Mengasihi Musuh-Musuh Kita
| |

Mengasihi Musuh-Musuh Kita

TETAPI AKU BERKATA KEPADAMU: KASIHILAH MUSUHMU, BERKATILAH MEREKA YANG MENGUTUK KAMU BERBUAT BAIKLAH KEPADA MEREKA YANG MEMBENCI KAMU DAN BERDOALAH UNTUK MEREKA YANG SUKA MENGAMBIL KESEMPATAN KE ATAS KAMU DAN MENGANIAYA KAMU. (MAT 5:44)

Inti Alkitab berkisar tentang kasih, mengajar kita cara untuk mengasihi Tuhan dan mengasihi manusia. Kasih adalah tujuan dan motivasi untuk hidup. Dengan adanya kasih, hidup lebih mengagumkan dan ceria; tanpanya, hidup ini begitu membosankan, juga tidak menarik. Tuhan Yesus memberitahu bahawa kita perlu memikul salib sendiri dan mengikuti-Nya.  Ajaran di sebalik salib ini adalah pengajaran kasih, yang melambangkan hubungan antara Tuhan dan kita, juga hubungan antara sesama kita.

Ia adalah mudah, sudah tentu, untuk mengasihi Tuhan dan mengasihi orang yang mengasihi kita adalah balasannya. Namun, bukannya mudah untuk mengasihi mereka yang tidak tahu mengasihi kita. Malah Tuhan Yesus sendiri mengajar kita bukan sekadar mengasihi musuh tetapi juga mendoakan mereka yang menganiaya kita (Mat 5:44).  Nampaknya, perkara ini akan menjadi tugas yang lebih sukar, namun apabila kita mempertimbangkan bagaimana Yesus dan Stefanus mampu melakukannya, patutkah kita sebagai orang yang bersungguh-sungguh mengikuti Kristus boleh gagal dalam hal ini?  Kita harus mengingat bahawa beban salib terletak pada jenis kasih seperti ini.  Alkitab ada memberitahu kita alasannya, mengapa kita patut mengasihi musuh kita.

MENGAPA KITA PATUT MENGASIHI

Kerana Yesus Terlebih Dahulu Telah Mengasihi Kita

Sekiranya Yesus tidak datang ke dunia ini dalam rupa manusia dan membebaskan kita daripada dosa dengan menumpahkan darah-Nya sendiri, suatu hari kelak kita tidak akan mampu untuk berdiri di hadapan Tuhan tanpa dimurkai. Sewaktu kita masih berdosa, Tuhan telah menghantar Anak-Nya yang tunggal sebagai korban untuk menebus dosa kita kerana Dia amat mengasihi kita.

Kerana  begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan beroleh hidup yang kekal. Sebab Allah mengutus Anak-Nya ke dalam dunia bukan untuk menghakimi dunia, melainkan untuk menyelamatkannya oleh Dia. Barangsiapa percaya kepada-Nya, ia tidak akan dihukum; barangsiapa tidak percaya, ia telah berada di bawah hukuman, sebab ia tidak percaya dalam nama Anak Tunggal Allah. (Yoh 3:16-18)

Adalah suatu anugerah yang menghairankan kerana menjadi umat pilihan Tuhan pada hari ini. Ini merupakan suatu perubahan besar yang berlaku kepada kita;  suatu ketika dahulu, kita berada di ambang kemusnahan, tetapi sekarang kita adalah Anak-Nya. Disebabkan Tuhan begitu mengasihi kita, sepatutnya kita mencontohi kasih Kristus dengan cara mengasihi mereka yang memerlukan kasih kita.

Dalam Matius 18:23-35, Yesus menceritakan perumpamaan tentang hamba yang berhutang kepada tuannya sebanyak 10 ribu talenta. Seringkali kita adalah seperti hamba ini – kita tahu bagaimana untuk menerima kasih Tuhan, tetapi kita tidak tahu bagaimana untuk melaksanakannya ke atas orang yang memerlukan. Kita mungkin menjadi marah apabila kita membaca tentang hamba tersebut dalam perumpamaan ini kerana kita berfikir bahawa dia terlalu kejam. Tetapi kita tidak menyedari bahawa kita sebenarnya tidak jauh berbeza daripada hamba yang kejam itu; apabila kita mengkritiknya, sesungguhnya kita mengkritik diri kita sendiri.

Menyisihkan Halangan Doa

“Sebab itu,  jika engkau mempersembahkan persembahanmu di atas mezbah dan engkau teringat akan sesuatu yang ada dalam hati saudaramu terhadap engkau, tinggalkanlah persembahanmu di depan mezbah itu dan pergilah berdamai dahulu dengan saudaramu, lalu kembali untuk mempersembahkan persembahanmu itu.” (Mat 5:23-24)

Dalam ayat tersebut, Yesus mengingatkan kita akan kepentingan perdamaian.  Mezbah mewakili doa, sebagai satu cara untuk bertemu dan mendekati Tuhan.  Jika kita memohon untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan Tuhan, dan inginkan agar Dia menerima persembahan kita, pertama sekali kita haruslah berdamai semula dengan mereka yang telah melakukan sesuatu yang menentang kita; kerana Tuhan akan menerima doa dan persembahan kita hanya setelah kita dapat menyempurnakan tanggungjawab ini.

Pergaduhan biasanya disebabkan oleh kelemahan kedua-dua belah pihak.  Petikan daripada ayat alkitab tersebut memberikan penekanan mengenai orang yang cuba untuk membuat persembahan kepada Tuhan; dan yang terpenting lagi, petikan ini mengatakan bahawa ada seseorang yang berdendam terhadapnya, bukan dia yang mempunyai dendam terhadap orang lain. Kemungkinan orang yang cuba untuk membuat persembahan tersebut pernah ada perbantahan atau sedikit perselisihan pendapat dengan orang lain dan sudahpun melupakan tentang perkara tersebut atau telahpun memaafkan pihak yang lain. Namun, dia  tidak ada membuat percubaan untuk berdamai, sementara pihak lain pula masih tidak puas hati terhadapnya. Kesannya, persembahannya tidak akan dibenarkan dan juga tidak mampu untuk menyenangkan hati Allah apabila dia mempersembahkan korban persembahannya kepada Allah.

Sekiranya kita inginkan doa-doa dan pekerjaan kita diterima oleh Allah, kita haruslah terlebih dahulu mengasihi musuh-musuh kita, dan mereka yang masih tidak menyenangi kita.  Ini adalah satu-satunya cara agar Tuhan berkenan dengan semua yang kita persembahkan.

Allah Mengampuni Kita Apabila Kita Mengampuni Orang Lain

“Kerana jikalau kamu mengampuni kesalahan orang, Bapamu yang di sorga akan mengampuni kamu juga. Tetapi jikalau kamu tidak mengampuni orang, Bapamu juga tidak akan mengampuni kesalahanmu.”

Jika kita mampu untuk memaafkan orang lain, lalu jika kita kebetulan menyinggung perasaan seseorang, orang tersebut kemungkinan besar akan memaafkan kita. Hanya melalui kitaran positif seperti ini, perhubungan sesama  orang dapat kekal bahagia. Juga, dengan membuka halangan di antara Tuhan dan kita yang ditimbulkan oleh dosa, kita akan memperolehi keampunan-Nya untuk kesalahan-kesalahan kita yang lalu, dan juga merapatkan jarak antara kita dan Tuhan.

Petrus pada suatu ketika dahulu pernah bertanya kepada Yesus tentang berapa kerapkah kita patut memaafkan orang lain (Mat 18:21-22). Petrus berfikir bahawa adalah suatu pencapaian yang agak hebat untuk mampu memaafkan orang lain sebanyak tujuh kali bagi kesalahan yang mereka lakukan, tetapi jawapan yang diberikan Yesus telah mengejutkannya: Yesus berkata bahawa kita harus mengampuni orang lain sebanyak tujuh puluh kali tujuh kali. Kelihatannya sukar bagi kita walaupun sekadar bersua muka dengan orang yang telah bersalah terhadap kita, justeru, adalah sesuatu yang benar-benar menakjubkan untuk mampu memaafkan seseorang sebanyak tujuh puluh kali tujuh kali.  Sebenarnya, apa yang dimaksudkan Yesus ialah kita tidak sepatutnya memikirkan tentang berapa kerapnya orang lain menyakitkan hati kita, tetapi kita patut memaafkan mereka tanpa syarat, sebagaimana Dia telah mengampuni kita. Dengan berbuat demikian kita boleh dianggap sebagai anak-anak Tuhan yang sebenar.

Kita Mengasihi Allah dengan Mengasihi Mereka yang Berada di sekeliling Kita

“Kita mengasihi kerana Allah lebih dahulu mengasihi kita. Jikalau seseorang berkata: “Aku mengasihi Allah,” dan ia membenci saudaranya, maka ia adalah pendusta, kerana barangsiapa tidak mengasihi saudaranya, maka ia adalah pendusta, kerana barangsiapa tidak mengasihi saudaranya yang dilihatnya, tidak mungkin mengasihi Allah yang tidak dilihatnya. Dan perintah ini kita terima dari Dia: barangsiapa mengasihi Allah, ia harus juga mengasihi saudaranya.” (I Yoh 4:19-21)

Yesus juga ada memberitahu kita, “Allah itu Roh dan barangsiapa menyembah Dia, harus menyembah-Nya dalam Roh dan kebenaran” (Yoh 4:24). Ramai orang meletakkan usaha yang sangat banyak dalam penyembahan mereka sendiri kepada Tuhan tetapi mereka sendiri masih samar dan kurang jelas akan maksud perintah-perintah-Nya. Demi menunjukkan kasih mereka terhadap Tuhan, mereka membaca Alkitab, mengadakan persahabatan dan doa, dan menyanyikan pujian kepada-Nya setiap hari. Tetapi mereka tidak sempurna dalam kasih untuk Tuhan, kerana mereka gagal untuk mengasihi orang lain tanpa syarat. Seringkali juga mereka terus menyimpan dendam dan membenci orang lain, dan mereka mempunyai ramai musuh.  Terdapat percanggahan yang ketara di antara cara mereka menyembah dan cara mereka memperlakukan orang lain.  Rasul Yohanes turut memikirkan sikap-sikap yang dinyatakan tadi apabila dia mengatakan, “Jikalau seseorang berkata: ‘Aku mengasihi Allah,’ dan ia membenci saudaranya, maka ia adalah pendusta”  (I Yoh 4:20).  Kasih yang kita tunjukkan terhadap saudara-saudara kita adalah yang terbaik dan cara yang paling sesuai untuk menunjukkan kasih kita kepada Allah.

Berdasarkan apa yang diketengahkan, kita telah mempertimbangkan sebab dan alasan mengapa kita patut mengasihi musuh-musuh kita. Tetapi, bagaimanakah kita patut mengasihi mereka?

BAGAIMANA UNTUK MENGASIHI DENGAN SEMPURNA

Mengasihi dari dalam Hati Kita

Ramai orang mengingat bahawa sudah memadai mengasihi musuh dengan tidak berkata apa-apa dan hanya menanggung semua serangan dengan kata-kata saja.  Mereka mungkin akan membenci orang lain jauh ke dalam lubuk hati mereka, namun mereka mampu untuk menyembunyikan kemarahan mereka dan tidak mendedahkannya di depan musuh mereka.  Kemungkinan selepas itu, mereka kemudiannya akan mengatakan hal yang buruk tentang orang itu di belakang sebagai usaha untuk melegakan kekecewaan yang mereka rasakan atau cuba untuk mendapatkan sokongan dan persetujuan daripada orang lain. Kemungkinan juga mereka akan menghadapi masalah dalam pemakanan, atau tidur mereka akan terganggu selagi mereka terus memikirkan tentang kejadian-kejadian yang menyedihkan.  Mereka melalui kesukaran sebegini kerana mereka belum memaafkan orang lain.

Ini bukanlah cara yang Yesus ajarkan kepada kita dalam hal mengasihi musuh kita. Dia mengajar kita untuk memaafkan mereka sepenuhnya, daripada lubuk hati kita yang dalam, dan membiarkan mereka merasai kasih kita; dengan demikian kita akan dapat mengubah mereka daripada musuh menjadi sahabat kita. “Tetapi kepada kamu yang mendengarkan Aku, Aku berkata: Kasihilah musuhmu, berbuatlah baik kepada orang yang membenci kamu; berdoalah bagi orang yang mencaci kamu. Barangsiapa menampar pipimu yang satu, berikanlah juga kepadanya pipimu yang lain” (Luk 6:27-29).

Yesus menekankan perlunya bagi kita untuk benar-benar memaafkan seseorang yang menyalahkan kita, bukan setakat bertindak balas kepadanya secara pasif.  Jika kita benar-benar mengasihi orang lain, kita akan mampu memaafkan bukan hanya mereka yang menampar pipi kita tetapi juga mereka yang memukul kita dengan kayu atau bahkan yang mencuba untuk membunuh kita.  Kalaulah kita mempunyai jenis kasih seperti ini, kita adalah di antara mereka yang memikul salib bersama Kristus.

Memberkati Mereka

Tuhan akan menghakimi kita melalui perkataan yang kita ucapkan sebagai orang Kristian. Itulah sebabnya Paulus mendorong pemercaya di Roma dengan mengatakan: “Berkatilah siapa yang menganiaya kamu, berkatilah dan jangan mengutuk!” (Rom 12:14). Apabila kita memperkatakan tentang tindakan mengasihi musuh kita, kita patut mengingati ayat yang berikut:

“Kamu telah mendengar firman: Mata ganti mata dan gigi ganti gigi. Tetapi Aku berkata kepadamu: Janganlah kamu melawan orang yang berbuat jahat kepadamu, melainkan siapa pun yang menampar pipi kananmu, berilah juga kepada pipi kirimu. Dan kepada orang yang hendak mengadukan engkau kerana mengingini bajumu, serahkanlah juga jubahmu. Dan siapa pun yang memaksa engkau berjalan sejauh satu mil, berjalanlah bersama dia sejauh dua mil. Berilah kepada orang yang meminta kepadamu dan janganlah menolak orang yang mau meminjam dari padamu. (Mat 5:38-42)

Biasanya, kita mungkin berasa bahawa penyataan sebenar tentang mengasihi musuh-musuh kita adalah agak mustahil, dan ini memang masih tidak mencukupi untuk mengekalkan keharmonian pada zahirnya; kita perlu melangkah mara ke depan dengan memohon kepada Tuhan agar memberkati musuh kita. Ajaran ini tidak dapat dicari dalam mana-mana buku, hanya di dalam Alkitab kita mampu menemui kasih yang sempurna. Sebelum Stefanus mati demi Yesus, dia berdoa kepada Tuhan dengan mengatakan, “Tuhan, janganlah tanggungkan dosa ini kepada mereka!” (Kis 7:60). Stefanus adalah manusia biasa seperti kita, dan dia merasakan kesakitan ketika dia diserang. Bukan sahaja dia tidak meminta Tuhan mengutuki mereka yang menganiayanya, sebaliknya dia memohon agar Tuhan tidak menanggungkan dosa tersebut kepada mereka.

Kasih seperti ini adalah sesuatu yang harus dimiliki oleh setiap umat Kristian, kerana Allah kita adalah kasih dan Dia mahu kita mempunyai kasih seperti-Nya (I Yoh 4:7-8). Tuhan Yesus telah memerintahkan 12 orang murid-Nya untuk mengabarkan Injil dan untuk menyampaikan salam kepada setiap keluarga yang mereka temui.  Jika keluarga tersebut layak menerima salam tersebut, salam yang diucapkan itu akan akan turun ke atas mereka; tetapi jika keluarga tersebut tidak layak, salam akan kembali kepada murid-murid-Nya (Mat 10:11-13), kerana hanya berkat yang patut diberikan, dan bukannya kutukan.

Berdoa untuk Mereka

Mungkin kelihatan sudah cukup untuk memberikan musuh kita kasih tambahan dan memberkati mereka. Tetapi itu masih bukan kasih yang sempurna, kerana kita juga harus mendoakan mereka (Luk 6:28). Kita yang bersifat daging adalah selalu lemah, dan mungkin ada masanya kita bertindak terburu-buru, ada kalanya panas baran kita timbul dengan mudah sekali, dan ada masanya kita memandang rendah kemampuan orang lain atau memandang mereka dengan benci. Kesemua kelemahan ini boleh membawa kepada kebarangkalian berlakunya konflik. Oleh itu, di samping berdoa untuk musuh kita, kita juga berdoa untuk diri kita sendiri. Kita harus mampu mengaku pelanggaran kita sendiri dan saling mendoakan (Yak 5:16) agar dalam pandangan Allah, kita dapat menyenangkan hati-Nya.

Jangan Bermegah Terhadap Nasih Malang Mereka

Ams 24:17-18 memberitahu kita, “Jangan bergembira apabila musuhmu jatuh, jangan hatimu beria-ia kalau ia terperosok, supaya TUHAN tidak melihatnya dan menganggapnya jahat, lalu memalingkan murkanya daripada orang itu…”

Walau betapa teruk sekalipun musuh kita, kita harus menerima apa yang berlaku tanpa menyalahkan mereka. Jika kita mempersalahkan mereka, perasaan marah, kecewa, dan dendam akan menguasai pemikiran kita.  Paulus memberitahu kita bahawa kita tidak boleh membalas dendam untuk diri kita tetapi memberi jalan dan menunggu penghakiman daripada Allah. Kerana ada tertulis, “Pembalasan itu adalah hakKu. Akulah yang menuntut pembalasan, firman Tuhan” (Rom 12:19).   Dengan berbuat baik kepada seteru kita, kita akan menumpukkan bara api di atas kepalanya. (Rom 12:20)

Jika kita melihat musuh kita dihukum atau didisiplinkan oleh Tuhan, kita tidak patut bermegah-megah. Sebaliknya kita patut mempunyai hati simpati supaya Tuhan tidak akan mengarahkan kemurkaan-Nya kepada kita.

Petrus mendorong kita untuk mengasihi antara satu sama lain dan mengasihi mereka yang menganiaya kita supaya kita  dapat mewarisi berkat (I Ptr 3:8-9).  Dalam cara ini kita layak menjadi Anak-anak Tuhan, dapat mewarisi Kerajaan Syurga yang kekal, kerana di dalam Kerajaan Syurga, tiada kebencian.  Marilah kita semua bergantung kepada Tuhan untuk mengasihi antara satu sama lain.

1. Musuh Allah
|

1. Musuh Allah

I.       ASAL USUL IBLIS (MUSUH ALLAH)

1.      Asal mulanya adalah Malaikat (Yeh 28 : 13;  Yes 14 : 12).

2.      Berdosa, sehingga menjadi sebagai Iblis (2 Ptr 2 : 4;  Yeh 28 : 16).

3.      Jumlahnya banyak dan berorganisasi (Mrk 5 : 6-9;  Mat 12 : 24-26).

II.     SIFAT IBLIS

1.      Congkak (Yeh 28 : 17;  Yes 14 : 13-14).

2.      Tidak jujur (Yoh 8 : 44;  Mat 5 : 37).

3.      Najis/kotor (Ef 2 : 2-3;  Gal 5 : 19-21).

4.      Kejam (Yoh 8 : 44;  Why 12 : 4-5).

III.    PEKERJAAN IBLIS

1.      Merosak kebahagiaan manusia (Kej 2 : 8-16;  3 : 16-24).

2.      Menghalangi penebusan Allah (Mat 2 : 13;  16 : 22-23).

3.      Melawan Keselamatan manusia (Kis 13 : 10-13;  12 : 1-4).

  • Bersandar pada kekuatan Allah pasti dapat mengalahkan Iblis (Yak 4 : 7;  Why 12 : 11).
  • Pada akhir zaman mereka pasti dilemparkan ke dalam lautan api (Why 20 : 10;  Mat 25 : 41).

40. Tiga Hal Untuk Mengalahkan Musuh
|

40. Tiga Hal Untuk Mengalahkan Musuh

KATA PENGANTAR : Why 12 : 9-11.

I.       DARAH DOMBA YANG KUDUS – KAYU SALIB

 1.      Iblis yang berkuasa atas maut (Ibr 2 : 14;  Yoh 19 : 30).

 2.      Tidak dapat menggugat lagi (Rm 8 : 33-34;  Why 12 : 10).

 3.      Berkuasa mengalahkan dosa (Rm 6 : 3, 6-7, 12-13).

II.     ROH KUDUS YANG BERHARGA – FIRMAN ALLAH

 1.      Memadamkan panah api iblis (Ef 6 : 16).

 2.      Mengalahkan segala pencobaan (Mat 4 : 7-11).

 3.      Tidak berbuat dosa lagi selamanya (1 Yoh 3 : 9;  2 : 14).

III.    IMAN YANG KUAT – TIDAK TAKUT MATI

 1.      Tubuh teraniaya juga tidak takut (Mat 10 : 28;  Ibr 11 : 35-38).

 2.      Pasti dapat menyelesaikan kehendak Allah (1 Ptr 4 : 1-2;  Kis 20 : 22-24).

 3.      Pasti memperoleh mahkota kehidupan (Why 2 : 10;  2 Tim 4 : 7-8).

KESIMPULAN :

 Supaya dapat mengalahkan musuh – iblis, iaitu hanya dengan meninggikan salib (1 Kor 2 : 2) membawa Roh Kudus yang berharga, maju terus, pasti akan menang dan memperoleh kemuliaan.

Mengasihi Musuh
|

Mengasihi Musuh

Ayat Alkitab: (Lukas 6: 27-36)

  • Siapakah adalah musuh?

(1)   Orang yang bertentangan terhadap kita dengan niat hati berdendam.

(2)   Orang yang menfitnah kita dengan niat yang jahat. (Mazmur 41: 6)

(3)   Orang yang menganiayai kita. (Mazmur 42: 10)

◎ Haruslah ingat: Musuh anda tidak semestinya musuh Tuhan ! (Kisah Para Rasul 9: 13-15)

  • Mengapakah harus mengasihi musuh?

(1)   Menuruti kasih Tuhan. (Efesus 5: 1-2; Lukas 6:36; 1 Yohanes 4; 8)

(2)   Menjadi anak-anak Tuhan. (Lukas 6:35; Matius 5: 44-45)

(3)   Untuk menghapuskan permusuhan, haruslah kalahkan kejahatan dengan kebaikan. (Roma 12: 21; 1 Petrus 4: 8)

(Manusia membalas kejahatan dengan kejahatan, ingin menghapuskan musuh tetapi akhirnya musuh menjadi banyak; dendam dan kebencian semakin lama semakin mendalam. Hanya kebaikan yang dapat menghilangkan rasa dendam dan kebencian dalam hati musuh.  Dendam dan kebencian hilang, maka hilanglah juga musuh.)

(4)   Demi menikmati keamanan, haruslah mengubahkan permusuhan kepada persahabatan. (2 Raja 6: 19-23; 1 Samuel fasal 24, 26)

◎ Kerana apa yang ditabur orang, itu juga yang akan dituainya; Yang ditabur (dihulur) ialah kebaikan dan persahabatan, yang dituai (dinikmati) ialah damai dan sukacita. (Galatia 6: 7-8)

◎ Kristus ialah Raja Damai, Kerajaan Kristus seharusnya merupakan kerajaan yang damai. (Yesaya 9:6; Roma 14: 17)

◎Perbuatan mengasihi musuh dan mengubahkan permusuhan kepada persahabatan, adalah membuka jalan bagi Kerajaan Kristus; serta perbuatan yang menghapuskan Si Jahat. (Matius 6: 10; 1 Yohanes 3: 8) Tindakan ini adalah mengerjakan pekerjaan suci bagi Tuhan.

  • Bagaimanakah mengasihi musuh?

(1)   Haruslah dahulu menghapuskan dendam dan kebencian dalam hati.

◎ Membuat renungan: Kepentingan “mengasihi musuh”.

◎ Memahami bahawa: “Sebab mereka tidak tahu apa yang mereka perbuat” (tidak memahami kebenaran), maka memberikan pengampunan. (Lukas 23:34; Markus 11: 25-26)

◎ Menyedari bahawa: segala hal adanya kehendak Tuhan, maksud Tuhan pada asalnya adalah yang baik; haruslah mempunyai satu hati yang tahu bersyukur untuk menghapus dendam dan kebencian. (1 Korintus 2: 9-10, 14-15; 2 Samuel16: 5-10, 12; Kejadian 50: 19-20)

(2)   Berdoa untuk musuh. ( Matius 5: 44; Kisah Para Rasul 7: 59-60)

(3) Memberikan bantuan yang ikhlas apabila musuh menghadapi kesusahan (bantuan asal dari kasih yang melebihi keperluaannya, barulah dapat mengerakkan hatinya). (Roma 12: 20-21; Amsal 25: 21-22; Rujuk 2 Raja-raja 6: 20-23)

  • Jangan sekali-kali mempunyai hati yang ingin membalas kejahatan dengan kejahatan, kerana kejahatan asal dari tangan orang jahat (1 Samuel 24: 13); Seharusnya bertoleransi. (Roma 12: 19)

Rujukan: (Kejadiaan 26: 14-33)

Membalas kejahatan dengan kejahatan tidak dapat mengenapi kehendak Tuhan yang indah, sebaliknya menyebabkan diri jatuh dalam jaringan Syaitan. Janganlah bergembira juga kerana musuh jatuh. (Amsal 24: 17-18; Mazmur 35: 12-13)

(4)   Dalam hal mengasihi musuh, haruslah melakukan penyempurnaan rohani dengan baik pada masa-masa biasa supaya ketika menghadapinya tidak terasa kekurangan kekuatan.

Kesimpulan:

(Roma 12:21) Janganlah kamu kalah terhadap kejahatan, tetapi kalahkanlah kejahatan dengan kebaikan.

(Amsal 16:7) Jikalau Tuhan berkenan kepada jalan seseorang, maka musuh orang itupun didamaikan-Nya dengan dia.

(Matius 5: 43-48) Tetapi Aku berkata kepadamu: Kasihilah musuhmu.