17. Bagaimana Hubungan Engkau Dengan Tuhan
|

17. Bagaimana Hubungan Engkau Dengan Tuhan

Yang akan dijelaskan di sini adalah :

Berbagai macam hubungan jemaat (umat Kristian) dengan Tuhan, juga Injil/ Firman Kebenaran yang patut diperhatikan.

Apabila tidak diperhatikan serta menjaganya, maka mempunyai hubungan yang mendalam dengan Tuhan, atau meninggalkan Tuhan, maka pasti hilanglah Kasih Karunia seluruhnya sehingga binasa.

1.      Apabila engkau mencari Tuhan, maka Tuhan pasti menjumpaimu (1 Taw 28 : 9;  Yor 29 : 13;  Ams 8 : 17;  Mat 7 : 7-8).

2.      Apabila engkau berbalik/kembali kepada Tuhan, maka Tuhan pasti akan kembali kepadamu (Mal 3 : 7;  Za 1 : 3).

3.      Apabila engkau berseru kepada Tuhan, maka Tuhan pasti akan menghormatimu (1 Sam 2 : 30;  Mzm 91 : 14).

4.      Apabila engkau menghampiri Tuhan, maka Tuhan pasti menghampirimu (Yak 4 : 8).

5.      Apabila engkau mencintai Tuhan, maka Tuhan akan senang kepadamu (Ams 8 : 17;  Yoh 14 : 21, 23;  Mzm 91 : 14).

6.      Apabila engkau taat dan menurut kepada Tuhan, maka Tuhan pasti akan melindungimu (2 Taw 15 : 2a).

7.      Apabila engkau mengakui Tuhan, maka Tuhan pasti akan mengakuimu (Mat 10 : 32-33;  2 Tim 2 : 12).

8.      Apabila engkau melayani Tuhan, maka Tuhan pasti akan menghormatimu (Yoh 12 : 26).

9.      Apabila engkau meninggalkan Tuhan, maka pasti Tuhan akan meninggalkanmu (2 Taw 15 : 26;  24 : 20;  1 Sam 15 : 23).

  • Malapetaka meninggalkan Tuhan, apabila ingin diterangkan lebih jelas, mohon mencari keterangan dalam judul/tema “Celakalah yang meninggalkan Allah”.

 

Rahsia Hubungan Sesama Suami Isteri Ialah Hormat-menghormati
|

Rahsia Hubungan Sesama Suami Isteri Ialah Hormat-menghormati

Sewaktu suami isteri hidup bersama-sama selepas berkahwin, mereka selalu bersikap selekeh disebabkan terlampau rapat. Ini menyebabkan sesetengah masalah timbul lalu menjejaskan perasaan dan hubungan suami isteri. Jika kita ingin memelihara keharmonian dan kebahagiaan dalam perkahwinan, maka suami isteri harus mengamalkan kesenian pergaulan yang tertentu. Hormat-menghormati ialah salah satu rahsia untuk menjalinkan hubungan suami isteri yang harmoni dan membina keluarga yang bahagia.

A. Harus Bernada Hormat Semasa Bertutur Dengan Jodoh

1. Semasa bertutur dengan jodoh, harus sentiasa penuh kasih. (Kel 4:6)

2. Jangan bersikap atasan memerintah bawahan dengan menggunakan arahan atau paksaan.

B. Harus Menghormati Pendapat Jodoh Semasa Membuat Keputusan

1. Merujuk dan mengambil cadangan yang bernilai daripada jodoh dengan sedaya upaya. (Ef 5:33)

2. Jangan menganggap bahawa mengambil pendapat jodoh menunjukkan sendiri kurang pandai dan hilang maruah (Kel 18:14-26).

3. Jika tersilap langkah nanti, bukankah lebih memalukan? (Luk 1:1-5)

C. Harus Menghormati Jodoh di Depan Anak

1. Harus mengajar anak bersama-sama, jangan memihak kepada kesilapan anak. (Ams 22:6)

2. Di depan anak, kita harus mengakui pengorbanan jodoh demi keluarga dan anak supaya anak lebih menghormati ibu bapa (1 Yoh 4:16)

3. Selalu memahami dan memprihatinkan tindakan jodoh supaya menjadi teladan bagi anak (1 Ptr 3:7)

4. Semasa mendapati anak tidak menghormati ibu atau bapa, kita harus menasihati dan mengajarnya sehingga dia menghormati ibu bapa.

D. Harus Menghormati Jodoh di depan Orang Lain

1. Dalam keadaan yang sesuai, kita harus memuji kelebihan jodoh dan mengakui pencapaiannya secara ikhlas. (Kej 2: 18, 23)

2. Jangan melakukan hal yang menjatuhkan maruah jodoh. Contohnya, melacur, berjudi, tidak balik ke rumah pada waktu malam dan lain-lain. Sebaliknya, kita harus mengasihi dan memprihatinkan jodoh dengan sedaya upaya. (Ef 5:28)

E. Harus Menghormati Hiburan dan Cita-cita Jodoh yang Halal

1. Selepas bekerja, manusia memerlukan hiburan yang sesuai dan sihat untuk menghapuskan keletihan dan ketegangan. (1 Kor 10:23)