Nas Alkitab: Mat 17:1-8
Demi gereja masa depan, Tuhan Yesus telah melaksanakan amanat yang diberikan Bapa Syurga dengan sepenuhnya, menuruti kehendak Tuhan, menyatakan kekuasaan kerajaan Tuhan, mengenakan kemuliaan Tuhan (Why 12:1) dan memancarkan terang benar injil. Pada masa yang sama telah mencapai kerohanian pada tahap kesempurnaan yang tertinggi dan terindah (contoh tubuh Tuhan yang berubah rupa), dan juga menunjukkan murid-murid bagaimana menjadi orang yang sempurna, mempunyai rupa Tuhan, ada kebenaran dan kekudusan yang sesungguhnya. Lalu membawa soko guru gereja: Petrus, Yakobus, Yohanes naik ke atas gunung dengan diam-diam. Lalu Tuhan berubah wajah di depan mereka, wajah-Nya bercahaya seperti matahari dan pakaian-Nya menjadi putih bersinar seperti terang. Kemuliaan di atas gunung berubah wajah mengandungi banyak rahsia kebenaran. Di sini, akan dibincangkan 3 butir sebagai perkongsian bersama.
A. Doa di atas gunung berubah wajah
Semua kemuliaan yang berlaku di atas gunung berubah wajah, bukan tidak ada sebab yang awal. Tuhan Yesus telah menjadi teladan.
(a) Tuhan Yesus yang “sedang berdoa” (Luk 9:29).
- “Sedang bedoa”: Pergaulan rohani yang sangat rapat dengan Tuhan dengan berterusan, mendalam, hati yang suci, lupa diri.
- “Rupa berubah”: Inilah akibat yang disebabkan oleh berdoa.
- “Wajah bercahaya seperti matahari”: Ruang hati dipenuhi oleh sinaran terang Tuhan sehingga berkilau-kilauan, mengeluarkan cahaya menerusi tubuh jasmani.
- “Pakaian menjadi putih bersinar seperti terang” menyatakan rupa Tuhan, kebenaran dan kekudusan sesungguhnya, “matahari” melambangkan keadilan. (Mal 4:2)
- “Sedang bedoa”: Wajah muka Tuhan yang penat, berubah menjadi wajah yang bercahaya seperti matahari, tubuh jasmani yang hina berubah menjadi tubuh rohani yang mulia.
- “Sedang bedoa”: Bukan saja Tuhan Yesus berubah rupa, sehinggakan tempat berdoa (gunung tinggi) juga berubah rupa. Gunung Hermon berubah menjadi “Gunung Tuhan Penyelamat yang berubah rupa”, kaya dengan makna sejarah. Gunung biasa berubah menjadi “Gunung kudus”, kaya dengan makna rohani. (2 Ptr 1:17-18)
(b) Mendirikan gereja yang berdoa.
“Sedang berdoa” di atas gunung berubah rupa, mewahyukan bahawa kita harus mendirikan gereja yang berdoa (Orang yang berdoa).
Yes 56:7 Mereka akan Kubawa ke gunung-Ku yang kudus, dan akan Kuberi kesukaan di rumah doa-Ku…sebab rumah-Ku akan disebut rumah doa bagi segala bangsa. “Rumah” dirujuk kepada kepada gereja.
(i) Para rasul tahu menggunakan doa untuk membangunkan gereja (120 orang) (Kis 1:14-15; 2:1).
(ii) Penginjil memusatkan fikiran dalam doa (Kis 6:4).
(iii) Berdoa dengan sehati and sefikir apabila dianiaya (Kis 4:23-31).
(iv) Berdoa semasa menghadapi kesusahan dalam kerja penginjilan (Kis 16:25-34).
- Jemaat para rasul adalah jemaat yang paling sempurna, mempunyai kekuatan, karunia roh, kelakuan rohani, sehati sepikir, kasih rohani, buah rohani. Salah satu keistimewaan yang paling penting – berdoa, membangunkan bait Tuhan untuk menjadi rumah doa bagi segala bangsa.
- Gereja yang memandang ringan terhadap doa, bukan sahaja melanggari kehendak Tuhan dan Tuhan tidak turut bekerja, yang paling menakutkan ialah ia akan diduduki syaitan, di dalamnya dipenuhi dengan dosa dan kejahatan. (Yak 3:14-16)
(c) Mendirikan kehidupan berdoa peribadi.
(i) Musa dan Elia yang bersama-sama dengan Tuhan di atas gunung berubah rupa adalah tokoh-tokoh doa.
- Musa: Sejak melihat Tuhan dalam api di semak duri di Gunung Sinai, dia menggunakan doa sebagai langkah permulaan bagi segala sesuatu, dan sebagai rahsia kemenangan.
- Dia berdoa semasa laut teberau menghalangi perjalanan; berdoa semasa umat berasa lapar; berdoa semasa umat bersungut-sungut; berdoa semasa kumpulan pembangkang memberontak; berdoa semasa berperang dengan orang Amalek. Dia bergaul dalam roh dengan Tuhan di Gunung Sinai selama empat puluh hari dan malam, sehingga wajahnya bersinar terang tetapi dia masih tidak mengetahui. Dia berdoa untuk menyempurnakan amanat, melaksanakan kerja besar, memimpin umat Israel keluar dari Tanah Mesir dan membangunkan zaman hukum taurat.
- Elia: Merupakan seorang nabi yang berdoa. Dia berdoa untuk menyempurnakan amanat , melakukan kerja yang besar demi Tuhan.
- Dia berdoa supaya orang mati dibangkitkan (Anak bagi janda di Sarfat), berdoa memohon supaya api dari langit membakar musuh (50 orang pemimpin lima puluh orang), berdoa (Gunung Karmel) memohon memulihkan iman kepercayaan umat seluruh negara, berdoa (Musim kemarau tiga tahun setengah) memohon supaya hujan diturunkan, berdoa dan mendengar suara Tuhan yang kecil di atas Gunung Horeb.
(ii) Kini, dua orang tokoh doa bersama-sama dengan Tuhan di atas gunung berubah rupa. Ketiga-tiga ini mempunyai pengalaman melatih diri dan bergaul dalam roh dengan Tuhan selama empat puluh hari dan malam.
(iii) Kita harus memperkuatkan doa. Ramai orang dapat mengubah sikap panas baran mereka melalui berdoa.
B. “Mengantuk” di atas gunung berubah rupa
(a) Rasul yang mengantuk (Luk 9:32a).
(b) Walaupun bangun tetapi masih ingin tidur.
(i) Bercakap dalam mimpi (33a).
(ii) Namun tidak tahu apa yang diucapkan itu (Seperti perasaan bagi pengkhotbah yang tidak berdoa), tidak tahu untuk membezakan yang betul dan yang salah. Inilah pemercaya tertidur yang menjadi penginjil.
(iii) Memasuki awan tetapi sangat menakutkan (Luk 9:34, Mrk 9:6, Mat 17:6).
1. Masuk ke dalam awan, ialah masuk ke dalam kemuliaan Tuhan namun takut.
2. Tidak mencapai kesempurnaan dalam kasih (1 Yoh 4:8).
3. Berasa takut sebab ada bersalah dalam sesuatu hal (Tidak berdoa “Sedang mengantuk”), pertuturan yang tidak bersesuaian dengan kehendak Tuhan.
(c) Apa yang diucapkan?
1. “Guru, betapa bahagianya kami berada di tempat ini” (33a).
Setelah melihat gunung, menyangka gunung ini amat baik, kerana ada peristiwa mulia dinyatakan di sini. Adakah tempat ini baik ataupun Tuhan Yesus yang baik? (Jangan berfikiran objektif berdasarkan tempat)
2. “Boleh mendirikan tiga khemah” (33b).
Meningkatkan manusia sampai taraf yang sama dengan Tuhan. Tuhan yang melakukan kerja di atas tubuh Musa dan Elia untuk menyatakan Tuhan, mereka adalah utusan yang melayani Tuhan, yang tidak dapat setaraf dengan Tuhan serta dilayani.
Pada hari ini dapat melihat manusia yang disertai Tuhan, tidak ada melihat Tuhan yang menyertai manusia.
i. Memuja penatua, diaken dan pendeta yang berkarunia, dan tidak menghiraukan hamba Tuhan yang lain, melayani manusia dengan berat sebelah. Karunia dimiliki Tuhan, ia bertujuan untuk melayani, membangunkan gereja, melaksanakan amanat yang diberi, bukan supaya seseorang dipuja. Haruslah melihat Tuhan dari tubuh mereka yang berkarunia. Jangan melihat, mengagumi, memuji, menyanjung tinggi orang tertentu kerana karunia yang ada pada dia, sehingga membeza-bezakan gred dalam pasukan pekerja. Karunia ialah kaedah dan kekuasaan Tuhan, tidak ada perbezaan gred, tetapi penyempurnaan rohani ada grednya. Dengan itu, haruslah memahami bahawa kekuatan mereka datang dari Tuhan, supaya tidak menjadikan mereka berhala.
o Iman kepercayaan tidak menyimpang.
o Pihak lain tidak jatuh tersandung.
ii. Tidak boleh memegahkan dan memberitakan orang (1 Kor 3:4-15, 21-23).
o Memberitakan dan memegahkan orang yang dipuja, apabila orang yang disukai setiap orang tidak sama, maka perselisihan berlaku.
o Saya dibaptis oleh golongan siapa (Golongan Paulus atau Apolos).
▲ Oleh itu, barangsiapa memberitakan orang, ia mempunyai sifat memuja berhala, menggantikan tempat Tuhan Yesus, akan ada perselisihan.
“Satu untuk Engkau, satu untuk Musa dan satu untuk Elia” (33b).
Hal ini menyamakan Tuhan dengan manusia, melihat Tuhan dengan menggunakan pandangan yang sama untuk melihat manusia. Merendahkan status dan kehormatan Tuhan, iaitu masih belum mengenali Tuhan. (Di sini Petrus memanggil Tuhan sebagai “guru”, yakni “encik”, “guru” (ialah manusia) (Luk 9:33).
a. Belum mengenali Tuhan yang tidak terhingga (Yang melampaui segala sesuatu).
o Kewujudan yang tidak dapat melampaui masa dan ruang (manusia): Tuhan dalam gereja, tidak ada dalam rumah, jadi berlaku sembarangan di rumah.
o Kekuatan dan kasih setia yang terhad (Manusia): Tidak berani bersandar kepada Tuhan dengan sepenuhnya, tidak lega hati untuk berserah kepada Tuhan. Bersandar kepada Tuhan untuk hal yang kecil, menghulurkan tangan di hadirat Tuhan untuk hal yang besar. Memohon kepada Tuhan bagi penyakit kecil, mencari orang pakar bagi penyakit besar.
b. Belum mengenali kehormatan Tuhan (Yang melampaui segala sesuatu).
* Salah berdoa, tidak mempunyai sikap yang menghormati.
* Bersungut-sungut apabila permohonan tidak dikabulkan.
* Memberi sedikit ganjaran (Sedikit persembahan) apabila permohonan dikabulkan.
Menjadikan Tuhan sebagai peniaga, berurus-niaga dengan Tuhan, menggunakan kaedah perniagaan di atas medan perniagaan manusia iaitu ‘janji’ sewaktu memohon sesuatu yang baik: Ya Tuhan, jika Engkau memberi keuntungan sebanyak 100,000 dalam perniagaanku, aku akan memberiMu 20,000. Jika hal ini terjadi, kamu mendapat keuntungan sebanyak 80,000, tetapi Tuhan hanya mendapat 20,000, Tuhan telah ditipu oleh kamu, seolah-olah Tuhan bekerjasama dengan kamu demi mendapat wang 20,000, sesungguhnya sangat merendahkan kehormatan Tuhan.
C. Hanya melihat Tuhan Yesus di atas gunung berubah rupa (Luk 9:36; Mrk 9:8; Mat 17:8)
▲ Tuhan Bapa Syurga mengingatkan bahawa “Inilah Anak yang Kukasihi, kepada-Nyalah Aku berkenan, dengarkanlah Dia”.
▲ Suara itu sudah berhenti, ketika mengangkat kepala, mereka hanya melihat Yesus.
▲ Bagaimana hanya melihat Yesus?
(a) Hanya melihat Yesus dalam kasih (Yoh 21:15-17: Hanya mengasihi Yesus).
i. Tidak ada penyelamatan di bawah kolong langit, selain daripada Tuhan (Mzm 73:25; Why 22:20).
ii. Mengasihi Tuhan lebih daripada ahli keluarga, kewangan dan nyawa (Mat 10:37; Luk 14:25-26; 16:13).
iii. “Jalan susah” Paulus mengasihi Kristus (Rm 8:35-39).
(b) Hanya melihat Tuhan Yesus dalam hal yang baik.
i. Tuhan menyelidiki dalam kegelapan.
ii. Tidak meminta diketahui manusia, melainkan hanya diketahui Tuhan (Mat 6:1-4, 5-6).
(c) Hanya melihat Tuhan Yesus ketika dalam bahaya (Mat 14:22-31).
i. Petrus yang berada di atas kapal, hanya melihat Tuhan Yesus dapat berjalan di atas permukaan air laut.
ii. Petrus yang berada di atas permukaan air laut telah mengalihkan pandangannya, hanya melihat angin rebut dan ombak lalu tenggelam.
iii. Elia yang di atas Gunung Karmel hanya melihat Tuhan dan bukan manusia, memberanikan diri untuk berdoa dan menjalankan mujizat untuk memperbetulkan iman kepercayaan. Elia yang berada di kaki gunung yang hanya melihat keadaan pula tersungkur jatuh dan meminta mati. (1 Raj 18:– 19:3)
(d) Hanya melihat Tuhan Yesus dalam kesusahan (Ayb 1:13-22; 2:7-10).
i. Ayub berdepan dengan kesusahan besar: Kemusnahan harta, rumah, anak-anak dan tubuh.
ii. Tidak melihat orang, benda mahupun anak-anak. Hanya melihat Tuhan yang memberi dan mengambil, dan dengan itu membuka mulut memuji dan bersyukur kepada Tuhan.
(e) Hanya melihat Yesus ketika berada dalam penghinaan.
i. Yusuf melihat Tuhan dalam peristiwa dia dijual oleh saudara-saudaranya. (Kej 45:3-8; 50:20)
ii. Semasa Daud menghadapi kutukan dari Simei , dia tidak melihat seorang pun, melainkan hanya melihat Tuhan (2 Sam 16:5-10, 12)
iii. Semasa Stefanus diserang oleh kumpulan pembangkang, dia menatap ke langit, hanya melihat Yesus – Kemuliaan Tuhan (Kis 7:54)
iv. Kewujudan percanggahan, perselisihan, pertengkaran, cemburu, melanggar perintah baru, tidak dapat saling bermaafan dan bersatu hati adalah disebabkan hanya melihat orang, musuh dan kesalahan, tidak melihat kepada Yesus, hati mereka tidak ada Tuhan. Bukankah akan menjadi kucar-kacir?
Kita semua harus menaiki gunung berubah rupa, mencontohi Tuhan yang “sedang berdoa”, supaya kerohanian kita dapat mencapai tahap yang tertinggi dan terindah. Dengan ini barulah dapat “hanya melihat Yesus berubah rupa”, dan mempunyai rupa Tuhan.
Kesimpulan:
Di atas Gunung berubah rupa mempunyai banyak rahsia kebenaran, yang tidak habis diperolehi dan tidak habis digunakan. Di sini hanya mengemukakan tiga butir sebagai perkongsian. Semoga gunung berubah rupa memberi kepada kita wahyu yang tidak terpadam buat selama-lamanya, iaitu tiga perkataan “Sedang dalam doa”.