan kuasa hak bagi orang yang kaya-raya. Sebabnya, hanya mereka yang mampu membayar “emas kahwin” itu.

Dalam Perjanjian Lama, Abraham, Yakub, hakim-hakim, raja Daud dan raja Salomo adalah beristeri banyak. Begitu juga dengan keturunan Isakhar ( I Taw 7:4). Bapa Samuel juga mempunyai Penina selain daripada Hana ( I Sam 1:2). Walaupun Yoyada adalah seorang imam, namun dia juga menerima sistem poligami juga ( 2 Taw 24:3 ).

Ini telah melanggar sistem perkahwinan yang ditentukan oleh Tuhan sejak penciptaan dunia. Sistem poligami ini adalah berasal dari kaum asing, Lamek. Dalam buku Ulangan juga ada mengingatkan raja-raja, “Jangan mempunyai banyak isteri, supaya hatinya jangan menyimpang” (Ul 17:17). Tetapi keturunan yang muda telah menetapkan seorang saja boleh mempunyai 18 orang isteri dan orang biasa boleh mempunyai 4 orang isteri. Namun, permusuhan antara isteri Abraham telah membawa kemalangan kepada keluarganya (Kej 21 ). Isteri Yakub, Rahel bermusuhan dengan Lea (Kej 29, 30 ). Keluarga Daud dan Salomo juga menunjukkan poligami memang mempunyai kesilapan besar.

Nuh, Ishak dan Yusuf hanya mempunyai seorang isteri. Begitu juga, dari Alkitab kita dapat lihat keluarga bahagia hanya datang dari monogami ( 2 Raj 4 ; Mzm 128 ; Ams 31 ). Struktur perkahwinan merupakan persatuan antara Tuhan dan umatNya. Ini juga bermaksud monogami adalah keadaan yang paling ideal.

Poligami ada yang melanggar hukum semulajadi, hanya monogami adalah bentuk perkahwinan manusia yang umum. Orang pada zaman purba pun memahami butir ini juga. Oleh itu, sejak dulu orang Ibrani tidak menghapuskan poligami tetapi mereka tetap tidak bersetuju dengan sistem ini. Begitu juga dengan pihak yang mempelajari hukum dan Taurat. Walau bagaimanapun, Herodes masih mempunyai 9 orang isteri. Kelayakan untuk menjadi penilik gereja “suami dari satu isteri” ( 1 Tim 3:2 ). Dengan jelasnya ada penilik telah mempunyai 2 orang isteri atau lebih. Raja Castini pernah menegur orang Yahudi pada zaman itu bahawa mereka telah mengahwini “ 4 atau 5 orang isteri” dengan “ mengikut kesukaan sendiri”.

Poligami tidak pernah dihapuskan dengan menggunakan undang-undang di masyarakat Yahudi. Begitu juga, banyak negara yang bertamadun di Eropah atau sebahagian orang-orang di negara timur masih mengamalkan poligami.

4.PERKARA YANG DILARANG DALAM PERKAHWINAN   

(I) Dilarang Mengawini Saudara Yang Rapat Perhubungan.

Ini adalah satu pertahanan diri untuk menjaga kewujudan dan kebaikan seluruh kaum. Pertahanan sendiri ini adalah untuk menghalang diri dari bersatu dengan orang yang hidup bersama kita. Perkhawinan antara saudara perdarahan rapat, secara ansur-ansur dianggap sebagai satu perogolan dan dibencikan orang.

Tetapi tiada tanda menghalang perkhawinan antara saudara rapat dalam Perjanjian Lama. Sebaliknya, orang Ibrani menegaskan harus berkahwin di antara satu keturunan. Pada mulanya, perkahwinan di antara keturunan pihak bapa masih dibenarkan,tetapi perkahwinan di antara keturunan pihak ibu telah dilarang dengan kuat. Seperti Abraham berkata kepada Abimelekh “dia benar-benar adikku, anak ayahku, hanya bukan anak ibuku, tetapi kemudian ia menjadi isteriku” (Kej 20:12). Begitu juga, anak Daud, Amnon ingin memperkosakan adik yang sama bapa tetapi berlainan ibu, Tamar. Tamar telah menolaknya dan berkata kepadanya “berbicaralah dengan raja, ia mesti tidak akan menolak memberikan aku kepadamu” ( 2 Sam 13:13 ). Yehezkiel ada mengatakan ada orang telah memperkosa adik yang satu ayah (Yeh 22:11). Nahor telah mengkahwini anak saudaranya (Kej 11:29 ). Amran telah mengkahwini anak bapanya (Kel 6:20 ) dan ada juga yang mengkahwini ibu tirinya. Yakub telah mengkahwini 2 orang adik-adik. Hukum Taurat yang tercatat dalam Imamat 18 : 7-18 ; 20 : 1-21 tetapi tidak melarang perkahwinan antara pakcik dengan anak saudaranya atau berkahwin dengan isteri saudara ibunya.

Catatan dalam Ulangan bahawa anak gampang yang sukar kepunyaan rakyat merupakan anak yang dilahirkan melalui perkahwinan antara saudara rapat. Untuk menjaga harta warisan dari moyang, mereka tidak dibenarkan berkahwin dengan orang yang asing dari sukunya itu (Bil 36 :6; 27:4). Senantiasa mereka dihalang berkahwin dengan orang berlainan sanak saudara (Kej 24:4).

Jodoh yang mereka ingin kahwin adalah saudara sendiri (Hak 14:3 ). Dari Adam hingga ketua bangsa zaman Nuh, semestinya berkahwin dengan saudara rapat. Dalam orang Yahudi, mereka yang berkahwin dengan saudara pihak bapa adalah 3 kali ganda daripada perkahwinan dengan orang asing.

(II) Dilarang Berkahwin Dengan Bangsa Lain.  

Alasan mereka ialah dari sebab sejarah dan agama. Kejadian 24,28; Imamat 12:1 serta Hakim-hakim 14:3 dengan jelasnya membantah perkahwinan dengan bangsa lain. Isteri Esau adalah orang Het dan telah menimbulkan kepedihan ibu bapanya (Kej 26 :34-35; 27:46). Perkahwinan Yusuf (Kej 41:45 ) adalah tidak dapat dinafikan.

Tetapi, Daud ( 2 Sam 3:3 ) dan Salomo (1 Raj 3:1 ; 11:1) telah diambil sebagai teladan. Anak Naomi (Rut 1:4), Betsyeba (2 Sam 11:3), Hiram ( 1 Raj 7:14 ), Amasa ( 1 Taw 2:17 ), Zabad (2 Taw 24:26 ) adalah anak campuran darah.

Orang Ibrani menghalang diri dari berkahwin dengan orang Kanaan (Kel 34:16; Ul 7:3), tetapi orang Edom dan orang Mesir diterima (Ul 23:7). Sebabnya semua orang berlalu demikian dan telah menyedihkan hati Ezra (Ezr 9:10-12) dan Nehemia (Neh 10:30; 13:23). Orang yang tinggal di Negara asing selalu meminta jodoh mereka menganuti agama Yahuda sebagai syarat perkahwinan dan mereka tidak berkahwin di tahun Yobel, jika mereka telah melanggar ini, mereka akan dianggap melakukan perzinahan.

Keadaan ibu bapa Timotius (Kis 16 : 1-3) adalah mengikut adat Asia Tengah. Paulus menegur orang Korintus “Isteri terikat selama suaminya hidup. Kalau suaminya telah meninggal, ia bebas untuk kahwin dengan siapa saja yang dikehendakinya, asal orang itu adalah seorang yang percaya.” ( 1 Kor 7 :39). Mungkin adalah kegagalan dalam perkahwinan antara umat dengan orang kafir. Ajaran yang tercatit oleh rasul, tidak semestinya cara yang terbaik dari segi masyarakat atau psikologi dan kita tidak akan bincangkannya. Tetapi perkahwinan antara Kristian dengan orang kafir haruslah kita mempertimbangkannya dari segi agama.

5.SISTEM MENGAHWINI JANDA SAUDARA

Dalam Ulangan 25:5-10 telah menetapkan, jika seorang mati tanpa tinggal anak, saudaranya harus mengambil janda itu sebagai isteri sendiri. Anak sulung itu akan terpulang kepada si mati untuk mewarisi keturunannya (Kej 38:9 ). Jika saudara yang hidup itu enggan mengambil janda itu, maka ia boleh menuduh saudara itu di depan para-para tua di pintu gerbang kota. Jika dia masih menolak, bolehlah berludah di mukanya dan bukakan kasutnya supaya semua kekejian itu kembali kepada saudaranya. Kemungkinan hukum ini diamalkan berdasarkan kepada adat istiadat di Mesopotamia.

Adat seperti ini juga diamalkan di India, Tufan, Madagascar. Hanya India menghadkan jika janda tidak mempunyai anak dan perkahwinan ini akan dibatalkan selepas anak dilahirkan. Kadangkala, perkahwinan ini hanya di permukaan dan disetujui oleh dua pihak sahaja. Ada juga keadaan lain yang tidak dihadkan di mana seorang janda dipunyai oleh beberapa orang saudara. Ini telah berkait dengan pikiran orang lain bahawa satu isteri mempunyai beberapa orang suami dan contoh ini tidak dikesan di Perjanjian Lama.

Di India, Persia, Afghanistan juga mempunyai adat ini yang berkaitan dengan menyembah kepada moyang. Ini adalah untuk menjaga kedudukannya semasa dalam persembahan keluarga, namun kita berasa curiga terhadap orang Ibrani bahawa adakah mereka mempunyai tujuan tersebut. Dalam Perjanjian Lama, sistem ini adalah untuk menjaga nama keluarga (melalui anak ia dapat disambungkan) serta menjaga supaya harta benda tidak akan dibahagi atau terpindah ke orang asing.

Dari perkahwinan Rut dengan Boas, isteri dianggapkan sebagai harta perseorangan dan akan diwarisi. Boas mengkahwini Rut adalah menebus harta “tetapi bukan disebabkan mereka adalah saudara rapat (Rut 3:9 ). Perkahwinan ini adalah untuk menebus harta benda di atas hukum sahaja. Ia memang tidak akan dibantah oleh kaum itu. Tetapi, anak pertama yang dilahir oleh mereka harus terpulang kepada keluarga suami yang telah meninggal. Perkara yang dilarang dan tercatit dalam Imamat Fasal 18 tidak termasuk kes khas dan orang umum pun menerima sistem mengkahwini isteri janda saudara.

Kemudiannya, orang Saduki bertanya kepada Yesus: “Jika seorang, yang mempunyai saudara laki-laki, mati dengan meninggalkan seorang isterinya itu dan membangkitkan keturunan bagi saudaranya itu. Adalah tujuh orang bersaudara. Yang pertama kahwin dengan seorang perempuan dan mati dengan tidak meninggalkan keturunan. Lalu yang kedua juga mengahwini dia dan mati dengan tidak meninggalkan keturunan. Demikian juga dengan yang ketiga. Dan begitulah seterusnya, ketujuhnya tidak meninggalkan keturunan. Dan akhirnya, sesudah mereka semua, perempuan itupun mati. Pada hari kebangkitan, bilamana mereka bangkit, siapakah yang menjadi suami perempuan itu? Sebab ketujuhnya telah beristerikan dia.” (Mrk 12:18-23). Dari sini bolehlah kami ketahui bahawa orang pada zaman itu tidak memegang kepada adat ini. Hukum yang tegas itu telah dibatalkan pada masa itu.

6.PERATURAN PERKAHWINAN  

Biasanya,kuasa perkahwinan tertaruh di dalam tangan ibubapa ( Kej 24:3; 28:1;34:4; Hak 14:2). Sebagai seorang anak hampir tidak mempunyai kebebasan untuk memilih jodoh mereka sendiri. Mereka tidak akan ditunang semasa kebudak-budakan. Sekurang-kurangnya mereka harus meminta persetujuan orang yang akan berkahwin dan kadangkala mereka minta kerjasama mereka (Kej 24:8). Memangnya ada yang tidak bersetuju dengan cadangan ibubapa (Kej 26:34). Kadangkala,mereka akan memaksa ibubapa supaya menuruti mereka (Kel 2:21). Walaupun mereka terhad oleh adat pada zaman itu, tetapi percintaan yang berasal dari emosi/perasaan semula jadi juga ada. Keadaan yang romantik di antara perjumpaan dua seks pun ada juga (Kej 29:10; 34:3; Hak 14:1; 1 Sam 18: 20), seorang gadis yang tidak berkahwin merupakan satu kekejian, tetapi Paulus telah memberi satu penyataan berlainan terhadap “anak dara/gadis” ( I Kor 7 : 34-38 ).

Pertunangan pada zaman dulu adalah lebih berkesan dan mempunyai had. Ini hanyalah upacara yang tunggal ditetapkan dari segi undang-undang orang Arab. Dalam Kejadian pasal 24 ayat 58-60, ia masih mempunyai rangka dulu dan berkat, terutama sekali, harus membayar “wang” kepada ibubapa atau wakil pihak wanita. Jika telah berdosa terhadap gadis yang belum berkahwin. Pihak lelaki akan diminta mengkahwini gadis yang belum berkahwin. Pihak lelaki akan diminta mengkahwini gadis itu dan tidak dibenarkan mencerainya seumur hidup. Tambahan pula, dia akan diminta bayar 50 syikal perak kepada bapa gadis itu (Ul 22:29; Kel 22:16).

Hemon, bapa Sikhem telah bersetuju memberikan tanah, hadiah dan wang kepada Yakub sebab anaknya telah memperkosakan Dina, anak Yakub dan mencintainya dengan begitu dalam (Kej 34:8-12). Hamba Abraham telah memberi Ribka banyak “alat emas, alat perak dan baju” dan “barang-barang bernilai” kepada abang dan ibu pengantin.

“Mas Kahwin” boleh juga dibayar dengan usaha kerja kami, seperti “Yakub bekerja untuk Laban” (Kej 29: 18-27; I Sam 18 :25 ). “Mas Kahwin” adalah untuk menyediakan segala hadiah perkahwinan pengantin, sebab ibu bapa pengantin harus memberi hadiah perkahwinan dan hamba perempuan (Kej 24:61; 29:24). Kaleb memberi tanah dan mata air sebagai hadiah perkahwinan anak perempuannya (Yos 15:19; Hak 11:15). Raja Salomo telah memberi sebuah kota kepada isterinya sebagai hadiah perkahwinan ( I Raj 9:16). Ada catatan lain bahawa ada yang membahagi separuh hartanya untuk hadiah perkahwinan. Jika bukan disebabkan berzinah, walaupun bercerai, hadiah ini tetap dijaga oleh isteri.

Hadiah diberi oleh suami itu menunjukkan murah hati dan cintanya (Kej 24:53; 24:12 ; Ezr 2:9). Upacara pertunangan, surat bukti (senarai hadiah) akan dihantar di depan 2 orang baru. Jika mereka tidak melalui cara ini dan terus tinggal bersama-sama, mereka akan ditegur. Tentang pasangan tunang itu, mereka adalah seperti suami-isteri, jika mereka tidak setia kepada pihak lain, mereka boleh dituduh berzinah (Ul 22:23 ; Mat 1 : 19 ). Selepas perkahwinan, mempelai boleh ditahan daripada menjadi askar selama satu tahun, “boleh tidak terikat dan menyukakan hati isteri” (Ul 24:5). Jika tidak memegang janji perkahwinan (I Sam 18:19 ; Hak 14 :20 ), ia akan dihina oleh orang ramai, tetapi ada juga yang terpaksa (Kej 29 :27 ).

7. UPACARA PERKAHWINAN 

Tiada catatan jelas dalam Alkitab, hanya dapat diteka dari catatan yang sedikit dan adat yang dipegang. Ada kalanya, upacara tidak dijalankan selepas pertunangan (Kej 24:63-67). Mengadakan satu jamuan pesta selepas pertunangan (Kej 24:54). Perkahwinan dan pertunangan dianggap sebagai satu “Perjanjian” dan masa di antara mereka tidak boleh melebihi satu tahun.

“Peranakan” adalah upacara pertama bagi upacara perkahwinan (Mzm 45:14-15). Ini adalah satu adat yang ditinggal dari “Rampas Kahwin”. Sahabat dan mempelai ( Yoh 3:29 ), waktu malam, mempelai membawa pengantin keluar ( Hak 14 :11,15,20 ). Jika perlu, pemilihan teman mempelai adalah saudara pengantin keriangan itu boleh kami rasa dari meninggalkan “suara mempelai” ( Yer 7 : 34 ; Why 18 :23 ).

Pengantin harus menganggap ini adalah perkara yang paling agung dalam seumur hidupnya. Ia harus berpakaian kemas dan berhias ( Why 21 :2 ). Pakaian haruslah kain rami yang bersih ( Why 19 : 8 ). Pakaian bersulam warna-warni (Mzm 45 : 13-15 ), ikat dengan barang hiasan dan tali berhiasan (Yer 2:32). Barang hiasan diperbuat daripada emas atau perak ( Kej 24:53 ). Mempelai harus memakai perhiasan kepala dan pengantin akan memakai perhiasannya ( Yes 61 : 10 ).

Pengantin harus melindungi mukanya dengan sapu tangan, semasa dia baru berjumpa suaminya (Kej 24 : 65 ), kita tidak pasti bahawa adakah mereka harus bermandi waktu malam seperti orang Yunani ( Rut 3:3 ; Yeh 23 : 40 ).

Dalam Matius Fasal 25 ada cerita tentang sepuluh gadis yang menyambut mempelai. Adakah mereka itu gadis mempelai yang menemani pengantin dan sedang menunggu kepulangan mempelai atau kawan pengantin yang menunggu kepulangan pasangan baru? Kami tidak pasti tentang ini, hanya kami ketahui bahawa perarakan perkahwinan diadakan pada waktu malam, mereka perlukan banyak pelita atau obor, dan buah-buahan serta bunga disediakan. Jika ada orang ingiin ambil bahagian dalam perarakan dibenarkan dan mengangguk kepala itu menunjukkan pemberkatan dia.

Yang berikutnya adalah jamuan pesta. Umumnya ini akan diadakan di rumah mempelai tetapi ada juga yang lain ( Kej 29 : 22 ; Hak 14 :10 ). Melayani sahabat-handai adalah satu pekerjaan yang agung. Ada pepatah berkata “ Dia tidak menjemput saya ke perkahwinannya, saya tidak akan menghadiri pengebumiannya”. Jika kami menolak jemputan adalah dianggap tidak berbudi (Mat 22 ). Tidak pasti adakah menyediakan  pakaian pesta. Yohanes Fasal 2 mencatitkan jamuan pesta bagi seorang yang sederhana keluarganya, mereka telah cuba sedaya-upaya untuk mengeluarkan yang paling bagus, “orang yang menguruskan pesta” adakah dia yang melayani mempelai? ( Hak 14 : 20 ) Tidak pasti.

Perkahwinan melambangkan bersatu di antara Tuhan dengan umatNya. Oleh itu, haruslah kita menjalankan dengan hormatnya, tetapi pesta itu bukanlah upacara agama, tetapi hanya satu jamuan sahaja. Upacara perkahwinan itu disahkan hanya selepas mempelai masuk ke dalam kemah pengantin (Kej 24:67; Hak 4 : 17 ). Mazmur Fasal 19 ayat 6 adalah memuji keriangan mempelai keluar dari kemah dan malam pertama serta pagi keesokkan. Sekarang orang berada di tempat itu masih harus berdiri di bawah kemah. Kemungkinan ini adalah berasal dari upacara perkahwinan lama.

Pesta dalam Perjanjian Lama hanya diraya pada malam pertama. Tetapi sehingga sekarang, di kawasan Syria telah merayakan selama 7 hari ( Kej 29 : 28 ). Hakim-hakim Fasal 14 juga ada mencatit dengan jelas pada malam itu, mereka akan minum dan makan serta melakukan permainan yang tidak begitu berbudi. Kidung adalah dinyanyi semasa berpesta, seperti fasal 7 ayat 1 telah memuji kecantikkan pengantin, pengantin akan menari untuk menunjukkan kesyukurannya. Pada masa itu, kedua-dua orang baru dianggap sebagai putera dan isterinya di kampong itu, dalam satu tahun itu dia tidak perlu menjadi askar selama satu tahun.

8. KEDUDUKAN SEORANG ISTERI

Bagi seorang isteri, suaminya adalah “tuan” dia. Hampir di semua tempat, dia akan dikawal oleh suaminya (Kej 3 :16 ). Isteri adalah “pembantu suami”, suami adalah tuan dan isteri harus menurutinya, berlahirlah sistem feudalism. Di bawah sistem yang begini, isteri hanya dapat berasa kewujudannya sendiri dengan wujudnya percintaan suami dan pandangan sendiri yang tinggi. Kedudukan isteri pada masa itu ada tercatit dengan jelas di dalam buku Hakim-hakim dan Amsal. Manakala, jika seorang isteri itu menjadi seorang ibu, kedudukannya akan dinaikkan juga. Oleh yang demikian,kedudukan seorang isteri yang tanpa anak adalah sangat kasihan sekali (Kej 16 :4; 30: 1-4; I Sam 1:6). Poligami memang akan melahirkan berat sebelah dan pergaduhan antara isteri-isteri adalah begitu dasyhat sekali.

Ulangan Fasal 21 ayat 15 ada arahan bahawa harus menjaga hak kesulungan bagi anak yang dilahirkan oleh isteri yang tidak disukai suami. Keluaran Fasal 21 ayat 10 mendorong harus kami baik-baik dengan isteri pertama jika kami ingin mengambil seorang isteri lain. Jika tidak suka isteri yang ditawan, harus membebaskannya (Ul 21 :14 ). Kedudukan isteri pertama adalah lebih tinggi daripada isteri lain, saudara-saudara akan menyokongnya dan dia boleh minta hak warisan untuk anaknya (Kej 21 : 10 ). Anak bagi gundik harus diterima oleh isteri pertama. Isteri dan gundik-gundik merupakan harta-benda sendiri, kadangkala harta boleh diwarisi oleh gundik juga. Tetapi, dilarang mengkahwini ibu sendiri dan ini diamal di Saudi Arab.. Yehezkiel juga ada menegur tentang adat ini ( Yeh 22 : 10 ). Ulangan 22:30 dan Imamat 18 :8 telah mencatat bahawa isteri itu boleh diwarisi.

Biasanya, janda tidak akan berkahwin lagi, tetapi ada pandangan yang hebat terhadap janda yang kahwin semula ( Luk 2 : 36; Artikal Yusuf ). Janda dilarang berkahwin adalah berasal dari idea isteri masih kepunyaan suami selepas suaminya mati. Tetapi, Paulus bersetuju mereka boleh kahwin semula ( I Kor 7 : 39 ) serta menerangkan keburukan janda itu berseorangan. Maka ia menasihati mereka harus kahwin semula ( I Tim 5 : 14 ).

9. PERCABULAN 

Pada masa dulu, orang Ibrani mementingkan kesucian seorang anak dara. Gadis itu akan dilempur batu sehingga mati, jika tidak dapat bukti bahawa dia masih seorang anak dara pada malam perkahwinan (Ul 22 : 21 ). Oleh itu, jika gadis itu masih seorang anak dara, tetapi dituduh oleh suaminya, bapa gadis itu boleh menuduhnya ke para-para tua dan keluarkan tanda perawanan sebagai bukti melindung anak gadisnya. Para-para tua akan melempar batu ke suaminya dan denda seratus syikal kepada bapa gadis (Ul 22 : 19 ). Jika ada orang memperkosa gadis, dia harus bayar “Mas Kahwin” dan mengahwininya ( Kel 22 : 16 ).

Jika terdapat anak perempuan imam bercabul, dia akan dibakar sehingga mati ( Im 21 :9 ). Perzinahan adalah dosa yang paling berat dalam masyarakat pada masa itu. Sebabnya ini akan melanggar hukum ketujuh dan kesepuluh. Sesiapa yang tidur dengan isteri orang lain akan dilempar mati bersama wanita itu ( Im 20 :10 ; Ul 22 : 22). Gadis yang sudah bertunang (dianggap telah berkahwin di sisi undang-undang), akan dilempar mati bersama-sama orang yang memperkosanya di dalam kota. Adakah kita berasa kasihan kepada gadis itu? Sebab dia boleh menjerit untuk menyelamatkan kesuciannya sendiri di dalam kota, tetapi dia tidak berlaku sedemikian. Ini bermakna ia rela hati berzinah dengan orang itu juga (Ul 22 : 23 ). Jika lelaki itu betul-betul memperkosanya dengan keganasan, maka lelaki itu sahaja akan dihukum mati (Ul 22 : 27 ). Di tanah Mesir, hukum api akan diadakan jika kes yang sama berlaku. Ini merupakan hukuman yang lebih awal lagi.

Buku Bilangan mencatat adanya cara untuk membuktikan perzinahan, jika seseorang suami sedang mengesyaki isterinya tidak setia kepadanya (Bil 5 : 11-31 ). Ia merupakan satu hasilan pengejaran psikologi di depan imam. Adat yang sedemikian ada wujud di antara semua bangsa-bangsa. Perjanjian Lama, berzinah dengan isteri orang lain merupakan pencurian harta benda orang lain. Jika seorang isteri itu berzinah, ia hanya merupakan satu dosa terhadap suaminya tetapi kesetiaannya tidak dapat dihakimkan.

Perzinahan itu adalah begitu umum sekali, sebab buku-buku nabi dan Amsal selalu menceritakan tentang perkara ini. Dalam Perjanjian Baru, “Emas Khawin” akan diminta balik dan isteri akan diceraikan jika terkesan keadaan yang sama berlaku ( Mat 5 : 31 ). Tetapi, ada catatan dalam buku Yohanes tentang hukum lemparan batu. Dalam Perjanjian Baru, tidak membenarkan dosa begini. Sebabnya mereka menganggap kelakuan tidak setia itu akan memalukan mereka di depan jiran-jiran dan ia telah melanggar Tuhan dan hati nurani sendiri ( Mat 5:27 ; Kis 15:29 ; I Kor 5 : 11 ; 6:9 ; Mat 5 :19; I Tes 4 :3 ).

“Orang tidak mencemarkan perempuan” ( Why 14 : 4 ) adalah ditujukan kepada orang yang berkelakuan baik dan setia suci, bolehlah direnungkan bersama dengan “jangan mengotorkan katil” ( Buku Ibrani ).

Terhadap kebebasan moral pada zaman rasul-rasul, kesucian merupakan hukum moral yang harus disebarkan oleh Kristian.

10. PERCERAIAN

Perceraian dibenarkan dalam Perjanjian Lama ( Im 21 : 7 ; 22:13 ; Bil 30:9 ). “Menceraikan isteri” merupakan satu tradisi ( Kej 21 : 14 ), tetapi harus dia menulis “surat perceraian” dan suruh isterinya pulang ke rumah bapanya ( Ul 24 : 1; Yes 50 : 1; Yer 3 : 8 ). Surat perceraian harus beralasan yang sesuai dan serahkan kepada hakim lalu serah kepada isterinya.

Boleh juga bercerai diam-diam untuk membatalkan pertunangan ( Mat 1 :19 ). Banyak langkah harus diambil untuk bercerai, mungkin ini adalah untuk mencegah perceraian. Sebabnya, tidak boleh kahwin semula bekas isteri lama jika seseorang itu telah bercerai dengan bekal isteri lama dan berkahwin dengan isteri lain. Maka langkah-langkah kompleks untuk tujuan ini, mereka harap kedua pihak akan bersabar dan tidak senang-senang bercerai dan berkahwin semula.

Jika seorang lelaki menuduh isterinya itu bukan anak dara, dan memalukannya, dia harus mengkahwininya dan tidak boleh ceraikannya buat seumur hidup ( Ul 22 : 19 ). Atau orang yang memperkosa gadis yang belum bertunang, dia harus mengahwininya dan tidak dibenarkan ceraikannya (Ul 22 : 29 ). Nabi Maleakhi telah menegaskan, “Tuhan telah menjadi saksi antara engkau dan isteri masa mudamu.” Begitu juga mengajar umat-umat “jangan tidak setia kepada isterimu” dan “Tuhan membencikan perceraian” ( Mal 2 : 13-16 ). Ramai Rabi menegurkan umat-umat juga, tetapi memang banyak perceraian berlaku juga.  “Mezna” berkata, perceraian itu adalah memecahkan persumpahan, melanggar hukum dan adat Yehuda. Orang yang melanggarnya, tidak kisah lelaki atau wanita akan ditarik rambutnnya dan memberitahukan kepada orang ramai. Walau bagaimanapun, perceraian sebenar terus berlaku di mana-mana sahaja. Persoalan ini bukanlah berdasarkan kepada apakah yang betul atau salah, tetapi alasan apakah yang telah diberikan kepada lelaki untuk menjalankan hukum ini dengan menggunakan kuasa sendiri. Memang benar, ini hanya terhad kepada suami sahaja. Wanita di kelas Balmi dan Herodia akan mencari alasan sendiri untuk melindungi sendiri dan ini dianggap telah melanggar undang-undang orang Yahudi serta ia akan ditegur.

Yesus berkata: “Barangsiapa yang menceraikan isterinya lalu kahwin dengan perempuan lain, ia hidup dalam perzinahan terhadap isterinya itu. Dan jika si isteri menceraikan suaminya dan kahwin dengan laki-laki lain, ia berbuat zinah.” ( Mrk 10 : 11-12 ). Mengikut Hukum Taurat Yahudi pada zaman akhir (legenda dan hukum taurat Yahudi), jika suami telah menghidapi penyakit yang dibencikan,isteri pun berhak meminta perceraian. Tetapi Perjanjian Baru tetap membantah perceraian ( Mrk 10 : 11; I Kor 7 : 10,39 ). Dari pandangan Yesus, kebenaran perceraian di Perjanjian Lama merupakan moral yang rendah. Dari konsep perkahwinan, sejak roh dan jiwa telah bersetubuh dan tidak boleh diceraikan. Maka, perceraian itu adalah yang jahat.

Namun, perceraian disebabkan moral adalah lebih dikhaskan dan dibenarkan juga ( Mat 5 : 32 ; 19 :9 ). Paulus berkata jika teman yang tidak percaya ingin bercerai, maka biarlah bercerai ( I Kor 7 : 15 ). Selepas berkahwin, jika terdapat “Kekejian” terhadap isteri, bolehlah ceraikannya berdasarkan alas an ini ( Ul 24 : 1 ). Ini kemungkinan termasuk ia telah bersetubuh dengan orang sebelum berkahwin. Dalam masyarakat Yahudi, perceraian bukan sahaja memisahkan katil dan makanan serta minuman sahaja, tetapi adalah memberikan hak kuasa perkahwinan lagi, supaya ia terus “berzinah” ( Mat 5 :32 ).