Views: 118

Doa minta penyembuhan

1 Untuk pemimpin biduan. Mazmur Daud.

2 Berbahagialah orang yang memperhatikan orang lemah!
TUHAN akan meluputkan dia pada waktu celaka.

3 TUHAN akan melindungi dia dan memelihara nyawanya,
sehingga ia disebut berbahagia di bumi;
Engkau takkan membiarkan dia dipermainkan musuhnya!

4 TUHAN membantu dia di ranjangnya waktu sakit;
di tempat tidurnya Kaupulihkannya sama sekali dari sakitnya.

5 Kalau aku, kataku: “TUHAN, kasihanilah aku,
sembuhkanlah aku, sebab terhadap Engkaulah aku berdosa!”

6 Musuhku mengatakan yang jahat tentang aku:
“Bilakah ia mati, dan namanya hilang lenyap?”

7 Orang yang datang menjenguk, berkata dusta;
hatinya penuh kejahatan,
lalu ia keluar menceritakannya di jalan.

8 semua orang yang benci kepadaku berbisik-bisik
bersama-sama tentang aku,
mereka merancangkan yang jahat terhadap aku:

9 “Penyakit jahanam telah menimpa dia,
sekali ia berbaring, takkan bangun-bangun lagi.”

10 Bahkan sahabat karibku yang kupercayai,
yang makan rotiku,
telah mengangkat tumitnya terhadap aku.

11 Tetapi Engkau, ya TUHAN, kasihanilah aku dan tegakkanlah aku,
maka aku hendak mengadakan pembalasan terhadap mereka.

12 Dengan demikian aku tahu, bahwa Engkau berkenan kepadaku,
apabila musuhku tidak bersorak-sorai kerana aku.

13 Tetapi aku, Engkau menopang aku kerana ketulusanku,
Engkau membuat aku tegak di hadapan-Mu untuk selama-lamanya.

14 Terpujilah TUHAN, Allah Israel,
dari selama-lamanya sampai selama-lamanya!
Amin, ya amin.

Tajuk :
Memohon Belas Kasihan Sewaktu Sakit

Tema:
Permohonan Daud sewaktu sakit tenat dan menghadapi komplotan jahat orang-orang fasik.

Latar belakang:
1. Kalau dinilaikan daripada isi kandungan fasal ini, sewaktu Daud membuat nyanyian ini ia sedang sakit berbaring di atas katil. Tambahannya, teman-teman karibnya bermufakat membunuhnya. Dia sendiri mengakui telah berbuat dosa terhadap Tuhan. Di dalam perasaan yang begitu sedih dan menyesali diri dia berseru-seru kepada Tuhan, memohon Tuhan mengasihani dan menyembuhkan dia.

2. Kalau dirujuk kepada riwayat hidup Daud, kebanyakkan besar para penafsir Kitab Suci berpendapat ini adalah nyanyian yang dibuat Daud setelah dia berbuat dosa dan sedang berhadapan dengan pemberontakan Absalom dan komplotan Ahitofel. Latar belakang sejarah berkenaan fasal ini boleh dirujuk di catatan II Sam fasal 11-17

Kategori:
Fasal ini tergolong sebagai nyanyian ratapan peribadi. Berdasarkan isi kandungannya ianya adalah nyanyian dalam kesesakan, juga nyanyian Mesias.

Hubungan dengan gulungan kitab lain :
1. Adalah nyanyian pada waktu pemberontakan Absalom, seperti fasal 38 hingga fasal 41

2. Nyanyian waktu kesesakan seperti fasal 4, 5, 11, 28, 55, 59, 64, 109, 120, 140, 143

3. Di dalam zaman Perjanjian Baru, ayat 10 fasal ini pernah digunakan oleh Tuhan Yesus untuk menjelaskan bahawa diriNya pada hakekatnya telah dibaca oleh orang-orang Yahudi (Yoh 13:18). Fasal ini adalah juga disebut Nyanyian Mesias sama dengan fasal 2, 8, 22-24, 40, 45, 68, 69, 72, 87, 89, 102, 109, 110, 118, 132. Fasal ini juga disebut Nyanyian Yehuda

Garis kasar:
~ Pembuka fasal : untuk pemimpin biduan. Mazmur Daud. Diserahkan kepada tunjuk ajar pemimpin biduan ataupun diserahkan untuk disimpan.

(I) Pengistiharan iman (2-4)
1. Dasar bukti iman (2)
~ Berbahagialah orang yang memperhatikan orang lemah

2. Isi kandungan iman (3-4)
a. Pasti terlepas dari pada musuh (3)
~ Menikmati berkat di dalam hidup kini

b. Pasti terlepas dari pada penyakit (4)
~ Dipelihara dan dijaga Tuhan

(II) Seruan permohonan dalam kedukaan (5-10)
1. Bahaya tindasan penyakit (5-7)
a. Berdukacita kerana dosa
b. Musuh mengatakan yang jahat
c. Bertekad berbalik

2. Keangkuhan musuh (8-10)
a. Merancangkan yang jahat terhadap aku
b. Menyebar-nyebarkan kabar palsu
c. Teman-teman karib memberontak

(III) Doa permohonan beriman (11-13)
1. Allah pasti membelas-kasihani aku
a. Sembuh dari penyakit
b. Mengadakan pembalasan terhadap musuh

2. Allah pasti menyayangi aku
~ Musuh tidak dapat bermegah

3. Allah pasti menopang aku
a. Kerana ketulusanku
b. Membuat aku beroleh kemenangan menjadi raja untuk selama-lamanya

(IV) Puji-pujian iman (14)
a. Sepatutnya demikian / keharusan/ sesungguhnya (Amin)
b. Dari selama-lamanya sampai selama-lamanya

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *