Views: 206

Ayat Kitab: Yosua 7

(1) Dosa Ketamakan.

A. Ketamakan adalah suatu kebodohan. (Lukas 12:13-21)

    • Tamak akan harta atau wang hanya menambahkan keresahan diri sendiri. ( Lukas 12:17-18; Pengkhotbah 5:12)
    • Yang diperolehi itu tidak terjamin akan dapat dinikmati oleh diri sendiri. (Lukas 12:19-20)
    • Biarpun dapat menikmatinya, ianya adalah kesia-siaan. ( Pengkhotbah 2:10-11)

B.Ketamakan bererti tidak bersandar kepada Tuhan.

    • Tuhan berjanji kepada umat pilihanNya : “Aku akan menyertai engkau, Aku tidak akan membiarkan engkau dan tidak akan meninggalkan engkau”. ( Ulangan 31:8)
    • Tuhan Yesus menyuruh bahawa jangan kuatir akan makan atau minum dan pakaian. (Matius 6:25)
    • “Kita tidak harus menjadi hamba wang dan cukupkanlah diri kita dengan apa yang ada pada kita. (Ibrani 13:5-6)

C. Dosa ketamakan adalah sama dengan dosa penyembahan berhala.

    • Tuhan Yesus berfirman : “Tak seorangpun dapat mengabdi kepada dua tuan… Kamu tidak dapat mengabdi kepada Allah dan kepada Mamon”. ( Matius 6 : 24)
    • Paulus berkata: “Tidak ada orang sundal, orang cemar atau orang serakah, artinya penyembah berhala yang mendapat bagian di dalam Kerajaan Kristus dan Allah. (Efesus 5:5)

D. Ketamakan menyebabkan manusia menyimpang dari iman. (1 Timotius 6:9-10)

E. Orang yang tamak pasti akan dihukum.

    • Akhan mati dilontari batu.
    • Gehazi  dijangkiti penyakit kusta.
    • Yudas mati gantung diri.

(2) Proses Akhan Berdosa. (Yosua 7:21)

a. “Aku melihat”  – Melihat jubah yang indah, buatan Sinear.

b. “Aku mengingininya – Hati tergerak.

c.  “Maka kuambil” – Bertindak.

d.  “Disembunyikan” – Anggap tiada orang yang tahu.

    • Kejatuhan atau kebinasaan manusia berlaku secara perlahan-lahan dan menjadi semakin parah. ( Efesus 4:22 , Yakobus 1:15)
    • Siapa menyembunyikan pelanggarannya tidak akan beruntung. ( Amsal 28:13)
    • Tidak ada sesuatupun yang tertutup yang tidak akan dibuka dan tidak ada sesuatupun yang tersembunyi yang tidak akan diketahui. ( Lukas 12:2)

(3) Kesudahan Akhan yang berdosa.

  • Akhan mati dilontari batu oleh orang ramai, sesudah itu didirikanlah di atasnya satu timbunan batu yang besar.

a. Kerana dosa, bangkitlah murka Tuhan terhadap orang Israel. (Yosua 7:1)

b. Kerana dosa, orang ramai dikutuk. (Yosua 7:12)

c. Kerana dosa, Tuhan tidak menyertai manusia. (Yosua 7:12)

d. Seorang berdosa menyusahkan semua orang.

    • Di kalangan orang Israel, ramai yang mati dibunuh. (Yosua 7 :7-9)
    • Hati manusia hancur. (Yosua 7:4-5)
    • Walaupun seorang yang berdosa, setiap orang juga harus kuduskan diri. (Yosua 7:13).

(4) Keadaan selepas Tuhan menghapuskan dosa.

a. Tuhan menasihatkan umat Israel supaya berani mara ke depan. (Yosua 8:1)

b. Tuhan berperang bersama-sama dengan umat Israel. ( Yosua 8:1)

c. Tuhan berjanji akan memimpin mereka sampai mereka menang dalam peperangan itu. (Yosua 8:2)

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *