Views: 133

Jalan orang benar dan jalan orang fasik (Mazmur 1:1-6)

1 Berbahagialah orang yang tidak berjalan menurut nasihat orang fasik,
yang tidak berdiri di jalan orang berdosa,
dan yang tidak duduk dalam kumpulan pencemooh,

2 tetapi yang kesukaannya ialah Taurat TUHAN,
dan yang merenungkan Taurat itu siang dan malam.

3 Ia seperti pohon, yang ditanam di tepi aliran air,
yang menghasilkan buahnya pada musimnya,
dan yang tidak layu daunnya;
apa saja yang diperbuatnya berhasil.

4 Bukan demikian orang fasik:
mereka seperti sekam yang ditiupkan angin.

5 Sebab itu orang fasik tidak akan tahan dalam penghakiman,
begitu pula orang berdosa dalam perkumpulan orang benar;

6 sebab TUHAN mengenal jalan orang benar,
tetapi jalan orang fasik menuju kebinasaan.

Tajuk: Dua Jalan Hidup Manusia

Tema: Menyukai Taurat Tuhan ialah jalan beroleh berkat

Latar Belakang:
secara amnya dianggap Mazmur fasal 1 adalah ditulis oleh Ezra sewaktu dia membuat kesimpulan untuk ‘Keseluruhan Kitab Mazmur’ dan fasal ini dijadikan pembuka tirai kepada mazmur-mazmur lain. Merujuk kepada huraian Mazmur 1:3 boleh dinilaikan bahawa pujangga pernah terpengaruh dengan Yeremia 17:5-8. Justeru, penulisan fasal ini adalah selepas waktu pembuangan, di mana umat sangat giat terhadap hukum Taurat.

Kategori:
1. Memandangkan fasal ini adalah pembuka tirai, maka penulisnya tidak mempunyai tujuan spesifik pengarangan.

2. Merujuk kepada isi kandungannya, ia boleh dinamakan nyanyian pengajaran, nyanyian hikmat, ataupun nyanyian kudus. Fasal ini tidak mempunyai nada nyanyian puji-pujian maupun nyanyian ratapan, melainkan ia adalah suatu nyanyian yang sangat indah teknik naratifnya. sila bandingkan ayat 1 dengan ayat 6, ayat 2 dengan ayat 5; ayat 3 dengan ayat 4; ataupun ayat 1,2,3 dengan ayat 4,5,6.

3. Fasal ini dinamakan ‘Mazmur Asyer’. Maksud ‘Asyer’ ialah ‘berbahagia’ (Kej 30:12-13). Mazmur utama ialah ‘berbahagia’. Justeru demikian, ada sesetengah berkata, membaca Kitab Mazmur ialah jalan beroleh berkat.

4. Mazmur yang memujikan hukum Taurat ada 3 fasal : Fasal 1, 19. dan 119.

Garis Kasar:

1. Perbuatan negatif orang benar (1)
a. Tidak berjalan menurut nasihat orang fasik
b. Tidak berdiri di jalan orang berdosa
c. Tidak duduk dalam kumpulan pencemooh

2. Perbuatan positif orang benar (2)
a. Menyukai Taurat Tuhan
b. Merenungkannya siang dan malam

3. Perumpamaan seorang benar berbahagia (3)
a. Seperti pohon ditanam di tepi aliran air
b. Menghasilkan buah pada musimnya
c. Daunnya tidak layu

4. Perumpamaan kesudahan orang fasik (4)
a. Tidak seperti kesudahan orang benar
b. Bukan pohon melainkan sekam
c. Ditiup angin

5. Perbuatan congkak orang fasik (5)
a. Boleh diketahui pada hari penghakiman
~Orang fasik tidak akan tahan

b. Boleh diketahui daripada kumpulan orang benar
~ orang fasik tidak akan dibenarkan terus hidup

6. Perbuatan bebal orang fasik (6)
a. Tuhan menolak mereka
~ Tuhan hanya mengenal jalan orang benar, ‘Mengenal’ mempunyai maksud ‘menjaga’

b. Jalan mereka menuju kebinasaan

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *