Pra Kata : Tujuan dalam hidup manusia adalah ingin memperoleh berkat. Untuk mencapai tujuan ini, kita harus mengikuti jalan yang ditentukan Tuhan. Jika tidak, hasrat untuk memperoleh berkat tidak akan tercapai. Bagi orang yang tidak percaya, mereka tidak akan menuju jalan ini dan sudah pasti mereka tidak layak untuk memperoleh berkat Tuhan. Demi memperoleh berkat Tuhan, ada orang yang berjalan kerana iman, akhirnya diberkati. Tetapi ada orang berjalan, namun berhenti pada pertengahan jalannya. Ada juga orang yang berjalan mencapai 99% , tinggal selangkah sahaja, tetapi tidak dapat bertahan sampai kesudahannya. Ada pula orang yang langsung tidak mahu berjalan walau selangkah pun, mereka hanya menunggu sahaja. Bagi orang yang tidak mengenali jalan ini tidak mungkin akan sampai ke destinasinya, tetapi mereka yang mengenali jalan ini, namun tidak mengikutinya juga tidak akan sampai ke destinasinya. Oleh demikian, kita harus mengenali jalan ini menerusi Alkitab (iaitu yang difirmankan Tuhan). Di samping itu, kita mesti beriman dan secara mantap untuk meneruskan jalan ini, dengan demikian kita akan diberkati oleh Tuhan.
(1) Berbahagialah orang yang mengenali Tuhan. (Ayb 22: 21) (Berkat untuk hidup sekarang dan hidup akan datang)
(i) Yesus adalah Allah di sorga, haruslah percaya kepada Tuhan Yesus. (Yes 9; 6-7; Yoh 14: 9-10)
(ii) Berusahalah bersungguh-sungguh mengenal Dia. (Hos 6: 3)
- Mengenali kasih Tuhan, kuasa Tuhan serta kehendak dan firmanNya. Melahirkan iman yang tanpa keraguan dan kepalsuan terhadap Tuhan.
(iii) Mendengar firman dalam kebaktian, berdoa dan berhubung dengan Tuhan, sering membaca Alkitab dan merenunginya berulang-kali untuk berusaha mengenali Tuhan.
(iv) Manusia akan membenci dan menjauhi segala kejahatan setelah mengenal Tuhan, kerana Tuhan adalah Allah yang cemburu dan Allah yang kudus. (Kel 20: 5; 1 Ptr 1: 15-16)
- Kedua-dua anak Eli melakukan kejahatan, dianggap tidak mengenali Tuhan. (1 Sam 2: 12).
(v) Orang yang mengenal Tuhan pasti mengetahui bahawa Tuhan Maha Kuasa, Maha Berada, Maha Tahu serta Maha Tinggi, Maha Besar, Maha Mulia dan bersikap adil, tegas dan pengasih.
- Akan melahirkan hati yang takut akan Tuhan (Why 15: 2-4).
(vi) Setiap orang yang mengasihi, lahir dari Allah dan mengenal Allah. (1Yoh 4:7-8; 16 : 20-21)
(2) Berbahagialah orang yang menderita untuk Tuhan. (Memandangkan percaya kepada Tuhan, harus melayani Tuhan) (Mat 5 10-12)
(i) Menderita kerana menjadi umat Kristus, bukan menderita kerana berbuat jahat. (1 Ptr 4: 12-16)
(ii) Bertahan sampai kesudahannya, jangan berputus asa. (Mat 24:13; Ibr 10: 35-39; Ibr 12: 3-4)
(iii) Kasihilah musuh dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kita. (Mat 5: 44-45,46-48; Rm 12: 14) (Disebabkan Tuhan memberkati kita, maka kita penuh dengan berkat Tuhan. Dengan itu kita hanya mengucap kata-kata yang membawa berkat dan bukan yang membawa kutukan).
(iv) Dengan demikian berkat akan dicurahkan bagi kita, upah di Kerajaan Sorga juga adalah besar.
(3) Berbahagialah orang yang bertahan dalam pencobaan. (Yak 1 : 12-17)
(i) Setiap orang dicobai oleh keinginananya sendiri. (Yak 1: 13-15)
(ii) Tahan dalan pencobaan iaitu : menyelidiki diri, menguduskan diri, bertobat, bersyukur dan bertahan sampai menyempurnakan kehendak Tuhan.
(iii) Tahan dalam pencobaan adalah : mempertahankan firman yang dipercayai sampai kesudahannya, tahan menderita dan jangan berbuat dosa. Contohnya: Yusuf (Kej 39:7-23)
(iv) Penderitaan demikian menjadikan kita sempurna.(Yak 1: 2-4). Orang yang sempurna akan menikmati berkat yang tak kekurangan suatu apa pun.
- Akan menerima mahkota hidup!
(4) Berbahagialah orang yang berbuat baik dan memberi bantuan. (Ibr 13: 16; Luk 2: 14)
(i) Berbuat baik akan dibalas dengan baik (Rm 2; 6-7; Gal 6: 9-10; Pkh 11:1-3)
(a) Berbuat baik adalah memberi sedekah untuk orang miskin, berasa sukacita kerana membantu orang lain.
(b) Berbuat baik adalah membantu yang memerlukan bantuan.
(c) Berbuat baik dan tidak meminta balasan, melakukan dengan tersembunyi. (Mat 6: 1-4)
(d) Siapa yang menaruh belas kasihan kepada orang yang lemah, memiutangi Tuhan, yang akan membalas perbuatannya itu. (Ams 19:17; Ams 17: 5)
- Dorkas banyak berbuat baik (Kis 9: 36-41). Janda yang berbuat baik pada Elia di Sarfat (1 Raj 17). Perempuan Sunem yang berbuat baik pada Elia (2Raj 4: 1-37). Abraham berbuat baik pada tiga orang yang tidak dikenali, (Kej 18:1-15) dan sebagainya. Mereka mendapat balasan baik dan menerima berkat yang berkali lipat daripada Tuhan. Mereka telah meninggalkan jejak bagi kita untuk memperoleh berkat.
(ii) Orang yang memberi akan menerima berkat yang banyak. (2Kor 9:6-11; Mal 3: 10)
(a) Hidup manusia singkat, kehidupan fizikal terhad, bila genap waktunya, segalanya akan menjadi sia-sia.(1Kor 7: 29-31; Pkh 1: 2)
(b) Selagi hari masih ada, kita harus melakukan kewajipan, mengasihi Tuhan, memberikan persembahan, mengumpulkan harta di sorga, agar hidup kita memperoleh berkat yang berlimpah-limpah dan tidak menjadi sia-sia. (Mat 6: 20-21)
(c) Mempersembahkan wang : Dengan hati yang sukarela, hati yang bersyukur, memberikan persembahan persepuluhan. Kita juga harus mempersembahkan waktu untuk melayani Tuhan agar kita diperingati dan diberkati oleh Tuhan.
- Orang-orang zaman purba menjadikan pemberian persembahan atau memberi sedekah kepada orang miskin sebagai peluang untuk memperolehi berkat. (Saksian)
(5) Berbahgialah orang yang memegang hari Sabat. (Yes 58; 13-14)
(i) Tuhan mencipta langit dan bumi serta segala isinya dalam masa 6 hari dan berhenti pekerjaanNya pada hari ke-tujuh. Kita harus mengingati hari Sabat, jika tidak mengingati hari ini menandakan kita melupakan Tuhan. (Kel 20 : 8-11; Rujuk Maz 9: 17)
(ii) Tuhan telah memasukkan perintahNya iaitu peganglah hari sabat ke dalam kesepuluh firmanNya. Sesiapa yang tidak mengingati hari Sabat ini bermaksud ia melanggar perintah Tuhan. (Ul 5: 7-21; 1Yoh 3:4; Yak 2: 8-12; 1Yoh 2: 3-5, 5: 2-3; Wah 14: 12)
(iii) Tuhan khasnya memberkati hari Sabat ini dan sesiapa yang mengingatinya akan diberkati. (Akan mempunyai damai sejahtera dan kasih karunia yang dijanjikan Tuhan). (Kej 2:1-3; Yes 58; 13-14; Kel 16:19-30)
(iv) Bagaimanakah memperingatinya:
(a) Menghormati hari ini (beribadah kepada Tuhan). Mementingkan hari ini (tidak melakukan hal-hal sendiri, tidak mengucap kata-kata peribadi dan tidak menurut keinginan sendiri.)
(b) Membuat persiapan : Persiapan psikologi, persiapan badan dan persiapan segala urusan (disiapkan secara awal).
(c) Memasuki dalam Sabat : Mengikuti kebaktian dengan hati yang gembira dan soleh, merendahkan diri dan beriman untuk mendengar khotbah.
(d) Masa untuk memperingatinya : Bermula dari malam hari Jumaat hingga keesokkan hari (Hari Sabtu, waktu matahari terbenam).
(6) Berbahagialah orang yang mendengar dan melakukan firman Tuhan. (Ul 28: 1-6; Yak 1: 22-25; Luk 11 : 27-28).
(7) Berbahagialah orang yang menghormati dan mentaati ibu-bapa. (Ef 6: 1-3; Kel 20 : 12)
(8) Berbahagialah saudara-saudara diam bersama dengan rukun. (Maz 133 : 1-3) (Pepatah : Ada pendamaian keluarga, segalanya beruntung)
Kesimpulan : Berbahagialah orang yang telah mendengarkan “Jalan Untuk Memperoleh Berkat”. Tetapi adalah tidak memanfaatkan diri jika tidak melakukan sama seperti yang di dalamnya. Oleh itu, bangunlah! semua saudara dan saudari, semoga anda dan sekeluarga anda akan diberkati mulai dari sekarang sampai selama-lamanya! Haleluya, Amin.