Views: 276
Ayat Alkitab: (Kejadian 35: 1-7)
Pendahuluan:
Yakub diberkati Tuhan dalam segala jalan yang ditempuhinya. Dia pernah melarikan diri ke Betel dengan seorang diri, dan kembali selepas dua puluh tahun dalam kegemilangan. Tetapi kini, dia telah kehilangan pimpinan Tuhan, dan menghadapi malapetaka yang amat besar. Dengan hikmat, Yakub telah mengimbas kembali secara mendalam. Selepas itu, dia mengumpulkan seluruh keluarganya untuk menyucikan diri sendiri, mengalihkan langkah mereka untuk kembali kepada Tuhan, berbalik ke dalam pangkuan Tuhan.
- Menghadapi Kesukaran (Kejadiaan 34: 1-2, 7, 25-31).
(1) Anak perempuan dicemari, memalukan seluruh keluarga (Kejadiaan 34: 7).
(2) Anak lelaki membunuh, nama menjadi busuk (Kejadiaan 34: 25-30).
(3) Penduduk-penduduk sekitar menjadi marah, dikelilingi oleh malapetaka (Kejadian 34:30).
(4) Tiada keamanan dalam seluruh keluarga, tidak dilindungi dalam anugerah Tuhan.
◎ Sudah lupakah Tuhan menaruh kasihan? (Mazmur 77: 10).
◎ Apakah Tuhan menolak satu rumah yang diberkati? (Mazmur 77: 5-10).
◎ Haruslah merenung ketika hari-hari malang! (Pengkhotbah 7: 14).
- Renungan Yakub.
(1) Tiada cara penyelesaian yang lain, jalan buntu.
(2) Hanya Tuhan ialah sandaran, merendahkan diri dan merenung kembali (Kejadian 35: 1: Tuhan berfirman kepadanya “Bersiaplah”, ini disebabkan dulu dia bersujud di tanah dengan rendah hati).
(3) Ditunjuk oleh Tuhan, dan menyiasat sebab-sebab (Kejadian 35:1: Tidak melaksanakan nazarnya; Pengkhotbah 5: 4-6; rujuk Kejadian 28: 18-22).
◎ Kita seharusnya menyelidiki perbuatan diri sendiri dengan secara mendalam, dan kembali kepada Tuhan (Ratapan 3: 40-42).
◎ (Rujukan: Amsal 21:2; Amsal 16: 2; Ayub 22: 21-23; Daniel 4: 27; Lukas 2: 14).
- Pentahiran Seluruh Keluarga (Kejadian 35: 2-4)
(1) Menguji hati diri sendiri, berpuasa dan berdoa (Kejadian 35: 1; Ayub 1:5).
(2) Menukarkan pakaian, memperbaharui tubuh dan hati (Kejadian 35:2; Efesus 4: 20-24).
(3) Bertaubat, membayar nazar dan membalas budi (Kejadian 35: 3: berangkat ke Betlehem).
(4) Menanam dewa-dewa asing/patung-patung berhala, berangkat dengan tangan yang ringan (Kejadian 35: 4-5).
- Membuang tabiat-tabiat buruk.
(2 Timotius 2:21: mengubah kehidupan yang bersandar pada kebendaan dan segala tabiat buruk dalam intipati kehidupan, iaitu patung berhala dalam hati rohaniah)
- Menghapuskan ketamakan.
(Efesus 5:5; Kolose 3:5 : dosa ketamakan disamakan dengan menyembah kepada berhala)
- Tamak akan kenamaan yang sia-sia (anting-anting adalah barang perhiasan: melambangkan kenamaan yang sia-sia) (Galatia 5: 25-26).
- Tamak akan harta benda (anting-anting diperbuat daripada emas dan perak, melambangkan harta benda) (1 Timotius 6: 9-10).
▲Menanggalkan semua beban dan dosa yang begitu merintangi kita, dan berlumba dengan tekun dalam perlumbaan yang diwajibkan bagi kita.
(5) Bersandar kepada Tuhan dengan sepenuh hati, mempunyai arah tujuan yang jelas (Amsal 3: 5-12; Mazmur 25: 12).
- Selepas Pentahiran
(1) Seluruh rumah bersatu hati, berlumba di atas jalan yang kudus (Kejadian 35:5 Kalimat pertama).
(2) Membangkitkan kerja-kerja bagi Tuhan, perubahan pada keadaan mereka (Kejadian 35: 5 kalimat kedua).
(3) Sampai di “Kanaan” , “ Betlehem” (Kejadian 35: 6, 1 kalimat pertama: tinggal di sana).
- “ Kanaan” : Tanah yang dijanji Tuhan, tanah yang mengalirkan susu dan madu
▲ lambang:
1. Diberkati Tuhan, penuh dengan anugerah dan rahmat, sukacita, tempat yang sejahtera.
2. Mengelar Tuhan sebagai raja, Roh Kudus berkuasa atas kerajaan Tuhan (Rujukan: Roma 14: 17; Matius 12: 28; 11: 12; Kisah Para Rasul 14: 22; Lukas 17: 20-21).
- “ Betlehem” : Bait Suci Tuhan, pintu gerbang syurga (Kejadian 28: 17-19).
▲Lambangan: Keluarga bercorak gereja, sekeluarga melayani Tuhan, mendirikan mezbah Tuhan; menjadi keluarga Kristiani rohani yang diberkati Tuhan.
- “ Tinggallah di situ” : Tinggal dalam lindungan Tuhan, berjalan bersama-sama dengan Tuhan, sekerja dengan Tuhan, selama-lamanya bersama-sama dengan Tuhan (berkomunikasi dalam roh)!
▲2 Korintus 6: 16-18: Tuhan berjanji akan hidup di tengah-tengah kita.
Kesimpulan:
Yakobus 4: 8-10; Wahyu 2: 2-5; 3: 15-22.
