Views: 97

Allah, Pelindung orang-orang saleh (Maz 9: 1-21)

1 Untuk pemimpin biduan. Menurut lagu: Mut-Laben, Mazmur Daud.

2 Aku mau bersyukur kepada TUHAN dengan segenap hatiku,
aku mau menceritakan segala perbuatan-Mu yang ajaib;

3 aku mau bersukacita dan bersukaria kerana Engkau,
bermazmur bagi nama-Mu, ya Mahatinggi,

4 sebab musuhku mundur,
tersandung jatuh dan binasa di hadapan-Mu.

5 Sebab Engkau membela perkaraku dan hakku,
sebagai Hakim yang adil Engkau duduk di atas takhta.

6 Engkau telah menghardik bangsa-bangsa,
telah membinasakan orang-orang fasik,
nama mereka telah Kauhapuskan
untuk seterusnya dan selama-lamanya;

7 musuh telah Kauruntuhkan;
menjadi timbunan puing senantiasa,
kota-kota telah Kauruntuhkan;

8 Tetapi TUHAN bersemayam untuk selama-lamanya,
takhta-Nya didirikan-Nya untuk menjalankan penghakiman.

9 Dialah yang menghakimi dunia dengan keadilan
dan mengadili bangsa-bangsa dengan kebenaran.

10 Demikianlah TUHAN adalah tempat perlindungan bagi orang yang terinjak,
tempat perlindungan pada waktu kesesakan.

11 Orang yang mengenal nama-Mu percaya kepada-Mu,
sebab tidak Kautinggalkan orang yang mencari Engkau, ya TUHAN.

12 Bermazmurlah bagi TUHAN, yang bersemayam di Sion,
beritakanlah perbuatan-Nya di antara bangsa-bangsa.

13 sebab Dia, yang membalas penumpahan darah,
ingat kepada orang yang tertindas;
teriak mereka tidaklah dilupakan-Nya.

14 kasihanilah aku, ya TUHAN;
lihatlah sengsaraku, disebabkan oleh orang-orang yang membenci aku,
ya Engkau, yang mengangkat aku dari pintu gerbang maut,

15 supaya aku menceritakan segala perbuatan-Mu yang terpuji
dan bersorak-sorak di pintu gerbang puteri Sion
kerana keselamatan yang daripada-Mu.

16 Bangsa-bangsa terbenam dalam pelubang yang dibuatnya,
kakinya tertangkap dalam jaring yang dipasangnya sendiri.

17 TUHAN telah memperkenalkan diri-Nya, Ia menjalankan penghakiman;
orang fasik terjerat dalam perbuatan tangannya sendiri.

18 Orang-orang fasik akan kembali ke dunia orang mati,
ya, segala bangsa yang melupakan Allah.

19 Sebab bukan untuk seterusnya orang miskin dilupakan,
bukan untuk selamanya hilang harapan orang sengsara.

20 Bangkitlah, TUHAN, janganlah manusia merajalela;
biarlah bangsa-bangsa dihakimi di hadapan-Mu!

21 Biarlah mereka menjadi takut, ya Tuhan,
sehingga bangsa-bangsa itu mengakui,
bahwa mereka manusia saja.

Tajuk:
Memuji keadilan perbuatan Allah

Tema:
Daud memuji keadilan Tuhan

Latar belakang:
1. Ada orang beranggapan ianya ditulis Daud sewaktu dia mengimbas kembali bagaimana umat Israel masuk ke dalam tanah Kanaan dan menumpaskan penduduk tanah tersebut.

2. Mengikut Kitab Perjanjian Lama di dalam bahasa Kasdim (diterjemahkan selepas umat Israel kembali dari pembuangan di Babel), ada lampiran yang berkata fasal ini berkaitan dengan peristiwa Daud membunuh raksaksa Goliat. Namun di dalam mazmur Daud ini, dia tidak mengungkitkan nama Goliat,
melainkan dia mengempunyakan segala kemuliaan kepada Tuhan.

3. Waktunya kira-kira 990 ataupun 980 BC

Kategori:
1. Untuk pemimpin biduan. Menurut lagu : Mut-Laben. ‘Lut-Laben’ mempunyai maksud kematian anak, di mana ianya memperingati waktu keluar dari Mesir, Tuhan memanifestasikan keadilan, membunuh anak-anak sulung Mesir dan umat beroleh kemenangan lalu memuji Tuhan. Tergolong khas sebagai nyanyian untuk dinyanyikan.

2. Isi kandungannya tergolong sebagai nyanyian pujian peribadi.

Hubungan dengan gulung kitab lain:
Disusun mengikut susunan abjad sama seperti fasal 10,25,34,37,111,112,119,145 dan isi kandungannya amat mirip kepada nyanyian pujian Daud di 2 Sam fasal 22.

Garis kasar:
1. Aku mau memuji Tuhan (2-3)
a. Menceritakan (tell) : segala perbuatan Allah yang ajaib (boleh diketahui dari ayat 4-7)
b. Bersukacita (rejoice): Bersukacita dan bersukaria kerana Tuhan, di mana ini diperolehi dengan hidup di dalam Tuhan.
c. Bermazmur (sing praise) : Sebab nama yang mahatinggi adalah termulia dan penuh kuasa (Ibr 1:4)
d. Bersyukur (praise): Bersyukur dengan segenap hati (2) adalah pelakuan iman.

2. Bersyukur kerana Allah ialah Hakim yang adik (4-7). Percaya kepada janji ~ Bersyukur atas janji yang belum diperolehi ~ menanti dengan sabar ~ beroleh kelegaan / perhentian.
a. Allah membela perkaraku dan hakku (5)
b. Musuh pasti binasa (4,6,7)

3. Menceritakan bahwa Allah ialah raja yang adil
a. Allah akan menghakimi bangsa-bangsa dengan keadilan (8-9)
b. Tuhan menjadi tempat perlindungan orang yang terinjak (10-11)
c. Tuhan mendengar teriak orang yang tertindas (12-13)

4. Bersukaria kerana Tuhan pasti melaksanakan keadilan (14-17)
a. percaya dengan yakin Allah pasti selamatkan aku (14-15)
1. Menyelamatkan aku dari pintu gerbang maut
2. Aku mau menceritakan segala perbuatan Allah yang terpuji.

b. Bangsa-bangsa lain pasti mendapat balasan setimpal dengan perbuatan mereka (16-17)
1) Terbenam dalam pelubang yang dibuatnya.
2) Kaki tertangkap dalam jaring yang dipasangnya sendiri
3) Allah memanifestasikan keadilan

5. Bermazmur memuji Allah mengasingkan antara yang baik dengan jahat (18-21)
a. kesudahannya ketara (18-19)
1) Orang-orang fasik kembali ke dunia orang mati
2) Orang-orang benar ada pengharapan

b. Perbezaan ketara antara Allah dengan manusia (20-21)
1) Allah menang untuk selama-lamanya
2) Orang-orang fasik cumalah manusia dan Daud berharap para musuh akan merendahkan diri, kenalpasti akan diri dan jadilah takut, lantas mengorak langkah berbalik kepada Tuhan.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *